Monday, June 10, 2013

:: Kota Kinabalu Tour - Part 3 ::


Seterusnya kami dibawa melawat beberapa tempat yg ikonik di Kota Kinabalu



Atkinson Clock Tower -
Menara jam ini dibina bagi memperingati mendiang Francis George Atkinson, pegawai daerah pertama Jesselton yang meninggal dunia kerana penyakit malaria atau "Demam Borneo" ketika berusia 28 tahun pada Disember 1902.
Struktur asal dah tak ada sebenarnya yang ada sekarang pun adalah struktur yg dah dipulihara ye la diperbuat dari kayu..kalau dari tahun 1902 dah tentu 'makan' dek usia kan?
Dan kepada mereka yang belum pernah pegi don't put too high expectation sebabnya tempat ni kecil sahaja dah macam abandon sikit ye.


AL bercerita kat couple dari United Kingdom ni pasal Atkinson Tower.

Selepas Atkinson Clock, kami di bawa ke Bukit Bendera atau lebih terkenal dengan nama - Observatory Tower of Kota Kinabalu.


Tak berapa tinggi tempatnya, tapi cukup tinggi untuk nampak bandar KK.


Ini Masjid Negeri Sabah. Masjid Negeri Sabah pernah diklasifikasikan sebagai bangunan masjid yang tercantik di Asia. Dan yang uniknya masjid ini ada 'part'nya yang diperbuat dari emas. Real gold okay!


dan disebabkan Mama Kitty yang dok bebel tanya bila nak shopping bila nak shopping, AL kemudiannya membawa kami ke :



di sini la ai menghabiskan beberapa RM. Yang penting mulut manis tawar menawar dan yang paling di advice adalah membawa 'local people' unless you know how to speak in their dialect. And no worries it won't cost you much when your are here in Kota Kinabalu.


Ku borong sebanyak-banyaknya kuih cincin ni sebab ku sangat suka. Yang tak bestnya ai terlupa  beli amplang!


Ha....kalau uolls ke pusat kraftangan kat KK nun..kalau nak beli mutiara sabah, beli kat mak cik ni sebab berpeluh jenuh ai berjalan dan ask around she is the one that can give me the best lowest price! Tak kisah la mutiara air tawar ke air masin ke. Kedai number berapa tak ingat dalam 50++ kot...lupa daaaaaa.




Ini pulak cubaan AL mengorat awek jual t-shirt sebab nak suruh bagi harga runtuh kat kitaorang. Hahahaa. Result? BERJAYA!
Sekali lagi for those who is looking for a tour guide or car rental service in Kota Kinabalu, you can call Mr AL at 016-3392902.


Oh ya..sebelum ai terlupa ada beberapa gambar yang i tak sempat snap contohnya Pasar Filipina/Filipino Market yang terletak kat belakang Pasar Kraftangan. Buat yang tak tau apa itu Filipino Market senang cakap actually ianya adalah sebuah 'pasar malam'

Lagi satu Gaya Street, yang ni pun tak sempat nak snap - bagi ai Gaya street market ni, masa ai pegi lebih banyak jual barang bundle. Ngeeeee. So kalau bawak anak-anak kecik tu tak yah la nak pegi sangat, lalu je tak pe. :P


ini Menara Tun Mustapha yang leh pusing 360


ok.....bersambung di episod seterusnya!






Saturday, June 8, 2013

Friday, June 7, 2013

:: Kisah Bayi Sebelum Lahir Ke Dunia ::




Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”





Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”



p palang s : Teringat cerita mak, mak kata sebelum bayi dilahirkan ke dunia Allah dah ceritakan segalanya kepada dia kat dunia nanti macamana keadaannya, sanggup atau tidak untuk menghadapi semua itu nanti? Jika tidak maka Allah akan 'ambil' dia kembali, jika sanggup maka lahirlah dia ke dunia ini.....


p palang s : marilah kita sama-sama doakan sahabat saya Puan Zira untuk selamat melahirkan bayi pertamanya dan Jack..insyaAllah hari ini sebab tapi pagi dia cakap dia dah nak p hospital sebab dah turun tanda.
dan saya juga mengucapkan tahniah kepada Irine kerana telah selamat melahirkan baby pertamanya semalam....

Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua...amin~

Giveaway by zeera lily

KLIK banner to join.. KLIK SINI pun boleh.


Seperti yang dijanjikan. Here there goes. 
First giveaway by zeera lily.

Syarat Penyertaan 

1) Mestilah follow blog ini telebih dulu
2) Buat 1 entry bertajuk 'Giveaway by zeera lily'
3) Copy banner diatas & back link pada entry ini
4)  Dalam entry tu, copylah semua info dalam entry ini
5) Lastly, tinggalkan link pada comment entry ini


Hadiah Utama

1) Hello Kitty Mini Perfume edt from Etude House 
2) Border Lace from Camicia Kurung & Border Lace 
3) Tribal Shawl form KLShop

Saguhati

1) Hello Kitty Plusher
2) Miniature or Samples from TheFaceShop & Shiseido


Pemenang akan dipilih secara Top Referral & Lucky Draw
Wish u all the best!



Nak tengok hadiah2, boleh klik sini
contest end 6 July 2013


Thursday, June 6, 2013

:: Kota Kinabalu Tour - Part 2 ::

sila enjoy the picture (sambungan dari cerita yang DI SINI)


Entrance to Tuanku Abdul Rahman Park


antara makanan di pulau


khemah disediakan untuk pengunjung


the most famous dish on the island (ni resepinya boleh buat bagi makan kat baby ok)


the team yang paling banyak membantu yg paling rendah tu la boss dia! (later ai akan update their number)


Wan and his team mate yg boleh membantu dari segi diving


ala-ala "wahaiiiiiiiiiiiiii sang pelangi indahhhhhhh"


AL (in yellow shirt, he is my tour guide and still single!)
016-3392902 (AL)


Untuk pengetahuan uolls, boat-boat transfer can be board from Jesselton Point. It offers island transfer service to the neighboring island such as Manukan,Mamutik,Sapi, Sulug and Gaya.

Jadualnya seperti berikut : 0830-1700 (ini untuk jadual operasi bot)
Jadual Kaunter : 0800-1800

Bot-bot ini akan memulakan operasi dari jam 0830 dan waktu terakhir mereka akan jemput penumpang dari pulau adalah 1615. Perjalanan dari jeti ke pulau pulak ikut destinasi. Tapi takkan makan masa lebih dari 30 minit. Tetibe teringat AL cakap next time kami datang dia nak bawak kami ke Mantanani Island if ada ruang waktu yang cukup.

Ok untuk boat fare (return), please read below :
Boat Fare Return:
: RM23 (Adult)
: RM18 (Children below 11 years old)

Terminal Fee (Return):
: RM7.20 (Adult)
: RM3.60 (Children below 11 years old)


Sementara untuk conservation fee ataupun senang cerita bayaran tiket masuk ke Taman Tuanku Abdul Rahman adalah RM3 untuk Malaysian dan RM10 untuk non-Malaysian.


p palang s : i will update their contact number untuk reference uolls

ok! bersambung lagi!




Top Post