Showing posts with label premature baby. Show all posts
Showing posts with label premature baby. Show all posts

Tuesday, January 26, 2016

:: Mengelak Kelahiran Pramatang ::

Bolehkah sesuatu kelahiran bayi pramatang dielakkan?

Langkah-langkah pencegahan mengelakkan kelahiran pramatang :

·                     Wanita yang mengandung tidak digalakkan mengambil rokok, dadah dan alkohol.
·                     Jagaan pra kehamilan wanita mengandung yang mempunyai masalah perubatan yang kronik contoh kencing manis.
·                     Penjagaan awal antenatal dan berkala dapat mengesan dan merawat awal untuk mencegah komplikasi.
Mengurangkan risiko komplikasi untuk bayi pramatang:

·                     Menggunakan corticosteroid semasa mengandung apabila menjangkakan kelahiran pramatang akan berlaku, kelajuan kematangan paru-paru dan mengurangkan risiko, RDS, IVH, NEC dan kematian bayi.
·                     Penggunaan tocolytic digunakan untuk melambatkan proses kelahiran untuk beberapa hari bagi memberi peluang steroid untuk bertindak balas sebelum kelahiran berlaku
·                     Pengurusan dan penjagaan yang optima di bilik bersalin dan di unit neonatal adalah amat baik untuk mendapatkan hasil yang baik.

Dan sebenarnya semuapun dalam ketetapan Allah..kita ni hanya merancang. Yang penting jaga kesihatan mental dan fizikal dan jaga diri. Serta bersedia lebih awal kerana bila kita mengandung apa-apa sahaja kemungkinan boleh berlaku.

Jadi to all mommies and mommies to be out there....TAKE CARE! =) xoxo


watermark

Monday, January 25, 2016

:: Bayi Pramatang - Penjagaan Khas ::


Adakah bayi pramatang memerlukan penjagaan khas?

Keperluan penjagaan bergantung kepada keadaan dan tahap keseriusan pramatang seseorang bayi.

Penjagaan am adalah diperlukan untuk semua bayi pramatang:

·                     Mengawal suhu badan
o                  Perlu dirawat di dalam inkubator atau di bawah pemanas radian/warmer
·                     Memeriksa tahap gula dalam badan
o                  Untuk mengesan dan merawat tahap gula sama ada tinggi atau rendah.
·                     Pembekalan Nutrisi
o                  Bayi yang hampir matang iaitu melebihi 35 minggu yang mana dalam keadaan sihat selalunya boleh diberi penyusuan ibu secara eksklusif. Untuk bayi yang lebih pramatang selalunya memerlukan susu formula sebagai tambahan pada peringkat awal umurnya.
·                     Mengelakkan dari jangkitan
o                  Mencuci tangan adalah perkara asas yang penting sebelum dan selepas merawat bayi. Ini sangat penting sebabnya anda atau sesapa yang ingin menyentuhnya perlu berada dalam keadaan sentiasa bersih. Ciuman adalah dilarang sama sekali!

Rawatan khas bergantung kepada keadaan bayi dan komplikasi yang dialami. Contohnya :

·                     Ventilasi dan rawatan serakan terapi untuk masalah pernafasan.
·                     Pemantauan yang rapi untuk bayi yang menerima oksigen terapi.
·                     Pemberian cairan dan elektrolit untuk bayi yang tidak sihat.
·                     Parenteral nutrisi (Nutrisi yang diberi terus ke dalam saluran darah) diberi kepada bayi yang tidak boleh menerima susu melalui usus. Perahan susu badan atau susu formula selalunya diberi melalui tube orogastrik kepada bayi pramatang yang mana boleh menerima susu secara enteral.
·                     Antibiotik diberi sekiranya disyaki atau pasti ada jangkitan.
·                     Ultrabunyi dilakukan pada otak untuk mengesan dan merawat perdarahan dalam otak atau lain-lain yang tidak normal.
·                     Saringan untuk penyakit retina (rop) mata,rawatan laser atau terapi crayo akan diberi pada bayi yang mempunyai masalah mata yang serius.
·                     Bayi yang mempunyai penyakit paru-paru yang kronik dan boleh dirawat di rumah, bekalan oksigen perlu disediakan di rumah.


Baru-baru ini ai follow up Bidadari di HKL, ai sempat bertanya pada doctor yang bertugas tentang anak pramatang dan penerbangan. Menurut doctor seeloknya dielakkan sehingga Bidadari lebih dari 6 bulan. Enviroment airport/dalam kapal terbang mungkin tidak sesuai untuk anak seperti Bidadari. Kerana ada risiko terdedah pada mereka-mereka yang tidak sihat.


Pemulihan adalah aspek yang penting dalam rawatan?

