Tuesday, February 13, 2018

:: Terjun Landasan RapidKL ::

LRT tiba-tiba berhenti mengejut kat landasan. Terus dengar IVR minta maaf atas perkara yang jadi. Masih clueless sampai la ai nampak brader ni berdiri tengah landasan dekat pagar pembahagi rail. Terkejut semua orang!

Friday, February 9, 2018

:: Neurofibromatosis Community Malaysia ::



Assalamualaikum/Hi.
Alhamdulillah. Hujung Januari yang lepas ai berkesempatan bertemu dan beramah-mesra dengan beberapa ahli Persatuan Penyakit Jarang Jumpa Malaysia (Malaysian Rare Disorders Society) di A&W PJ.







Kebanyakkan kami mempunyai/didiagnose atau mempunyai ahli keluarga yang menghidap NEUROFIBROMATOSIS. Di pengerusikan oleh Datuk Hatijah Ayob iaitu PRESIDEN Persatuan Penyakit Jarang Jumpa Malaysia.



Kami berbincang dan berkongsi cerita tentang pengalaman masing-masing dan apa yang kami perlukan demi masa depan penghidap penyakit jarang jumpa ini khususnya Neurofibromatosis.

Jujurnya, ada yang lebih berat bebannya dari ai sendiri. Sokongan moral dari segi emosi memang amat-amatlah diperlukan (memandangkan tiada ubat yet to be discover for NF).

Seperti yang ai pernah kata sebelum ni, kami yang memiliki NF ni bukan golongan pelik/freak, bukan orang yang terkena ilmu hitam, bukan penyakit PELIK pun macam "sakit katak puru" dan sebagainya. Ia adalah satu kondisi GENETIK.



Ai nak sangat semua orang sedar atau at least amik tahu sedikit sebanyak tentang penyakit jarang jumpa ni. Ya, golongan NF (neurofibromatosis) ini memang TAK RAMAI yang berani tampil, kelompok kami kecil berbanding penyakit Austism, Thalassemia tapi mereka menanggung "derita" sepanjang hayat. Ai tahu ramai kat luar sana yang sebenarnya MALU malah TIDAK tahu tentang neurofibromatosis ni. Pada yang malu, janganlah malu lagi, kita ada kumpulan sokongan yang you guys can rely on.

Dan pada masyarakat di luar sana, janganlah pandang jijik, buat muka pelik or even lari bila terjumpa mereka yang mempunyai kondosi genetik seperti NF1 yang mana mereka punya banyak cafe au lit (sejenis tanda lahir yang banyak dan bertompok-tompok sekitar badan dan muka) & punyai banyak bonjolan di permukaan kulit (nampak macam "daging lebih") - mereka juga manusia yang ada hati dan perasaan. Berikan senyuman sudah memadai tanda anda memahami.

p palang s : untuk cerita yang terkini korang boleh ikut :

>> www.mrds.org.my

>> Instagram:  Malaysia Rare Disease Society

>> Neurofibromatosis Malaysia




watermark

Thursday, February 8, 2018

:: Review - Restoran Terra Pong, Hulu Langat ::

Alamat: 49, B52, Pekan Batu Lapan Belas, 43100 Hulu Langat, Selangor
Waktu Perniagaan:  12PM - 12AM
Contact: 017-298 2285

Assalamualaikum & Hi,

Kali ni ai nak review Restoran Terra Pong (disebut Terapung) di Hulu Langat.
Restoran ni terletak dekat Hulu langat dan lebih kurang 1 jam perjalanan dari KL melalui Ampang yang maha jem tu ye. Nak pergi senang je dari Ampang, naik ke Bukit Ampang terus ke arah Hulu Langat. Restoran ni tepi jalan je.





Hari tu masa ai pergi atas tiket nak sambut birthday ayah ai. My brother dah booking siap-siap  meja dan makan untuk almost 30 pax (ramai kan keluarga kitaorang?).







