Tuesday, December 1, 2009

:: Ko Rilex je - Vol. 2 ::

Dia.honey "aku kalao dah sakit hati dalam bergurau pon ko leh kene maki!"
less than 5 seconds ago from Twittie

Di atas adalah STATUS twitter aku pada jam 1451.
Aku adalah orang yang sangat flexible mengikut suhu muka bumi. But kebanyakkan masa suhu hati aku sanga COOL. Jangan buat aku dilanda SUMMER season!
Dalam bergurau aku leh PERLI lebih panas berapi dari POSPERITY Burger mahupon cili padi! Lukanya akan jadik lebeh dalam dari bom tangan mahupun jerangkap samar!
Mangsa hari ini?
Mr Kitty!
Aku saja je anta SMS yang nak tengok kegelabahan dia.
"Kenapa buat cenggini?"
Itu kata SMS aku.
Sekali dia balas 4 SMS!!!
wakakkakakaka
1. Kenapa nih?
2. Buat ape nih?
3. Saya buat ape?
4. Apa nih?
Well .... well.. well.. aku gelak sendiri secara solo kat kedai mamak!
Aku balas kat dia..
"Rilex....salah bagi sms, bukan nak kasik kat awak...sorry ek..hehehehhehe"
Poyo je..konon salah bagi SMS sebenarnya saje je wat cenggitu.
Tak lama dia call....
Lama jugak bersembang dalam setengah jam. Penuh dengan sesi PERLI hanya untuk Mr Kitty!
Mr Kitty : Apa kene ni awak?
Aku : tak de ape ape la..kenapa?
Mr Kitty : Ye la apa saya dah buat?
Aku : La..salah kasik SMS. Rilex la.....awak tak buat salah kan?
Mr Kitty : Ye la...awak kasik je SMS tu org terfikir. Eh apahal nih? Dia nampak ke ape aku tengah buat kat sini?
Aku : Awak tengah buat ape?
Mr Kitty : Kije la
Aku : sambil??
Mr Kitty : Sambil ngorat
Aku : hebat tak saye leh nampak ape awak tengah buat..banggan tak dengan saye?
Mr Kitty : Ngorat je kottttttttttt bukan nak wat ape ape pun
Aku : Memang la tak wat ape ape....sbb tak dapat. Kalau ade offer takkan nak tolak kan?
Mr Kitty : Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari
Aku : Ehhhhhhhhh bagusnya tak cari musuh. Cari rezeki tu memang digalakkan....bagus3
Mr Kitty : hahahhahahahha
Aku : Dah dapat mangsa terbaru ke belom?
Mr Kitty : Ewahhhhh cakap biar berlapik skit
Aku : La....bergurau pon nak terasa ke?
Mr Kitty : Bergurau ada hadnya..orang tau orang jahat
Aku : Rilexxxxx.... gurau je. Terasa untuk orang bersalah je....hehehehehehehee
Mr Kitty : Perli ke?
Aku : Mana ada perli.....bergurau. Kalau kita tak bergurau cenggane kita nak bertambah mesra kan cayunk?
Mr Kitty : Hmmm ye la
Aku : Cuba baca apa kata hati saya sekarang?
Mr Kitty : Awak sayang kat saya
Aku : Memang la saya sayang kat awak..takkan sayang kat kawan awak lak kan?
Mr Kitty : Rilexxxxx je dulu..ada jodoh kawen la kita
Aku : Memang la....tengah rilex la tengok drama
Mr Kitty : Apa?
Aku : Ni haaa tengah tengok drama indon kat you tube
Mr Kitty : ohhhh..mlm nanti orang nak pegi Serting tau
Aku : Serting tu kat mana?
Mr Kitty : Jempol
Aku : heh?? Jempol??? (buat buat tanya)
Mr Kitty : Kat Negeri Sembilan la
Aku : ohhhhh sorry la saya tak tau. Berapa hari perjalanan pegi Serting tu?
Mr Kitty : Dalam 3-4 jam...jauh jugak tempat tu
Aku : Oh...ye ke? Ingatkan dalam 100 hari ke...100 jam ke...kene naik bot..masuk hutan...
Mr Kitty : Tak de la pai cenggitu
Aku :balik hari ke overnite mana mana?
Mr Kitty : Balik hari la...esok kan nak kije
Aku : ehhhhh manalah tau nak overnite umah sapa sapa
Mr Kitty : Umah sapa pulak...tak de awek nak offer..ehhh salah cakap lak (dia buat lawak)
Aku : Iskkkk tapi kalau ada yang offer mesti la nak kan? takkan nak tolak rezeki tu.......jangan tolak. Tak elok tolak rezeki nih!
Mr Kitty : Orang balik rumah terus la nanti
Aku : Bawak awek tak?
Mr Kitty : Lelaki yang beriman mcm saya mana leh buat cenggitu
Aku : Beriman tang mana tu?
Mr Kitty : Hati....
Aku : hahahahahhahahahhahaa...untungnya saye..
Mr Kitty : Rilex...rilex......
Aku : Are you sure?
Mr Kitty : Yes..sure. Jangan touching ye
Aku : rilex je... tak touching pun. Awak je yg terasa kene perli kan?
Mr Kitty : Dah la..saya nak berak la....muah muah!

