Thursday, December 31, 2009

:: Happy B'day Mr Kitty ::

Seawal jam 1400 aku dah start meROGER semua budak budak untuk suprise party yang tak berapa nak suprise untuk Mr Kitty. Habis 30 hengget kredit aku call orang itu ini. Nak setup tempat masa bla bla bla...

Mr Kitty lunch kat umah aku. Aku masak. Telur Bistik kegemaran dia...ade air asam...ikan keli goreng dan ayam masak black pepper. "Mesti awak masak tak sedap" katanya. Sepinggan penuh nasik habis!!! Tak sedap kew??!! ekekekkekekek

Petang dia bawak aku keluar sekejap. LEpas tu hantar aku balik. Aku mula kaloot. Aku call aunty Mona aku...suh buat sebijik KEK HIJAU untuk Mr Kitty. SIAP! Sementara tu aku melarikan diri ke JJ - nak beli JAM! Kuat bebeno hati ni kata HE WILL LIKE IT!!!!
Sambil sambil tu aku macam biase meROGER semua orang untuk standby kat Bangi - trimas to BOBO yang seponser kedai makan anda untuk kami melepak!

Jam hampir hampir 2330. Aku dan Mr Kitty sampai ditempat kejadian. Walaupon kereta asing asing tapi tak pe. At least aku dapat pancing dia datang - sorang tanpa membawa sebarang awek lain yang pelik pelik!! (walaupon rancangan asal dia .. dia cakap dia nak g amik 'kawan' dia - JANGAN HARAP)

Alasan dia nak naik kereta lain lain : NANTI KALAU AWAK BAWAK KEK...SAYA NAMPAK LA.....!!!

Tak de makne...dia jugak yang mintak kek dari awal minggu itu hari. Humph!!!!!

Sampai je tepat kul 0000 - 31 December 2009. Kitaorang memulakan acara memotong kek berwarna HIJAU. Nasib baik orang tak g usha apa aku tulis kat kek tu!! :P
Dia pon potong kek dengan HAPPYnya... - FIRST TIME potong kek tu!!! Trimas kepada diri aku!! Ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~

Aku lak lepas tu kasik hadiah kat Mr Kitty. Dia dipaksa untuk bukak pwesent tu depan semua orang!!! Aku awal awal dah sorok kad...nnt kantoi lak derang suh baca depan depan semua orang! Paper bag hijau...pembalut hadiah hijau...kotak hadiah pon hijau. Dia bukak... - JAM!!! Muka agak suprise. Dia pandang aku. Aku senyum je.

Lama jugak sesi bersembang sembang. Tup tup dalam 30 minit selepas itu. Satu serangan berupa TEPUNGAN hinggap di atas kepala Mr Kitty. Sorang demi sorang kecuali aku 'bersedekah' tetibe datang SARAH JANTAN pelepetttttt!!!! kene SEBIJIK TELOR atas kepala. Datang sorang lagik...HAMEKKKKKKK mendapat!!! Mr Kitty dah bertukar menjadi hantoo komkom!! Puteh melepak bersama bau telor..adunan yang HEBAT!!!!
Mencicit Mr Kitty lari. Dua tahun lepas katanya dia kene campak dalam kolam kat masjid putrajaya. Tadi mujur je nak ke longkang!!! Hayyooooooo!!!!

Balik dari sana another suprise waiting for him...dia memang terkejoot beruk ngan hadiah yang satu lagi. Sebab dia memang nak sangat sangat barang tu. Aku bagi JIWA dan RAGA aku kat dia....ecewahhhhh!!!!


tak de la..mana ada...aku bagi dia PLAT ADJUSTER impian dia!!!!
Kat tepi jalan tu jugak berenti. Bebetul kat tepi tiang tepik lite. Bersemangat dia memasang benda alah tu!

Well...ni aku baru pai umah skang kul 0600. Jap lagi baru nak tido. Hope dia ske ngan suprise and muh pwesent. Anyhow..Happy Bday My Mr Kitty, semoga murah rejeki and panjang umur and May God bless ya...


Loads of Love,
Ms Kitty - xoxo -

Wednesday, December 30, 2009

:: Demi Waktu ::

Aku sebenarnya tak de la baru balik dari LCCT. urusan kat LCCT dah lama habis. Cuma aku baru sampai umah je..akibat berdeting tak sedarkan diri sambil main mespes kat kedai mamak!!! wakakkakakkaa

Oklah....cenggini citernyer. Tadikan aku g anta Cik Oren ngan Cik Catz kat LCCT.
Kesian sama Catz menangis nangis tengok BFnya yg bakal ditinggalkan di Kuala Lumpur!
Kelaka pon ada sweet pon ada. Yang bestnya MR Kitty makin hari makin bertambah mesra dengan kawan kawan aku!!!!

Hmm......pelik? YE BENAR!!!!

Dah la first time jumpe tunang Cik Puan Nane...haihhh bukan main ramah mesra lagikkkkk. Siap bergurau senda.

Selepas hantar Cik berdua tu ke balai pelepasan (ewahhh)...kitaorang pon nak balik.
Sampai kat pintu keluar..tetibe Mr Kitty peluk bahu aku...
"Awak..mekdi jom...." dia tarik aku. Aku ikoot aje. Langkah kami dibontoti oleh BF Catz.
Sampai kat kaunter leh pulak Mr Kitty melatah " SET AYAM PECIK DUA!" dia jerit.
Mujur tak satu mekdi dengar. Dah kakak kat kaunter tu tergelak gelak.
Lepas tu dia leh terkejut lagik..dah dia orger STARW SEKILO. Habis satu kaunter tergelak.
Tetibe dia mintak TAPAU KAKAK CASHIER. Ape la penyakit terkejoot Mr Kitty tuh!!!
Balik dari LCCT...Incik Tajj (tunangan Cik Puan Nane) membawa kami berDINNER kat DENGKIL.
Lepas tu aku anta BF Catz balik umah. Lepas tu aku pon mulakan sesi melepak bersama Mr Kitty sebab appoinment dia ngan kastermer dia telah di kansel....