So sampai je makanan dah tersedia atas meja. Kitaorang pergi waktu malam. Ai agak kagum jugak la dengan landscape yang ada dekat Restoran Terra Pong ni sebab ala kampung dengan seni binaan kayu yang cantik, kalau pergi siang confirm lagi lawa. Ada kolam ikan di bawah restoran (kolamnya agak luas) sebab kiri, kanan, tengah, depan, belakang semua air. Ada air terjun mini lagi.






Ok, nak stop puji keindahan restoran ni. Jom kita cerita bab makan. Masa kami semua duduk, my brother check sama ada makanan semua dah sampai ke belum. Nasi tak cukup satu, 2 menu belum sedia dan air belum ada.





So, my brother mintak la pada seorang Supervisor ai rasa sebab dia sibuk mengarahkan beberapa pekerja masa tu. Tak lama lepas tu ai nampak sorang awek datang bawak dulang berisi beberapa jag air dan gelas. Dia tuju kat meja tengah (tempat ai duduk). Ni part yang paling ai tak suka. Dia hempas-hempas je letak gelas dengan jag. Lepas tu ayah ai cakap kat dia "dik, jag yang satu tu boleh tolong hulur kat pak cik?". Dia pandang ayah ai, tarik muka, sekali lagi dia hentak je jag tu atas meja. Ai tegur,  " kasarnya buat kerja...." terus dia tak pandang tak cakap apa blah. Lepas tu datang dengan magkuk nasik - sama jugak caranya. FINE! tu dah mengguris hati ai. Supervisor dia ada kat situ kot - pandang je!



Lepas baca doa, semua lapar kot. Makanlah.

Menu :


Sawi ikan masin
Kangkung Belacan


Sup Ekor


Green curry




Siakap 3 rasa




Sotong Petai


lain-lain menu :
Butter Prawn
Kerabu Mangga

Maaflah, sama ada tukang masak makan tu bad moon, atau bahan dekat dapur tak cukup ai tak tahulah. Ai kecewa sekali lagi. Restoran dah cantik, perfect, tapi.......2 perkara ni buat semua jadi failed.

Siakap 3 rasa - rasa cili semata-mata, pedas pedar- masin garam pun tak rasa.
Sawi ikan masin - so plain
Sup Ekor - ceroi, pucat tak de bahan macam depa blend semua bahan tu sampai tak nampak berenang-renang dalam bekas hidangan
Green curry - tak tahu apa yang kurang tapi tak de sense of thai pun
Butter Prawn - yang ni ada sikit rasa. cuma udang agak dry.
Kerabu Mangga - lobak & mangga semata-mata, tak de udang kering, tak de gula, garam, sos ikan, kacang...hmmmmmmm
Kangkung Belacan - tak rasa sebab bukan my cup of tea
Sotong Petai - sedap la jugak tapi cili macam masak tak sempurna

Seriously ai agak merasa tak sedap di tekak ai. Sampai rumah ai terus muntah dan esoknya doktor cakap ai food poisoning. Another failure.
Maaf la pihak pengurusan Restoran Terra Pong, restoran anda cantik tapi service dan masakan anda kurang sampai ke tahap yang sepatutnya. Masa kita orang sampai ada satu kumpulan belakang kitaorang tengah duduk tunggu order. Kitaorang habis makan, menu derang tak sampai lagi. Maksudnya? Service uolls adalah LAMBAT.





Ai akan datang semula untuk repeat di siang hari. Nak tengok lain ke tak nanti.
Overall

View/Lanscape/enviroment : 4/5
Masakan : 1.5/5
Service : 2/5
Happiness index : T_T

Tarra-BEST-Pong









watermark

Wednesday, February 7, 2018

:: Cara ke Krabi Melalui Koh Samuii ::


Assalamualaikum & Hi!

Jom sambung cerita ....

Dari Donsak kami ke Aonang. Hotel kali ni Heritage Hotel Krabi. Kami disambut dengan welcome drink. Hotel service 4 star. Tapi harga satu malam tak sampai RM100 pun!
Perkara pertama sampai Aonang lepas settle urusan hotel adalah sewa motor dan cari makan. Makan dekat Aonang bukan satu masalah, makanan halal sangat senang diperolehi.