Haih.......buduh betul!



free glitter text and family website at FamilyLobby.com

:: Ko Rilex je - Vol. 1 ::

Aku jadik BLANK sekejap lepas dengar statment C.
Kesian C, gadoh pulak dengan Arora. Punca?
Percubaan Kawan Makan Kawan!
Masih lagi ada CULTURE macam ni dalam persahabatan.....BARAI!!!!!
C sebenarnya saja nak TEST kawan dia yang sowank nih, bukan kawan tapi SAHABAT!
Dia saje je suruh Arora..SMS/Call bestfren dia ...saje je wat wat tanya apa C buat belakang Arora kononyer.
Dan the SAHABAT spill the BEANS....SEMUANYA!!!
Bonus : Cuba ngorat Arora pulak!
Gila?!!! Itulah SAHABAT C yang bertahun tahun kenal susah senang dah sama....hmmmmmmmm
Tak pasal pasal aku kena marah ngan C pagi tadi.
Last last aku call C... dia leh bercakap dengan tenang.
Aku bukan tak kenal SAHABAT tadi. Tapi tak sangka pulak sampai begini.
C pun meluahkan perasaannya tentang SAHABAT tadi.
Seperti yang aku selama ni jangka dan tahu. Aku tak suprise la sangat cuma ada rasa simpati untuk C aje.
Geram pon ade. Tapi tak pe. Aku cakap kat C WHAT GOES AROUND SURELY COMES AROUND.
Mungkin dia belum bertemu dengan orang yang boleh 'HAJAR' sama dia.
Dan C berkata seswatu yang diluar jangkaan aku :
'Dia ingat kawan kawan dia semua yang dia ada sekarang tu kawan dia? Dia silap semua MUSUH dia yang tunggu masa nak JATUHKAN dia aje!'
Aku diam.
Aku pun pernah kene tikam belakang dengan kawan baik aku. Tak tau apa jadik ngan dia skang. Dengar citer dah kapel ngan ARTIS popular kat Tanah Melayu nih - ENTAH!
C teruskan luahan perasaanya. Aku jadi pendengar yang setia.
Berdoa dalam hati orang orang yang cenggini akan berubah jua satu hari nanti.
Kesian dekat C. Aku simpan lagi SMS C pagi tadi.
Marah betul dia!!!!!!
Bulan depan C turun KL .. aku dah ada plan - ronggeng la!!!! wu-huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..
KO RILEX je C!



free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Monday, November 30, 2009

:: Pemburu yang KELIRU ::

