Bismillahhirrahmaanirrahim
Bahawasanya Allah SWT mempunyai 99 nama. Barangsiapa yang
menghafalnya nescaya akan dimasukkan ke dalam syurga (Hadis Riwayat Imam
Bukhari)
Katakanlah: Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman (yang Maha
Pengasih). Dengan
nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang
baik).
Al-Isra': 110
Dialah Allah. Tiada tuhan melainkan Dia. Dia mempunyai
asmaul husna. Thaha:8
Allah mempunyai asmaaul husna maka bermohonlah kepadaNya
dengan menyebut asmaul
Husna. Al-A'raf:180
Apabila berzikir dengan nama-nama Allah hendaklah dibaca
dengan dimulai dengan perkataan Yaa (Wahai). Contohnya: ar-Rahman menjadi Ya
Rahman.
Allah:
Nama yang Maha Agung dan Mulia. Pemilik utama segala pujian.
Di baca 5000x dengan khusyuk, tertib dan dengan kebersihan rohani untuk dekat
dengan Allah setiap hari.
Ar Rahman (Maha
Pengasih): 100x selesai solat 5 waktu, insyaAllah sesiapa yang membacanya
akan menjadi seorang yang pengasih, terang hatinya dan tidak mudah menjadi
pelupa.
Ar Rahim (Maha
Penyayang): 100x setiap hari. InsyaAllah akan di jadikan orang tersebut
penyayang dan di sayangi orang dan di beri kemudahan.
Al Malik (Maha
Menguasai): 121x setiap hari selepas fajar, insyaAllah akan di kayakan
Allah dengan bersebab atau dengan pintu yang di bukakan Allah.
Al Quddus (Maha
Suci): 100x setiap hari setelah tergelincir matahari. InsyaAllah
hari-harinya akan bersih dengan kesombongan, iri hati dan hasad dengki.
As Salaam (Maha
Sejahtera): 160x setiap hari, insyaAllah penyakit yang di deritai akan
sembuh atau bila di bacakan kepada pesakit akan sembuh selagi belum sampai
ajal.
Al Mu'min (Maha
Pemelihara Keamanan): 136x setiap hari insyaAllah akan aman diri dan
hartanya daripada kejahatan.
Al Muhaimin (Maha
Menjaga): Sebanyak-bayaknye setiap hari, insyaAllah akan sentiasa di awasi
Allah dan di bersihkan zahir & batinnya. Juga bercahaya hatinya.
Al Aziz (Maha Mulia):
40x setiap hari selesai solat subuh selama 40 hari, insyaAllah akan di kurniakan
Allah kekayaan dan di muliakan oleh Allah. Tidak akan dia mengharap atau
berhajat sesuatu selain daripada Allah.
Al Jabbar (Maha
Perkasa): 226x setiap pagi dan petang, insyaAllah tidak berdaya orang yang
memusuhi untuk menganiayakannya. Akan tunduk mereka semua dengan pertolongan
Allah.
Al Mutakabbir ( Maha
Megah): 662x setiap hari, insyaAllah akan terlindung daripada musuh dan
tunduk orang yang takabbur. Jika di baca saat bersama isteri, insyaAllah akan
di kurniakan anak yang soleh dan sihat.
Al Khaliq (Maha
Pencipta): 5000x insyaAllah akan di temui harta, kekasih atau keluarga yang
hilang. Jika di baca di waktu malam Allah akan mengirimkan malaikat untuk
membantu menempuh hidup di atas jalan yang benar.
Al Bari (Maha
Membebaskan): 100x pada siang hari, insyaAllah akan terhindar dan selamat
dari kesulitan dan kebinasaan.
Al Musawwir (Maha
Pembentuk): 336x, insyaAllah segala perbuatan dan pekerjaannya akan menjadi
baik.
Al Ghaffur (Maha
Pengampun): 100x dalam keadaan menunggu solat Jumaat di dalam Masjid;
dosa-dosa yang terdahulu akak diampun kan Allah SWT, insyaAllah.
