Monday, January 4, 2010

:: Babai 2009 ::

sedutan b'day Mr Kitty :






Ini adalah catatan pertama untuk tahun 2010. Selalunya aku wat jendela 2009. Tapi belom tulis lagi. Nantilah ek...
So...meh kita bercerita tentang apa yang berlaku baru baru ini.
31 December 2009 :
Siangnya la..Mr Kitty datang rumah. Sambut b'day kat rumah aku lak..ekekekek Mak masak spesel3 dalam 7 jenis lauk. Semua untuk bakal anak menantu (konon konon la).
Malamnya aku ngan Mr Kitty keluar. Celebrate bday dia kat Banting. Dah la dia buat peel pelik dia..ade ke keluar ngan aku pakai jubah ngan serban. Nasib baik aku tak berapa nak seksi malam tu.




Selepas di tahan polis dan JPJ beberapa kali
sewaktu balik ke Cheras...dengan perut aku yang lapar...Mr Kitty ajak lak aku melepak dengan kawan kawan dia
yang berpangkat 'unce uncle' kat kedai mamak!!! Terus tak berselera aku nak makan. Tapi aku simpan dalam hati je. Banyak kali uncle uncle tu tanya Mr Kitty "tak ajak honey makan ke?"
dia jawap "dia ni mana makan nasik!!!" - rasa nak nanges...tapi ku tahan Jebat!!!!


1 Jan 2010 :
Mr Kitty melepak kat rumah lagi kali ni sebab nak siapkan projek L5 kancil lagi satu. So seharian la kami berdua kat rumah tu.













2 Jan 2010 :
Cakap nak pegi autoshow kat Batu Pahat. Tapi tak jadi sebab last last rakan muda panggey dia buat show off kat Dataran Merdeka pulak. So dia pun kelam kabut siapkan L5 yang satu tu..ngan keta dia skalik.
Tapi dia tak bawak aku pegi Dataran pon. Sebab dia cakap nak loneranger. Aku kasik je. Malas nak bertekak lelebeh. Lagipon aku dah cakap dalam hati.
If ade jodoh aku ngan mamat ni...adalah. Tak de...redha je la!
3 Jan 2010 :
Melepak kat rumah lagi. Akhirnya interior L5 siap juga!



Dengan bangganya Mr Kitty masuk bakul angkat sendiri. Dia pon dengan selamba bercerita..secretary club kawan dia nak ngorat dia.
Bukan main lagi. Dalam hati aku cakap la..."BERANI LA....ko tengok apa jadik nanti!". Tapi yang beshnya dia selamba je citer benda benda ni kat aku.
tah ape motif tah...hmmmmm...



4 Jan 2010 :
Aku mula bekerja. Mr Kitty pon dengan kerja kerja dia yang tak berfaedah tu. Apa ek nak cakap. Senang citer la.
Aku memang sayang Mr Kitty. Sayang sangat sangat. Tapi dia tu?? Entah la....

so slamat tinggal 2009...selamat datang 2010....aku tak tau la apa nak jadik ngan aku tahun nih!!!

Mak aku telah membuka tirai 2010 dengan kata kata ini "Ape ape majlis pon kita ON masa 10.10.10 nanti" - dalam maknanya tu Mak oiiiiii

2 comments:

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post