Krabi Day 1 =
Check in hotel. Cari motor sewa. Makan.
Malam sewa van pergi pasar malam. Makan. Makan. Makan. Shopping. Makan.
Balik dari pasar malam, makan dan rehat.

Krabi Day 2 =
Ms Apple bawak kami jalan-jalan Krabi sebab cuaca sangat tidak mengizinkan untuk kitorang pusing pulau. So kitaorang ke Emerald Pool, Hot Spring dengan satu Temple nih.
Emerald Pool kalau korang tak pernah pergi sila bersedia mental fizikal pada yang tak larat berjalan kaki atau ada athma, rasanya Emerald Pool tak berapa sesuai untuk pergi sebab dari pintu gerbang
nak ke dalam sampai ke Emerald Pool tu jauh ye. Hanya boleh BERJALAN KAKI.
Emerald Pool ni kalau tak de orang sangat best la kalau orang ramai - air jadi keruh.
Lepas Emerald Pool, kami ke Hot Spring.



Hot Spring pun kalau tak rajin jalan kaki boleh naik service Buggy derang, tapi kena bayar la. Dalam sorang RM3.
Lepas habis main-main air kat Hot Spring, Ms Apple bawak kitaorang pergi temple tapi masa tu kitaorang dah penat sangat nak jalan-jalan pun dah tak berapa nak best so duduk situ dalam 15 minit amikgambar sikit. Cakap kat Ms Apple nak balik.

Balik, sampai hotel. Budak-budak ni nampak swimming pool, terus terjun lagipun tak de orang memang conquer habis la.
Malam tu pergi cari makan, dan lepak-lepak kat depan pantai Aonang tu sambil makan aiskrim kelapa dengan makan pancake.

Krabi Day 3 =
Pagi pagi buta ai bangun terus ke AoNang Longtail Boat Office, kaunter longtail boat ni senang sangat nak cari betul-betul dekat corner depan Aonang Beach. Cuaca masa trip kali ni memang agak
menyedihkan sikit sebab kekerapan hujan yang teramat sangat sampai nak pergi snorkelling memang berisiko. So ai plan pergi Railay Beach je dengan longtail boat. Murah dan cepat dan agak dekat.





So, lepas beli ticket. Balik hotel, sarapan, prepare nak pergi naik longtail boat. Tiket longtail boat sistem dia open. Asal ko ada tiket, mana-mana boat ko leh naik.



Kul 1000 tepat kami naik longtail boat ke Railay Beach, lepak hitamkan kulit, main kayak, makan. Tak sempat nak mendaki je sebab susah sikit nak mendaki dengan 2  budak kecik nih. Hehehehe.
So dalam kul 1500 kitaorang pun balik Aonang.







sampai Aonang, rehat sekejap sebelum pergi lepak-lepak tengok matahari terbenam.




Rehat, lepas Maghrib keluar cari makan dan cenderahati kat area Masjid AoNang.



Krabi Day 4 =
Hari berehat dan pulangkan motor sewa, dan melepak-lepak tepi pantai sebelum balik Malaysia melalui udara.
Kul 1100 Ms Apple datang jemput kitaorang dekat hotel dan bawak kami ke airport.

Habis macam tu je 7 hari kitaorang.
Kuala Lumpur-Krabi-Samui-Krabi-Kuala Lumpur.

Perbelanjaan kami 4 beranak adalah seperti di bawah :


Ticket AA = RM500 (4 orang, termasuk luggage)
KrabiCab = RM798 (satu minivan pergi-balik)
Hotel Samui = RM420 (3 hari 2 malam)
Snorkelling = RM240
Entrance Fee = RM20
Van Samui = RM32 (pergi-balik untuk 2 dewasa 2 kanak-kanak)
Raja Ferry Ticket = RM 64 (dewasa pergi-balik) + RM16 (kanak-kanak, pergi-balik)
Sewa motor Samui = RM20
Sewa Motor Krabi = RM60
Hotel Krabi = RM290 (4 hari 3 malam)
Van Krabi = RM30 (2 dewasa, 1 kanak-kanak)
Long boat = RM 20 (2 dewasa)
Makan seminggu Samui-Krabi = RM350
lain-lain benda mengarut = RM200



Grand Total = RM3044
untuk 7 hari, 4 beranak.

