Saturday, January 31, 2015

:: Bila YB KJ panggil aku BRO ::

Ini kisah #throwback sebenarnya...


ngatkan dak-dak kereta je panggil ai BRO, sekali KJ pun panggil BRO!!
Adeyh laaaaaa.......hahhahahaha


watermark

Wednesday, January 28, 2015

:: Masuk Majalah Lagi?! ::





Tajuk tak nak kalah kan?



Cover depan majalah Kei Kompak Feb 2015


Al-kisah iolls pun tak tau nak masuk segmen kecik dalam majalah Kei Kompak nih...
Trimas tuan Editor...curik gambar iolls ye.....notty nih!!!!



trimas bagi peluang kat diri ini dalam dunia permotoran ...heheheheh




watermark

Monday, January 26, 2015

:: Hantu Main Pintu ::


Ini cerita seram/misteri yang baru berlaku. Agak mencabar jugak keseramannya.

Tempat : Opis, tingkat 15
Masa : 2000++++++

Ceritanya begini. Biasanya opis ni akan kosong lepas Maghrib . Kalau ada pun paling ramai 2 orang je dalam opis. Ai tak ingat ai pernah cerita ke tak ai ada pernah nampak sorang 'budak' dalam opis nih.

Ada sorang member pernah nampak budak yang sama main cak cak kat cermin opis.

Back to main story. Tempat duduk ai tak jauh dari bilik meeting. Pintu bilik meeting ni jarang terbukak kecuali aircond tak de dalam bilik meeting tu. So, dalam minggu ni tah kenapa memang bilik meeting tu sentiasa terbukak sebab kalau bua meeting kat dalam tu panas!

Nak dijadikan cerita dah kul 8 lebih pun tak balik lagi. Adalah kerja sikit. Tengah buat kerja tetiba pintu bilik meeting tu tertutup, padahal pintu tu bersendal dan tak ada orang dalam bilik meeting tu.

FYI, dalam opis ada 2 orang masa tu. Sorang lagi tengah buat kerja jugak. Selang tak sampai 10 saat tetiba pintu terbukak pulak...eh eh ehhhhhh boom! dia tutup balik!



(pintu yang sebenar)


Member tak puas hati pegi la tengok kot ada orang dalam bilik meeting tu. Dia bukak pintu bilik meeting tu..gelap kosong tak de orang. Dia diam aje.

Lepas member duduk je balik kat kerusi dia. Pintu bilik meeting tu terbukak balik kali ni selang 3 saat macam tu la bukak,tutup,bukak,tutup!

Dats it! Macam dah warning suruh balik. So balik je la....tak pandang ah kiri kanan. Kbai opis!

Sekian.
watermark

Friday, January 23, 2015

:: Tidak Puas Hati dengan perkhidmatan Bas RapidKL ::





Pertama kali dalam hidup, tanggal 22/1/2015 ai menunggu bas rapidKL yang tak kunjung tiba untuk balik ke rumah dari jam 1748 (548pm) sampai jam menghampiri 2030 (830pm)!!!

apakah kegilaan yang dilakukan pun ai tak berapa nak pasti!!!

Yang ai tau...hampir 20 biji bas sepanjang hampir 3 jam itu semua pulang ke DEPOH!!!!!

Ada bas yang tak ambik penumpang tapi tu bukan bas yang ai tunggu. Ada bas yang sangat efficient. Ada bas yang tak muncul TERUS. Bas rapidKL bernombor U201!

Ai sakit hati+stress terus luahkan perasaan kat RapidKL punya twitter.

Maaflah bahasa ai kat twitter ai agak tak berapa nak lembut sebab sakit hati dan bontot menunggu bas terlampau lama. Last skali terpaksa balik jalan kaki sejauh 5km!

Masa terbuang macam tu saja. Maafla bukan nak kata apa, MAAF dari pihak rapidKL ai terima tapi MAAF tu tak leh gantikan MASA ai yang dah terbuang macam tu je kat bus stop tu!


Lepas ni kalau service still macam jugak tak tau la nak kata apa. Ni la salah sebab ai ni jadi salah sorang yang tak suka naik public transport TERUTAMA BAS!






watermark

Thursday, January 22, 2015

:: Caliph Buskers Di Pasar Seni Jumaat Ini ::




Caliph Buskers akan berbasking bersama Mojo & KRU serta DJHOTFM!!!

