Tuesday, February 4, 2020

:: Sarapan Pagi di BBQ Lamb Kemensah ::



Assalamualaikum/Hi uolls!!!
Lama jugak rasanya ai tak cerita pasal makan kat dalam blog ai ni ye? So, kali ni ai nak membawa uolls k esatu tempat jauh ke alam yang damai di satu sudut di Kemensah iaitu BBQ Lamb Kemensah.

Kalau uolls nak tau,dulu...BBQ Lamb Kemensah ni hanya menyajikan makanan tengahari sampailah malam.Tapi bermula 1 Februari 2020,BBQ Lamb Kemensah dah mula sajikan SARAPAN PAGI setiap hujung minggu & cuti umum!

Menunya simple tapi sedap dan mengenyangkan!


Bukan setakat suasananya yang tenteram dan damai...segar je duduk kat sini.


Harga menu untuk sarapan pagi juga TAK MAHAL mana pun...affordable!



Sepanjang ada kat sini, anak-anak memang enjoy habis!


Ini antara menu pilihan kami sekeluarga...


Harga? Dari RM10 -RM15!
Berbaloi..sedap & kenyang!












Habis makan, boleh mandi-mandi dekat sini, pastikan korang datang pakaila baju nak berendam kalau tak susah pulak nak tukar-tukar baju nanti....




Inilah budak yang paling seronok bila ada kat sini, siap bagitahu dengan En. Zainuddin... "Kenyangnya makan kat sini!"

uolls semua patut datang dan makan dekat sini.
Bawak family sekali..baru enjoy!

Memandangkan bulan Ramadhan pun tak lama lagi je...jangan tak tau BBQ Lamb Kemensah ada buat set berbuka puasa tau!!

Kepada En Zainuddin & Ma'am....terima kasih atas jemputan tempoh hari.
Kami pasti datang kembali...



p palang s: Nama tempat ni memang BBQ Lamb Kemensah...TAPI menu selain LAMB memang ada, macam ikan, itik , ayam & lobster!



watermark

14 comments:

  1. Dah dua kali plan dengan kawan nak datang sini makan, tapi tak tercapai gak, memang nak kena plan lagis ekali nampak gayanya kann...kecur tengok daging bakar tu...

    ReplyDelete
  2. Agak selain lamb dan set breakfast tu mesti ada menu lain juga kan. Berminat nak bawa family dtg sini tp sy x mkn lamb. Hahahha

    ReplyDelete
  3. Banyak jugak portion nya tu untuk sarapan. Memang patut boleh kenyang pun. Tak sangka diaorang ada buat set untuk breakfast jugak

    ReplyDelete
  4. Rawlins seorang je la tak menyampai lagi ke sini. Dok nampak makan kat sungai tu buat Rawlins teringin sangat nak try

    ReplyDelete
  5. Baru tau ada tempat makan menarik kat Kemensah ni..bagus juga jadi spot untuk bawa anak anak beriadah hujung minggu sambi makan kambing ek hihi..

    ReplyDelete
  6. wahhh dah ada menu saraan ye sekarang, tahun lepas zul dah pergi 2 kali disini untuk dinner. memang puas hati dengan makanan yang disajikan. sedap dan berbaloi

    ReplyDelete
  7. Selalu jugak tengok kawan2 blogger pergi makan kat sini. Saya pun belum sempat lagi nak ke sini. Memang nampak sedap menu2nya.

    ReplyDelete
  8. Sedihnya belum pernah sampai sini. Bella tengok ramai yang dah mai sini. Bilalah nak merasa lamb BBQ sesambil main air sungai.

    ReplyDelete
  9. Syok nya makan2 sambil kaki cecah air. Teringin nak datang ke sini juga makan santai dgn family!

    ReplyDelete
  10. Wahhh dah ada set utk breakfast kat sini. Bestnya !! Selalu dtg ambik set dulang dia tu. sedap makan sambil celup2 kaki kt sungai

    ReplyDelete
  11. saya pernah pegi sini, tapi time tengahari tak silap saya. suka dengan suasananya.

    ReplyDelete
  12. Pernah makan kat sini. Makanan boleh la tahan tp paling mahal tu bab susana tu..tu mmg win

    ReplyDelete
  13. Sis dah pernah ke sana sekali, tapi untuk sarapan ni belum try lagi. Ingat nak juga merasa sarapan dia tapi tu lah belum ada masa free nak ke sana

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post