Kata-kata mama Yayad waktu makan tengahari tadi masih lagi panas digegendang telinga.
"Kalau bercinta lama lama pon Honey kalau tak jadi.....buat panas hati je. Sekarang ni kalau serius dah sedia go for it. If rasa tak serius..blah je"
selamba betul kata kata wanita beranak satu depan mata aku ni yang berselera menghirup saki baki mee ladnanya.
Aku diam. Apa aku nak buat nih?
Dah 3-4 kali pulak hari ini mama Yayad ni tanya kat aku..BILA? BILA? BILA?
aku dah tak terjawap sebenarnya memandangkan situasi aku yang PELIK sekarang ni.
Hari ni juga dah 7-8 kali setakat kul 1600 Mr Kitty telefon aku. Macam macam benda pulak nak tanya la...nak tau la...bla bla bla.
Aku ade citer kat korang tak hari Sabtu lepas ke Ahad tah aku ada SMS sebijik karangan kat Mr Kitty. Sebab apa karangan? Sebab SMS tu adalah lebih kurang 15pages.
Hamekkkkkkkkkkkkk luahan perasaan gile gile punya!!!!
Dah la semalam dia tanya aku..Sabtu itu hari aku OverDose ke?
Mangkuk sungguh....akutak overdose ok..aku just sedeh tanpa penghujung.
Bila aku tanya dia tadik....secara sempoi dia jawap.
"Tak ada apa...apa yang dah jadi dah jadi...kita lupakan"
Aku dah tak tanya sebab kalau aku tanya akan menambahkan kekeliruan aku lagik....ade baiknya aku menyanyi lagu KELIRU malam ni bila aku g karoke dengan kawan kawan aku.
Aku sedang mengumpul semangat.......semangat untuk terus menunggu atau berlalu pergi macam selalu~
Tapi............................

:: Permainan apa nih? ::

Jumaat...Sabtu...Ahad
Adalah hari hari yang mengelirukan dan mengecewakan dan menggembirakan (sikit sikit la)
Jumaat...di kala saat Muslimin dan Muslimat meraikan kedatangan Aidil'adha. Aku kebosanan duduk rumah.
Tak ada siapa nak ajak keluar! Gaji pon tarak. Sehinggalah Cik Vin mengajak aku keluar berbelanja duit gaji dia!
Trimas for the Mekdi.
In the other hand aku takkan ada cerita lain selain dari topik Mr Kitty.
Mr Kitty buat keputusan di saat saat akhir untuk pulang ke kampung halaman pada jam tengah tengah malam raya.
Atas sebab musabab yang teramat peribadi.

Sabtu. Dia pulang ke Kuala Lumpur. Tidur di ruman kawan dia Wan Surfboard @ Kajang.
Petang kami bertiga keluar ke Alamanda. Sebelum aku keluar rumah, tak tau kenapa aku merasakan yang bahawasanya
aku bakal MENYAKITI hati aku sendiri kali ini. Sampai di Alamanda aku jadik tak de mood.
Aku bukan jenis yang sangat suka menunggu orang! ITU BUKAN HOBI AKU!
Melainkan orang itu terlambat atas sebab yang amat amat tidak dapat di elakkan.
Aku memang tak de rasa nak senyum. Nak ketawa. bla bla bla~
Percubaan Mr Kitty mengorat seorang awek mat saleh bermuka melayu pure tidak berjaya. PADAN MUKA.
cakap je nak ngorat awek....nak g ayat sendiri tak berani.
Last last aku offerkan diri. Dia nak sangat kan?
Aku pon bersembang ngan awek tu dalam bahasa orang puteh sebab dia memang suka cakap orang puteh.
Namanya Fiza. Pelajar Engineering di UitM Perlis. Dan nak tau ape respon dia?
"I'M NOT INTERESTED!"
Aku gelak puas puas dalam hati.
Balik dari Alamanda...kami berdua berkonvoi.
Aku nak bawak kereta pun tak de mood. Selalunya pantang orang lain panaskan line aku ..... tgk la terbakar jalan raya tu!
Tapi mood aku jadik super sentimentel...
Berhenti kat Petronas persimpangan Country Heights.
Maka terjadilah drama sebabak yang telah mengguris hati wanita aku.
Dah lama aku tak menangis meraung raung cenggitu.
Dah lama mata aku tak bengkak dek menangis berjam jam lamanya.
Dah lama aku tak menangis sampai sakit kepala yang teramat sangat.
Dan........malam Sabtu lepas. Bersaksikan Petronas...
Apa yang aku pertahankan selama ni..
Apa yang aku impikan selama ni...
BAKALKAH IA BERAKHIR?
Aku masih dalam tanda tanya sebenarnya.
Apa yang terjadi.
Dia cakap benda yang masuk akal tapi tak masuk akal (perbuatan dia)

Ahad..
lepas apa yang berlaku pada hari Sabtu.
Apa yang dia kata tak serupa dengan yang dia buat.
Masih lagi kiss pipi aku bila perlu.
Masih lagi salam cium tangan aku.
Bertambah manja pulak dia.....