Kalau korang nak pergi dan kurangkan lagi perbelanjaan dah tentu boleh.
Naik bas ke Donsak adalah lebih murah, ai tak nak naik bas kali ni sebab takut NF couple tak selesa dan takut anak-anak tiba-tiba crancky sebab Bidadari dalam fasa tantrum.
Kalau naik bas korang boleh jimat dalam RM600 dari kos naik minivan tu. Sebab tiket bas last time RM30-35 sorang.
Kos makan pun kalau korang bijak bawak la maggi ke benda-benda lain yang boleh di bawa, senang dimasak (ai sebenarnya bawak jugak bekal tu).
Hotel: baik di  Samui mahupun Krabi, banyak hotel lagi murah. Macam di Samui sendiri banyak hotel budet (tapi tanpa swimming pool atau pemandangan pantai) yang rata-rata dalam RM50 semalam pun ada.
Kalau hotel dekat krabi lagi la banyak yang budget-budget. Jadi ikut korang la nak pilih yang mana.
Snorkelling : pandai nego pandai cerita boleh dapat harga murah

watermark

Tuesday, February 6, 2018

:: Cara Ke Koh Samui Dari Krabi ::


Assalamualaikum & Hi semua,

Lama tak cerita tentang travel dalam blog ai ni. Maklumla tak berapa nak ada masa nak menulis, kurang 'feel' pulak.
Untuk mulakan tahun 2018 ni ai nak cerita pasal perjalanan ai ke KOH SAMUI, kali ni melalui KRABI.



Kali ni ai ke Koh Samui bawak "pelancong" lain yang nak ikut sama untuk honeymoon, disebabkan kitaorang dah 3 kali ke sana. Kali ni kita bawak orang pula.

Dari Kuala Lumpur kami ke Krabi melalui KLIA2 (naik Air Asia ke Krabi sebab ticket murah).
Sampai di Krabi awal pagi, kami di jemput oleh pemandu van yang ai dah booked dari KrabiCab.com (serius ini antara khidmat kereta sewa/van sewa beserta pemandu yang paling murah). Ai booked minivan (HI-Ace) yang boleh muat 10 orang walhal kami naik 4 dewasa 2 kanak-kanak 2 luggage, 1 bagpack, 1 stroller.

Kos = 6460 thb

Berbaloi giler yang penting sangat SELESA!

Dari Airport Krabi, kami di bawa ke jeti Donsak di Suratthani perjalanan mengambil masa 1 jam 45 minit.

Sampai di Donsak, yang paling korang kena ingat adalah perkhidmatan feri yang tersedia untuk ke Koh Samui. Ada 2 : Seatran atau Raja Ferry.
Pengalaman ai ticket Seatran agak mahal berbanding Raja Ferry.
Dari segi masa atau kekerapan Raja Ferry lagi kerap ke Koh Samui. Ai macam biasa amik servis Raja Ferry sebab murah dan yang penting feri Raja Ferry semua dah baru dan di upgrade!

Harga tiket = 130 thb dewasa, 70.00 thb kanak-kanak, bawah 3 tahun biasanya free ikut tinggi (hehehehe)

Masa dari Donsak ke Koh Samui dalam 30-45 minit ikut mood orang yang bawak ferry tu.
Sesampainya kami di Nathon Pier (Jeti kat Koh Samui). Haaa...masa ni kalau korang tak booked lagi van dengan pihak hotel, skill negotiation korang amat penting masa nih. Dekat jeti memang ramai
pemandu van atau teksi yang akan bawak korang ke hotel (sharing basis dengan orang lain), pandai korang cakap harga pun memang murah korang leh dapat.



