Friday, February 7, 2020

:: Kecil Tapi Power - kembara dengan kereta "Kancil" ::

Alhamdulillah....
kereta kecilku ini dah mengembara bersama ai dan keluarga beribu kilometer.




ada orang tanya.
tahan ke?
boleh ke?
kereta lama tak rosak ke bawak jalan sampai beribu kilometer?







jawapan : Minnawcy ai dah buktikan.. ianya bukan satu masalah.
yang penting apa sahaja jenis kenderaan yang kita pakai.. yg kita pandu, jagalah ia dengan rapi. jangan main beduk je bawak tapi maitainance tak jaga.





sekian.
jumpa anda di next kembara kami.







watermark

Tuesday, February 4, 2020

:: Sarapan Pagi di BBQ Lamb Kemensah ::



Assalamualaikum/Hi uolls!!!
Lama jugak rasanya ai tak cerita pasal makan kat dalam blog ai ni ye? So, kali ni ai nak membawa uolls k esatu tempat jauh ke alam yang damai di satu sudut di Kemensah iaitu BBQ Lamb Kemensah.

Kalau uolls nak tau,dulu...BBQ Lamb Kemensah ni hanya menyajikan makanan tengahari sampailah malam.Tapi bermula 1 Februari 2020,BBQ Lamb Kemensah dah mula sajikan SARAPAN PAGI setiap hujung minggu & cuti umum!

Menunya simple tapi sedap dan mengenyangkan!


Bukan setakat suasananya yang tenteram dan damai...segar je duduk kat sini.


Harga menu untuk sarapan pagi juga TAK MAHAL mana pun...affordable!



Sepanjang ada kat sini, anak-anak memang enjoy habis!


Ini antara menu pilihan kami sekeluarga...


Harga? Dari RM10 -RM15!
Berbaloi..sedap & kenyang!












Habis makan, boleh mandi-mandi dekat sini, pastikan korang datang pakaila baju nak berendam kalau tak susah pulak nak tukar-tukar baju nanti....




Inilah budak yang paling seronok bila ada kat sini, siap bagitahu dengan En. Zainuddin... "Kenyangnya makan kat sini!"

uolls semua patut datang dan makan dekat sini.
Bawak family sekali..baru enjoy!

Memandangkan bulan Ramadhan pun tak lama lagi je...jangan tak tau BBQ Lamb Kemensah ada buat set berbuka puasa tau!!

Kepada En Zainuddin & Ma'am....terima kasih atas jemputan tempoh hari.
Kami pasti datang kembali...



p palang s: Nama tempat ni memang BBQ Lamb Kemensah...TAPI menu selain LAMB memang ada, macam ikan, itik , ayam & lobster!



watermark

Saturday, February 1, 2020

:: Memandu ke Thailand ::


Assalamualaikum/Hi,
Apa khabar semua? Sabai dii mai?
Kali ni nak menulis sedikit tentang cara-cara nak masuk Thailand bawak kenderaan sendiri.


Apa yang anda perlu ada?


1.Passport (semua orang termasuk pemandu)
2.Salinan geran kenderaan atau geran ORIGINAL (pastikan CLEAR kalau tak clear nanti depa bising dan ada baiknya bawa yang ORIGINAL)
3. Insurance Thai (ni wajib) mahupun insurance travel Malaysia
4. Kastam form (yg ni buat masa dah cop passport)









Jangan lupa BELI/BUAT :

1.Insurans kenderaan & diri mengikut tempoh yg diperlukan (insurans ini anda boleh beli dekat kedai insurans berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thai)
  Kalau amik voluntary insurance ni kena bayar xtra (harga untuk Voluntary insurance ni setakat entry ini ditulis bernilai RM110,  ini untuk kami 4 beranak & kenderaan)

2.White card (kertas putih kecil dikepilkan bersama pasport)

3. Maklumat kenderaan & penumpang (buat sebelum masuk border)



Lepas uruskan semua perkara di atas kat tempat buat insurance Thai..sila la memandu ke sempadan negara.

Sampai aje dekat imigresen Malaysia serahkan pasport untuk semakan/cop.



Dah settle sila ke Imigresen Thailand pulak. Serahkan pasport bersama white card pd pegawai imigresen..maka, setelah selesai urusan pasport serahkan geran , borang Maklumat kenderaan (INBOUND) & penumpang kepada pegawai kastam Thailand.
Sekiranya korang sampai waktu lunch atau selepas office hour, derang akan minta korang duit OT (ni sila baca dekat signboard kat imegresen nanti



INGAT!!!!!!

borang INBOUND/OUTBOUND (simpan elok2 borang ni jangan hilang! Nanti masa nak keluar Thai borang yg bertanda OUTBOUND tu kena return ya. Kalau hilang....kena denda nanti....haaaaaaaaaaaaaa.



NOTA kepada PEMILIK Kenderaan!
Lepas cop passport korang, sila kebahagian/kaunter check in kenderaan untuk dapatkan Custom Form. Bawak bersama korang geran untuk ditunjuk pada pegawai bertugas. Nanti pegawai kat kaunter akan cop borang tu. Borang ni pun ada untuk check in/check out. Simpan elok-elok jangan hilangkan atau tak pulangkan masa keluar nanti NESCAYA korang akan didenda THB10k!
Anda akan diberikan borang, sila tandatangan.



Settle je...sabai sabaiiiiiiiii welcome to Thailand!! Sawadikappppp!

Semasa dalam negara orang, sila berhati-hati. Doa semoga perjalanan korang selamat pergi dan balik.
Simpan nombor yang penting untuk kecemasan :
1554 - Ambulance
191 - Polis
1155 - Polis Pelancong
199 - Bomba
** Beli SIM KAD Thai jika perlu.

Jangan parking sesuka hati, jangan buat onar..ikut je undang-undang.








watermark

Top Post