Wednesday, December 19, 2018

:: Cara Memandu ke Pak Bara dari Kuala Lumpur ::




Assalamualaikum & Hai semua,
Kali ni ai menulis kembara Thailand lagi.
Lagi?
Ya....lagi. Thailand besar tak boleh habis round 1 hari.

Maaf terlebih dahulu ai minta sebelum saya teruskan penulisan ai ye.

Bila Hatyai dan Krabi terlalu sinonim/mainstream dengan orang Malaysia, tak dinafikan tiap kali cuti sekolah, public holiday, gaji....dekat Hatyai & Krabi dan macam KL dah. Hehehehe

So, kali ni buat yang tak pernah menjejak kaki ke Pak Bara, ai tulis sedikit cara ke Pak Bara dengan memandu.






Perjalanan kali ni kalau ikut kira-kira lebih kurang 600 kilometer sahaja. Tapi disebabkan dah berjanji dengan adik ipar ai nak bawa dia ke Hatyai, so ada add up sikit kat kilometer tu.

Macam biasa last minute plan ingatkan nak masuk Pak Bara terus dari Kuala Lumpur hari Jumaat dan kemudian bila nak balik ke KL semula baru nak singgah Hatyai. Tapi, bila tengok room availability masa balik tak ada, so tukar plan.

Dari Kuala Lumpur ---> Hatyai ----> Pak Bara

Macam biasa : ai, incik Pinky, Mimi & Bidadari dan kali ni di temani Acu menuju ke destinasi border pilihan ramai seawal 4 pagi. Singgah di Changloon macam biasa uruskan diri, insurans, isi minyak.

Disebabkan aliran trafik yang TERLAMPAU TINGGI melalui border Bukit Kayu Hitam, kami stuck kat sana lebih 2 jam. #gelengkepala

Nampak tak betapa sukanya rakyat Malaysia masuk Siam terutama ke Hatyai?
Ya................sangkaan ai benar belaka bila sampai kat Hatyai orang Malaysia saja. Ai siap cakap kat Acu, nanti kemudian nak bawak dia datang lagi bila bukan time cuti sekolah/gaji & public holiday.

Floating market je masa ai pergi petang tu dekat 40 bijik bas persiaran dari Malaysia....lalalalalala. Kesian dekat yang sampai lewat sikit dari kami, kebanyakkan makanan dah habis. Tu belum lagi kat area Lee Garden.

Lepas bawak Acu jalan-jalan dari tengahari sampai ke malam hari tu, esoknya memang kitaorang plan nak cabut dari Hatyai terus ke Pak Bara.

Alhamdulillah...Pak Bara aman. Hahahahahaha.
Perjalanan dari Hatyai menuju ke Pak Bara mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sejauh 124 kilometer.

Dari Hatyai korang kena amik highway menuju  ke SATUN. Senang je, tapi tak sesenang kalau korang masuk ikut Wang Kelian, sebab kalau dari Wang Kelian jalan dia straight je menuju ke Pak Bara.





Jalan ke Pak Bara melalui Hatyai sangat selesa, cuma sila hati-hati dengan tanda jalan sebab memang banyak speed trap jangan sampai terkena.

Kalau korang ikut tanda jalan, insyaAllah korang tak sesat. Jalan ke Satun sama ngan jalan ke Phattalung cuma nanti sampai satu simpang trafik light, Satun ke kiri. Sila amik kiri.
Lepas tu terus je lagi pastikan ikut signboard Pak Bara Port/Koh Lipe. Pasti tak sesat.




AMARAN!!!!
Sila berhati ketika memandu, sebab ada beberapa intersection yang tak pakai lampu isyarat, jalan dalam kebun getah yang mana kereta atau motor leh main beduk jalan je.






























Pak Bara ni, tak de la besar mana. Kebanyakkan orang yang datang ke Pak Bara ni adalah sebagai transit sebelum ke pulau-pulau berhampiran terutama Koh Lipe yang punyalah cantik!

Pualu kat area tu semuanya cantiklah! Tapi Lipe la paling lawa skali kalau tak, tak de la dapat gelaran "Maldives" kat Thai tu kan?

Tiket pergi ke pulau-palu  ni korang boleh beli dekat Pak Bara Pier atau sila singgah di kedai Cikgu Joe Satu di CJS 406 dekat Satun. KLIK SINI

Antara pulau-pulau lain yang korang boleh pergi adalah :
Koh Bulone
Koh Sukon
Koh Li Di Lek
Koh Tarutao
Koh Phetra
Koh Lao Liang
Koh Libong
Koh Khai
Koh Andang
Koh Ra Wi



Ehhhh..dah macam agent pelancongan la pulak!
Hahhahahaha.

