Friday, October 9, 2020

:: Wabak Spanish Flu ::



SPANISH FLU.
Uolls tahu tak?




Foto di tahun 1918 kelihatan dua org Wanita sedang berjalan dgn memakai Mask muka disebabkan oleh wabak 'Spanish Flu'.

Spanish Flu yg bermula pada Januari 1918 sehingga disember 1920 merupakan antara wabak penyakit terburuk dlm sejarah manusia.

Seramai 500 juta orang telah dijangkiti dan dianggarkan seramai 17-50 juta org telah meninggal dunia disebabkan wabak ini.




Cara wabak ini dihentikan adalah dgn langkah Social Distancing.

Negara di dunia yg terjejas mula menutup sekolah,rumah ibadat dan tempat orang ramai berkumpul sehinggalah wabak ini perlahan lahan hilang.



Walaupun ramai yg djangkiti dan meninggal dunia,sangat difahami kerana teknologi masih belum 'advance' selain Perubatan belum semaju skrg dan hebahan sampai lambat kepada kawasan terjejas.

Namun langkah pencegahan masih sama. Social Distancing dan mengamalkan kebersihan diri pada tahap optimum.




Adakah kita mahu kembali spt keadaan Spanish Flu dahulu?! Jika tidak,please

#stayathome #stopcovid19



watermark

Wednesday, July 15, 2020

:: Review Makan - Kaw Kaw x Stiq ::



Terletak di Oasis Bandar Utama PJ, this time ai nak belanja uolls gambar makan-makan di Kaw Kaw Stiq.

Kesedapan: 9/10
Location : 8/10
Harga : 7/10
Preparation Time : 6/10
Ambience : 8.5/10

Kalau korang pernah dengar Kaw Kaw burger yang pernah famous satu ketika dulu...inilah adik beradiknya. Kaw Kaw Stiq. Dekat kedai makan ni serve makanan WESTERN yang
pasti takkan menghampakan tekak korang. Bukan setakat kambing,lembu, ayam....SALMON pun ada!
Masa ai pergi makan kat sini ai pergi dengan kawan-kawan ai.

Kitaorg pilih menu untuk makan 2-4orang (yang mana leh makan up to 6 sebenarnya).
Menu pilihan adalah Godfather & 10 tower. Amendenya tu?
Godfather ni dalam dia ada LAMBSHANK, ada Beef striplion dengan seekor ayam selain dihidang dengan keledek bakar & sayur2 lain.
Tower 10 pulak ialah burger setinggi-tinggi alam yang diapit dengan fries yang SEDAP!

Harga korang boleh tengok dalam gambar menu yang ai kepilkan ye.
Well...puas hatilah datang makan kat sini. Seronok makan ramai-ramai sebenarnya!
Dah la tak nak bebel panjang...tengok gambar dan captionnya je lah ye!
Ok..tata!























watermark

Friday, April 24, 2020

:: Daun Mulberry goreng celup tepung ::


Kebetulan sangat pokok mulberry dekat rumah tengah merimbun. Makanya ai tuai je mana yang boleh..

cuci bersih..toskan
bancuh tepung tempura
celup daun dalam bancuhan tepung
goreng...
siap!
sedappppp...

Salam Ramadhan uolls!!





watermark

Thursday, April 23, 2020

:: Resepi - 10 resepi topping coklat ::




RESEPI TOPPING COKLAT 1
Bahan-bahan:
2 sudu marjerin
3 sudu besar susu cair @ air panas
1/2 cwn serbuk koko
4 sudu besar susu pekat

Cara-caranya:
1.Masak cara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

RESEPI TOPPING COKLAT 2
Bahan-bahan:
150gram coklat masakan
35gram susu cair
1sudu kecil butter

Cara-cara'y:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

RESEPI  TOPPING COKLAT 3
Bahan-bahan:
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara'y:
1. Masak kesemua bahan atas api perlahan
2. Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

RESEPI  TOPPING COKLAT 4
Bahan-bahan:
250gram coklat masakan (potong kecil-kecil)
1sudu besar majerin/butter
130ml double cream atau whipping cream
gula halus secukup rasa (optional)

Cara-cara'y:
1.Cairkan coklat secara double-boiler
2.Alihkan dr api, kemudian masukkan majerin, gula dan cream..Kacau sehingga sebati..
3.Curahkan atas kek..

RESEPI TOPPING COKLAT 5
Bahan-bahan:
1/2 bar coklat masakan
2 sudu besar butter
1/2 sudu besar gula halus
Esen vanilla beberapa titik

Cara-cara'y:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

RESEPI TOPPING COKLAT 6
Bahan-bahan:
200gram coklat masakan
2 sudu besar susu pekat
6 sudu besar air panas

Cara-cara'y:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

RESEPI TOPPING COKLAT 7
CHOCOLATE GANACHE:
450g Coklat - potong kecil
300g Cream - (heavy cream/thick cream/whip cream)

Masukkan ke dlm periuk kecil & masak dgn api kecil sehingga coklat cair.
Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek.

RESEPI TOPPING  COKLAT 8
200 gm susu isian sejat
600 gm coklat masakan
1 sb madu atau mentega

Masukkan ke dlm periuk kecil & masak dgn api kecil sehingga coklat cair.
Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek.

