Assalamualaikum/Hi,
Apa khabar semua? Sabai dii mai?
Kali ni nak menulis sedikit tentang cara-cara nak masuk Thailand bawak kenderaan sendiri.
Apa yang anda perlu ada?
1.Passport (semua orang termasuk pemandu)
2.Salinan geran kenderaan atau geran ORIGINAL (pastikan CLEAR kalau tak clear nanti depa bising dan ada baiknya bawa yang ORIGINAL)
3. Insurance Thai (ni wajib) mahupun insurance travel Malaysia
4. Kastam form (yg ni buat masa dah cop passport)
Jangan lupa BELI/BUAT :
1.Insurans kenderaan & diri mengikut tempoh yg diperlukan (insurans ini anda boleh beli dekat kedai insurans berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thai)
Kalau amik voluntary insurance ni kena bayar xtra (harga untuk Voluntary insurance ni setakat entry ini ditulis bernilai RM110, ini untuk kami 4 beranak & kenderaan)
2.White card (kertas putih kecil dikepilkan bersama pasport)
3. Maklumat kenderaan & penumpang (buat sebelum masuk border)
Lepas uruskan semua perkara di atas kat tempat buat insurance Thai..sila la memandu ke sempadan negara.
Sampai aje dekat imigresen Malaysia serahkan pasport untuk semakan/cop.
Dah settle sila ke Imigresen Thailand pulak. Serahkan pasport bersama white card pd pegawai imigresen..maka, setelah selesai urusan pasport serahkan geran , borang Maklumat kenderaan (INBOUND) & penumpang kepada pegawai kastam Thailand.
Sekiranya korang sampai waktu lunch atau selepas office hour, derang akan minta korang duit OT (ni sila baca dekat signboard kat imegresen nanti
INGAT!!!!!!
borang INBOUND/OUTBOUND (simpan elok2 borang ni jangan hilang! Nanti masa nak keluar Thai borang yg bertanda OUTBOUND tu kena return ya. Kalau hilang....kena denda nanti....haaaaaaaaaaaaaa.
NOTA kepada PEMILIK Kenderaan!
Lepas cop passport korang, sila kebahagian/kaunter check in kenderaan untuk dapatkan Custom Form. Bawak bersama korang geran untuk ditunjuk pada pegawai bertugas. Nanti pegawai kat kaunter akan cop borang tu. Borang ni pun ada untuk check in/check out. Simpan elok-elok jangan hilangkan atau tak pulangkan masa keluar nanti NESCAYA korang akan didenda THB10k!
Anda akan diberikan borang, sila tandatangan.
Settle je...sabai sabaiiiiiiiii welcome to Thailand!! Sawadikappppp!
Semasa dalam negara orang, sila berhati-hati. Doa semoga perjalanan korang selamat pergi dan balik.
Simpan nombor yang penting untuk kecemasan :
1554 - Ambulance
191 - Polis
1155 - Polis Pelancong
199 - Bomba
** Beli SIM KAD Thai jika perlu.
Jangan parking sesuka hati, jangan buat onar..ikut je undang-undang.
No comments:
Post a Comment
komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!