Kebetulan masa sampai hari tengah panas, ai pun pegi kat sorang akak van (dia nampak macam team leader van-van kat situ), buat muka kesian sikit. Lepas tu cakap kat dia nak ke Lamai Beach (kali ni kitaorang amik keputusan nak duduk kat Lamai sebab Chaweng sesak sangat sebab tengah ada festival). Dia tanya berapa ramai dan berapa banyak beg, ai cakap 4 dewasa 2 budak-budak selebihnya beg. Panjang leher dia tengok kitaorang. Terus dia cakap "70 bath..kids free" ai cakap "OK!" terus ai suh Incik Pinky dan couple NF angkut beg masukkan dalam van sebab orang tengah kerumun dia.

Incik pinky macam selalu mesti nak duduk depan sebelah driver. Dia cakap dia nak hafal jalan senang nanti datang drive je. Yang paling elok kena pulak driver Muslim leh cakap Melayu sikit-sikit.

Sembang la apa lagi dengan harapan dapat lagi diskaun hahahahaha. Rapport tu penting ok!

Korang jangan risau pemandu-pemandu van kat Samui  ni sebenarnya almost semua bagus, tak lokek ilmu segala, tanya apa korang nak tanya jawapan pasti ada.
Sampai je kat hotel : Coconut Beach Lamai (kali ke-2 kitaorang stay sini sebab hotel dia best dan pemandangan pun best) kitaorang terus buat deal dengan abang van tu untuk amik kitaorang masa balik nanti harga? diskaun 10 bath sorang.

Yesss!

Layanan pihak hotel memang tak pernah tak mesra. Kebetulan ada pekerja muslim dah sekarang. Masa ni ada kesilapan teknikal sikit berlaku. Masa check in dia amik detail semua sekali orang ni
tercakap kuat ".....and honeymoon room decoration..." ai pandang dia jegilkan mata.... terus kitaorang ketawa "sorry nong....sorry..."

Couple NF tadi terdengar terus senyum2, mesti tak sangka ai memang dah arrange semua ngan pihak hotel...FOR FREEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE.
Masuk bilik, rehat sekejap memang ai tak tunggu dah ai sangat suka pantai Lamai. Pantainya bersih berbanding Chaweng. Lebih sunyi dan tenang.



Hotel 3 hari 2 malam, bilik besar consist of 1 katil king dan 1 katil single = RM400

Jalan-jalan dalam Samui ni sebenarnya amatlah mudah, baik kalau stay dekat Chaweng atau Lamai atau kawasan lain sebab keanyakkan kemudahan macam 7eleven, family mart, farmasi semua walking distance. Kenapa ai pilih Coconut Beach Lamai? selain dari servis sewa motor melalui reception aje, Lamai night market seberang jalan utama je. Petang tu kitaorang sewa motor sebab ai nak bawak couple NF makan malam kat Samui Melayu Village (kampung Melayu Samui).



Apa yang menarik dekat sini?
Selain dari makanan halal, kat sini ada masjid dan semua orang berbahasa melayu. Masa kitaorang sampai ada beberapa pelancong asing yang lain dan bila ditanya mereka semua Muslim. Tak susah nak cari Kampung Melayu Samui ni tak kisah la dari arah Chaweng ataupun Lamai, cumanya jarak Lamai ke Kampung Melayu Samui ni lebih dekat. Landmark nak sampai ke perkampungan melayu ni adalah Farmasi dekat corner jalan menuju ke jeti nelayan. Nanti korang akan nampak lorong kecik betul-betul dekat corner tu masuk situ.



Lepas makan malam kami ke Hin Ta & Hin Yai dan seterusnya ke Chaweng. Bawak couple NF tengok pekan Chaweng yang malam tu memang meriah dengan festival apa tah dah lupa. Mr. F jenis tak suka sangat tempat hectic ni so pilihan nak duduk kat Lamai adalah sangat tepat! Balik dari Chaweng singgah Lamai night market, cari sikit cenderahati. Balik hotel rehat terus la sebab esok pagi nak buat aktiviti snorkelling.