Semasa discaj nasihat berkaitan perlu diberikan:

·                     Perlu meneruskan apa sahaja ubatan yang diberi termasuklah vitamin dan zat besi.
·                     Pemakanan yang diperlukan oleh bayi. Kesabaran adalah diperlukan dalam memberi penyusuan kepada bayi pramatang. Mereka selalunya lambat dalam menghisap susu. Susu badan adalah yang paling baik tetapi jika menggunakan susu formula hendaklah menggunakan susu formula pramatang untuk memastikan nutrisi yang diberi menepati tahap maksima pada bayi pramatang.
·                     Mengikut jadual pelalian yang rutin untuk kanak-kanak.
·                     Menjauhkan tempat yang sesak untuk mengelakkan kanak-kanak mendapat jangkitan seperti batuk atau selesema.
Temu janji untuk bayi pramatang (<32 minggu) adalah penting:

·                     Untuk menilai tahap pertumbuhan dan perkembangan.
·                     Merawat komplikasi.
Sesetengah kanak-kanak akan memerlukan:

·                     Fisioterapi,terapi cara kerja dan lain-lain terapi.

·                     Pendidikan khas

watermark

Friday, January 22, 2016

:: Bayi Pramatang - Tingkah laku & komplikasi ::


Bagaimana rupa dan tingkah laku bayi pramatang?

·                     Bayi pramatang dilahirkan kecil dan mempunyai sifat-sifat pramatang dan bergantung pada usia kandungan.
·                     Berat badan bayi pramatang selalunya antara 500gm untuk usia kandungan 22 minggu hingga 1000gm untuk 28 minggu dan 1500gm untuk 32 minggu dan 2.5 kg untuk 37 minggu. Dalam kes Bidadari ai pula dia mempunyai berat yang kurang sejak dari dalam kandungan menurut doctor KKIA & HKL, bahkan doctor HSJ sendiri rasa macam pelik kerana beratnya tak sekata dengan usianya pada 34minggu 5hari iaitu 1.18kg.
·                     Tanda-tanda dan gejala bergantung pada komplikasi.
·                     Kemungkinan mengalami tanda-tanda masalah pernafasan contoh nafas berbunyi, hidung kembang kempis,nafas kencang , kulit berwarna biru dan suhu badan tidak stabil.

Patutkah kita risau jika bayi dilahirkan pramatang?

Pra matang adalah berkaitan dengan komplikasi yang mungkin berlaku, lebih pramatang maka lebih tinggi risiko untuk setiap komplikasi.

Komplikasi awal dan pertengahan adalah termasuk:

·                     Sindrom kesesakan nafas di sebabkan kekurangan cecair yang dipanggil serakan di dalam paru-paru.
·                     Pendarahan di dalam otak yang melibatkan kapilari darah di sekitar ventrikel di dalam otak.
·                     Jaundis (Perubahan warna kekuningan di kulit dan di putih mata disebabkan sistem metabolisme bilirubin yang tidak matang.)
·                     Masalah dan kesukaran penyusuan disebabkan usus yang pramatang.
·                     Jangkitan di dalam darah(septisemia), paru-paru(radang paru-paru), selaput di sekeliling otak dan saraf tunjang dan pereputan usus(Necrotising Enterocolitis).
·                     Penyakit retina yang tidak matang(Retinopathy of prematurity)-satu keadaan pertumbuhan salur darah di dalam mata yang tidak matang.
·                     Penyakit paru-paru yang kronik hasil dari kerosakan paru-paru disebabkan pramatang, penggunaan oksigen dan terapi ventilasi.
·                     Salur darah yang menyambung antara jantung dan paru-paru tidak tertutup (Patent Ductus arteriosus) yang mana boleh menyebabkan kesesakan dalam pernafasan atau kegagalan jantung berfungsi.
·                     Inguinal hernia di mana disebabkan kelemahan otot-otot di pelipat paha.
Komplikasi Lewat :

·                     Serebral palsi
·                     Kecacatan otak
·                     Sawan (Epilepsy)
·                     Buta
·                     Pekak
·                     Ketidakupayaan Untuk Belajar
·                     Perkembangan Lambat
·                     Pembesaran Perlahan
Kadar kematian adalah tinggi walaupun mendapat rawatan rapi,bayi yang dilahirkan antara 26-28 minggu usia kandungan mengalami kadar kematian antara 30%- 50% manakala bayi yang dilahirkan sebelum 26 minggu usia kandungan mempunyai kadar kematian antara 80-100%. Lebih matang seseorang bayi maka peluang untuk hidup adalah tinggi. Bayi yang lahir melebihi 34 minggu usia kandungan mempunyai 90% peluang untuk hidup.


Pada ai bimbang itu perlu dan tetap aka nada pada parents yg mempunyai anak pramatang, tetapi jangan terlalu bimbang, lain anak lain ragamnya dan tak semua bayi pramatang tidak ada harapan untuk hidup.

watermark

Thursday, January 21, 2016

:: Bayi Pramatang ::

Bilakah bayi dikatakan pramatang?