Baru je nak melepak....tau tak sapa call???
SAIKO!!!!!
Cakap punya cakap sembang punya sembang....sekali BERGADUH!!! (macam biasa la Mr Kitty dengan SAiko tuh)
Tup tup si SAIKO nak bercakap ngan aku. Aku dah ready dah if dia nak carik gado.
Aku HELLO secara lembut dua tiga kali...tiada sambutan.
Aku HELLO sekali lagi baru dia nak cakap. Ingatkan dia nak MAKI HAMUN aku...tak de lak..tak berani kott.
dia cuma cakap : ko suruh kitty tu jangan marah marah aku leh tak?
aku : dia marahkan ape??
saiko : entah dia tu....aku cakap baik baik nak marah marah aku lakk
aku : mood dia memang tak berapa nak elok skit hari nih....bincang la leklok
LEpas tu aku pass hempom kat Mr Kitty sebab Mr Kitty dah bagi signal nak tepon dia balik.
Tetibe..Mr Kitty menjerit sedikit. Marah betul dia. Terus letak telefon.
Tak lama lepas tu satu SMS sampai berbunyi " Ko pegi la kat pompuan tu kalau pompuan tu boleh buat ko rasa tenang. Dia boleh bahagiakan ko. dia segalanya. Dia baik. Aku jahat"
Mr Kitty lak selamba balas : Memang dia leh buat aku tenang. Ko semak!

Aku tak cakap apa dah sebab sebenarnya aku mengantuk dan mamai akibat ubat seseme yang aku makan awal petang tadi.
Last last kami melepak sambil main mespes di selangi oleh panggilan telefon serta SMS dari Saiko.
Sementara itu aku dan Mr Kitty sempat bergurau senda maja kasar dalam Mespes.
Asyik la dia ungkit dia nak plat adjuster. Padahal aku nak belikan dia Jam....hmm....
mana satu nak bagi neh????!!!

Esok aku dah start cuti. Esok ada plan nak ronda Hafkat bersama Mr Kitty.
Dia pon tadi waktu nak balik bergaduh lagi dengan Saiko bila Saiko tepon dia. dan maki maki aku.
Tapi tak maki aku direct...maki aku kat telinga Mr Kitty. Elok elok mood orang tu besh dah jadik tak besh!

Aku pon dah pai umah. Aku call MR Kitty bagitau la aku dah pai. Suara Mr Kitty MANDOM (tak de mood).
Aku tanya kenapa?
Mr Kitty cakap : Ade ke si Saiko tu kata awak ngan saya kat atas ni dalam bilik! Gila betul barua tu!
Aku cakap : dah la tu awak. Awak rehat la..banyak sangat benda awak pikir nih. Dia tu suruh la banyak banyak mengucap....
Mr Kitty : ye la....awak tido k...selamat malam.



Ehhh sebelum aku terlupa ....
Tadi masa kat bulatan yang nak ke arah downtown tu..Mr Kitty tetibe tutup radio time tu lagu DEMI WAKTU. Aku lak tancak menyanyi bersama.
Adekah dia terasa lalu mengOFF radio aku?????
Mr Kitty : saya nak tanya awak satu soalan boleh?
Aku : silakan
Mr Kitty : dah lama saya nak tanya nih
Aku : jemputlah tanya, jangan malu malu
Mr Kitty : saya pelik la
Aku : awak pelik pasal ape?
Mr Kitty : saya tak tau ngan tak faham cenggane awak leh sampai skang tahan hati dengan saya
Aku : *diam*senyum
Mr Kitty : saya dah banyak sakitkan hati awak tapi awak tetap nak ambik hati saya..selalu cenggitu
Aku : *diam*senyum*
Mr Kitty : Kenapa awak???
Aku : *pandang Mr Kitty* awak dah tau sebabnya. *senyum*


Dan perbualan berkenaan tidak lagi disambung. Sebaliknya hati aku berkata.
"Saya nak awak berubah menjadi yang terbaik untuk diri awak..untuk Agama awak..untuk family awak...dan mungkin untuk saya. Saya tak pernah berhenti berdoa awak..."

Fuyooooooo Romantik tak aku?? hak hak hak!!!!

ok ...
aku
nak
tido!!!!

p palang s : lagu DEMI waktu asyik bermain main je nih!

Tuesday, December 29, 2009

:: Trilogi cinta ::

Aku asyik terfikir lak apasal masa sesi berkaroke dengan saiko yg mana ada aku skalik..Mr Kitty nyanyi lagu nih .... adekah dia menyanyi untuk ditujukan pada salah sorang dari kitaorg atau menyanyi bagi pehak hati aku????

Setahun sudah ku mengunggu dirimu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untukku melupakanmu
Kerna Kau ku cintai selalu

Tapi sayang kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu
Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu
Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Andai kau pinta untuk melepaskanmu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan

Monday, December 28, 2009

:: Boo!!!!!! Terkejoot?!!! ::



Oppssss...sorrry!!!! Terkejoot ke??!! Memang terlewat untuk mengucapkan HAPPY HALLOWEEN untuk semua...ni gara gara aku tak menyambut party halloween tahun ini kott..!!! hak hak hak....this is NOT about HaLLOWEEN anyway....almost scary as halloween movie..mungkin WORST!

ok straight forward je la ok....










I tot i'm gonna be the most happiest person in the world when i'm actually going to announce this secara RASMInya to all today (Monday, 28/12/2009)...but...kita cuma merancang...tapi Tuhan yang menentukan. Everybody is waiting for this moment....tak sabar sabar semua orang sedang menunggu saat ini termasuk diri aku la.....well...dengan secara rasminya..aku Hunn....ingin mengumumkan bahawasanya ....... (sila rujuk gambar di bawah)







sekian......... :(




p palang s : aku design sendiri kad.....semua aku wat....dah ada barang semua dah!!!
kad aku dah conteng conteng.....
barang barang yg macam makanan semua aku dah g bagi kat anak kawan mak aku yg nak bertunang segera tapi barang ta de......sedekah je la....

WHATEVER!










You Know I still Love You Baby.
And it will never change. (Saranghae)

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don't want any other
I want nobody nobody nobody nobody

Why are you trying to, to make me leave ya
I know what you're thinking
Baby why aren't you listening
How can I just
Just love someone else and
Forget you completely
When I know you still love me

Telling me you're not good enough
My life with you is just too tough
You know it's not right so
Just stop and come back boy
How can this be
When we were meant to be

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don't want any other
I want nobody nobody nobody nobody

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don't want any other
I want nobody nobody nobody nobody

Why can't we just, just be like this
Cause it's you that I need and nothing else until the end
Who else can ever make me feel the way I
I feel when I'm with you, no one will ever do

Telling me you're not good enough
My life with you is just too tough
You know me enough so
You know what I need boy
Right next to you is where I need to be.

