Saturday, July 28, 2012

:: Resepi - Sambal Ikan Bilis Kering::

kesahnya tu hari masa kat set..untuk makan malam caterer siapkan salah satu lauk iaitu sambal ikan bilis kering...halamak....sikit punya sedap daaaa...nak tambah tapi malu lak dgn abang-abang kat situ....



~ ikan bilis digoreng garing
~ 10-15 tangkai cili kering - tumbuk 1/2 lumat
~ 5 biji bawang merah - tumbuk halus
~ 2 ulas bawang putih - tumbuk halus
~ sedikit air asam jawa
~ sedikit belacan
~ minyak masak sikit
~ garam
~ gula
~ bawang besar - dipotong bulat

1) panaskan minyak masak n tumis bahan yang ditumbuk hingga garing dan berbau harum
2) masukkan air asam jawa dan masak lagi hingga kering.
3) masukkan belacan. kacau lagi hingga sebati.
4) masukkan ikan bilis yang goreng tadi serta bawang besar yang dipotong bulat.
5) masukkan garam dan gula.masak lagi hingga betul betul kering.
6) siap.

* boleh masukkan sedikit sos tiram dan sos tomato.. tapi pastikan gorengan kering..kalao nak basah skit2 pun tak pe sedap jugak!
** ada jugak org suka letak petai..kalao suka letak je la..hehhehe






Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

2 comments:

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post