Tuesday, February 6, 2018

:: Cara Ke Koh Samui Dari Krabi ::


Assalamualaikum & Hi semua,

Lama tak cerita tentang travel dalam blog ai ni. Maklumla tak berapa nak ada masa nak menulis, kurang 'feel' pulak.
Untuk mulakan tahun 2018 ni ai nak cerita pasal perjalanan ai ke KOH SAMUI, kali ni melalui KRABI.



Kali ni ai ke Koh Samui bawak "pelancong" lain yang nak ikut sama untuk honeymoon, disebabkan kitaorang dah 3 kali ke sana. Kali ni kita bawak orang pula.

Dari Kuala Lumpur kami ke Krabi melalui KLIA2 (naik Air Asia ke Krabi sebab ticket murah).
Sampai di Krabi awal pagi, kami di jemput oleh pemandu van yang ai dah booked dari KrabiCab.com (serius ini antara khidmat kereta sewa/van sewa beserta pemandu yang paling murah). Ai booked minivan (HI-Ace) yang boleh muat 10 orang walhal kami naik 4 dewasa 2 kanak-kanak 2 luggage, 1 bagpack, 1 stroller.

Kos = 6460 thb

Berbaloi giler yang penting sangat SELESA!

Dari Airport Krabi, kami di bawa ke jeti Donsak di Suratthani perjalanan mengambil masa 1 jam 45 minit.

Sampai di Donsak, yang paling korang kena ingat adalah perkhidmatan feri yang tersedia untuk ke Koh Samui. Ada 2 : Seatran atau Raja Ferry.
Pengalaman ai ticket Seatran agak mahal berbanding Raja Ferry.
Dari segi masa atau kekerapan Raja Ferry lagi kerap ke Koh Samui. Ai macam biasa amik servis Raja Ferry sebab murah dan yang penting feri Raja Ferry semua dah baru dan di upgrade!

Harga tiket = 130 thb dewasa, 70.00 thb kanak-kanak, bawah 3 tahun biasanya free ikut tinggi (hehehehe)

Masa dari Donsak ke Koh Samui dalam 30-45 minit ikut mood orang yang bawak ferry tu.
Sesampainya kami di Nathon Pier (Jeti kat Koh Samui). Haaa...masa ni kalau korang tak booked lagi van dengan pihak hotel, skill negotiation korang amat penting masa nih. Dekat jeti memang ramai
pemandu van atau teksi yang akan bawak korang ke hotel (sharing basis dengan orang lain), pandai korang cakap harga pun memang murah korang leh dapat.



Kebetulan masa sampai hari tengah panas, ai pun pegi kat sorang akak van (dia nampak macam team leader van-van kat situ), buat muka kesian sikit. Lepas tu cakap kat dia nak ke Lamai Beach (kali ni kitaorang amik keputusan nak duduk kat Lamai sebab Chaweng sesak sangat sebab tengah ada festival). Dia tanya berapa ramai dan berapa banyak beg, ai cakap 4 dewasa 2 budak-budak selebihnya beg. Panjang leher dia tengok kitaorang. Terus dia cakap "70 bath..kids free" ai cakap "OK!" terus ai suh Incik Pinky dan couple NF angkut beg masukkan dalam van sebab orang tengah kerumun dia.

Incik pinky macam selalu mesti nak duduk depan sebelah driver. Dia cakap dia nak hafal jalan senang nanti datang drive je. Yang paling elok kena pulak driver Muslim leh cakap Melayu sikit-sikit.

Sembang la apa lagi dengan harapan dapat lagi diskaun hahahahaha. Rapport tu penting ok!

Korang jangan risau pemandu-pemandu van kat Samui  ni sebenarnya almost semua bagus, tak lokek ilmu segala, tanya apa korang nak tanya jawapan pasti ada.
Sampai je kat hotel : Coconut Beach Lamai (kali ke-2 kitaorang stay sini sebab hotel dia best dan pemandangan pun best) kitaorang terus buat deal dengan abang van tu untuk amik kitaorang masa balik nanti harga? diskaun 10 bath sorang.

Yesss!

Layanan pihak hotel memang tak pernah tak mesra. Kebetulan ada pekerja muslim dah sekarang. Masa ni ada kesilapan teknikal sikit berlaku. Masa check in dia amik detail semua sekali orang ni
tercakap kuat ".....and honeymoon room decoration..." ai pandang dia jegilkan mata.... terus kitaorang ketawa "sorry nong....sorry..."

Couple NF tadi terdengar terus senyum2, mesti tak sangka ai memang dah arrange semua ngan pihak hotel...FOR FREEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE.
Masuk bilik, rehat sekejap memang ai tak tunggu dah ai sangat suka pantai Lamai. Pantainya bersih berbanding Chaweng. Lebih sunyi dan tenang.



Hotel 3 hari 2 malam, bilik besar consist of 1 katil king dan 1 katil single = RM400

Jalan-jalan dalam Samui ni sebenarnya amatlah mudah, baik kalau stay dekat Chaweng atau Lamai atau kawasan lain sebab keanyakkan kemudahan macam 7eleven, family mart, farmasi semua walking distance. Kenapa ai pilih Coconut Beach Lamai? selain dari servis sewa motor melalui reception aje, Lamai night market seberang jalan utama je. Petang tu kitaorang sewa motor sebab ai nak bawak couple NF makan malam kat Samui Melayu Village (kampung Melayu Samui).