Trip kali ni pihak hotel aturkan kitaorang dengan InSea Speedboat untuk ke Koh Nga Yuan dan yang lain.
Ticket dalam RM120/adult, kanak-kanak free. Harga termasuk sarapan pagi, makan tengahari, kudap-kudap dengan minum petang. Peralatan snorkelling pun disediakan sekali.
Speed boat bawak kami ke Koh Nga Yuan, Koh Tao, Shark Point dan beberapa tempat lain. Entrance Fee RM10/sorang.








Keadaan Koh Nga Yuan berlainan dengan masa yang last kami singgah. Baik kawasan pantai mahupun persekitaran, mungkin sebab development yang berlaku kat pulau tu. Pendapat personal ai development jatuhkan rating dan kecantikan pulau tu sebenarnya. Dan trip kali ni kurang lucky sebab tak sampai setengah jam atas pulau tu, tiba-tiba ribut datang, hujan tak berenti-renti.
Kitaorang yang besar tak pe la kesian kat Mimi & Bidadari. Mimi dah biasa kena ribut, hujan segala, Tapi Bidadari ai dah dapat bayang dia akan jadi crancky tak lama lagi.









Sangkaan ai tepat bila sampai kat Shark Point, Bidadari dah start nak ngamuk rasa nak nangis sama pun ada sebab ai nak terjun laut! Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....



Dalam kekalutan yang melanda tetiba pemandu boat datang dekat ai, tak banyak cakap terus amik Bidadari. Budak tu pulak terus diam gelak-gelak lagi. Ehhhhhh............

Pemandu boat tu bagi signal kat ai suh terjun je dalam laut tu biar dia jaga Bidadari. 45 minit buat aktiviti tak dengar sikit pun suara Bidadari ngamuk ai nampak dia dok seronok bergurau dengan
pemandu boat. Lepas puas berenang tengok segala ikan. Ai naik, cepat-cepat amik Bidadari. Sempatla tanya kat 'baby sitter' ada anak ke. Dia kata tak de tapi dia ramai adik.

Makan tengahari by InSea memang superb sedap mungkin dek kerna hujan dan lapar serta letih menambahkan kesedapan nasik dan lauk-lauk yang ada. Tambah pulak view memang cantik!




Habis aktiviti ke laut dalam jam 1600. Balik van hantar sampai hotel ai dengan anak-anak sambung mandi kat swimming pool pulak.

Yang best kali ni adalah mainan happy meal kat Thailand yang Set Tea Pot Hello Kitty tu ahead dari Malaysia. So amik peluang la untuk beli maianan Happy Meal tu supaya kat Malaysia ai tak yah
beratur sesak-sesak dah dengan orang lain.



Malamnya ai pergi urut dekat satu kedai ni memandangkan makcik fav ai kat Samui dah berhenti kerja kat hotel tu balik 'kampung' katanya. Kalau ada lagi mak cik tu memang best, pandai giler urut
peranakan (sampai ke Samui oiii nak urut betulkan peranakkan).

Plan untuk keesokkan hari adalah kembali ke Krabi untuk bercuti kat Krabi pulak. Pagi abang van haritu datang jemput bawak kami ke Nanthon Pier. Sampai di Nathon kebetulan 10 minit lagi ferry nak berlepas, terus beli ticket dah board ferry. Bye bye Samui yang best! Tak puas wooo 3 hari 2 malam sebab last time datang pun dok 4 hari 3 malam.

Sampai Donsak, Miss Apple (pemandu van) dari KrabiCab dah tunggu kami service memang tiptop sanggup tunggu kami dari pagi.

p palang s :  Panjang sangat entry kali ni terpaksa bahagi 2. So tunggu next entry ya!






p palang s : Kalau korang nak baca cerita pasal p Samui sebelum ni yang mana ai pergi melalui SuratThani boleh.... .
KLIK SINI




           

watermark

Top Post