Bila? 23/01/2015


Di mana? Pasar Seni, KL




Waktu? 2000

update!





watermark

Wednesday, January 21, 2015

:: Kereta Hello Kitty Saya ::



Nama dia KureSya
Umur 9 tahun





Ngah pikir nak upgrade bodysticker (ada sesapa nak sponsor?)
Nak masuk TV sebijik (ada sesapa nak hadiahkan?)

watermark

Tuesday, January 20, 2015

Mini Giveaway Januari 2015 by Syira Lokman



Jom join Mini Giveaway by Syira Lokman.

Syarat :

1. Follow blog and google +


2. Follow instagram
[Puteri] [Eymasu]*jika ada 

3. Follow twitter
[SyiraLokman] [Puteri_EL]*jika ada

4. Like sahaja fanpage berikut :
(syira saja tak letak button like sbb nak anda 
lihat sendiri page ape yg anda like)


Cara mudah :

1. Follow SEMUA syarat.
2. Buat entry bertajuk "Giveaway Januari 2015 by Syira Lokman"
3. Letak banner dekat entry. (klik banner,bawa banner ke entry anda & paste)
                    -bawa ke new tab pun boleh then copy je)
4. Backlink kan ke sini.
5. Publish!
6. Tinggalkan link entry giveaway anda di ruangan komen entry ini sahaja.


Special untuk anda?

RM10 x3 [Eymasu]
RM10 x1 [Salahuddin]

Bloglist Januari hingga Jun x10 [Syira]
Bookmarks LE x3[Amanina]
Novel x2 [Syahir]
Masker Savee x1 [Syahoney.Kitty]
Lotion Mistine + fridge magnet india x1 [Nanakimie]
Sepasang Blouse dan Skirt Lycra x1 [Rosniwati]

Topup RM10 x1 [Puteri]
Topup 10 x1 [Syahoney.Kitty]
Topup celcom RM10 x1 [Syira]
Topup RM10 x3 [Aida]


1 TOP REFERRAL

RM20 x1 [Papaglamz]


Mudah kan? 
jom ramai2 memeriahkan Mini Giveaway by Syira Lokman ^_^
InsyaAllah lepas ni mungkin ramai akan follow blog anda juga :)

Bersama merapatkan ukhwah ^_^


Mula :16 Januari 2015
Tamat : 30 Januari 2015 jam 6:00 am


watermark

:: Tanjat Pinky Tau! ::


Tanjat tau....tetibe pagi ni tengok blog view semalam je beribu ribu lemon. Eh eh eh.....apsal lak ni khen???? Macam lebih sangat dari selalu je... hurmmm....

Skali tengok POST yang terlebih orang view adalah pasal Review Restoran Pak Uda Kitchen & Gril....sampai 800 view. Macam pepelik je.

Baru ingat nak pegi mencemar duli kat sana malam nih...hehehehehehehehe

Kepada korang yang tak tau kat mana restoran ni...apa yang dihidangkan meh jengok sini meh!








watermark

Monday, January 19, 2015

:: Caliph Buskers & Mojo - AJL29 (Romancinta) ::


Beliau & Band serta Mojo memang layak mendapat standing ovation!
Walaupun beliau dan band istimewa keupyaan mereka.....tapi dia membuktikan yang beliau boleh buat lebih dari mereka yang sempurna!





Rupa dan pandaindera yang kurang bukan penghalang!
Kami kat rumah pun standing ovation kot!

Aweera pun kalah ok.....nampak tangan beliau menggeletar. Tapi....He nailed it!!!

Meremang bulu roma dan tetibe tangkap gila jiwa dengar lagu nih!!!




sekali lagi.. TAHNIAH!


Kalau tak de Dayang....ai rasa Azmi yg akan dapat vokal terbaik...serius :)
Dia menyanyi dengan ikhlas dari hati terdalamnya...Tahniah!








gambar sumber : Facebook Caliph Buskers & Edry

watermark

Saturday, January 17, 2015

:: kureSya berehat - kisah kereta Hello Kitty ::

Lama sungguh kureSya berehat...selimut je macam kena demam kora...hehehhehe terkejut sangat dapat best of the best hari tu gamaknya. Hahahahahahaa...tak lama dah...nanti kita beraksi semula k my heart..  





watermark

Wednesday, January 14, 2015

:: Review Mascara - Tarte ::


Product Name : Light, Camera, Lashes By Tarte
Product Type : Mascara
Star Rating : 4.5/5


Last 2 weeks i received my Zalora Magic Box. Tq Zalora for the treat!



