Friday, November 21, 2014

:: Phuket Hari 1 ::





Kami bertolak dari KL lebih kurang jam 1200.





Sampai sahaja di Phuket kami disambut oleh hujan. Sewaktu nak melepasi imegresen orang punyala ramai macam nak masuk stadium. Memang rezeki kami agaknya. Pihak imegresen memberikan keutamaan kepada mereka yang membawa anak kecil dan orang tua. Tak payah la kami beratur lama dan panjang! Terusssssssssssss je lepas!



Lepas korang keluar dari imegresen, amik luggage. Nanti ada satu kaunter yang akan tawarkan korang SIM CARD PERCUMA. Jangan takut amik aje sebab tu memang dikhaskan untuk pelancong.



Dekat airport memang banyak sangat service airport transfer ke hotel. Tinggal nak pilih aje. This time kami pilih nak naik minibus aje.
Dengan bayaran THB180/person. Kami menaiki minibus ke Patong.

TIPS : jangan terpengaruh dengan apa juga promo island atau lain-lain di airport!

Kami siap dibawa ke satu kaunter yang mana konon tawarkan TAXI FREE. Tapi.....dengan syarat kena beli property dengan syarikat tu! Hahahahahha...memang tak la. Cakap je gaji kecik tak de dalam senarai tangga gaji yang derang tunjuk tu pun.



Naik minibus pun ada tips ye. Sebabnya lepas korang naik nanti derang akan berhenti kat satu stop ni. Yang mana kat stop yang ini derang akan bawak korang ke agensi pelancongan yang menawarkan harga potong kepala untuk Phuket tour dan island tour. JANGAN BELI!



Sila tipu bila perlu. Macam ai..ai cakap ai kat Patong 2 hari je. Tak nak pegi island pun sebab mabuk laut. Hahahhahaha. Derang tak paksa pun...

Hampir 1 jam dari airport baru sampai Patong. Tu pun sebab jem,trafik light lama.
Lega gila bila dah sampai hotel. Yang best lagi orang hotel tu just check booking suh bayar deposit THB100 je. Terus dia suruh naik bilik berehat dulu. Kemudian baru dia nak passport dsb.




Disebabkan cuaca hujan kami pun nak keluar lewat petang sikit dan mujur ai dah bawak bekal baju hujan awal-awal sebab teringat kes ribut kat Maya Bay hari tu.

Lepas asar kami keluar jugak walaupun hari masih hujan. Beli la payung sebutir buat syarat. Kami jalan kaki ke Juncyelon,Bangla Road dan Patong beach. Usha kawasan katanya. Ai tak de tujuan lain selain HELLO KITTY sebenarnya! Hahahhaha. Sempat lagi grab barang kecik-kecik kat kedai Hello Kitty depan pantai Patong.



Sekejap je jalan tiba-tiba hujan kembali lebat. Terpaksa la balik hotel cepat-cepat. Lepas Isya' baru hujan berhenti. So kitaorang pun pegi la sewa moto THB200 untuk 24jam.

Jalan-jalan cari makan. Seriously susah jugak nak cari makanan HALAL yang murah dekat area Patong Beach. Kalau ada pun dekat masjid kedai makan kecik-kecik je. Malam tu kami tak boleh nak jalan jauh sebab faktor cuaca. So kitaorang makan area Juncyelon Mall je. Kedai Pak Arab yang ada makanan Thai. Mahal! Tapi redah je la.

Nasi putih x2
Tom yam
Telur Bungkus
Air Tembikai
Air Mineral

Total = THB750

Lepas makan kena balik sebab Mimi dah mengamuk nak tido. Balik la hotel. Dengan nyenyaknya Mimi tido. So, ai amik kesempatan nak pegi urut kat Zen Massage kat bawah hotel sikit je. Incik Pinky tengokkan Mimi. Ai amik Back Massage THB400.

Lega sikit badan yang stress ni. Lepas habis, Incik Pinky lak take turn. Dan malam itu kami tidur dengan nyenyaknya. Hahahahahaha.



watermark

No comments:

Post a Comment

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post