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don't want any other
I want nobody nobody nobody nobody

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don't want any other
I want nobody nobody nobody nobody

I don't want no body, body
I don't want no body, body

Honey you know it's you that I want, it's you that I need
Why can't you see~

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don't want any other
I want nobody nobody nobody nobody

Back to the days when we were so young and wild and free
Nothing else matters other than you and me
So tell me why can't it be
Please let me live my life my way
Why do you push me away
I don't want nobody nobody nobody nobody but you.

:: Rangkuman Hujung Minggu yang Penat ::

Hujung minggu baru baru ini adalah diantara hujung mingu TERPENAT aku setakat 2009 ni!
Hari Kismes dikala semua orang bercuti - aku kije part time (ewahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!! trimas to miss vin)
Hari sabtu pulak...aku ke majlis pertunangan Cik Nane dan kemudian ke Paroi untuk Otoshow dan kemudian ke Nilai.

Ada citer menarik sebenarnya untuk hari Sabtu terbabit.
Selepas acara yang agak menarik dan tertarik di Umah Cik Nane. Di mana Mr Kitty menunjukkan beberapa perangai pelik.
Seperti : terlebih peramah dengan kawan kawan aku. Padahal sebelum ini dia agak membenci acara acara bertemu peminat peminat aku di majlis majlis kenduri kendara nih.
Selepas itu di otoshow : macam biasa la....
Nilai : ni yang menarik nih.
Kami ke Nilai kerana Mr Kitty nak sangat temukan aku dengan si Saiko. Tak de la cun mana pon...sekali imbas maybe macam Liza Hanim. Aku lak macam Amelia AF! wakakkakakakka (perasan!)
Badan stok macam aku. Muka tak ok....muka aku tak de sebijik jerawat pon...tapi muka dia...erk!! (no komen!)
orangnya memang stok gangster. suaranya serak serak basah dan agak garau. Bila bercakap...kaki letak atas kerusi member..nak kata stok jenis selamba aku tak berapa nak sure. dan dia ada
TANDA LAHIR kat atas bontot kanan (antara pinggul dan pinggang) berbulu beb!!! YIKES!! oppsss sorry wa ternampak lakkkk!!!! Ngeeeeeeeeeeeeeeeee~
Dia kalao perangai tak macam HANJING memang leh buat member dengan aku. Tapi perangai dia stok hanjing...mintak maaf la aku tak cari kawan macam tu.
Masa nak balik tau tak dia nak carik gadoh dengan aku?!!!
PALACHIP nye TINO!
aku tak nak kasik number tepon aku kat dia (NI SEMUA ATAS PERMINTAAN DAN ARAHAN MR KITTY ok)
dia leh buat isu lakkkk.....
aku selamba je cakap kat dia "sorry la aku tak bagi number tepon aku kat orang yang aku baru kenal satu hari...if ko nak number tepon aku ko mintak kat dia (Mr Kitty) "
terus dia nak ngamuk!!
apahal?!! number tepon aku..akunyer pasal la!
Dia cakap "ahh dah terlambat...korang ada komplot!!"
aku kata "komplot apa lak nih???!!!"
"sudah la!!!" dia kata kat aku
terus dia pandang Mr Kitty macam nak pukul orang
Mr Kitty cakap : Aku dah buat baik macam ni ko balas kat aku kan??? - Mr Kitty pandang Saiko
"Apa??!! korang ni mesti ada apa apa nih!!!"





Aku pandang derang berdua :

AKU TAK NAK CAMPOOR HAL RUMAH TANGGA KORANG! Banyak benda lagi aku buleh fikir. Korang settlekan la macam orang bertamadun ok!
Aku angkat dua dua belah tangan aku...aku blah!!!!!

Dari jauh aku leh tengok derang berdua dah berTEKAK!
dalam 15 minit lepas tu Mr Kitty panggil aku dan kitaorg balik KL.

Mr Kitty cakap....
saiko tu JELOUS ngan kitaorang. Dia syak macam macam.
Apa lagik...aku pon membebel la dengan Mr Kitty. Dia yang nak bagi muka lagi kat POMPUAN tu...konon..sayang la..take care la sebab dah lama kenal!
BUTHO!!!!!!!!!!!

Tapi kitaorang ok ok je...tak de gado gado pon...cuma macam agak...ermm....macam tak nak bincang or bercakap apa yang berlaku sebab kitaorang malam tu
buat macam biasa. Mr Kitty telah memanjakan diri...nak potong kuku pon suh aku yang potongkan..GEDIK nak mampos!

Ahad :
aku diserang sakit puan dan duduk rumah seharian.
Sapa sapa ajak kuar pon aku tak mau. Maafkan saya..cik Nane, Cik Oren dan Cik Catz. Tidak lupa maafkan saya Mr & Mrs MP. Maafkan saya Cik Kakak Ipar dan Abang Ipar.
Sorry tak larat nak kuar. Tido lagi syok.

Kepada MR Kitty yang telah melayan Saiko yang turun KL carik aku - TRIMAS la....malas nak kenang jasa anda!
Kepada Saiko...tolonglah berubah. Untung lu beb balak aku sayang sama lu!
Kalau ko tak berubah jugak...entah la (tapi terasa mcam dia akan berubah BIG TIME sebab dia nak sangat ngan Mr Kitty tu!)

dan aku bermimpi gigi gigi aku PATAH!!
erk!!!!!

Sunday, December 27, 2009

:: Tahniah B!!! ::

Ini satu lagi entry AUTO.
Tahniah B .... kenduri penutup untuk belah lelaki. B ni ala ala EXBF aku la...kitaorg dulu kemana je sama sama dah macam belangkas...kereta pon make up bagi jadik saling tak tumpah la!!!!
Akhirnya dia berkahwen dengan sorang perempuan walaupon pada hakikatnya dia ada BF (opppppssss) and now u guys know kenapa aku putus ngan dia!

Well B...selamat ye!!!! Ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~

Saturday, December 26, 2009

:: Tahniah Nane!!! ::

Bile december sampai...berderet la orang nak kawen la nak buat anak la nak mengandung la nak bertunang la nak merisik la la tu la ini la semua la!!!!

Waktu entry ini di post aku kemungkinan besar dalam perjalanan ke Umah Cik Nane untuk majlis pertunangannye....tak pon aku dah sampai kott...hahahhahahaha.