And suprisingly i received a cute lil' mascara by the name "Light, Camera, Lashes". The packaging looks so-so like a non-magical mascara.






I kept on removing the cap, take a closer look of the brush...hurm...at this very moment i'm using Lashionista, Big eyes and volum'xpress hypercurl (never do the review but soon i will hahahha)



Suprisingly when i try it, it turns out super great result!!! So i accidenlty fall in love with this mascara. For muslim, it is an easy mascara to remove when taking wudhuk!



The only thing that lack in this mascara is..it doesn't last long. But still it makes me happy!



Okay that's all for my short review, Daaa


watermark

Tuesday, January 13, 2015

:: Apa itu Sleep Apnea? ::



Semalam masa pegi klinik terbaca pasal Sleep Apnea, lepas tu tetiba leh ada dalam Astro Awani pulak. Bila baca sikit pasal sleep apnea risau pulak jadinya...so ai terangkan sikit kat uolls apa tu sleep apnea.


"Sleep Apnea" (AP-ne-ah) adalah gangguan biasa di mana uolls bernafas pendek-pendek sedang tidur.

Keadaan nafas pendek-pendek ni boleh berlaku beberapa saat hingga minit. Ia juga boleh berlaku 30 kali atau lebih satu jam. Biasanya, pernafasan normal ketika masa mula-mula tidur tak lama lepas tu start la macam tercungap-cungap, nafas tu akan bunyi macam orang tercekik atau tetibe berdengkur kuat macam tekak tersumbat gitu.

"Sleep Apnea" ni kalau terpanjangan ia mengganggu tidur uolls. Bila pernafasan terganggu masa tidur, tidur kita pun leh jadi tak lena. Bukan takat orang yang tidur....partner tidur pun jadi tidur terganggu!

Akibatnya, tidur tak cukup dan jadi mengantuk sangatlah diwaktu siang. Pernah tak hadapi perkara cenggini?



"Sleep Apnea" ni doktor biasanya tidak boleh kesan semasa lawatan rutin. Ujian darah pun tak leh kesan "Sleep Apnea" ni.

Kebanyakan orang yang mempunyai apnea tidur tidak tahu mereka ada "Sleep Apnea" kerana ia hanya berlaku semasa tidur SAHAJA. Ahli keluarga atau rakan sekatil mungkin menjadi yang pertama untuk melihat tanda-tanda "Sleep Apnea" (Haaaaaaaaa..ce korang tanya sleeping partner korang).

Jenis yang paling biasa untuk "Sleep Apnea" adalah tidur obstruktif. Dalam keadaan ini, saluran pernafasan 'terseumbat' masa tidur. Ini menyebabkan pernafasan cetek atau pernafasan terhenti (Takutnyaaaaaaaaaa oiiii).

Apabila uolls cuba untuk bernafas, udara yang masuk tu ala-ala tak leh nak lalu so ia menyebabkan DENGKUR. "Sleep Apnea" obstruktif adalah lebih biasa di kalangan orang-orang yang mempunyai berat badan berlebihan, tetapi ia boleh memberi kesan kepada sesiapa sahaja. Sebagai contoh, tisu tonsil yang membengkak dikalangan kanak-kanak kecil  di leher mereka mungkin mempunyai "Sleep Apnea" obstruktif.


"Sleep Apnea" pusat pula adalah Gangguan yang berlaku jika kawasan otak yang mengawal pernafasan uolls tidak menghantar isyarat yang betul untuk otot pernafasan uolls. Akibatnya, uolls jadi kurang bernafas....yang ni jarang-jarang berlaku.

"Sleep Apnea" pusat boleh memberi kesan kepada sesiapa. Walau bagaimanapun, ia lebih kerap berlaku pada orang yang dalam medication tertentu maksudnya amik ubat-ubatan yang bagi kesan masa tidur.

