Friday, January 23, 2015

:: Tidak Puas Hati dengan perkhidmatan Bas RapidKL ::





Pertama kali dalam hidup, tanggal 22/1/2015 ai menunggu bas rapidKL yang tak kunjung tiba untuk balik ke rumah dari jam 1748 (548pm) sampai jam menghampiri 2030 (830pm)!!!

apakah kegilaan yang dilakukan pun ai tak berapa nak pasti!!!

Yang ai tau...hampir 20 biji bas sepanjang hampir 3 jam itu semua pulang ke DEPOH!!!!!

Ada bas yang tak ambik penumpang tapi tu bukan bas yang ai tunggu. Ada bas yang sangat efficient. Ada bas yang tak muncul TERUS. Bas rapidKL bernombor U201!

Ai sakit hati+stress terus luahkan perasaan kat RapidKL punya twitter.

Maaflah bahasa ai kat twitter ai agak tak berapa nak lembut sebab sakit hati dan bontot menunggu bas terlampau lama. Last skali terpaksa balik jalan kaki sejauh 5km!

Masa terbuang macam tu saja. Maafla bukan nak kata apa, MAAF dari pihak rapidKL ai terima tapi MAAF tu tak leh gantikan MASA ai yang dah terbuang macam tu je kat bus stop tu!


Lepas ni kalau service still macam jugak tak tau la nak kata apa. Ni la salah sebab ai ni jadi salah sorang yang tak suka naik public transport TERUTAMA BAS!






watermark

1 comment:

  1. kalau nak cakap pasal rapid memang macamni, berapa kali dah kena, macam-macam hal. sabar je la. huhu

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post