Al-Qahhar (Maha
Pemaksa/Maha Menguasai): Di baca setiap malam secara terus-menerus
sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan mendapat ketenangan batin dan bebas
daripada kehidupan yang sukar.
Al-Wahhab (Maha
Pemberi): 300x setiap hari atau selepas selesai solat 5 waktu; insyaAllah
akan dan mendapat kekayaan, kehebatan dan kebesaran.
Ar-Razzaq (Maha
Pemberi Rezeki): Baca berulang-ulang kali insyaAllah segala usaha kita akan
berjalan lancar serta sentiasa dikurniakan rezeki yang mencukupi.
Al-Fattah (Maha
Membebaskan/ Maha Membukakan): di baca 71x setiap selesai fardhu subuh
sambil meletakkan tangan di atas dada; insyaAllah akan bercahaya hatinya dan
dipermudahkan segala urusannya.
Al-Alim (Maha
Mengetahui): 100x sesudah solat 5 waktu, insyaAllah akan memperoleh ilmu
ma'rifat dan kasyaf serta iman yang sempurna.
Al-Qabid (Maha
Penggenggam): Sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan terlepas daripada ancaman
jahat.
Al-Basit (Maha
Meluaskan): Baca 10x setelah solat Dhuha, insyaAllah akan dikurniakan
rezeki yang tidak putus-putus dan di luaskan ilmunya.
Al-Khafid (Maha
Mnejatuhkan): 500x dengan khusyukk dan tawadhuk; insyaAllah akan terlindung
daripadanya perbuatan dan maksud jahat serta di kabulkan hajatnya.
Ar-Rafi' (Maha
Meninggikan): 100x setiap hari, insyaAllah akan ditinggikan darjatnya oleh
Allah SWT.
Al-Muiz (Maha
Memuliakan): 140x seepas solat isya' setiap Isnin dan Jumaat, insyaAllah
akan dipandang mulia oleh orang.
Al-Muzill (Maha
Menghinakan): 75x , akan dijauhkan Allah SWT daripada bahaya orang-orang
yang berbuat jahat dan memudaratkan.
As-Sami' (Maha
Mendengar): 100x setiap khamis setelah selesai solat zuhur tanpa
pengetahuan orang lain akan termakbul doanya, insyaAllah.
Al-Basir (Maha
Melihat): 100x sebelum solat Jumaat; Allah akan membuka hati dan
fikirannya, insyaAllah.
Al-Hakam (Maha
Menetapkan hokum): Dibaca sebanyak-banyaknya selepas tengah malam,
insyaAllah akan dikurniakan ilmu rahsia dan hikmah agama.
Al-'Adl (Maha Adil):
104x setiap selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan dikurniakan Allah sifat yang
adil dan diperlukan pula untuk mengadili orang lain.
Al-Latif (Maha
Penyantun / Maha Lemah-Lembut): 133x setiap hari, insyaAllah akan di peroleh
taufiq dan hidayah daripada Allah SWT. Akan berhasil dalam perniagaan dan
sentiasa dilimpahi rezeki.
Al-Khabir (Maha
Bijaksana): Zikir sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan berhenti dari segala
tabiat buruknya dan akan terhindar dari perbuatan khianat orang-orang zalim.
Al-Halim (Maha
Penyantun/ Maha Penyabar): 88x setiapkali selesai solat sunat fardhu;
insyaAllah akan kekal berpangkat kedudukannya dan akan bertambah baik
kedudukannya, insyaAllah.
Al-'Azim (Maha
Agung): 7000x setiap hari dan setiap malam selama sebulan: insyaAllah akan
naik darjatnyadan memperoleh kelebihan dan kesenangan yang banyak dalam
kehidupan dunia.
Al-Ghafur (Maha
Pengampun): Zikir sebyanyak-banyaknya setiap malam: insyaAllah akan
dilenyapkan segala kesukarannya dan diampunkan dosa bagi mereka yang bertaubat.
As-Syakur (Maha
Mensyukuri): Zikir sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan di jernihkan hatinya
dan disembuhkan penyakit yang di alaminya.