"Sleep Apnea" pusat boleh berlaku dengan "Sleep Apnea" obstruktif. Berdengkur biasanya tidak berlaku dengan "Sleep Apnea" pusat.



"Sleep Apnea" yang tidak dirawat boleh:

Meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, serangan jantung, strok, obesiti dan kencing manis
Meningkatkan risiko, atau menjadi lebih teruk, kegagalan jantung
Denyutan jantung yang tidak teratur, lebih cenderung
"Sleep Apnea" adalah keadaan kronik yang memerlukan pengurusan jangka panjang.

watermark



Monday, January 12, 2015

1st Mini Cash Giveaway 2015: www.bubblynotes.com




Ingat lasi masa memula kenal www.bubblynotes.com bila ternampak senarai mereka yang view blog kat nuffnang ai.....ai pun membalas belekkan blog. Comel sebab pink. Tak sangka pulak owner pun mak-mak rupanya...hehehehehe. Lepas dari tu selalu-selalu singgah jugak la blog Puan Farah nih...dia pun kadang-kadang adalah jugak ziarah blog ai......

Maka sebagai tanda sokongan ai kat u Puan Farah...ai jemput diri ai join GA ni...hehehehe

Keep on the big smile on ya face!

watermark

:: Jendela 2014 Syahoney Kitty ::



Tetibe teringat sesuatu... tak cerita summary tahun 2014. Nak kata ingat-ingat lupa tak jugak tapi secara totalnya tahun 2014 adalah seperti rollercoaster dalam hidup. Banyak sangat ups & down.

Alhamdulillah kehidupan banyak berubah dari segi social dan dalaman. Dari segi kerjaya dan personal.

2014 juga ai kehilagan ramai yang dekat di hati ai...terutama arwah Mak Long.....tak sangka sungguh tak di duga. Tetapi kehilangan arwah Mak Long mempertemukan kami sekeluarga dengan seseorang yang kami tak duga ada pertalian darah dengan kami selama ini. Disetiap perpisahan ada pertemuan.



ayah saudara yang tidak pernah terbertemu


Dalam tahun 2014 juga HOBI yang ai ada selama ini banyak menyumbang kepada pendapatan sampingan. Bila pertama kalinya dalam hidup kureSya, ia menang BEST OF THE BEST dari semua hampir seratus buah kereta autoshow! FUH!!! takut tau nak terima anugerah tu. Mujur time pengumuman kami tak ada diruang pentas. Ada wakil tolong ambikkan.



Dalam tahun 2014 juga menyaksikan keluarga kecil ai belajar sesuatu yang baru tentang hartanah dan perumahan. Alhamdulillah segalanya telah selesai. InsyaAllah bertambah satu lagi aset kami biarpun kecil biarpun harganya tidak lah sehebat mana.

2014 juga adalah tahun melawat dunia keluarga kami. Berjalan ke hulu ke hilir menikmati alam ciptaan Allah. Alhamdulillah.....



Kerjaya adalah challenges paling hebat dalam tahun 2014. Di awal-awal 2014 agak sukar untuk berjalan. Selepas ai memositifkan diri terhadap semua yang ai anggap negatif selama ni dan ai MOVE ON..Alhamdulillah.....semuanya menajdi lebih baik dan ai belajar banyak sangat benda baru. Alhamdulillah.....

Tahun 2015? Kita continue aje apa yang ada. Semoga Allah permudahkan segalam urusan kami, urusan kita semua. Amin.


watermark

Friday, January 9, 2015

:: Pontianak Menangis Lagi ::




Masih ingat lagi tak tempoh hari ai tulis sikit pasal "Pontianak Menangis"?
Haaa...meh sini ai nak cerita. Ini cerita real memang berlaku. Berlaku dalam keluarga ai.

Mangsa di sini anak buah ai berumur 3 tahun. Perempuan.
Ada satu malam ni...masa dekat rumah, my brother baru balik dari kerja. anak-anak ngah seronok main. Dia pun balik keja terus layan anak. Tak kisah apa pun. Selang lebih kurang nak sejam macam tu...tetiba "Aa" (panggilan anak buah ai), menggigil. Mak dia pun pegi la dekat dia....rasa badan panas semacam. Tetibe demam pulak Aa. Dah demam tu ok la..bawak pegi klinik amik ubat. Sampai dekat rumah Aa tak nak duduk tak nak baring nak berkepit je. Tapi mak dia suh baring jugak. Sambil baring Aa ni pandang je arah pintu. Kejap kejap mata dia merayap ke dalam rumah.