Nane ni kelaka je...memula tak nak bertunang sangat ngan lelaki ni konon tak de SPARK dalam hati...not his taste and summore dia ada sekendel lain dan lelaki ni ske buat endah tak endah pasal dirinya. Last last setelah di paksa oleh ke dua dua pehak lelaki dan pompuan..maka mereka pon bertunang........dengar kata mungkin awal tahun kot menikah...Ngeeeee!! (padan muke Nane!!!)

Akulah fashion designer untuk baju Nane kat majlis nih...tapi Nane cakap tukang jahet dah salah jahit...cett!!! kalau aku reti jahit baju...aku dah handmadekan untuk Nane...aku reti design je... :P

so....ape ape pon tahniah Nane!!!!!!

Friday, December 25, 2009

:: Meri Kismes..ho ho ho ::

Ho Ho Ho~!!!!
Slamat pagi Kismes!!!!!!
Aku ngat nak tido tido ala ala cinderella la ini hari...tapi Cik Vin telah menugaskan aku dengan satu tugasan. Jaga kedai rantai katanya......maka aku pon menerima tawaran kerana bayaran agak lumayan untuk 1 hari...leh aku g beli henpom baru mlm kang!! hahahahhahahaha eh salah hohohohohooooooo~

so aku pon tengah bersiap siap la ni nak g jemput mak datin tu skalik jap laie.
dah alang alang bercerita ..nak tak aku citer ape jadik malam tadi??
ermm....tak yah la kottt....nnt aku citer la....hahahhahahaha (bila senang aku update entry nih)


aku kene g kije nih...
kata Vin lagi dia nak melatih aku berniaga ala ala di Pasar Malam tapi canggeh skit kononnya senang nanti aku nak berniaga kat Pasar Malam disamping Mr Kitty aku yang terChenta!!


cettt pooooorah!!!
uikssss

salah lagi...ni raya omputeh....
sheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet!!!!!

:: Disember ku kukuku::


Meri Kismes....ho ho ho~!!!

selebehnya sila rujuk gambar berkenaan....trimas!


ho ho hooooooo~!!!!

Thursday, December 24, 2009

:: Don't Trust Me ::

OK..Mr Kitty sebuk pujuk aku.
tak tau kenape dan mengape.
pagi tadi awal awal pagi jadah aku dah dapat maklumat dari 2 informer aku.
satu dah dapatkan alamat n nama penuh minah tu.
yang ke dua fwd SMS minah tu kat aku.
bunyinye begini :
"Minah tu kata Mr Kitty dah 2 hari tak ctc dia. Then tgk dalam mespes Mr Kitty ngan pompuan laen"

&

"Dia cakap lagi if Mr Kitty leh kenekan dia..dia leh balas 10 kali gande"

ade aku kesah?? balas la kalau nak balas...wa ta de hal beb!

dan aku hanya tinggal KETAWA......!!!!!

dah nasehat awal awal Mr Kitty ni peel...bukan bukan skit......
Naseeb la...
Lepas Mr Kitty pujuk pujuk aku pon aku dah tak berapa nak ada percaya dah pown....tunggu je la~
Kalau aku terkawen ngan orang lain...jangan nyesal sudaaaa~

Saturday, December 19, 2009

:: Tak buleh tido ::

Jam dah kul 0508 .. aku maseh segar bugar macam sayur kat TEsco! Kompem la aku tak tido pai pagi esok nih..haih!!!!

Cuti aku tak de buat apa...tido sampai tengahari.
Sebelom aku terlewat...dan terlupa aku nak ucapkan tahniah buat Pasukan Bola Sepak Kebangsaan yang telah membanggakan negara dan aku setelah 20 tahun 'penantian penuh penyeksaan dan kontroversi dan konspirasi' - tak sia sia aku terkinja kinja melompat lompat dan mejerit jerit ala ala kat stadium!

Sekejap je lagik dalam lebih kurang 2 jam aku akan bertolak ke Ipoh. Meraikan hari keseronokkan untuk kawan baik aku Mr Mp dan bakal isterinya MRs MP.

Aku jumpa Mr Kitty tadi. dalam 47 minit yang lepas. Aku pelik tapi benar. Dia dah betul betul berubah atau sekadar berdrama atau dia dah memang INSAF??? Dah seminggu ni rajin betul dia ke Masjid. Tak kira waktu....janji cukup 5 waktu yang fardhu!
Tadi sebelum melambaian kaseh balik. Dia tetibe bertanya.
"Nak ikoot pegi Autoshow tak esok pagi?"
Aku makin pelik. Bukan ke selama ni selalunya aku dilarang berada dekat atau hadir ke mana mana autoshow yang dia ada? Tapi aku diinvite pulak untuk meneman kali ini.
"Nanti pagi saya roger awak ek...." katanya
"Erm....saya tak leh pegi la" berat lak nak cakap tapi kene cakap jugak
"Esok ada kenduri kat Ipoh...kene pegi sana"
Dia senyum kelat walaupon dalam kesamaran cahaya lampu jalan yang tak berapa nak terang tu.
"Sorry ek awak..." kataku..
"Tak pe..." dia senyum
"Awak bawak kereta elok elok ye" itu kali ke lima dia pesan kat aku.
Lepas tu dia pon lintas jalan balik rumah dia. Aku balik rumah aku.

Sampai kat rumah . Check MESPES (aku skang dah rajin main MESPES). Sekali ada msg. Dari seseorang. Dia ni skang dengan aktifnya berFLIRT dengan aku. Kita namakan dia Mr Bank Dunia (Mr BD). Orangnya sangat FOTOGEDIKGENIK. Tapi kat luar leh tahan. Kecik..kurus..tak berapa tinggi tapi banyak jerawat. "Awak tak tido lagik ke? Kite rasa kita dah berjangkit ngan awak la..penyakit tak leh tido nih..." itu katanya.
Aku balas je. Ekekekkekekeke! GATAL!

Hmm.......

