Thursday, August 31, 2017

:: Seram - Siapa sangkut dalam lif? ::





Memandangkan ramai rupanya yang suka kisah yang adik ai cerita, ai amik keputusan nak tulis semula kisah-kusah pendek yang Adik ai cerita pada ai.

Kali ni ai nak cerita pada uolls kejadian awal bulan Ogos baru-baru ni waktu adik buat OT lagipun ada sorang member bahagian maintainence mintak teman kejap sebab dia tengah nak check lif.

Masa tu dalam bilik maintainance. Tiba-tiba ada dengar bunyi orang picit loceng kecemasan lif. Kawan adik tadi kena la amik tindakan cepat sebab dibuatnya orang pengsan ke apa ke pulak nanti.



Dua tiga kali penggera bunyi. Kawan adik pun intercom la tanya siapa? Tapi tak de jawapan. Tanya lagi siapa? sekali dengar macam bunyi "krooohhh....krohhhhh" ala-ala suara Darth Vader gitu.

Kawan adik cakap jom la p tengok siapa dalam lif takut intercom pulak masalah. Sambil tu dia contact jaga sama.

Derang sampai kat tempat lif sangkut...ketuk pintu lif. Dapat balas. Jerit dari luar. Siapa kat dalam? Dengar ketuk-ketuk lagi. FYI, dalam lif tu tak de cctv pulak sebab lif blok lama.
Tanya lagi siapa dalam lif? Tak de jawapan. Kali ni ketuk-ketuk pun tak de.

Jaga sampai derang cuba bukak pintu. Tapi tak boleh. Nak dijadikan kisah ajaibnya, kemudia pintu lif terbukak. Tapi tak de orang!!! Lepas dari tu terus dengar suara menyerigai ketawa........................

Bertempiaran budak-budak ni lari termasuk jaga.
Esoknya p check lif tu memang lif tu tak rosak pun.

So...............heheheheheheheeeeeeeeeeeeeeeeee

watermark

3 comments:

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post