Kalau korang mabuk laut, ada je aktiviti darat yang korang boleh buat. Kat Pak Bara ni ada je tempat air terjun (Wan Sai Thong) atau gua-gua yang boleh korang explore. Nak ke tempat tu semua tak jauh mana pun dari pekan Pak Bara dalam 15-40 minit paling jauh kalau korang pergi jalan jah sikit dari Rawai Beach.




Dekat Pak Bara ni sebenarnya memang banyak hotel yang harga murah-murah start dari RM puluh-puluh je sampai la lebih kurang RM300 satu malam.

Antara yang menarik mata ai sepanjang ai kat Pak Bara adalah Langka Resort, SeeSea resort & Porn Aree Hotel. Semua yang ai list ni memang depan laut dan Porn Aree tu ada beach access ye. Bukak pintu bilik terus pasir pantai. Harga tak salah ai dalam RM70 semalam macam tu kalau bukan peak time la..hotel 1.5 bintang parking leh parking kat laman tapi macam terhad dalam 4-6 bijik kereta je.

Ai duduk kat Royal Hill sebab muslim friendly. Dan hotelnya sangat sangat sangat sangat sangat selesa dan menghadap pulau-pulau yang ada kat sekitar Pak Bara tu.









Makanan halal? Sangat senang dan mudah dapat kat mana-mana sahaja dan masjid memang banyak dan rata-rata semua Muslim.
Tapi..............kebanyakkan mereka kurang fasih berbahasa Melayu atau Inggeris. So, kalau korang extra mile boleh la cakap Siam dengan derang. Alhamdulillah, ai dah boleh cakap sikit-sikit dah asas bahasa Thai.



Korang boleh rujuk kat entry ai yang sebelum ni untuk beberapa asas pertuturan bahasa Thai.

Asas Nombor
Asas Pertuturan bahagian 1

Paling best spot kat Pak Bara ni kalau korang nak lepak adalah kat Pak Bara view point. Tu je la tempat paling happening dalam Pak Bara, petang-petang ada orang meniaga macam-macam tepi jalan. Dan hari paling happening adalah hari Ahad sebab hari tu la hari official night market derang..leh tahan besar jugak.





Selain dari tu boleh ai katakan Pak Bara ni memang sangat tenang kalau korang nak p lepak-lepak amik angin. Pulau sekeliling pun cantik. Tak jauh dari border Wang Kelian.

Nak shopping cenderahati korang boleh p Pak Bara Pier yang mana sangatla tak jauh dari Pak Bara Point. Kat sana adalah orang jual baju, keychain semua-semua yang biasanya pelancong suka beli.




Nanti tanya la macam nih :

Korang : Tao Rai kha/kap?
Penjual : lalalala bath
Korang : Lod noi dai mai kha/kap?
Penjual : mi dai..
Korang : Proad na kha (buat la muka comel2 skit..sambil merayu)
Penjual : Mi dai..

Korang tak leh buat apa la memang dia tak nak kurang rege la tu!
Hahahahaha....


Ok, seterusnya.
Waktu kami balik, kami lalu ikut Wang Kelian. Kalau kereta korang tak de minyak or minyak tinggal sikit atau korang memang jenis tak konfident nak jalan kalau tengok minyak tinggal 2-3 bar sila la isi minyak siap-siap di Pak Bara.



Dari Pak Bara ke Imegresen Wang Kelian mengambil masa 1 jam 10 minit, lebih kurang 70km. Haaa...tak jauh kan?
Memang tak jauh cuma jalan berkona-kona sikit la. Tapi....view cantik weyh!



Wang Kelian punya imegresen tak sesesak Dannok.
Sampai je kat border terus je drive kereta masuk lorong kaunter. Serahkan custom form kereta untuk return. Kemudian ke depan sikit untuk check kereta kot ada benda nak declare. Lepas tu p parking kereta kat luar pagar bertulis PERLIS.
P jalan kaki ke kaunter kat tepi pagar untuk pulangkan outbound document dan cop passport keluar.





SETTLE!
Welcome to Malaysia dan berhati-hati di jalan raya.
Selebihnya kalau korang tak reti nak balik KL macamana WAZE sudah.


