Sambungan ..
Untuk memudahkan cerita, aku mention lah sini nama anak saudara kepada Mdm Wong tu tadi - Danny (nama panggilan, nama betul tak pasti) hehe. Sejak aku tau Danny ni Cina Hakka dan pastinya boleh berbahasa Hokkien, jadi aku dah pasang plan, nak mintak tolong daripada Danny ni untuk bantu aku cakap dengan nenek tua ni. At least, aku nak faham apa yang nenek tu nak, sebab kalau ikut dari pendengaran aku ni, nenek ni mcm bercerita benda yang sama je setiap hari. Mesti ada kisah nenek tu cerita kan, itu lah yang aku nak tau sangat sebenarnya.
Kebetulan pulak Danny ni memang baru habis belajar dan memang tak bekerja di mana2 kecuali tolong hantar stok telur ayam je kat restoren2 & kedai2, jadi die ada masa free lah jugak. Aku terus terang lah dengan die, nak minta tolong. Aku ceritakan semua dari mula sampai habis pasal nenek tu,pada Danny. Danny pun setuju lah nak tolong tapi die request hari Ahad sebab cuma hari Ahad je die betul2 free, sebab penghantaran stok yang die handle cuma dari hari Isnin hingga Sabtu je.
Aku pulak waktu tu mcm tak boleh sabar pulak tunggu hari Ahad, terpaksa la tunggu beberapa hari lagi.
Bila tiba je hari Ahad, Danny sampai sebelum pukul 8 pagi, sebab aku bgtau die, nenek ni memang akan call dalam jam 8 pagi, 12 tengahari dan 4 petang. Memang jarang sangat "jadual" nenek ni terbabas, memang selalunya ikut jadual je nenek ni, haha. Aku pun menanti lah dengan sabar, waktu tu jam dah pukul 8.10 pagi mcm tu, dan telefon berbunyi. Sah,ni memang nenek, aku terus suruh Danny jawab. Mula2 Danny tak nak, die cakap mana tau kot2 orang opis call ke, aku cakap opis mana pulak nak call kitorang hari Ahad,opis mane de keje. Kalau customer call pun, jarang call pagi2 mcm ni.
Danny pun jawab lah telefon tu, aku berdebar-debar sangat. Danny bagi aku dengar dulu suara nenek tu, aku dengar dan sahkan nenek tu yang call. Danny pun cakap dengan nenek tu. Untuk memudahkan pemahaman korang, ni aku dah translate perbualan Danny dan nenek tu (sebagaimana yang telah diceritakan oleh Danny kepada aku),perbualan asal adalah dalam bahasa Cina Hokkien.
Nenek : Hallllaaaaoooooo.....
Danny : Hello,cari siapa?
Nenek : Eh,awak siapa ya? Mana anak saya sudah sampai ke?
Danny : Ni Danny. Anak awak siapa ya?
Nenek : Anak saya Freddie.
Danny : Maggi?
Nenek : Freddie!!
(Waktu ni Danny gelak sakan)
Nenek : Freddie tertinggal bekal die tadi, jadi mcmana? Tghari nanti die pulang tak?
Danny : Takde orang nama Freedie sini nek .. nenek salah nombor.
Nenek : Mcmana? Tengahari nanti pulang tak?
Danny : Nenek, ni restoren. Takde orang nama Freddie, nenek salah nombor.
Nenek : Suruh die pulang ye nak.. Nenek risau die tak makan.
Part ni memang sedih, aku tengok Danny agak tersentuh bila Nenek ni tak hirau langsung pasal die salah nombor, die asyik ulang cakap benda yang sama je. Danny pun cakap ok ok, nenek ni pun cakap "pesan pada die ye nak....kamsiaaa...kamsiaaa..." dan terus letak fon.
Pada sebelah tengahari pulak, Danny jawab lagi fon, nenek ni call ni.
Danny : Hello?
Nenek : Haalllooooooooo....
Danny : Ya?
Nenek : Pulang tak? Pulang rumah tak? Dah masak ni.
Danny : Salah nombor ni.
