Thursday, November 29, 2012

:: Seram - Toyol? ::


Kejadian ini baru terjadi dalam Jumaat,Sabtu dan Ahad lepas.
Bukan ai yang alaminya tapi adik ai yang last yang kena n kawan-kawan dia pun kena.

Malam Jumaat lepas adik ai n kawan2 dia tidur la lambat akibat cuti sekolah. Aku pun memang ada dengar derang dok bersembang2 sampai lebeh dari tengah malam. So aku  biarkan je la..malas nak cakap apa-apa. Sebab sabtu pagi ai nak bangun awal.

Tak ingat dalam pukul berapa (lebeh dari kul 12 malam la nih) - ai dengar la adik ai n kawan-kawan dia keluar dari bilik n macam berlari pegi depan rumah..dan ceritanya begini :

Menurut adik ai..dia terdengar bunyi macam suara orang menangis mendayu-dayu depan rumah. Dia n kawan dia pun nak la pegi jenguk sebab lama sangat dah derang dengar bunyi tangisan tu.dengar macam sayup-sayupppppppppppppp je. Dia n kawan dia keluar dari bilik dan pegi la depan rumah sebaik aje dengar bunyi anjin dok menyalak pulak. Tup-tup nak tau derang nampak apa?

Derang nampak toyol berdiri depan pintu rumah (bukan pintu utama). Entah dari mana pulak tetibe anjing besar warna hitam muncul. dan tak semena-mena time tu jugak toyol tu berlari...punya laju adik aku cakap..macam WOSHHHHHHHHHHHH! gitu...~

Hari sabtu pulak..adik ai dan kawan-kawannya melepak kat garaj sampai nak naik subuh jugak la rasanya mungkin sebab nak jadik ;jaga' akibat kes malam sebelumnya..ye la kot-kot dihantar nak mencuri ke apa ke kan? nak kata toyol sesat tak tau la pulak...so derang pun lepak la sambil bersembang-sembang kosong n pakai wi-fi free dari rumahku...

Tengah sembang-sembang tetibe kawan adik ai yang sorang ni terdiam n pandang adik ai tak berkelip...
Rupa-rupanya...toyol tadik tu dok bertenggek atas bahu adik ai..!!!! budak ni punya berani...p cakap macam ni "HOI!!!!" terus toyol tu...loncat n lari laju2

Malam tadi punya cerita tak tanya lak..ada ke tak derang nampak sebab malam tadik pun derang berjaga jugak sampai kul 3 pagi tak silap....

dari mana datangnya makhluk itu..milik siapa ai tak tau ..

6 comments:

  1. minta dijauhkan .. huhuhu :)
    singgah dari http://2octobersecret.blogspot.com/2012/11/jejak-kaki-mu-di-blog-mu.html

    ReplyDelete
  2. aaaaa sumpah scary adoi i boleh baca plak post u ni dhla selalu tinggal sorg mlm2 skrg ni huwaaa takutnya T__T

    ReplyDelete
  3. Ayooyyo..camane rupenye..seram sey

    ReplyDelete
  4. dia boleh hoi lagi kat toyol tu ek??? kalau i, i rasa toyol tu yg hoi kat i pastu i yg kd hijau dan pengsan. haha :D

    nau'zubillah. mintak dijauhkan!

    ReplyDelete
  5. seboleh2nya mmg xnak tgok...
    huhuhuhu...

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post