Thursday, December 20, 2018

:: Bandung Destinasi Percutian Must Go! ::


Assalamualaikum/Hi korang, korang nak tahu tak pasal Malindo Airlines?
Sesiapa yang suka terbang ke sana sini mesti kenal sangat dengan Airlines ni. 
Malindo Airlines adalah salah satu syarikat penerbangan terbang murah yang ada di Malaysia. Nama Malindo adalah gabungan nama antara Malaysia dan Indonesia hasil kerjasama dua negara ni.


Syarikat penerbangan ini beroperasi dari hub Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL), dengan hub skunder di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Sh, (SZB). Syarikat ini mula beroperasi pada tahun 2013. Malindo Airlines terbang ke kira-kira 30 destinasi termasuk 14 negeri di Malaysia, dua di Indonesia, satu di Nepal, dua di Thailand dan satu di Singapura. Malindo Airlines mempunyai 23 pesawat termasuk ATR 72-600, Boeing 737-800 dan Boeing 737-900ER dengan satu kabin (First Class) dan dua kabin (Business Class dan Economy Class).
Apa lagi korang tunggu?? Jom laa book tiket jalan-jalan rehatkan minda. Apa kata korang tengok-tengok tiket ke Bandung. Bandung adalah salah satu tempat yang sangat menarik bukan saja banyak tempat untuk membeli-belah malah Bandung juga menjaminkan destinasi yang mampu memukau perasaan korang sekeluarga apabila ke sana. Orang kata kalau pergi Bandung ni bawak beg kosong, bila balik beg tu automatik beranak pinak! Tak percaya? Pergilah Bandung. Udara di sekitar Bandung yang cukup menyegarkan kerana ia terletak di antara tiga buah gunung.

Korang yang sukakan kehijauan alam semulajadi, korang boleh try checkidout The Lodge Maribaya Lembang. Selain dari lokasinya yang dihamparkan pemandangan hijau menyejukkan mata, korang juga boleh menikmati makanan yang enak dari restoran-restoran yang ada di sana. Korang jangan risau pasal harga maknan-maknan di sana sangat berpatutan. Di The Lodge Maribaya Lembang ni jugak korang boleh juga bercamping. Kat sana ada service menyewa khemah dan tapak perkhemahan yang sempurna dengan unggun api.
Lagi satu tempat yang menarik di Bandung dan diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat ialah Trans Studio Bandung. Korang boleh la bawak anak-anak, adik-adik dan seisi keluarga ke sini, confirm dorang seronok dan enjoy sangat. Taman tema ni adalah taman tema yang terbesar di Indonesia dan juga bertaraf antarabangsa tau. Kat taman tema ni ada 3 zon berbeza iaitu Zon Studio Central, Zon The Lost City dan Zon Magic Corner masing-masing mempunyi tarikan tersendiri. 



Tengok aje la peta kat bawah nih...kalau nak pergi pergilah sebaik sahaja pintu theme park ni di buka. Kalau lewat.....RUGI!



Kat sini jugak ada Yamaha Racing Coaster yang merupakan 1 daripada 3 roller coaster yang terdapat di dunia. Ada berani?? Taman tema ni macam taman tema Genting Highlands, selain ada taman permainan kat sini juga ada hotel, tempat membeli belah dan oulet yang menjual maknan. So kalau korang nak ke Trans Studio Bandung ni korang dah tak yah susah hati pasal penginapan dan tempat tinggal. Korang boleh enjoy dari pagi sampai la taman tema ni tutup.


Bagi yang tazabar nak membeli-belah tu korang jangan risau, ke Pasar Baru yuk! Pasar Baru ni sangat famous dalam kalangan rakyat Malaysia. Pasar ni wujud sejak tahun 1884 dan kat sini laaa orang Malaysia dok borong kain-kain murah. Selain boleh tengok banyak pilihan corak kain kat sini kita boleh tawar menawar sampai jadi. Heheh.. So sediakan uwangnya Pak!! Pasar ni ada 8 tingkat dan sangat luas jadi korang boleh bayangkan betapa banyak pilihan yang korang boleh dapat kat Pasar Baru ni.

Haaaaa tak cukup kat Pasar Baru, jom sambung kat Rumah Mode. Lain di Rumah Mode ni, ia adalah sebuah pusat membeli-belah pakaian berjenama dan mempunyai identiti tersendiri. Korang  juga bole tengok rekabentuk Rumah Mode mempunyai pengaruh tradisonal Jawa. Korang yang suka dengan decoration ala-ala Javanese tu boleh la ambik inspirasi untuk decorate rumah korang. Sambil menyelam minum air. 
Yang suka buat aktiviti sambil menikmati kehijauan alam tu apa kata korang try pegi Dago Dream Park. 

Kat sini korang boleh menikmati keindahan alam semulajadi sambil menikmati angan-angan yang indah. Antara aktiviti yang korang boleh buat kat sini adalah Karpet Terbang Aladin, Skybike, rumah anti-graviti, ATV, flying fox dan banyak lagi. Korang jangan lupa charge bateri camera korang tau nanti menyesal pulak.





Sebenarnya terlalu banyak tempat-tempat dan aktiviti yang menarik kat Bandung. Seminggu ke sana belom tentu korang akan rasa puas untuk melihat keindahan dan hijauan alam di samping membeli-belah kat Bandung.  Korang yang mana dah pernah ke Bandung mesti rindu nak pegi lagi kan? Jadi jangan tunggu lagi jom la terbang bersama Malindo!



watermark

1 comment:

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post