Nenek : Tak pesan pada dia ke?
Danny : Tak kenal Freddie nek, takde pesan. Nenek salah nombor pagi tadi.
Nenek : Bekal makanan die tertinggal ni, saya dah masak. Pulang tak?
Danny : (Diam)
Nenek : Pulang tak? Dah masak ni. Semua makanan die suka, kalau die tak sempat, nanti saya tolong simpan. Balik rumah nanti, panaskan ya. Kamsiiaaaa.. Kamsiaaa...
Nenek tu letak telefon. Waktu ni Danny tersentuh, mata die dah berair mcm menahan diri dari menangis. Aku pulak, pura-pura ke tandas, sebab aku takut Danny tak selesa. Ye lah kan, perempuan tengok orang lelaki yang tengah nak nangis, aku takut die segan ke ape.. Jadi aku keluar sekejap bagi die bertenang. Sensitip jugak budak ni rupanya, dalam hati aku cakap.
Sebelah petang pulak, lagi sekali, nenek ni telefon. Sekali lagi perbualan mereka, mcm ni ..Tapi kali ni aku suruh Danny cuba bawak nenek tu sembang, cuba tanya mana die tinggal.
Danny : Hello ..
Nenek : Tak sempat pulang ke tadi? Die sibuk, ada meeting ke?
Danny : Nenek tinggal mana?
Nenek : Freddie sibuk?
Danny : Rumah nenek di mana? Nanti saya hantar Freddie balik.
Nenek : Saya dah masak ni. Nak tido awal lah, kalau die balik nanti, panaskan lauk, makan ya.
Danny : Nama nenek siapa?
Nenek : Pulang ya.. saya dah masak. Bgtau die ya.. Kamssiaaa.. Kamssiaa...
Nenek tu terus letak telefon tanpa menjawab satu pun soalan Danny.
Untuk pengetahuan semua, Danny dah menjawab telefon nenek, bercakap dengan nenek ni selama 3 hari,hanya kerana die nak pujuk nenek tu sembang dengan die. Sanggup die pergi ke restoren aku selama 3 hari tu, pada waktu2 yang nenek tu call,tapi tak dapat info.
Kesimpulan yang aku dapat, nenek ni call setiap hari, bertanya hal yang sama. Tentang anak die yang bernama Freddie tu balik ke tak, sebab Freddie tu tertinggal bekal makanan yang die siapkan kat rumah. Soalan dan ayat nenek tu tak berubah, sama je setiap hari. Sampai Danny jadi sedih.
Aku cakap kat Danny, jangan2 nenek ni dah nyanyuk, dan ada kemungkinan ape yang die ingat, hanyalah tentang anaknya tertinggal bekas makanan nya tu. Sebab tu setiap hari die tanya hal yang samaaaa je. Aku dan danny makin rapat sebab kitorang siasat hal ni sama2. Danny tanya bila aku offday, aku cakap tak tentu. Danny bgtau lah kalau aku offday, die nak ajak gi telekom untuk kenalpasti nombor yang selalu call kitorang tu, mesti ada dalam record tentang nombor,alamat,etc.
Aku pun setuju lah.. Minggu berikutnya aku dan Danny dah plan untuk siasat dengan staff Telekom pulak, untuk dapatkan alamat nenek ni. Bukan sebab kitorang tak puas hati ke apa, tapi disebabkan betapa sayu dan sedihnya perasaan kitorang dan teringin sangat nak jumpa nenek ni atau ahli keluarga die, mungkin ada cerita di sebalik nya tentang nenek tu dan Freddie.
Waktu Danny translate dekat aku semua perbualan tu, aku menangis. Aku rasa sebak sangat, bayangkan lah restoren tu dah beroperasi hampir dua tahun dan nenek tu telefon setiap hari bertanyakan anak die balik ke tak, masak untuk anak die. Aku sebenarnya dah lama kematian ibu, aku rasa tersentuh dengan kasih seorang ibu yang sampai mcm ni sekali. Sedih.
Bersambung ...
No comments:
Post a Comment
komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!