Ape sebenarnya aku dah tak tau nak kata apa.
Dia kata :
"Saya rasa kita akan lebeh rapat dan sesuai kalau kita berkawan baik"
"Saya rasa kita kene mula semula"
"Saya sayang awak"
"Awak pandang saya....awak pandang saya...dalam hati saya ni ada awak je....kalau awak leh baca hati saya skang...tak ada orang lain"
"Tak da siapa perfect, tapi awak yang terbaik setakat ni"
"Awak relax je....tak semestinya saya tak kawin dengan awak"
"Saya dah uji awak macam macam perkara....semua awak lepas kecuali satu..."
"Awak tak pernah berkira dengan saya...susah ke senang ke saya awak tetap dengan saya"
"Awak jangan risau saya sentiasa kat sisi awak..."

Apa sebenarnya yang dia nak???
Aku dah tension!!!!
Aku dah tension!!!
Aku ada perangai iaitu aku adh SET kan minda aku..IF orang tu BF aku..maka dia akan jadik BF aku bukan best fren aku...IF ko bestfren aku...sampai mampos pon ko takkan jadik BF aku....



p palang s :

Vin cakap mungkin dia masih nak test aku lagi
Adik aku pon cakap cenggitu...mungkin dia nak tgk if dia buat cenggitu kat aku....boleh tak aku bertahan dengan sikap dia yg mcm setan tu?


dan....Emie..BFA aku...suh aku dengar lagu ni..apasal tah dia marah betul ngan Mr Kitty



Ikhlasnya hati
Sering kali disalah erti
Tulusnya budi
Tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan
Kelukaan ini
Kumengalah... ku bersabar
Bertentang mata seolah-olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu
Manis dibibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlena pastinya terpukau
Pujukmu, rayumu, suaramu
Yang menagih simpati dan harapan
Engkau pastinya tersenyum
Dengan pengunduran diriki
Tetapi bagi ku pula
Suatu ketenangan
Andai kita terus bersama
Belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah
Cara hidupmu
Ada rahmatnya
Bila tidak lagi bersama
Terasa jauh
Diriku ini dengan dosa
Ku tinggalkanmu walau tanpa kerelaan
Yang nyata kau tidak berubah...
Katalah apa yang kau ingin
Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu
Semenjak dahulu

Thursday, November 26, 2009

:: Bicara Tanpa Suara ::

