Hujung minggu lepas adalah diantara minggu yang terbusy bagi aku.
Bermula dari hari Jumaat 4/12/2009-6/12/2009 aktiviti aku memang tak berhenti.
Tahniah untuk diri sendiri kerana berjaya dilantik menjadi Ketua Pergerakan Wanita dan Biro Lembah Klang (bersama Mr Kitty).
Macam kelakar je derang ni dah la memula suh aku jadik Marshall Wanita (aku mmg ske tapi tak nak la :P)
Itu kesah hari Jumaat yang agak gamat.
Hari Sabtu pula aku telah dengan jayanya memandu dengan had laju yang tidak pernah kurang dari 110km/j.
Bermula seawal jam 0700 aku yang hanya tido 2jam selepas balik dari meeting telah berangkat ke Muo.
Aku pegi Muo dengan tujuan membeli kerepek, stok rempah Adami serta mengadakan aktiviti Rally di sana.
Aku punya layan jalan berbatuan serta selut tanah merah sampaikan
piring brekdisc aku kecederaan. Itu belom dicampur dengan keadaan kereta aku seperti jentera membajak sawah (even worst!!!)
Dengan minyak tar yang bersepah-sepah terkene kat seluruh body kereta!
Sementara itu apa yang berlaku di Kuala Lumpur?
Tidak semena-mena 'adik angkat' Mr Kitty SMS aku, mengadu dia BOSAN dok rumah sorang sorang sebab abangnya pegi masuk AUTOSHOW.
Aku pun ala-ala nak layan tak layan sangatla 'adik' tu sebab aku tak berapa nak ngam dengan dia lagi lepas kejadian teramat gedik waktu meeting malam tadi.
Yang menyebabkan beberapa mata lain turut semak memerhatikannya lalu bertanya pada aku tapi jawapan aku 'RILEx JE'.
Aku pun balas la 2-3 benda dan yg menjadikan aku RISAU bila budak tu cakap dia nak kuar pegi jalan jalan dengan kawan dia. Tapi bagitau aku bukan 'abang' dia. NAK MAMPOS?!!!!
Aku tau sangat perangai MR Kitty terhadap adiknya yang sorang ni. Kalau budak tu keluar mampos kene belasah la budak tu. Bukan apa budak ni SOSIAL..jenis ske ske dia je nak buat apa.
Tengok la paper SPM belom habis lagi dah merayap. Last paper esok(SELASA) - Kimia tapi dia tengah tido kat umah aku.
So, dalam pada masa yang sama aku terus call MR Kitty sebab dia cakap malam tadi kat aku dia tak nak masuk AUTOSHOW - tup tup masuk pulak.
Masa aku OTW nak ke Ayer Hitam, Mr Kitty call bagitau dia MENANG AUTOSHOW. Aku gembira bagi pehak dia walaupon aku ta de kat situ.
Perghhh memang adventure! Selepas seronok berRally kat Muo..aku terus naik Ayer Hitam badget nak carik barang kerta.
Last last tak de pulak - STOK tak ada!!!!
Aku pon dengan bongkaknya - terus pulang ke Kuala Lumpur dari Ayer Hitam jam 1900 dan tiba di KL lebih kurang 2015.
Lepas pulang ke rumah. Bersuka suka sekejap depan TV. Lepas tu aku keluar dengan Vin - konon nak celebrate bday dia.....
AKu pon sampai umah dia lebeh kurang jam 2230. Terus shoot SK. Lepak lepak kedai mamak menyambut bday Vin - hak hak hak!!!!
Dalam perjalanan aku ke SK aku cakap kat Vin satu benda 'aku terasa yang malam ni kompem aku kene amek budak tu g tido kat umah aku'.
Boleh tahan masin mulut aku nih. OTW aku balik rumah lepas hantar Vin. Mr Kitty call aku waktu aku kene roadblock suh aku g amik adik dia kat umah!
Cett....aku yang penat tak de rehat last last terus pegi Cheras menjemput budak kecik tu.
Aku bawak dia balik rumah sampai rumah lebeh kurang kul 0330. Aku siapkan katil semua, bagi budak kecik tu baju tido bla bla bla.
Dan kami bersembang sampai kul 0600!!!! Sambil sambil bersembang, perbualan kami asyiklah diganggu oleh SMS dari Mr Kitty yang TAKOOOOT sangat budak kecik tu tau relationship kami berdua!
Malas nak pikir kenapa.
Aku tanya Mr Kitty apa dia tengah buat waktu kami sedang gurls talk tu?
'Saya tengah tengok citer Syurga Cinta yang awak bagi kat saya' - aku senyum sahaja. Dalam hati berdoa agar Allah membukakan hati Mr Kitty untuk berubah.
Sembang punya sembang citer punya citer, seperti biasa aku akan menggunakan teknik paparazi aku untuk mendapatkan maklumat.
Sekali dak kecik tu boleh tanya kat aku 'Akak dengan Along kapel ek??'
aku jawap 'no komen'
'Alah...Along dah bagitau' - dalam hati aku kata : tadi cakap jangan bagitau budak ni, skang siapa bagitau sapa??
'Oh....ALong dah cakap?????'
"Haah..tapi kan akak, Along cakap akak ni terlampau baik untuk Along. Akak dah banyak tolong Along..akak dah buat macam-macam untuk Along..."
"Along cakap cenggitu???"
"Hmm...Along kata Along sayang kat akak..tapi akak ni baik sangat la...family akak pon Along kata baik sangat...Along macam tak pai hati nak kecewakan akak.."
