Wednesday, June 10, 2009

:: Cinta Budak Tadika ::

Korunks pernah bercinta masa kecik kecik tak?? Time paling kecik korang pernah jatuh cinta......



aku ingat lagi nama mamat tu ..LOKMAN. Aku ingat lagi mata sepet dia, kepala botak dia, kulit putih kuning langsat dia, kurus keding dia. Yeahhhh itulah LOKMAN. Orang pertama yang aku macam ala-ala jatuh cinta zaman aku budak budak kecik dulu. Aku bertemu dengan LOKMAN dekat tadika. Kitaorang satu kelas meja kitaorang tak jauh pun. Aku dari kecik semenangnya telah di latih menjadi ala-ala pompuan TOMBOI ...aku memang suka buli budak lelaki!!!!!! Tapi dengan LOKMAN aku suka buli buli manja terutama time recess dengan acara sukan.



aku sedar LOKMAN tu bak enggang dalam kelas sebab dia ANAK SEDARA CIKGU ROS. Dia di minati ramai (ramai ke?). Yang penting aku ngan LOKMAN selalu compete dalam apa apa bidang pun. Hinggalah satu hari aku telah menolak dia dalam acara lari dalam GUNI! Sebab dia tak nak dengar cakap aku time aku dengan dia berpasangan dalam acara IKAT KAKI SAMA SAMA (aku tak tau apa nama saintifik acara sukan nih). Dia bukan tak tau aku tak ske kalah!!!



LOKMAN...LOKMAN kenapala ko comel sangat?!!!! Cinta aku akhirnya berakhir di tadika itu juga. Kali terakhir aku meliohat LOKMAN adalah pada hari aku menerima SIJIL PELAJAR TERBIJAK kat TADIKA. Selepas itu aku dah tak dengar khabar dari dia. Sekarang dah lebih dari 20 tahun ...aku masih lagi ingat pada LOKMAN. bila aku lalu tepi rumah CIKGU ROS aku rasa macam nak berenti...ketuk pintu ...tanya 'CIKGU...LOKMAN mana??????'




LOKMAN ingat kat aku tak rasanya???!

2 comments:

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post