Isnin lepas opis ai buat karnival jualan 5S. Ini bukan kali pertama sebenarya dah 3 kali. Dah dah 3 kali jugakla kami berniaga.
Penat dia lepas event, Allah je yang tau. Sampai tak larat nak bukak mata!
Menu jualan kami dari event pertama dulu sama je tak pernah berubah dan Alhamdulillah...jualan tak pernah menghampakan. Cuma kali ni cukup-cukup balik modal. Mungkin sebab ramai yang berpuasa Awal Muharram.
Antara menu yang famous di gerai kami adalah Puding Roti Syahoney dan Laksa Cinta Aku & Dia.
Resepi Puding Roti Syahoney boleh KLIK SINI
Kali pertama buat dulu 1 loyang...tak cukup...
kali ke dua 2 loyang..pun tak cukup...
kali ni buat 3 loyang..cukup-cukup.
Resepi laksa Cinta Aku dan Dia nanti ai share kan ok sebab bukan ai yang masak. Hehehehehe
Salam.kenal..
ReplyDeleteMeleleh air liur tgk puding roti..my fav..huhu mintak sepinggannnn
Www.adaa-inspiration.com