Plan malam tadi adalah aku sepatutnya ke Banting. Dalam perjalanan....aku dapat panggilan pulau dari Incik Orang Kanan (IOK) Mr Kitty..
Dia ajak aku pergi aktiviti 'menepung tawar' salah sorang kawan kitaorang. aku cakap ON aje.
Aku cakap ngan dia aku roger balik as soon as dia habis kije dalam jam 930.
Tup tup...sedang aku bersembang dengan Vin, Mr Kitty call.
Cakap punya cakap .. walaupon ade sedikit pergaduhan kecil disebabkan aku pergi isi minyak kereta dan jalan jem.
Aku terpaksa cancel semua plan aku dan pergi berjumpa dengan Mr Kitty yang telah memberikan ayat sedemikian kepada aku 'NAK MINTAK TOLONG DENGAN ORANG MEMANG SUSAH!"
Nak tau kenapa dia cakap cenggitu?
Dia teramat amat amat lah lapar. Dia kata duit dia tinggal 60 sen je. Gaji belom masuk lagi.
Aku cakap aku leh pai kat tempat dia dalam beberapa waktu sebab skang jalan jem ngan minyak kereta aku dah hampir barai.
Aku kene wat pitstop untuk isi minyak dulu.
Mungkin dek kerana kebuluran tahap Somalia. Aku telah kene sound!
Bukan aku sengaja nak tak de minyak kereta. Bukan aku sengaja nak jem kan jalan kat depan Flamingo tu. Bukan aku sengaja suh 6 bijik kereta berlanggar sesama sendiri sampai jem teruk!!!!
Tengah cakap cakap dia leh letak tepon. PANTANG!!!! PANTANG!!!!!!!!!!!!!!
Aku call balik. aku nak je sound JANGAN PERANGAI MACAM HANJING EK!! - aku cool downkan hati aku...tarik nafas dalam dalam..ingat Tuhan..ingat Tuhan....
Aku pujuk dia - padahal aku yang patut di pujuk.
Penat balik kije. Dengan jalan jem. Minyak keta dah terbarai. Sanggup cancel plan. Aku datang jugak memikirkan dia lapar tak makan lagi.
Aku sampai kat Taman Shamelin (kott nama tmpt tu) lebeh kurang kul 2100.
Sampai sampai...elok lak mood dia.
Fikiran aku lak KOSONG!
Dia ajak g makan. Aku cakap dah alang alang dekat ngan umah dia...pegi hantar kereta dia dulu. Tak pe g makan naik kereta aku.
Dah hantar kereta dia semua. Sekalik BOS dia lak call. URGENT MEETING kat KUCHAI!
Maka dia dengan perut kosong bergegas ke KUCHAI. Aku lak dipesan untuk tunggu dia sampai dia balik. OK.
Aku pun bagitau la dengan IOK dia. IOK dia cakap : alahhhh dia tak bagi ko pegi la tu...tak pe la aku balik umah je.
Rasa bersalah lak dengan IOK Mr Kitty. Aku mintak maaf. Tapi dia suh aku relax je. FINE!
Sementara tunggu Mr Kitty balik umah...aku men internet sampai rasa nak pitam. Hahahahahhaha dia cakap pegi kejap je.
Last last dalam kul 0000 jugak la dia balik. Maka pegi la makan.
BENCI betul!!! dah la air bersemut2 walaupon dah 7-8 kali tapis (ape nyer kedai la!)
Kene bayar FULL lak tu. Malas nak pikir dah!!!
Lepas makan, dia cakap....JAP LAGI TEMAN ORANG G CUCI KERETA ek...SEMAK TGK KERETA KOTOR!
Oraitttttttttttttttttttt~
Sementara tunggu dia mandi..bersiap..makeup bla bla bla...aku sempat tido kejap. PENAT!! PENAT!!!
Dia pon nampak macam faham aku penat..tapi dia tak nak komen ape ape.
"Naik kereta saya aje ye.." dia cakap intonasi suara mendatar.tak senyum.tak de reaksi. aku ikoot je. menguap berkali kali.
waktu? 0145.
Cuci kereta kat BTS. Pernah tak korang keluar berdua duaan dengan sape sape la terutama org yang korang sayang or partner korang tapi SEPATAH HARAM pon korang TAK BERCAKAP!???
Ya.................ya....................ya..............
Ia berlaku pada aku awal pagi tadi.
Aku cuma cakap dalam hati. Semua dalam hati. Termasuk ape aje yang aku nak cakap dengan dia...semua dalam hati.
Lepas cuci kereta teman dia g beli sabun mandi dengan nescafe 3 in 1. Lepas tu g kedai DVD pulak.
Aku dah ngantuk..tak ngantuk pon tapi rasa PENAT!
Hmmm......dia anta aku pai kereta aku kat umah dia. Masa tu kul 0245 kot.....salam. Dia pesan "bawak kereta elok elok"
ITU SAJA. Semuanya terasa macam lain macam.
Kenapa? Adekah lelaki akan jadi begitu bila belom GAJI?!
Aku sampai rumah. Golek golek atas katil mengharapkan dapat tido. Last last aku nangis. Terasa sedeh lak.
Aku terlelap tah kul berapa tah...terjaga time jam 0530.
Mandi.....buat ape yang patut....pegi kerja.
*sigh*?????










Top Post