So jumlah hangus trip kali ni :
Tol : RM115
Minyak : RM200 (KL-Pak Bara-KL)
Hotel : RM350 (Hatyai + Pak Bara)
Tuktuk Hatyai : RM50 (contact Pak Mail 095-7272131 - Tuk tuk dia besar. Kitaorang kalau p Hatyai mmg naik tuktuk dia je nak p memana)
Makan @ Hatyai : RM40
Makan @ Pak Bara : RM90 (kedai dekat sebelah PornAree Hotel..boleh tahan sedap), + makan kat Pak Bara View



Sekian.


watermark

35 comments:

  1. Uii bestnya. Bila drive sendiri rasa lebih seronok kan.

    ReplyDelete
  2. wah..expert macam kat malaysia..:)

    ReplyDelete
  3. @kin bukan takat seronok , puas hati sama

    @Normi heheheheh

    ReplyDelete
  4. Mak aiiii..cantik giler la pulau2 dia..pandai u pilih tempat erk..keluar bilik je dah nampak pulau dah..menarik nyer..kat pasar malam tu SA nampak kerang besar2..mesti best tu...alahai...bila nak pergi lagi...nak ikutttttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik...bilik tu besar n murah sebab tu pilih duduk sini tiap kali pegi PB

      Delete
  5. Pak Bara tu nama tempat rupanya. ingatkan nama orang. hahahahahaha. Banyak juga Pulau yang berdekatan ye,"Koh" tu maksudnya Pulau la, betul kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe....ye Pak Bara tu nama tempat. Pandai!! Koh/Ko bermaksud pulau.

      Delete
  6. Owh! Baru tau boleh drive je dari KL. Hahah. Menarik entry ni. Kita save dulu. Next time nk travel ke sana boleh refer entry. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah sama-sama kita share. Kalau asyik p naik kapal terbang koyak la poket

      Delete
  7. Murni tak pernah sampai thailand..teringin nak pergi semua2 tempat ni..tapi encik suami tak berani nak drive pergi sana..nanti kena cari kawan yang dah biasa pergi baru ajak suami pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh la ikut i..sbb nanti nak pergi lagi ni dalam masa terdekat ni. kalau nak ikut nnt email s0undl4cks@gmail.com leh citer2

      Delete
  8. Banyaknya pulau berdekatan. Pemandangan sungguh indah and I plan to go there soon.

    ReplyDelete
  9. Bestnya dah sampai sana. Kita ni ntah bila la akan terjejak sana.
    Cantik permandangan disana ye.
    Seronok kalau dapat pergi tu.

    ReplyDelete
  10. Last year pergi juga Thailand naik Bas, suka jjcm makan makanan thai memang awesome! rasa nak pergi lagi guna kenderaan sendiri macam ni lebih selesa.. terima kasih kongsikan info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi naik kenderaan sendiri mmg selesa sbb kita dapat p mana kita nak n shopping apa kita nak sampai penuh kereta

      Delete
  11. Menarik artikel ni. Boleh buat rujukan ni kalau plan nak pergi memandu ke sana nanti. Terima kasih untuk tips nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila la nak berprojek travel ngan abang mawardi kita nih...dia lagi hebat

      Delete
  12. Seronok bila drive sendiri boleh explore macam2. Teringin naknpergi thailand bw kereta. So boleh konvoi ngan keuarga dan kengkawan

    ReplyDelete
  13. Bestnya drive ke sana, memang teringin nak buat gini. Bolehlah ikut cara ni nanti. Tapi kena cari kawan yang nak konvoi sama.

    ReplyDelete
  14. Teringin gak nak pi thailand tapi tak berkesempatan lagi.. kalau pi ramai2 best jugak ni.. view pun lawa2 kat sana kan sha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thailand pada mata ai tak de tempat yang tak lawa dari tanah tinggi derang sampai ke pulau. yang bestnya cost murah

      Delete
  15. Oh wow that's a very good info for those who plan to drive up to Pak Bara with family. Seriously i tak pernah drive to thailand before usually take bus, or flight jer. Road trip is fun too as we can control our timing.

    ReplyDelete
  16. @butang ..betul sangat tu

    @abg mawardi ...dia lagi hebat..bila nak nak dpt projek travel dengan dia ni . hehehe

    ReplyDelete
  17. InshaAllah nak try nanti drive kesana. Lebih mudah org kata kalau naik kereta sndiri

    ReplyDelete
  18. AM xpenah lg memandu masuk Thailand.. Selalu ikut trip by bus je.. PAKBARA AM xpenah sampai lagi gak.. Boleh la AM follow entri awak bila nak ke PAKBARA.. Thanks ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je AM..tambah lagi dari Wang Kelian...kalau waze mmg tepat2 sampai dari sana dalam 1j 30min la tops kalau tak de singgah2

      Delete
  19. such a lovely experience to drive all the way up to thailand.. happy journey....

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post