Friday, December 4, 2009

:: Sarah Jantan ::

Macam ni lebih baik barangkali. Lebih selesa dan tenang rasanya - ENTAHLAH!
Tapi dia jadik SUPER DUPER UPGRADE DEAL (macam product TM tu) - SUPER DUPER CARING
Well..citer pertama aku tak de kene mengena dengan SUPER DUPER UPGrade Deal. Ianya bercerita tentang seseorang lelaki yang berwatakkan 'SARAH' dalam citer Nur Kasih.
Bukan aku yang namakan dia sebegitu tetapi seorang kawan yang kadang kadang sanggup meminjamkan mata sampai rabun merenung screen komputer kerana berYMan dengan aku.
Kikapoo cakap kat aku mcm tu semalam. Aku yang tak pernah tengok citer Nur Kasih akhirnya sampai je umah semalam terus tengok - walaupon ulangan.
"Biar betul u ni Hunn...mamat tu macam SARAH pulak i tengok" - itu kata Kikapoo.
Aku citer kat dia apa jadi dalam 4-5 hari lepas. Termasuk citer tentang aku makan malam bersama SARAH Jantan ini.
Hurm...aku ni dah la suka berfikir. Kata kata SARAH Jantan membuatkan aku makin nak terfikir dan terus berfikir!!!!!
Adakah dia cuba nak hancurkan Relationship aku skang? Adakah dia merasa dengki? Adakah dia sebenarnya ada hati kat aku?!!!!
OH MY GOD!!!!!!!!!!!!!!
Tadi aku berbual dengan Kak Ema. Mintak pendapat orang tua sekali sekala.
Katanya jangan tak percaya langsung tapi BERHATI-HATIlah dengan SARAH Jantan ini.
Kisah kedua :
Malam tadi Mr Kitty bagitau aku yang hari ini (hari Khamis) dia akan kembali berpindah ke Seremban. Sebab? Sebab Mem Besar suruh dia balik
dan tolong family berniaga. Aku rasa sedikit sedih tapi tak kesah sangat. Sebab aku tau Seremban tu sekejap je bagi aku .. aku leh sampai.
Terasa macam kalau dia duduk jauh kami akan bertambah mesra pulak.
Dalam 7-8 kali jugak aku cakap "MACAM TAK PERCAYA JE....." dekat Mr. Kitty
Dia pulak asyik ketawa dan cakap 'ALAH....bukan tak leh jumpa. KL-Seremban , 30 Minit awak leh sampai kan?'
Aku diam. Tak tau nak kata ape. Terus SMS Vin. Citer kat dia.
Vin lak leh tanya soklan bodoh..ADEKAH AKU AKAN BERPINDAH KE SEREMBAN SELEPAS BERKAHWIN DAN BERNIAGA KEK DAN MEE DI PASAR MALAM PORT DICKSON?
Benggongnyer VIN. Kawen pon BELOM tentu.....dah ke situ!
Kalau YA sekalipon .. aku tak nak dok Seremban!! Apa ada sana?!!!! Mua ha hahahhahaahahha~
Aku pon last last layan perasaan - tak layan manapon sebab aku tengah senggugut. Layan senggugut je lebeh... :P
Tunggu Mr Kitty call...sampai ke pagi tak call. Cakap nak g jumpe Kenny kat Kuchai..tah ke mana dia malam tadi! - BIOkan.....
Tup tup....last last....
Mr Kitty bagitau 'Saya tipoo awak je la....mana ada nak pindah balik Seremban. Nak pindah umah je...kat sini jugak tapi umah lain!'
CIS KEK beracun!!!!!!!!!! Saje je..
'Risau ke? Sedih ke?' itu soalan dia
Nak je aku MAKI!
Tapi ku tahan Jebat...!!!!
Last last aku SMS dia..aku cakap. ' Dah tentu saye akan rindukan awak. Saya tak nak tipoo diri sendiri sebab pucuk pangkal hati'
Dan SMS aku dibiarkan TIDAK BERJAWAP.
(eh alamak....skang dah 1840 [enrty ni aku wat auto post] aku nak g tgk nur kasih ulangan japp)





free glitter text and family website at FamilyLobby.com

2 comments:

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post