Bagaimana rupa dan tingkah laku bayi pramatang?
·
Bayi pramatang dilahirkan kecil dan mempunyai sifat-sifat
pramatang dan bergantung pada usia kandungan.
·
Berat badan bayi pramatang selalunya antara 500gm untuk usia
kandungan 22 minggu hingga 1000gm untuk 28 minggu dan 1500gm untuk 32 minggu
dan 2.5 kg untuk 37 minggu. Dalam kes Bidadari ai pula dia mempunyai berat yang
kurang sejak dari dalam kandungan menurut doctor KKIA & HKL, bahkan doctor HSJ
sendiri rasa macam pelik kerana beratnya tak sekata dengan usianya pada
34minggu 5hari iaitu 1.18kg.
·
Tanda-tanda dan gejala bergantung pada komplikasi.
·
Kemungkinan mengalami tanda-tanda masalah pernafasan contoh nafas
berbunyi, hidung kembang kempis,nafas kencang , kulit berwarna biru dan suhu
badan tidak stabil.
Patutkah kita risau jika bayi dilahirkan pramatang?
Pra matang adalah berkaitan dengan komplikasi yang mungkin berlaku, lebih pramatang maka lebih tinggi risiko untuk setiap komplikasi.
Komplikasi awal dan pertengahan adalah termasuk:
Pra matang adalah berkaitan dengan komplikasi yang mungkin berlaku, lebih pramatang maka lebih tinggi risiko untuk setiap komplikasi.
Komplikasi awal dan pertengahan adalah termasuk:
·
Sindrom kesesakan nafas di sebabkan kekurangan cecair yang
dipanggil serakan di dalam paru-paru.
·
Pendarahan di dalam otak yang melibatkan kapilari darah di sekitar
ventrikel di dalam otak.
·
Jaundis (Perubahan warna kekuningan di kulit dan di putih mata
disebabkan sistem metabolisme bilirubin yang tidak matang.)
·
Masalah dan kesukaran penyusuan disebabkan usus yang pramatang.
·
Jangkitan di dalam darah(septisemia), paru-paru(radang paru-paru),
selaput di sekeliling otak dan saraf tunjang dan pereputan usus(Necrotising
Enterocolitis).
·
Penyakit retina yang tidak matang(Retinopathy of prematurity)-satu
keadaan pertumbuhan salur darah di dalam mata yang tidak matang.
·
Penyakit paru-paru yang kronik hasil dari kerosakan paru-paru
disebabkan pramatang, penggunaan oksigen dan terapi ventilasi.
·
Salur darah yang menyambung antara jantung dan paru-paru tidak
tertutup (Patent Ductus arteriosus) yang mana boleh menyebabkan kesesakan dalam
pernafasan atau kegagalan jantung berfungsi.
·
Inguinal hernia di mana disebabkan kelemahan otot-otot di pelipat
paha.
Komplikasi Lewat :
·
Serebral palsi
·
Kecacatan otak
·
Sawan (Epilepsy)
·
Buta
·
Pekak
·
Ketidakupayaan Untuk Belajar
·
Perkembangan Lambat
·
Pembesaran Perlahan
Kadar kematian adalah tinggi walaupun mendapat rawatan rapi,bayi
yang dilahirkan antara 26-28 minggu usia kandungan mengalami kadar kematian
antara 30%- 50% manakala bayi yang dilahirkan sebelum 26 minggu usia kandungan
mempunyai kadar kematian antara 80-100%. Lebih matang seseorang bayi maka
peluang untuk hidup adalah tinggi. Bayi yang lahir melebihi 34 minggu usia
kandungan mempunyai 90% peluang untuk hidup.
Pada ai bimbang itu perlu dan tetap aka nada pada parents yg
mempunyai anak pramatang, tetapi jangan terlalu bimbang, lain anak lain
ragamnya dan tak semua bayi pramatang tidak ada harapan untuk hidup.
No comments:
Post a Comment
komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!