Tuesday, December 8, 2009

:: Selamat Datang ke Kuala Klawang ::

Aku selamba balik awal semalam. Kul 1500 aku dah blah dari ospis.
Tak sabar pulak nak tengok rupa Kuala Klawang tu cenggane.
Aku sampai rumah dak kecik tu baru settle mandi. Pemalu nak mampos lak ngan parents aku, berkurung dalam bilik lak kije dia.
Aku ajak dia makan ngan parents aku semua. Lepas tu aku gerak dari umah dalam kul 1700.
Temukan dia ngan balak dia dulu. Baru jalan.
Jalan aagk slow sebab banyak kereta nak naik Seremban. Perjalanan yang indah.
Sembang sepanjang jalan. Bergurau senda ngan budak kecik tu.
Lupa lak nak amik gambar ala ala BFF berdua-dua!!! hak hak hak..
"Emma sayang akak tau....emma sayang akak lebih dari emma sayang along,"
itu katanya. Of course la sebab aku lagi sporting kering dari Along dia tu!!!!
Padan muka Mr Kitty lepas ni! Oppsssss~
Aku tak kasik tau pon sama Mr Kitty yang aku hantar budak kecik ni pai skolah dia nun jauh di Kuala Klawang.



Budak kecik pon tak cakap ngan Along dia. Sebab Alongnya tak mau diganggu.
Aku ni kalau pasal jalan jalan agak terang hati.
Pertama kali ni pegi Kuala Klawang! Dah la budak Emma ni ala-ala tak tau jalan nak balik skolah dia...
Aku lagila...selamba REDAH je!!!
Perghhhh sampai beb!!!!!!
Yang paling seronok?!!
Jalan nak g Kuala Klawang ni dipenuhi dengan corner corner SEDAP. Diantara yang TERBAEK setakat ni.
Terutama corner menuju ke JERAM TOI!!! TERBAIK!!!!!! TERBAIK!!!!!!!!
Selam je amik corner 110km/j ke atas....memang layan...buat kering!
Nanti aku nak pergi berSUKAN RIA kat JERAM TOI...tempat macam besh je!
Aku sampai skolah dia lebeh kurang 1930 (sampai DORM dia sebenarnya)
Kira leh tahan laju jugak la aku bawak kereta sebab dari Somban tak salah ala-ala dalam kul 1900 sebab jalan jem semua kan?



Lepas acara peluk ciom ngan budak kecik yang menanges sebab sedeh aku dah nak balik...
Mr Kitty call, tanya aku nak balik ikoot jalan mana.
Bermacam macam pesanan penaja aku dapat.
Aku pikir nak ikoot jalan yang tulis 'KUALA LUMPUR 81KM' - jalan tu tembus kat semenyih.
Sekali Mr Kitty cakap 'JANGAN IKOOT JALAN TU..IKOOT JALAN YANG DATANG TADI. SELAMAT SIKIT'
Terus aku matikan niat nak jalan ikoot jalan satu lagi tu...jalan sana lagi banyak CORNER!
Aku tau sebab ape...ikoot je cakap MR Kitty.

Maka lepas tu aku terus shoot balik KL. Sampai KL dalam kul 2130 - aku rasa mmg laju aku rempit balik rumah!



Sampai je.kepala sakit.bdan sakit. Mr Kitty tepon pesan suh pegi mandi.
Aku mandi - baring - terus lelap. Tepon bunyi pon tak sedar.
Pagi bangun ada 60 missed call. 8 SMS....Ngeeee~
Bangun-mandi-pegi kije!
So.....Kuala Klawang aku akan datang lagi!
KORNERmu membuatkan aku ANGAU!!!!


Monday, December 7, 2009

:: Sarah Jantan Vol. 3 ::

sangkaan aku pasal Sarah Jantan memang tepat...
hari ni abang angkat aku bagitau yang si sarah jantan dah citer macam macam pasal aku n Mr kitty kat dia.
Ini termasuklah citer citer haram aku!
Gile punya manusia!! Tikam aku ye???
Kali ni aku nak buat rilex je. Aku nak jauh dari dia sikit sikit.
siot je jadik baik pon kene 'makan' ke?!
Ada pendapat mengatakan Sarah Jantan suka sama aku.
Tapi orang lain yang dapat.
Maka dia bertugas untuk memecahbelahkan kitaorang berdua.
Aku tak gemar if Mr Kitty lepak dengan dia.
Tapi Mr Kitty nak lepak jugak. Dalam ramai ramai yang dia baca tu..kenapa dia tak baca bestfren dia yang sorang tu?
Tak sangka....tak sangka....
Aku kene lagi rupanya!!!!!
Tak pe..RILEX...RILEX....
setakat nih dah 4 orang cakap benda yang sama pasal org yg sama.
Maka aku akan perhatikan dan dengar je apa dia nak kata lepas nih.
He is out from aku nyer list FB nyer beshfren!

:: Busy BEE Me::

Hujung minggu lepas adalah diantara minggu yang terbusy bagi aku.
Bermula dari hari Jumaat 4/12/2009-6/12/2009 aktiviti aku memang tak berhenti.
Tahniah untuk diri sendiri kerana berjaya dilantik menjadi Ketua Pergerakan Wanita dan Biro Lembah Klang (bersama Mr Kitty).
Macam kelakar je derang ni dah la memula suh aku jadik Marshall Wanita (aku mmg ske tapi tak nak la :P)
Itu kesah hari Jumaat yang agak gamat.

