Sebenarnya dah berbulan register Chilindo ni tapi barang yang berkenan di hati bila bid tak pernah dapat harga yang nak atau memang tak berkenan barang yang ditengok/dicari. Ada je orang tanya dah macamana nak beli/bid harga barang kat Chilindo nih?
Meh sini ai cerita, kebetulan pulak ada barang yang berkenan di hati tiba-tiba.
Caranya ialah :
1. Log masuk ke Chilindo.com (sila pilih negara anda)
Pastikan anda berdaftar samada dari email atau login facebook pun sudah memadai.
2. Tengok paparan barang yang bidaan sedang berlangsung
3. Klik pada gambar barang yang anda berkenan.
4. Tekan bida.
Masa tekan bida ni memang tricky sikit kalau kalau tekan awal-awal, laju-laju sebab konon korang akan dapat barang tu..memang HARAPAN la. Sebab ada aje pembida lain yang serius atau tak serius yang tekan button bida tu jugak!
So, tips nya adalah tekan bida bilamana counting time tu sampai 0:02 saat! kadang2 kena kadang2 tak kena..ikutlah server/data siapa lagi laju.
5. Andai kiranya nasib tidak menyebelahi..sila tunggu lagi countdown time.
TIPS : kalau harga barang lebih RM15 sebaiknya tinggalkan lah....belilah dengan bijak. Tapi kalau anda rasa harga tu berbaloi atau lebih murah dari pasaran dan kena dengan budget anda..teruskan membida
6. Sekiranya anda dapat barang bidaan anda. Ia akan disenarai di dalam "TROLI" anda. Ikutlah anda nak terus bayar atau kumpul sampai certain amount sebab harga penghantaran sama je (melainkan COD)
7. Bayaran : Bayaran boleh di buat melalui, kredit/debit atau cash on delivery
8. Sekiranya anda sengaja-ngaja je bid barang, barang anda dah menang tapi anda TAK NAK barang tu.....nak buat macamana? Sila hubungi admin Chilindo melalui email/facebook.
9. Sekiranya brang telah sampai kepada anda TETAPI barang yang salah dihantar atau anda TAK SUKA barang yang anda terima. Anda boleh RETURN barang tersebut dan semestinya anda kena hubungi admin CHILINDO.
Itu sahaja...selamat bershopping ala-ala memBIDA!
weiii! tripod tu aku dpt rm10 jeee. hahahaha. best2. terjebak sudah.
ReplyDeletebest la...maksudnya lepas ni kalau nak bid kena time org solat jumaat
ReplyDelete