Al'Aliy (Maha
Tinggi): Zikirlajh sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan terbela nasib mereka
yang membaca nya dan terarah matlamat hidupnya dan jika sedang mengembara akan
selamat sampai ke destinasinya, insyaAllah.
Al-Kabir (Maha Besar)
: 100x setiap selesai solat fardhu,; insyaAllah akan dibukakan Allah pintu
makrifat baginya. Jika ia berhutang insyaALlah akan berkemampuan melunaskan
hutangnya.
Al-Hafiz (Maha
Memelihara): 16x setiap hari: insyaAllah akan terselamat daripada
malapetaka.
Al-Muqit (Maha Mencukupkan):
bacalah sebanyak-banyaknya kedalam segelas air dan diberi minum kepada anak
yang buruk perangainya; insyaAllah akan berubah perangai anak itu kepada baik.
Al-Hasib (Maha
Menghisab): Zikir setiap hari: insyaAllah akn terhindar daripada bahaya dan
bebas daripada rasa takut.
Al-Jalil (Maha
Luhur): 75x setiap pagi `kira-kira 2.30 pagi setiap hari; insyaAllah
usahanya dan kedudukannya akan meningkat dengan tidak diduga.
Al-Karim (Maha
Pemurah): 280x setiap kali hendak tidur, insyaAllah akan lapang reqzekinya
dan mendapat kemuliaan dan kehormatan dalam hidupnya.
Ar-Raqib (Maha
Mengawasi): 50x dengan niat agar Allah memelihara hartanya; insyaAllah akan
terpeliharalah.
Al-Mujib (Maha
Mengabulkan): 55x setiap selesai solat subuh; insyaAllah akan di kabulkan
permohonannya oleh Allah SWT.
Al-Wasi' (Maha Luas):
127x setiap hari; insyaAllah akan di anugerahkan Allah SWT kehidupan yang
mencukupi serta jalan keluar daripada segala kesempitan hidup.
Al-Hakim (Maha
Bijaksana): Biasakan zikir ini setiap hari; insyaAlllahtidak akan mengalami
kesukaran dalam menjalankan segala tugas dan pekerjaannya.
Al-Wadud (Maha
Mencintai): 1000x setiap hari; insyaAllah akan diperbaiki segala urusan
dunia dan di akhirat.
Al-Majid (Maha
Mulia): 99x setiap hari selepas solat subuh dan kemudian ditiupkan ke
telapak tangan dan di sapukan ke mukanya; insyaALlah akan dapat kemuliaan dan
kasih saying dari keluarganya.
Al-Ba'its (Maha
Membangkitkan): 100x sebelum tidur dengan meletakkan kedua-dua tangan di
atas dadanya; insyaAllah akan diterangkan hatinya dan di beri ilmu hikmat dan
makrifat.
As-Syahid (Maha
Menyaksikan): 319x setiap malam; insyaAllah akan meninggalkan segala
perbuatan tidak baik dan akan kembali ke jalan yang benar.
Al-Haqq (Maha
Haq/Maha Benar): Zikirlah setiap hari; insyaAllah akan tetap hatinya dan
keimanannya kepada Allah SWT.
Al-Wakil (Maha
Memelihara): 1000x; insyaAllah akan Allah redakan hujan lebat yang
berbadaikan taufan dan akan pula dibukakan pintu rezeki oleh Allah.
Al-Qawi (Maha Kuat):
Bacalah Yaa Qawiyyul Matiin 1000x setiap malam; insyaAllah akan kembali
bertenaga seperti yang di perlukan bagi mereka yang lemah jasmani dan rohani.
Al-Matiin (Maha
Kukuh): Sebanyak-banyaknya dengan hati yang ikhlas dan rendah diri;
insyaAllah akan lenyap segala kesulitan yang di hadapi.
Al-Waliyy (Maha
Melindungi): 1000x pada malam Jumaat, insyaAllah alan diberi Allah satu
wilayah dan apabila dihisab di padang mahsyar akan di hisab dengan cara yang
amat mudah.