Hari Sabtu pula aku telah dengan jayanya memandu dengan had laju yang tidak pernah kurang dari 110km/j.
Bermula seawal jam 0700 aku yang hanya tido 2jam selepas balik dari meeting telah berangkat ke Muo.
Aku pegi Muo dengan tujuan membeli kerepek, stok rempah Adami serta mengadakan aktiviti Rally di sana.
Aku punya layan jalan berbatuan serta selut tanah merah sampaikan
piring brekdisc aku kecederaan. Itu belom dicampur dengan keadaan kereta aku seperti jentera membajak sawah (even worst!!!)
Dengan minyak tar yang bersepah-sepah terkene kat seluruh body kereta!
Sementara itu apa yang berlaku di Kuala Lumpur?
Tidak semena-mena 'adik angkat' Mr Kitty SMS aku, mengadu dia BOSAN dok rumah sorang sorang sebab abangnya pegi masuk AUTOSHOW.
Aku pun ala-ala nak layan tak layan sangatla 'adik' tu sebab aku tak berapa nak ngam dengan dia lagi lepas kejadian teramat gedik waktu meeting malam tadi.
Yang menyebabkan beberapa mata lain turut semak memerhatikannya lalu bertanya pada aku tapi jawapan aku 'RILEx JE'.
Aku pun balas la 2-3 benda dan yg menjadikan aku RISAU bila budak tu cakap dia nak kuar pegi jalan jalan dengan kawan dia. Tapi bagitau aku bukan 'abang' dia. NAK MAMPOS?!!!!
Aku tau sangat perangai MR Kitty terhadap adiknya yang sorang ni. Kalau budak tu keluar mampos kene belasah la budak tu. Bukan apa budak ni SOSIAL..jenis ske ske dia je nak buat apa.
Tengok la paper SPM belom habis lagi dah merayap. Last paper esok(SELASA) - Kimia tapi dia tengah tido kat umah aku.
So, dalam pada masa yang sama aku terus call MR Kitty sebab dia cakap malam tadi kat aku dia tak nak masuk AUTOSHOW - tup tup masuk pulak.
Masa aku OTW nak ke Ayer Hitam, Mr Kitty call bagitau dia MENANG AUTOSHOW. Aku gembira bagi pehak dia walaupon aku ta de kat situ.
Perghhh memang adventure! Selepas seronok berRally kat Muo..aku terus naik Ayer Hitam badget nak carik barang kerta.
Last last tak de pulak - STOK tak ada!!!!
Aku pon dengan bongkaknya - terus pulang ke Kuala Lumpur dari Ayer Hitam jam 1900 dan tiba di KL lebih kurang 2015.
Lepas pulang ke rumah. Bersuka suka sekejap depan TV. Lepas tu aku keluar dengan Vin - konon nak celebrate bday dia.....
AKu pon sampai umah dia lebeh kurang jam 2230. Terus shoot SK. Lepak lepak kedai mamak menyambut bday Vin - hak hak hak!!!!
Dalam perjalanan aku ke SK aku cakap kat Vin satu benda 'aku terasa yang malam ni kompem aku kene amek budak tu g tido kat umah aku'.
Boleh tahan masin mulut aku nih. OTW aku balik rumah lepas hantar Vin. Mr Kitty call aku waktu aku kene roadblock suh aku g amik adik dia kat umah!
Cett....aku yang penat tak de rehat last last terus pegi Cheras menjemput budak kecik tu.
Aku bawak dia balik rumah sampai rumah lebeh kurang kul 0330. Aku siapkan katil semua, bagi budak kecik tu baju tido bla bla bla.
Dan kami bersembang sampai kul 0600!!!! Sambil sambil bersembang, perbualan kami asyiklah diganggu oleh SMS dari Mr Kitty yang TAKOOOOT sangat budak kecik tu tau relationship kami berdua!
Malas nak pikir kenapa.
Aku tanya Mr Kitty apa dia tengah buat waktu kami sedang gurls talk tu?
'Saya tengah tengok citer Syurga Cinta yang awak bagi kat saya' - aku senyum sahaja. Dalam hati berdoa agar Allah membukakan hati Mr Kitty untuk berubah.
Sembang punya sembang citer punya citer, seperti biasa aku akan menggunakan teknik paparazi aku untuk mendapatkan maklumat.
Sekali dak kecik tu boleh tanya kat aku 'Akak dengan Along kapel ek??'
aku jawap 'no komen'
'Alah...Along dah bagitau' - dalam hati aku kata : tadi cakap jangan bagitau budak ni, skang siapa bagitau sapa??
'Oh....ALong dah cakap?????'
"Haah..tapi kan akak, Along cakap akak ni terlampau baik untuk Along. Akak dah banyak tolong Along..akak dah buat macam-macam untuk Along..."
"Along cakap cenggitu???"
"Hmm...Along kata Along sayang kat akak..tapi akak ni baik sangat la...family akak pon Along kata baik sangat...Along macam tak pai hati nak kecewakan akak.."
Aku diam...dengar je budak kecik yang baring sebelah aku ni membebel.
Tup tup Mr Kitty SMS aku 'I LOVE YOU SO MUCH Honey [nama penuh aku la dia taip]'
Aku gelak kecil. Budak kecik tu tanya kenapa. Aku tunjuk SMS tadi.
'Apa la Along nih....bila orang tanya tak nak ngaku...skang i love you i love you ngan akak lak...gilanyer Along!'
Aku balas SMS tadi. Cakap aku pon sayang kat dia. Dan aku tak tau apa kisah sebenarnya sebab aku tak tanya pon sampai hari nih.

Ahad, aku bagun seawal jam 0900. Tolong ayah aku clearkan pokok rambutan gading depan rumah tu. Dengan servis kereta aku.
Bermalas-malasan jugaklah aku bersihkan sisa sisa minyak TAR yang maseh melekat - susah nak hilangkan kesan minyak TAR. Projek tertangguh!!!!
Sebab aku MALAS. Habis aku wat kije malas malas aku. Aku tengok TV - Budak kecik tu tido lagi. Biar je.
Mr Kitty call aku lebih kurang kul 1200 tanya tengah wat apa. Aku cakap tengok TV tanya mana adik dia. Aku cakap tido.
Dia suh aku kejutkan adik dia secara LIVE. Kami pon diarahkan untuk datang bengkel kereta sebab kereta dia rosak lagi....
Dalam kul 1330 jugaklah aku sampai kat bengkel dengan adik dia tu. Lepak sekejap. Sembang. Mr Kitty bagitau dia kena balik Serting.
FINE. Aku malas nak pikir nak lawan ke ape ke...biarkan aje. Ada urusan katanya.
Lepas bersurai, aku bawak budak kecik tu pegi makan kat Mekdi. Dah dia nak sangat.
Punyalah sporting aku nih. Aku siap suh dia call balak dia sebab aku nak jumpa. Kalaula Mr Kitty tau- akulah orang pertama yang kene TERAJANG!
Mr Kitty tak suka budak kecik tu ada BALAK sebab takoot budak kecik tu buat benda yang bukan bukan.
Boleh tahan hensem mamat Shafik tu. Muka leh percaya la jugak.
Aku balik rumah lepas lunch. Keluar balik dalam kul 2030. Pergi karoke..hahhha bawak budak kecik tu ngan balak dia skalik ngan exbalak dia skalik.
Sporting kan aku?!! wakakakkakkakaka.
Oklah..jujur ek cakap..budak kecik ni ada bagitau aku yang dia tak ske tengok Along dia ada GF. Sebab dia jelous dan menurutnya dia tak nak Along dia mainkan perasaan pompuan lain.
Aku pon memberanikan diri tanya kat budak kecik...
'awak suka tak kalau Along dengan akak?'
'maksud akak?'
'kalau Along ngan akak kapel ke...ape ke....'
'Oh......jujur ek orang cakap, dalam ramai ramai orang perempuan yang Along bawak orang jumpa...orang tak penah lagi jumpa yang macam akak.
Akak lain dari semua yang Along pernah bawak jumpa. Akak ni baik sangat sangat. Kalau yang lain tu dah siap kene maki hamun lagi!'
Aku diam. Aku anggap ianya satu pujian. Aku cuba bersikap PROFESSIONAL. Dah kata adik...well adik it is la melainkan mahu sumbang MUHRIM berlaku la kan?!
Aku balik rumah malam tadi jam 0030. Barai mengantuk gila. Sembang beberapa kerat je ngan budak kecik tu lepas tu aku tertido.