Aku diam...dengar je budak kecik yang baring sebelah aku ni membebel.
Tup tup Mr Kitty SMS aku 'I LOVE YOU SO MUCH Honey [nama penuh aku la dia taip]'
Aku gelak kecil. Budak kecik tu tanya kenapa. Aku tunjuk SMS tadi.
'Apa la Along nih....bila orang tanya tak nak ngaku...skang i love you i love you ngan akak lak...gilanyer Along!'
Aku balas SMS tadi. Cakap aku pon sayang kat dia. Dan aku tak tau apa kisah sebenarnya sebab aku tak tanya pon sampai hari nih.
Ahad, aku bagun seawal jam 0900. Tolong ayah aku clearkan pokok rambutan gading depan rumah tu. Dengan servis kereta aku.
Bermalas-malasan jugaklah aku bersihkan sisa sisa minyak TAR yang maseh melekat - susah nak hilangkan kesan minyak TAR. Projek tertangguh!!!!
Sebab aku MALAS. Habis aku wat kije malas malas aku. Aku tengok TV - Budak kecik tu tido lagi. Biar je.
Mr Kitty call aku lebih kurang kul 1200 tanya tengah wat apa. Aku cakap tengok TV tanya mana adik dia. Aku cakap tido.
Dia suh aku kejutkan adik dia secara LIVE. Kami pon diarahkan untuk datang bengkel kereta sebab kereta dia rosak lagi....
Dalam kul 1330 jugaklah aku sampai kat bengkel dengan adik dia tu. Lepak sekejap. Sembang. Mr Kitty bagitau dia kena balik Serting.
FINE. Aku malas nak pikir nak lawan ke ape ke...biarkan aje. Ada urusan katanya.
Lepas bersurai, aku bawak budak kecik tu pegi makan kat Mekdi. Dah dia nak sangat.
Punyalah sporting aku nih. Aku siap suh dia call balak dia sebab aku nak jumpa. Kalaula Mr Kitty tau- akulah orang pertama yang kene TERAJANG!
Mr Kitty tak suka budak kecik tu ada BALAK sebab takoot budak kecik tu buat benda yang bukan bukan.
Boleh tahan hensem mamat Shafik tu. Muka leh percaya la jugak.
Aku balik rumah lepas lunch. Keluar balik dalam kul 2030. Pergi karoke..hahhha bawak budak kecik tu ngan balak dia skalik ngan exbalak dia skalik.
Sporting kan aku?!! wakakakkakkakaka.
Oklah..jujur ek cakap..budak kecik ni ada bagitau aku yang dia tak ske tengok Along dia ada GF. Sebab dia jelous dan menurutnya dia tak nak Along dia mainkan perasaan pompuan lain.
Aku pon memberanikan diri tanya kat budak kecik...
'awak suka tak kalau Along dengan akak?'
'maksud akak?'
'kalau Along ngan akak kapel ke...ape ke....'
'Oh......jujur ek orang cakap, dalam ramai ramai orang perempuan yang Along bawak orang jumpa...orang tak penah lagi jumpa yang macam akak.
Akak lain dari semua yang Along pernah bawak jumpa. Akak ni baik sangat sangat. Kalau yang lain tu dah siap kene maki hamun lagi!'
Aku diam. Aku anggap ianya satu pujian. Aku cuba bersikap PROFESSIONAL. Dah kata adik...well adik it is la melainkan mahu sumbang MUHRIM berlaku la kan?!
Aku balik rumah malam tadi jam 0030. Barai mengantuk gila. Sembang beberapa kerat je ngan budak kecik tu lepas tu aku tertido.
Hari ni aku ingat nak MC tapi dah MC jumaat lepas - so tak jadik. Aku pegi jugak kerja tapi bawak kereta tak naik LRT.
Budak kecik tu ada kat rumah tegah tido lagi. Sepatutnya dia balik asrama hari ni. Tapi dia degil tak nak balik semalam. Esok ada Paper last.
Entahlah budak kecik tu. Ni nak tunggu aku balik kije kul 1730 tah kul brape aku pai umah. Katanya dia kene ada kat TERMINAL ONE kul 1800.
Tak terkejar beb masa aku. Mr Kitty masih kat Serting tanpa khabar. Aku tak leh call or SMS dia selagi dia tak call aku - itu syaratnya.
MAka dengan itu aku tak tau apa akan berlaku hari nih.
Aku ngantuk nih - HAIH!!!!
Monday, December 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Top Post
-
Kat sini ai list down kan klinik/tempat yg tawarkan scan 3d/4d sekitar Malaysia. Maka dengan itu..call la dulu n tanya la macam2 sebelum ...
-
Dah lama rasanya tak menyumbangkan cerita...hahahhaha.. ingat tak cerita yang lepas pasal pintu bilik meeting dalam opis iolls tu? Haaa...
-
Dear Mimi, Ini adalah catatan mama buat mimi, manalah tau berguna kemudian hari nanti bila mimi pulak dah ada anak...hehhehehe Tanggal 1...
-
oh..sejak dua menjak ai..badan kadang2 rasa tak besh....rasa nak muntah tu pun ada lah jugak....dari segi nafsu nak makan....membuak2 macam...
-
Tarikh: Penolong Pengarah, Bhgn Nikah, Cerai dan Rujuk Pentadbiran Undang-undang Syariah Tingkat 3, Blok Perpustakaan Ko...
No comments:
Post a Comment
komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!