RESEPI TOPPING COKLAT 9
300 gm coklat masakan - potong kecil
200 gm UHT whipping cream
1 sb mentega

Panaskan  cream hingga mendidih sedikit dan matikan api. Masukkan coklat dan kacau hingga coklat cair dan sebati. Masukkan mentega dan sebatikan

RESEPI  TOPPING COKLAT 10
1 sb gelatin
150gm coklat bar - compound
1 biji kuning telur
2 biji putih telur
2 sb gula castor
200 gm whipping cream
caranya
Larutkan 1 sb gelatin dengan sedikit air panas.
Cairkan 150gm coklat bar. Guna kaedah double boiler.
Masukkan 1 biji kuning telur yg dah dipukul, butter 2 sb & gelatin. Gaul sebati. Ketepikan.
Pukul 2 biji putih telur dengan 2 sb gula kastor hingga bertanduk. Campur dlm adunan coklat guna kaedah kaup balik.
Pukul 200 gm whipping cream dan masukkan dalam adunan coklat.
Simpan dalam peti ais selama 2 jam sebelum digunakan

 RESEPI TOPPING COKLAT 11
 1/2 ketul buttercup
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat

Masak guna kaedah double boiler hingga sebati
 

DIHARAP RESEPI2 NI DAPAT MEMBANTU ANDA SEMUA CARA NK BUAT TOPPING COKLAT !



watermark

Tuesday, April 21, 2020

:: Resepi Ayam Soy Garlic ::






ayam goreng omoni
어머니 (lama tak buat..buat pun sebab dok meminta)





resepi :

bahan²

1. ayam salut tepung goreng sampai garing/golden (i buat drummet & wing saja..1kg). dah masak ketepikan

bahan untuk sos :
1. 1 labu bawang putih blender
2. 2 ketul bawang kecik blender

3. 1 sudu besar sos tiram
4. 2 sudu besar kicap manis
5. 2 sudu besar sos cili
6. 3 sudu besar sos tomato
7. 6 sudu madu



 ° panaskan minyak bijan/zaitun..masukkan bawang blender..tumis sampai kekuningan.

° masukkan bahan sos..perhatikan sampai ia menggelegak naik buih

° masukkan ayam goreng tadi..gaul sebati. ANGKAT

 ° Baca BISMILLAH....makan.

#foodporn #foodie #resepi #koreanfood #makan #ayamkorea


watermark

Sunday, April 19, 2020

:: Resepi Jejari Kentang ::


kentang balun sajalah (anak² tolong gentel)




resepi ...

bahan & cara

1. sebeban kentang. dadu dah rebus lepas tu lenyek.

2. grated carrot setengah batang

3. daun sup racik²
4. lada sulah
5. basil leave racik
6. garam sikit
7. tepung jagung

kemudian......
lepas dah rebus dan lenyek masukkan bahan 2,3,4,5,6

gaul rata...dah gaul rata dah rata....jeng³

° masukkan 3 sudu besar tepung jangung (ni kira max untuk 3 bijik kentang saiz besar)

° gaul bahan lenyek dengan tepung sampai sebati..kalau adunan hancur..tambah tepung jagung sampai adunan perfect untuk dijadikan doh atau segala bentuk yang uolls hajati

° bentuk²kan ..uli..guli..gulung..apa2 je la asal ada rupa..

° panaskan minyak..masukkan doh/hasil ulian kentang uolls..goreng sampai kuning/golden/garing.

SIAP!!



watermark

Friday, February 7, 2020

:: Kecil Tapi Power - kembara dengan kereta "Kancil" ::

Alhamdulillah....
kereta kecilku ini dah mengembara bersama ai dan keluarga beribu kilometer.




ada orang tanya.
tahan ke?
boleh ke?
kereta lama tak rosak ke bawak jalan sampai beribu kilometer?







jawapan : Minnawcy ai dah buktikan.. ianya bukan satu masalah.
yang penting apa sahaja jenis kenderaan yang kita pakai.. yg kita pandu, jagalah ia dengan rapi. jangan main beduk je bawak tapi maitainance tak jaga.





sekian.
jumpa anda di next kembara kami.







watermark

Tuesday, February 4, 2020

:: Sarapan Pagi di BBQ Lamb Kemensah ::



Assalamualaikum/Hi uolls!!!
Lama jugak rasanya ai tak cerita pasal makan kat dalam blog ai ni ye? So, kali ni ai nak membawa uolls k esatu tempat jauh ke alam yang damai di satu sudut di Kemensah iaitu BBQ Lamb Kemensah.

Kalau uolls nak tau,dulu...BBQ Lamb Kemensah ni hanya menyajikan makanan tengahari sampailah malam.Tapi bermula 1 Februari 2020,BBQ Lamb Kemensah dah mula sajikan SARAPAN PAGI setiap hujung minggu & cuti umum!

Menunya simple tapi sedap dan mengenyangkan!


Bukan setakat suasananya yang tenteram dan damai...segar je duduk kat sini.


Harga menu untuk sarapan pagi juga TAK MAHAL mana pun...affordable!



Sepanjang ada kat sini, anak-anak memang enjoy habis!


Ini antara menu pilihan kami sekeluarga...


Harga? Dari RM10 -RM15!
Berbaloi..sedap & kenyang!












Habis makan, boleh mandi-mandi dekat sini, pastikan korang datang pakaila baju nak berendam kalau tak susah pulak nak tukar-tukar baju nanti....




Inilah budak yang paling seronok bila ada kat sini, siap bagitahu dengan En. Zainuddin... "Kenyangnya makan kat sini!"

uolls semua patut datang dan makan dekat sini.
Bawak family sekali..baru enjoy!

Memandangkan bulan Ramadhan pun tak lama lagi je...jangan tak tau BBQ Lamb Kemensah ada buat set berbuka puasa tau!!

Kepada En Zainuddin & Ma'am....terima kasih atas jemputan tempoh hari.
Kami pasti datang kembali...



p palang s: Nama tempat ni memang BBQ Lamb Kemensah...TAPI menu selain LAMB memang ada, macam ikan, itik , ayam & lobster!



watermark

Top Post