Hari ni aku ingat nak MC tapi dah MC jumaat lepas - so tak jadik. Aku pegi jugak kerja tapi bawak kereta tak naik LRT.
Budak kecik tu ada kat rumah tegah tido lagi. Sepatutnya dia balik asrama hari ni. Tapi dia degil tak nak balik semalam. Esok ada Paper last.
Entahlah budak kecik tu. Ni nak tunggu aku balik kije kul 1730 tah kul brape aku pai umah. Katanya dia kene ada kat TERMINAL ONE kul 1800.
Tak terkejar beb masa aku. Mr Kitty masih kat Serting tanpa khabar. Aku tak leh call or SMS dia selagi dia tak call aku - itu syaratnya.
MAka dengan itu aku tak tau apa akan berlaku hari nih.
Aku ngantuk nih - HAIH!!!!

Friday, December 4, 2009

:: Pelik pelik... ::

Isk isk isk...hari ni hari yang hujan seharian.
Aku tak pegi kije sebab tak sedap hati. Macam macam jadik hari nih walaupon kije aku dok umah je selain dari pegi bank.

Pagi aku pegi bank konon nak uruskan kehilangan CC aku.
Balik dari bank aku pegi Klinik amek MC - dekat klinik seswatu terjadi.
Ade seorang awek yang Maha Ayu dan Sopan santun serta buleh tahan cun dengan kulit putih melepaknya menghampiri aku - jual buku. Aku dah penah tgk buku tu...aku skang tingin nak baca La Tahzan...buku lain lak dia offer. Tup tup dia nampak macam aku tak berminat.....sekali dia keluarkan seswatu yang membuatkan aku terus tak pikir panjang dan beli.
Lepas aku bagi duit semua kat dia....dia senyum seindah indahnya - aku ske tengok muka awek ni....suci murni dan segar. Dengan pandangan matanya yang best tu....she got the skill i guess.
Last last sambil dia tulis resit kat aku...dia ckp something. Aku jawap je soklan dia. Last last dia saam aku...dia cakap 'Saya doakan awak bahagia....saya doakan awak jumpa jodoh awak nanti'
Aku jadik pelik. Minah ni saikik ke - dalam hati aku. Dah la aku tipoo dia aku cakap aku student. Erk....rasa bersalah pulek. Lepas akak kaunter ubat panggey aku. Aku g amik ubat bila aku berpaling awek tu dah ilang. Balik aku citer kat ayah aku....ayah aku cakap 'tah tah malaikat.....'

Wooooooooooooooooooooooooooooo~~~


Aku balik umah tido....bla bla bla.
Bangun je...aku tepon atok aku. Mengadu hal hati aku nih....nak tau tak jawapan kaseh atok aku amatlah ringkas dan padat 'RILEX JE' hoh!!! 0_o apsal semua orang menggunakan perkataan fav Mr Kitty kat aku nih??? y?? y??? y?????


Lepas dari tu pulak...Mr Kitty call aku. Mengadu hal dia lak....gaji dia kene potong sampai tnggal 3ratus je!!! Lagik kijam!!!! Aku tak leh ckp ape selain suh dia rilex je.....ekekekkekekekek

Kemudian.....adik aku lak call aku

'weh akak cube ko teka aku kat mana??'
'ko kat mana? manalah aku tau....ko kat kedah la kan????'
'eh tak de la....aku kat DANOK la!! hahahhahahaaha'

lagik menggong.....tetibe kat DANOK lak ngan anak bini dia!!! Saja je la tu g DANOK tepon aku....nak jeleskan aku la tuh!! cis kek!!!!!


Malam ni ade miting car club mr kitty...aku tak tau kenapa AJK derang beriya suh aku datang. Dah la itu hari aku terdengar Mr Nana nak suh aku jadik Secretary....gile! aku stiker pon tak de....baju pon tak de......hish!!!!!!

Nak pegi ke tak ek??

:: Sarah Jantan ::

