Friday, October 21, 2011

:: Panggilan Telefon Misteri (Nenek Kamsia) Part 8 ::





KLIK HERE for Part 1
KLIK HERE for Part 2

KLIK HERE for Part 3

KLIK HERE for Part 4
KLIK HERE for Part 5

KLIK HERE for Part 6

KLIK HERE for Part 7

Sambungan ..




Selepas 2 atau 3 bulan aku dan Danny tak hirau lagi nak cari nenek tua tu since Danny dah dpt kerja, kitorang kembali ke plan asal untuk sambung balik siasatan, semuanya gara-gara nenek tua tu dah tak lagi call restoren tempat aku kerja, tapi nenek tu call office Danny pulak. Kitorang memang dah agak ini mungkin satu misteri yang takkan terungkai, tapi kalau tak cuba, mana nak tau hasilnya kan? Pada mulanya, aku tak tau mana nak mulakan siasatan, aku kerja kat restoren, Danny pulak dalam bidang perhotelan, jauh bena dengan skill nak CSI ke apa, skill masak ade lah kot  Jadi, aku dengan Danny pun plan nak jumpa, untuk bincang tentang hal ni dengan mereka yang mungkin lebih arif. Aku ambik keputusan untuk bawa sekali account clerk kitorang, yang aku panggil Nisa. Dan Danny pulak bawa sepupu die, Ryan iaitu anak sulung kepada Mdm Wong tauke telur  Ryan ni peminat kisah mistik atau misteri & pernah involve dalam pencarian entiti paranormal waktu die kat Australia. Australia atau New Zealand,aku lupa pulak, tak sure.

Tiba malam yang dijanjikan, aku pun pergi jumpa Danny, Ryan dan Nisa kat salah sebuah kedai makan. Lepas order makan & sesi kenal-mengenal antara satu sama lain (sebab aku tak pernah jumpa si Ryan dan Ryan pun tak pernah jumpa aku dan Nisa, jadi kira mcm intro lah, hik hik). Topik tentang nenek ni, menjadi topik utama perbualan kitorang, dan mcm biasa lah, timbul pulak macam2 spekulasi.

Ryan mencadangkan untuk kitorang cuba mencari siapa pemilik asal nombor restoren tu. Ryan cakap, ada kemungkinan nombor tu adalah milik tempat kerja Freddie pada asalnya, lepas tu dorang potong line ke apa, dan nombor tu digunakan oleh restoren kitorang pulak, kiranya mcm nombor recycle la. Bila Ryan cakap mcm tu je, Nisa terus menyampuk ..

"Laaa.. kalau mcm tu, memang Nisa dah lama tau, nombor tu syarikat balak punya lah, dorang jual kayu"
"Apsal kau tak pernah cakap pun? Apsal aku tak tau eh?" aku pun tanya, sedikit bengang lah sebab sepatutnya Nisa inform aku pasal ni, tiba2 aku rasa segan pulak sebab Nisa, lebih tau daripada aku.

Nisa cakap, dia tak pernah bagitau sebab hal tu dah terlalu lama sangat. Waktu restoren kitorang baru mula beroperasi, menurut Nisa, memang beberapa kali ada orang call mintak quotation harga kayu lah, tanya ada buat perabot ke tak, kilang balak kat mana lah, macam-macam. Nisa cakap ni restoren,takde deal dengan kayu-kayu semua ni, orang yang call pun terkejut dan tanya, eh ni bukan Syarikat Kayu XYZ ke (sekadar nama syarikat samaran,bukan nama betul syarikat tu k). Nisa pun pernah beberapa kali terima fax daripada org yg tak dikenali, kat atas kertas tu bertulis "Attn to Account Dept,Syarikat Kayu XYZ" lebih kurang mcm tu lah, dan beberapa kali Nisa terpaksa call back untuk inform yang kitorang ni restoren,bukan syarikat kayu balak.

Patut lah aku tak pernah tau pasal tu sebab kebanyakan waktu aku memang berada di bahagian luar opis, dan yang selalu jawab telefon ialah Nisa, dia tak pernah maklumkan sebab dia tak pernah terfikir pun info tu dapat membantu kitorang cari siapa freddie atau siapa nenek tu. Lagipun lepas beberapa bulan, dah takde orang call untuk tanya pasal syarikat kayu tu, mungkin sebab syarikat kayu tu dah pun inform dengan customer dorang tentang penukaran nombor. Aku pun cadangkan kitorang google je lah nama syarikat tu, for sure ada alamat dan contact number dorang. 

Dengan menggunakan handphone Ryan, kitorang pun sama2 google syarikat tu. Sah, masih wujud dan website dia active. Syarikat tu syarikat kayu balak yang supply kayu balak (eh,memanglah ) dan ada jugak supply barang2 untuk bina bangunan macam simen,cermin,etc. Danny cepat-cepat save nombor telefon office syarikat kayu tu, sekali dengan nombor fax dan email sekali. Danny ni ambik langkah berani sikit lah konon, die dail je nombor tu walaupun kalau ikut secara logik, mane lah ada orang kat opis malam2.

"Mana tau nenek tu angkat ke,kan? Cuba jeeee.." Danny melawak, Nisa dengan Ryan dah ketawa dah, tapi aku, diam. Memang aku takut, kot2 mana lah tau nenek tu betul2 pulak jawab telefon tu, tak ke naya makin banyak pulak misteri yang tak terungkai. Tapi panggilan telefon yang Danny buat tu, tak berjawab. Fuh,aku lega. 

Tiba-tiba handphone Danny berbunyi, kitorang semua tersentak, bila Syarikat Kayu tu yang call balik. Suasana yang tadi bukan main riuh dengan gelak tawa Nisa dan usikan Ryan, semua berubah jadi senyap. Danny tekan punat call,on loudspeaker supaya kitorang dapat dengar.

"Hello?" Kata Nisa,eh budak ni, die pulak yang cakap Hello, sepatutnya Danny sebab tu handphone dia. 
"Hello?" Kata Ryan pulak, eh memang mintak sekeh kot dorang berdua ni.

Tapi, tiada jawapan .. Danny terus putuskan je talian. Muka masing-masing pucat,ketakutan. Terutamanya aku, aku rasa berdebar sangat, sedangkan kalau ikutkan lah, Nisa ni yang lebih penakut daripada aku, tapi aku tak dapat nak kawal diri.

"Aishah, awk ok ke?" Danny tanya. Aku tak jawab,aku terus ajak balik. Tapi,aku memang takut. Tak pernah rasa mcm ni dan kepala otak aku ni dah bayangkan nenek tu duduk belakang kereta aku 

Kitorang ambik keptusan untuk balik dan apa2 perbincangan akan dibincang lagi lain hari, yang belum ditetapkan bila. Aku duduk dalam kereta, aku ketakutan sangat. Menyesal pulak aku tak ajak Nisa balik sama, aku rela tinggalkan kereta aku kat situ, dan balik bersama Nisa dengan satu kereta. Aku cuba call Nisa, tak dapat. Sms tak dapat,rupanya kredit aku habis pulak,tinggal beberapa sen je,dalam hati ni memang dah menyumpah seranah,mula lah nekad nak beli postpaid 


Aku cuba untuk drive balik ke rumah, tapi ayat tu, terngiang-ngiang di telinga aku..

No comments:

Post a Comment

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post