Al-Hamid (Maha
Terpuji): 100x setiap kali selepas solat 5 waktu; insyaAllah akan terhindar
daripada tabiat buruk akan akan menjadi orang yang soleh.
Al-Muhsi (Maha
Menghitung): 1000x, insyaAllah akan mendapat kemudahanpada hari perhitungan
nanti.
Al-Mubdiyy (Maha
Memulai): setiap hari dengan hati yang khusyuk; insyaAllah akan di
jernihkan hati dan fikirannya.
Al-Mu'id (Maha
Mengembalikan): Zikir sebanyak 124x sebeum mengerjakan solat 5 waktu;
insyaAllah barang yang hilang akan di jumpai kembali.
Al-Muhyi (Maha Menghidupkan):
68x setiap selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan terkeluar dari badannya
segala jenis penyakit.
Al-Mumit (Maha
Mematikan): Zikir sebanyak-banyaknya sebelum tidur; insyaAllah sesiapa yang
tiada kekuatan melawan nafsunya akan berupaya mengawal nafsunya.
Al-Hayy (Maha Hidup):
Zikirlah sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan diberi hati yang terang dengan
cahaya tauhid dan iman. Akan terhindar daripada sifat keji dan mungkar.
Al-Qayyum (Maha
Tegak/Berdiri dengan SendiriNya): Zikirlah Yaa Hayyu Yaa Qayyum sebanyak
1000x setiap hari; insyaAllah hartanya akan bertambah, di turuti orang
perkataannya, dikasihi dia oleh semua dan ditinggikan martabatnya.
Al-Wajid (Maha
Mengadakan): Di bacakan sebanyak-banyaknya setiap hari; insyaAllah akan
Allah kurniakan kekayaan batin dan kemantapan jiwa.
Al-Majid (Maha Luas
Kemuliaan): 400x setiap hari; insyaAllah di jernihkan hati &
fikirannya.
Al-Wahid (Maha Esa):
zikir secara berulang-ulang kali di tempat sunyi; insyaAllah akan bebas
daripada ketakutan.
As-Samad (Maha
Diperlukan): 313x dalam waktu 3 hari dan disertai dengan puasa 3 hari juga;
insyaAllah akan di kabulkan hajatnya.
Al-Qadir (Maha
Kuasa): Di baca sebanyak 305x setiap hari; insyaAllah akan tercapai segala
maksud serta hajatnya dan tercapai cita-citanya.
Al-Muqtadir (Maha
Menentukan): 20x setiap kali bangun tidur; insyaAllah di permudahkan segala
urusan dan pekerjaannya.
Al-Muqaddim (Maha
Mendahulukan): 124x setiap hari; insyaAllah akan maju di dalam apa yang di
usahakannya.
Al-Muakhir (Maha
Mengakhirkan): 100x setiap hari; akan mendapat rahmat dan redha Allah dan
di terima taubatnya; insyaAllah.
Al-Awwal (Maha Awal):
40x setiap hari selama 40 hari; insyaAllah akan di kurniakan anak lelaki. Jika
di baca sebanyak 1000x selama 40 hari ; insyaAllah akan di mudahkan hidupnya.
Al-Akhir (Maha
Akhir): 200x setiap selesai solat 5 waktu dan di amalkan selama sebulan ;
insyaAllah akan dibukakan pintu rezeki yang halal baginya oleh Allah.
Az-Zahir (Maha
Nyata): Zikir Ya Zahir sebanyak 1106x setiap selesai solat 5 waktu dan di
amalkan selama sebulan; insyaAllah akan di terangi hatinya dan di buka rahsia
dari ilmu yang sukar.
Al-Batin (Maha
Tersembunyi): 300x setiap selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan di bukakan
kepadanya keberanian yang sejati.
Al-Waliyy (Maha
Menguasai): 10,000x pada waktu siang dan 10,000x pada waktu malam
insyaAllah akan di bukakan pintu makrifat baginya; insyaAllah.