Kebanyakan bayi yang dilahirkan dalam lingkungan 40 minggu usia kandungan. Bayi dikatakan matang jika lahir di antara 37-42 minggu usia kandungan. Jika bayi dilahirkan sebelum 37 minggu usia kandungan ianya dikatakan pramatang.

Adakah ramai bayi dilahirkan pramatang?

Insiden bayi pramatang berbeza-beza di antara Negara. Di Malaysia lebih kurang 8% bayi yang dilahirkan adalah pramatang. Tetapi mengikut pengalaman ai sewaktu berada di HSJ, bayi pramatang ramai juga jumlahnya. 

Mengapakah bayi dilahirkan pramatang?
Tiada jawapan konkrit untuk menjelaskan kenapa kes ini berlaku. Punca mungkin juga boleh disebabkan oleh pecahan pada lapisan amonion yang terjadi lebih awal (premature rupture of membrane) dan kontraksi otot rahim (uterine contraction), bahagian servik yang tidak kuat (cervical incompetence), Pengidap darah tinggi (pre-eclamptic toxaemia), placenta praevia, uri terkoyak dari dinding rahim (abruptio placenta) dan menyebabkan pendarahan. Mungkin juga antara sebab di bawah :



·                     Pecah ketuban awal
·                     Pernah melahirkan anak pramatang.
·                     Kandungan lebih dari satu contoh kembar 2 atau 3 dan seterusnya.
·                     Uterus dan serviks yang luar biasa.
·                     Kandungan yang mempunyai komplikasi contoh: tekanan darah tinggi semasa mengandung dan uri di bawah.
·                     Kurang sokongan sosial.
·                     Pengambilan alkohol, dadah merbahaya dan merokok semasa mengandung.
·                     Jangkitan pada salur kencing.
·                     Jangkitan sejak lahir di dalam uterus.


Kalau macam dalam kes yang ai sendiri alami, yang mana ai sendiri pun tak pasti sebab musabab utamanya, adakah sebab fibroid yang doctor kata ada pada Rahim ai? Atau sebab ai terlalu letih dan selalu stress? Yang mana ada antara sebab-sebab ini menyebabkan air ketuban ai pecah??


Wednesday, January 6, 2016

:: Cara Kangaroo Care Mother (KMC) ::



Kangaroo care atau teknik penjagaan kanggaru ialah satu teknik sentuhan kulit ke kulit di mana bayi akan di letakkan di dada ibu malah ayah juga. Kangaroo care ini sangat popular terutama untuk bayi pramatang di NICU kerana kajian membuktikan kesan yang sangat baik untuk bayi-bayi ini.



Penulis buku "Kangarooing Our Little Miracles", menyatakan bahawa KC banyak membantu bayi pra matang dalam beberapa perkara.

1. Suhu Badan - Kajian menunjukkan ibu mempunyai aliran udara hangat yang boleh diselarsakan dengan bayi. Apabila bayi kesejukkan suhu badan ibu boleh menghangatkan bayi.

2. Penyusuan - Penjagaan ini membenarkan bayi mudah mendekati payu dara dan sentuhan merapatkan hubungan ibu dan anak.

3. Meningkatkan berat badan - membolehkan bayi tidur dengan lena dan cukup bagi memberi tenaga kepadanya. Menang sangat terbukti kerana semasa ai KC dengan bidadari berat Bidadari pernah naik lebih dari 400 gram sehari.

Kangaroo Care sangat 'power' dan kesannya sangat hebat dari membiarkan bayi duduk di dalam inkubator sahaja.







[Pakaian dan posisi]

1. Seeloknya bayi dan ibu tidak berpakaian. Tapi bagi la bayi pakai pampers takut terkencing atau terberak pulak nanti. Si Ibu pulak pakailah baju berkancing atau 'tube'

2. Letakkan bayi di dada ibu. Peluklah bayi erat-erat....bukan sahaja menenangkan bayi malah menenangkan ibu sekali. Dengan posisi tegak dekatkan bayi ke kulit ibu (dalam dakapan), bayi mestilah berada dalam dalam “frog position” kepala dan dada bayi terletak di dada ibu



3· Lepas ibu dan bayi dah detach to each other, nak selimut pun boleh lagi 'warm' dan selesa.

Masa ai dalam NICU buat KMC dekat bidadari sekali ai try pakai baju besar dan letak bidadari dalam baju, kemudian ai cuba wrap Bidadari dengan long large pashmina, selepas tu disebabkan tak ada bilik khas untuk KMC ai peluk Bidadari macam biasa je..still resultnya tak menghampakan..berat tetap naik dengan jayanya dan Bidadari tetap tidur lena.....

 sampai sekarang Bidadari memang suka KC nih....

watermark

Top Post