Assalamualaikum/Hi uolls!!!
Lama jugak rasanya ai tak cerita pasal makan kat dalam blog ai ni ye? So, kali ni ai nak membawa uolls k esatu tempat jauh ke alam yang damai di satu sudut di Kemensah iaitu BBQ Lamb Kemensah.
Kalau uolls nak tau,dulu...BBQ Lamb Kemensah ni hanya menyajikan makanan tengahari sampailah malam.Tapi bermula 1 Februari 2020,BBQ Lamb Kemensah dah mula sajikan SARAPAN PAGI setiap hujung minggu & cuti umum!
Menunya simple tapi sedap dan mengenyangkan!
Bukan setakat suasananya yang tenteram dan damai...segar je duduk kat sini.
Harga menu untuk sarapan pagi juga TAK MAHAL mana pun...affordable!
Sepanjang ada kat sini, anak-anak memang enjoy habis!
Ini antara menu pilihan kami sekeluarga...
Harga? Dari RM10 -RM15!
Berbaloi..sedap & kenyang!
Habis makan, boleh mandi-mandi dekat sini, pastikan korang datang pakaila baju nak berendam kalau tak susah pulak nak tukar-tukar baju nanti....
Inilah budak yang paling seronok bila ada kat sini, siap bagitahu dengan En. Zainuddin... "Kenyangnya makan kat sini!"
uolls semua patut datang dan makan dekat sini.
Bawak family sekali..baru enjoy!
Memandangkan bulan Ramadhan pun tak lama lagi je...jangan tak tau BBQ Lamb Kemensah ada buat set berbuka puasa tau!!
Kepada En Zainuddin & Ma'am....terima kasih atas jemputan tempoh hari.
Kami pasti datang kembali...p palang s: Nama tempat ni memang BBQ Lamb Kemensah...TAPI menu selain LAMB memang ada, macam ikan, itik , ayam & lobster!

