Al-Muta'ali (Maha
Suci/Terpelihara): 541x setiap hari; insyaAllah akan mendapat hasil yang
baik dan di tinggikan martabatnya.
Al-Barr (Maha
Dermawan): Di baca 7x kepada anak yang baru lahir; insyaALlah akan
terlindung anak tersebut daripada bahaya sehingga akil baligh.
At-Tawwab (Maha
Penerima Taubat): Sebanyak mungkin; insyaAllah akan di permudahkan untuk
kembali ke jalan yang benar dan di redhai.
Al-Muttaqim (Maha
Menyeksa): Zikir sebanyak 690x setiap kali selesai solat 5 waktu atau 6900x
pada waktu malam; insyaAllah akan mendapat pertolongan untuk mengalahkan musuh.
Al-'Aff (Maha
Pemaaf): Baca sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan di ampunkan dosanya.
Ar-Rauf (Maha
Mengasihani): Sesispa yang selalu membaca doa ini akan di kasihi Allah SWT.
Akan di limpahi rahmat dan tidak pula dia sengsara di dalam hidupnya.
Al-Malikul Mulk (Maha
Menguasai Kerajaan): Zikir sebanyak 212x atau lebih setiap hari; insyaAllah
akan di anugerahkan harta dan kekayaan kepadanya.
Dzul Jalaali wal
Ikram (Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan): Baca sebanyak 1065x setiap
hari selama sebulan maka Alllah akan memakbulkan hajat dan doanya.
Al-Muqsit (Maha
Mengadili): Di baca sebanyak 700x dengan niat; insyaAllah di kabulkan
niatnya.
Al-Jami' (Maha
Mengumpulkan): Baca sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan jumpa barang yang
hilang dan keluarga yang jauh akan di ketemukan semula.
Al-Ghani (Maha Kaya):
Di baca sebanyak 1007x setiap hari; insyaAllah akan di anugerahkan kepadanya
kekayaan zahir & batin dan juga di permudahkan jalan hidupnya.
Al-Mughni (Maha
Mengkayakan): Zikir sebanyak 1,000x; insyaAllah akan menjadi kaya dengan
kurnia Allah.
Al-Mani' (Maha
Menolak/Melarang): Baca sebanyak 164x sebelum solat subuh; insyaAllah akan
di kurniakan kehidupan kekeluargaan yang baik dan terhindar daripada kezaliman.
Ad-Dharr (Maha
Memudharatkan): 1001xsetiap hari ; insyaAllah akan sembuh daripada penyakit
yang telah lama tidak dapat di sembuhkan.
An-Nafi' (Maha
Pemberi Manfaat): setiap hari sebyak-banyaknya: insyaAllah segala penyakit
dan kesusahannya akan hilang.
An-Nur (Maha
Bercahaya): sebanyak 256x setiap hari; insyaAllah akan terang hati nurani
dan jiwanya untuk makrifat kepada Allah SWT.
Al-Hadi (Maha Pemberi
Petunjuk): Sesiapa yang selalu menyebut asma' ini; insyaAllah akan
memperoleh ilmu kerohanian.
Al-Badi' (Maha
Pencipta Yang Baru): Di baca yaa Badi' as Samawaati wal Ardh sebanyak 70x;
insyaAllah akan bebas dia dari sebarang kesulitan.
Al-Baqi (Maha Kekal):
1000x; insyaAllah akan hilang segala dukacitanya dan kemudharatan.
Al-Warith (Maha
Mewarisi): 707x setiap malam; insyaAllah akan memperoleh kejayaan di dalam
bidang kehidupan yang di ceburi.
Ar-Rashid (Maha
Pemberi Petunjuk): zikir sebanyak 1000x antara Maghrib dan Isya';
insyaAllah segala kesusahan dan kepayahannya akan hilang.
As-Sabur (Maha
Penyabar): Zikirlah sebanyak 3000x; insyaAllah akan hilanglah penderitaan
dan kesusahan yang sedang di hadapi.
No comments:
Post a Comment
komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!