Yang paling merisaukan adakala Aa dok ketap bibir sambil menggigil. Tak tahan skali bila Aa ketap sampai berdarah bibir dia!

My brother tak sedap hati. Jarang Aa jadi macam tu kecuali dia takutkan sesuatu. Tengah rasa tak sedap hati tu tetiba dengar barang jatuh kat luar rumah. Dia masuk bilik tengok dari tingkap bilik. Dari tingkap bilik dia leh nampak luar terus. Tak de apa-apa.

Dia pun keluar balik keruang tamu. Ajak anak-anak masuk bilik. Kejap panas-kejap sejuk dalam bilik tu. Dah la tak boleh nak tidur pulak. Last-last Aa menangis meraung-raung dalam bilik yg cahaya suram-suram tu. Haishhh..pujuk punya pujuk tak nak diam. Last-last my brother pun Azan la sekuat-kuat hati dia. Tau apa jadi?

Dia dengar bunyi hilaiannnn tapi mcm sayup.....sayupppppppppppppp (sambil m enaip tetiba naik bulu roma ...aih!!)

Habis je hilai tu....dia dengar tepi tingkap bilik hiiiiiiiiiiiiikkkk hikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk hikkkkkkkkkkk ada bunyi perempuan menangis. Ahhh sudah....dia Azan lagi......masih lagi ada suara tangisan. Tadi kan ai cakap dia bukak tingkap bilik. Tapi dia tak tutup tau tingkap tu....tepi tingkap tu ada buaian besi. Buaian besi tu terbuai-buai pulak tanpa manusia pada jam dekat 4pagi....

My brother habis azan siap mengaji. Dia takut nak jenguk dah. dia biar je ...lama jugak rasanya sebab dekat nak subuh baru dia leh nak tido bila dah dengar bunyi ayam berkokok n bunyi moto lalu lalang.


Dari mana datangnya 'kakak' itu? Kami semua tak pasti. Ai syak dia ikut my brother dari tempat kerja. Ye la tempat kerja dia tu memang banyak makhluk halus.

Semalam Aa dah sihat lepas my brother suh my dad buat air penawar. Tapi semalam jugak ayah ai demam. Aa ada datang rumah semalam. Tengah malam masa ai berdua dalam bilik ngan mimi ada siapa tak tau ketuk ketuk tingkap bilik. Berderau darah tapi buat dekkkk je.

Sekian, cerita yang tak berapa seram.



watermark

:: Bila KTM Komuter Tergendala Seluruhnya ::


Semalam punya cerita la nih...petang, balik kerja. KL Sentral. Komuter.
Ai punya pelik apa hal terlampau terlajak ramai orang? Dah macam nak masuk stadium dah!
Siap masa ai sampai tu pegawai komuter tu tutup semua gate masuk.

Ai tak dulik ngah dia dok busy layan pertanyaan orang ai boloskan diri nak turun jugak takut lambat sampai punya pasal.

Ai turun je..Ya Rabbi!!!!!
Dah macam rusuhan orang nak masuk tren...!





Ai masuk jugak siap tanya orang dalam tren "Apa sebenarnya jadi nih?" orang tu geleng-geleng kepala.

Ai pun susup je masuk p gerabak ladies. Tetiba ada announcement.....mintak kosongkan gerabak pergi platform lain. Platform seberang lak tu....naik le lobi balik dah tak boleh nak keluar pulak...adoiyaiiiiiiiiiiiiiiii.




Ada announcement lain pulak yang mana katanya disebabkan masalah teknikal SEMUA landasan TAK BOLEH GUNA!

Eh eh ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..jam dah pukul 1810.
Kena fikir Plan B!




Last-last naik balik Putra pegi Masjid Jamek naik STAR pulak sampai rumah.....gilo betul!!!!




Tinggi gila air naik......tengok nih! Kalau hujan tak berhenti petang semalam....memang alamat banjir teruk la KL!





Sampai sudah ai tak tau apa punca komuter punya masalah tu semalam. Hope hari ni ok la.











watermark

Top Post