Macam ni lebih baik barangkali. Lebih selesa dan tenang rasanya - ENTAHLAH!
Tapi dia jadik SUPER DUPER UPGRADE DEAL (macam product TM tu) - SUPER DUPER CARING
Well..citer pertama aku tak de kene mengena dengan SUPER DUPER UPGrade Deal. Ianya bercerita tentang seseorang lelaki yang berwatakkan 'SARAH' dalam citer Nur Kasih.
Bukan aku yang namakan dia sebegitu tetapi seorang kawan yang kadang kadang sanggup meminjamkan mata sampai rabun merenung screen komputer kerana berYMan dengan aku.
Kikapoo cakap kat aku mcm tu semalam. Aku yang tak pernah tengok citer Nur Kasih akhirnya sampai je umah semalam terus tengok - walaupon ulangan.
"Biar betul u ni Hunn...mamat tu macam SARAH pulak i tengok" - itu kata Kikapoo.
Aku citer kat dia apa jadi dalam 4-5 hari lepas. Termasuk citer tentang aku makan malam bersama SARAH Jantan ini.
Hurm...aku ni dah la suka berfikir. Kata kata SARAH Jantan membuatkan aku makin nak terfikir dan terus berfikir!!!!!
Adakah dia cuba nak hancurkan Relationship aku skang? Adakah dia merasa dengki? Adakah dia sebenarnya ada hati kat aku?!!!!
OH MY GOD!!!!!!!!!!!!!!
Tadi aku berbual dengan Kak Ema. Mintak pendapat orang tua sekali sekala.
Katanya jangan tak percaya langsung tapi BERHATI-HATIlah dengan SARAH Jantan ini.
Kisah kedua :
Malam tadi Mr Kitty bagitau aku yang hari ini (hari Khamis) dia akan kembali berpindah ke Seremban. Sebab? Sebab Mem Besar suruh dia balik
dan tolong family berniaga. Aku rasa sedikit sedih tapi tak kesah sangat. Sebab aku tau Seremban tu sekejap je bagi aku .. aku leh sampai.
Terasa macam kalau dia duduk jauh kami akan bertambah mesra pulak.
Dalam 7-8 kali jugak aku cakap "MACAM TAK PERCAYA JE....." dekat Mr. Kitty
Dia pulak asyik ketawa dan cakap 'ALAH....bukan tak leh jumpa. KL-Seremban , 30 Minit awak leh sampai kan?'
Aku diam. Tak tau nak kata ape. Terus SMS Vin. Citer kat dia.
Vin lak leh tanya soklan bodoh..ADEKAH AKU AKAN BERPINDAH KE SEREMBAN SELEPAS BERKAHWIN DAN BERNIAGA KEK DAN MEE DI PASAR MALAM PORT DICKSON?
Benggongnyer VIN. Kawen pon BELOM tentu.....dah ke situ!
Kalau YA sekalipon .. aku tak nak dok Seremban!! Apa ada sana?!!!! Mua ha hahahhahaahahha~
Aku pon last last layan perasaan - tak layan manapon sebab aku tengah senggugut. Layan senggugut je lebeh... :P
Tunggu Mr Kitty call...sampai ke pagi tak call. Cakap nak g jumpe Kenny kat Kuchai..tah ke mana dia malam tadi! - BIOkan.....
Tup tup....last last....
Mr Kitty bagitau 'Saya tipoo awak je la....mana ada nak pindah balik Seremban. Nak pindah umah je...kat sini jugak tapi umah lain!'
CIS KEK beracun!!!!!!!!!! Saje je..
'Risau ke? Sedih ke?' itu soalan dia
Nak je aku MAKI!
Tapi ku tahan Jebat...!!!!
Last last aku SMS dia..aku cakap. ' Dah tentu saye akan rindukan awak. Saya tak nak tipoo diri sendiri sebab pucuk pangkal hati'
Dan SMS aku dibiarkan TIDAK BERJAWAP.
(eh alamak....skang dah 1840 [enrty ni aku wat auto post] aku nak g tgk nur kasih ulangan japp)





free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Thursday, December 3, 2009

:: Drama Sebabak. ::

Hujan masih lagi renyai-renyai. Dia sempoi je malam ini. Berseluar bermuda dan berbaju lengan panjang.
Lintas jalan. Dalam kepala otak sudah tersedia menu cuma belum sampai meja dan order makanan. Lelaki yang seorang lagi membontotinya dari belakang.
"Ko pernah makan kat sini?" dia bertanya
"Tak pernah..dengan ko la ni first time" lelaki tadi memandang kiri dan kanan
"Kita duduk sana la..malam ni tak de live band pulak" mereka menuju ke arah meja bernombor 15
Selepas memesan makanan mereka mula berbual. Tentang macam macam perkara tetapi semuanya berkaitan dengan kehidupan masing-masing.
"Awek aku ajak aku pindah sekali dengan dia,"
"Dah tu ...ko setuju?"
"Aku tak nak sakitkan hati dia..aku cakap setuju je la. Sebab tu semalam aku tanya kat ko kawasan mana yang okay"
"Oh... ko nak area mana?" dan mereka mula bercerita.
"Awek aku nak sangat duduk area Cheras,"
"Ko gila?!! Cheras neighbourhood tak hollywood...kalau rasa nak kene cekup, silakan la..." kata minah tadi padanya
Lelaki berkacamata itu diam. Berfikir barangkali.
"Aku nak bagitau ko satu benda nih" katanya
"Apa dia?"minah tadi mengerutkan dahi. Macam ada seswatu tak kene dalam hati.
"Balak ko nak pindah sekali kott dengan kitaorang,"
"Eh....!! Dia cakap semalam temankan korang je. Tak de pulak dia kata nak pindah sekali"
"Tak de la...sebab skang ni rumah tu nanti. Kawan awek aku nak dok sama,"
"Ok...so...??????"
"So...erm...macam ni la, aku citer ye. Semalam masa aku kuar ngan awek aku ngan balak ko, kawan awek aku si Nina tu ada sekali. Balak ko mintak number Nina kat aku...
dia macam suka je ngan Nina tu. Tapi aku tak de la bagi number Nina tu kat balak ko. Cadangannya, If aku moved in ngan awek aku. Nina ada sekali apa salahnya balak ko masuk umh tu sama?"
"apa yang ko cuba sampaikan kat aku nih?"
"Erm....ermmmm"
"Ko cakap kat aku.....explain"
"Bukan aku dengan ko ngan balak ko dah CLASH ke?"
"Masa bila?" minat tu tanya kat lelaki tadi
Lelaki itu diam.
"Maka kat sini ko nak suggest Nina kat balak aku la? So ko moved in dengan awek ko..and balak aku leh moved in dengan Nina? Macam tu?" ada sedikit kepanasan hati di situ.
"Erm....tak de la..ikut dia la kalau dia nak ke tak" lelaki itu pandang tempat lain
"Aku kenal dengan perangai balak aku. Balak aku tu bukan tak citer pasal zaman kegelapan dia dulu. Yes..aku belum kawen dengan dia. Dia ada hak nak berkawan dengan sapa sapa. aku tak kisah"
"Aku bukan nak cakap ape...tapi aku rasa balak ko tu ada niat lain kat ko" dia tambah lagi
"Niat macam?????"
"Entahlah..aku tak berani nak cakap. nanti korang pulak bergaduh. Abaikanlah..." lelaki tadi tak senyum atau masam muka...cuma ada pandangan sinis dari dia.
"Aku rasa balak ko tu suka dengan Nina la...." eh, tadi dah berenti. Tetibe boleh sambung pulak.
Dan minah itu buat tak tau dengan statment terbabit. Dia macam malas nak fikir dah.
Dia rasa macam adekah lelaki di hadapannya ini hanyalah satu lagi SANDIWARA atau Pendengki Terhebat untuk kisahnya kali ini.
Tiada keputusan dibuat. Tiada statment dikeluarkan.
Mereka pulang ke rumah masing masing dalam gerimis hujan.
Dan Minah tadi berfikir.....berfikir....berfikir.....



free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Top Post