Apa yang menarik dekat sini?
Selain dari makanan halal, kat sini ada masjid dan semua orang berbahasa melayu. Masa kitaorang sampai ada beberapa pelancong asing yang lain dan bila ditanya mereka semua Muslim. Tak susah nak cari Kampung Melayu Samui ni tak kisah la dari arah Chaweng ataupun Lamai, cumanya jarak Lamai ke Kampung Melayu Samui ni lebih dekat. Landmark nak sampai ke perkampungan melayu ni adalah Farmasi dekat corner jalan menuju ke jeti nelayan. Nanti korang akan nampak lorong kecik betul-betul dekat corner tu masuk situ.



Lepas makan malam kami ke Hin Ta & Hin Yai dan seterusnya ke Chaweng. Bawak couple NF tengok pekan Chaweng yang malam tu memang meriah dengan festival apa tah dah lupa. Mr. F jenis tak suka sangat tempat hectic ni so pilihan nak duduk kat Lamai adalah sangat tepat! Balik dari Chaweng singgah Lamai night market, cari sikit cenderahati. Balik hotel rehat terus la sebab esok pagi nak buat aktiviti snorkelling.





Trip kali ni pihak hotel aturkan kitaorang dengan InSea Speedboat untuk ke Koh Nga Yuan dan yang lain.
Ticket dalam RM120/adult, kanak-kanak free. Harga termasuk sarapan pagi, makan tengahari, kudap-kudap dengan minum petang. Peralatan snorkelling pun disediakan sekali.
Speed boat bawak kami ke Koh Nga Yuan, Koh Tao, Shark Point dan beberapa tempat lain. Entrance Fee RM10/sorang.








Keadaan Koh Nga Yuan berlainan dengan masa yang last kami singgah. Baik kawasan pantai mahupun persekitaran, mungkin sebab development yang berlaku kat pulau tu. Pendapat personal ai development jatuhkan rating dan kecantikan pulau tu sebenarnya. Dan trip kali ni kurang lucky sebab tak sampai setengah jam atas pulau tu, tiba-tiba ribut datang, hujan tak berenti-renti.
Kitaorang yang besar tak pe la kesian kat Mimi & Bidadari. Mimi dah biasa kena ribut, hujan segala, Tapi Bidadari ai dah dapat bayang dia akan jadi crancky tak lama lagi.









Sangkaan ai tepat bila sampai kat Shark Point, Bidadari dah start nak ngamuk rasa nak nangis sama pun ada sebab ai nak terjun laut! Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....



Dalam kekalutan yang melanda tetiba pemandu boat datang dekat ai, tak banyak cakap terus amik Bidadari. Budak tu pulak terus diam gelak-gelak lagi. Ehhhhhh............

Pemandu boat tu bagi signal kat ai suh terjun je dalam laut tu biar dia jaga Bidadari. 45 minit buat aktiviti tak dengar sikit pun suara Bidadari ngamuk ai nampak dia dok seronok bergurau dengan
pemandu boat. Lepas puas berenang tengok segala ikan. Ai naik, cepat-cepat amik Bidadari. Sempatla tanya kat 'baby sitter' ada anak ke. Dia kata tak de tapi dia ramai adik.

Makan tengahari by InSea memang superb sedap mungkin dek kerna hujan dan lapar serta letih menambahkan kesedapan nasik dan lauk-lauk yang ada. Tambah pulak view memang cantik!




Habis aktiviti ke laut dalam jam 1600. Balik van hantar sampai hotel ai dengan anak-anak sambung mandi kat swimming pool pulak.

Yang best kali ni adalah mainan happy meal kat Thailand yang Set Tea Pot Hello Kitty tu ahead dari Malaysia. So amik peluang la untuk beli maianan Happy Meal tu supaya kat Malaysia ai tak yah
beratur sesak-sesak dah dengan orang lain.



Malamnya ai pergi urut dekat satu kedai ni memandangkan makcik fav ai kat Samui dah berhenti kerja kat hotel tu balik 'kampung' katanya. Kalau ada lagi mak cik tu memang best, pandai giler urut
peranakan (sampai ke Samui oiii nak urut betulkan peranakkan).

Plan untuk keesokkan hari adalah kembali ke Krabi untuk bercuti kat Krabi pulak. Pagi abang van haritu datang jemput bawak kami ke Nanthon Pier. Sampai di Nathon kebetulan 10 minit lagi ferry nak berlepas, terus beli ticket dah board ferry. Bye bye Samui yang best! Tak puas wooo 3 hari 2 malam sebab last time datang pun dok 4 hari 3 malam.

Sampai Donsak, Miss Apple (pemandu van) dari KrabiCab dah tunggu kami service memang tiptop sanggup tunggu kami dari pagi.

p palang s :  Panjang sangat entry kali ni terpaksa bahagi 2. So tunggu next entry ya!






p palang s : Kalau korang nak baca cerita pasal p Samui sebelum ni yang mana ai pergi melalui SuratThani boleh.... .
KLIK SINI




           

watermark

6 comments:

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post