Assalamualaikum & Hai uolls! Sehat?
Kali ni jom kita cerita sikit macamana nak ke Singapura dengan kos yang minimum bawah SGD50 atau senang cerita bawah RM150!!
Ai ni jenis ke mana-mana biasanya memang akan bawak passport sebab kot tetiba terasa nak terlajak ke mana-mana senang cerita. Balik kampung Incik Pinky pun bawak passport..hahaha.
Kali ni ceritanya sebab tiba-tiba dapat panggilan ke JB - bayangkan dah berapa lama ai tak ke JB. Rindu seyy!
Dah alang-alang sampai JB tetiba terfikir kenapa tak redah je masuk Singapore? Incik Pinky pun belum pernah sampai. Bila diajukan kata-kata tu Incik Pinky cakap ON.
Maka bermulalah sesi langgar aje border itu!
Lepas je check-in kami terus je ke CIQ a.k.a KIK a.k.a Immegresen Malaysia.
Cara nak ke sana? Pastikan korang ke JB Sentral atau City Square (CS) JB masuk dalam cari OLD TOWN WHITE COFFEE kat tingkat atas kat situ nanti korang akan nampak laluan masuk ke CIQ.
Masuk sila ke kaunter ALL PASSPORT. Sila melepasi pemeriksaan passport dan seterusnya cari laluan ke WOODLANDS.
// sorry gambo gegor //
Masuk CIQ JB turun tingkat bawah untuk tunggu bas ke checkpoint woodlands.
Naik cw2 or 170(sbs) - kedua-dua bas ini akan berhenti di Queen Street.
Kos : rm2.50/ pax kanak² bawah 7 free
Sampai Woodlands turun bas secara berlari atau jalan laju-laju adalah digalakkan.
Ingat!!!
Isi borang putih untuk masuk Singapore. Lepas tu beratur dekat lorong
"all passport".
Lepas tu dah sah semua p scan barang. Jalan lagi turun ke bawah...dannn lepas turun escalator pergi kiri...sebab kalau terus je lagi tu tmpt tunggu bas express. Korang p kiri nanti tgk atas lantai..korang akan tahu lorong bas korang. Beraturlah.
Dari sini naik bas CW2 sahaja kalau korang beli tiket cw tadilah, sebab bas ni akan bawak korang ke Queenstreet.
// suasana kat Queen Street //
Ada apa kat Queen street ni? Ni adalah tempat paling dekat untuk ke masjid, restoran Zam², Arab street dan Bugis street!
// atas : Briyani Ayam SGD 6.5
Bawah : Murtabak S'pore Ayam SGD 6 //
Dari sini kalau nak ke Merlion ada 2 cara.
1. Naik mrt ke Raffles Place yg mana korang akan berjalan kaki agak jauh ke Merlion
2. Naik bas 130 tunggu depan mrt bugis street.
Cara nak ke sini sama. Korang kena lintas jalan depan zam² ke arah satu mall yg ada fountain. Jalan depan lagi sampai jumpa Raffles hospital lepas tu lintas jalan nnt nampak parking hospital kat situ ada tmpt pejalan kaki n korang akan nampak mrt station n bus stop.
// lepas lintas jalan nanti korang nampak bangunan ni kat kiri //
// tq to this 2 local ladies yang tunjukkan jalan ke MRT Bugis //
Tambang bas 130 ke Merlion adalah SGD1.80. Bus Singapore adalah sangat stroller friendly so, kalau naik public trasport bawak storller memang tak de masalah. Lagi satu tips kalau korang naik bas 130 ni disebabkan korang tak fimiliar jalan bolehla cakap kat drebar bus korang nak p Merlion or Fullerton Hotel. Nanti dia akan notify korang bila dah sampai.Naik bas or mana-mana public trasport kat Singapore sila siapkan duit kecil SECUKUPNYA sebab memang takkan ada duit baki!
// Jalan kaki ke Merlion, turun bas jalan depan sikit nanti nampak waterfront/nampak bangunan Singapore Sandy Bay..ikut je orang yg jalan ramai-ramai tu confirm p Merlion, korang akan jumpa Starbucks..turun bawah jambatan kat starbucks tu..kalau terlepas tgk tanda jalan mcm dalam gambar //
Bus stop derang jugak sangat lengkap dengan info, jangan bimbang kalau korang tak tahu nak ke mana. Tengok info board dan baca.
Macam ai baru-baru ni disebabkan masuk Singapore dan lewat (pukul 6pm) jadi tak dapat nak berjalan kat macam-macam tempat just target nak p Merlion sebab Incik Pinky 1st timer Singapore dia pun target nak ke Merlion je pun.
// akibat tanker asid terbalik perjalanan delay //
Re-cap sikit, lambat masuk Singapore gara-gara ada tanker asid terbalik kat highway PLUS! Pffffft!
So, lepas lepak-lepak sekejap kat Merlion, kitaorang pun plan nak balik la sebab bus last ke chekpoint adalah 2300!
// orang lain xcited tgk Merlion yang besar derang leih suka Merlion yg kecik nih //
// tertunailah hasrat Incik Pinky //
Jadi untuk kembali ke Queesn street, carilah balik bus 130. Tunggu dekat bus stop dekat dengan Esplanade. Dari Merlion jalan kaki je balik kat bus stop dekat Fullerton Hotel tapi jalan depan lagi nanti korang jumpa satu TUGU belakang sikit dari tugu tu ada bus stop. Tunggu dekat situ. Ingat BUS 130 untuk kembali ke Queen Street - bus ni akan berhenti kat Bugis street dan korang jalanlah kaki sikit balik ke stesen bas Queen street tu.
// ni la Tugu yang ai cerita tu //
Tiket bas balik ke Johore di kira dalam format SGD. Harganya SGD3.3/seorang. Budak bawak 7tahun FREE!
// ticket bus //
Prosesnya macam awal tadi, sampai checkpoint Woodlands sila masuk ke imegresen untuk check out tapi kali ni tak yah isi borang putih. Dah check out turun balik bawak ke platform tunggu bas. Tengok lantai untuk lorong bas korang ye.
Macam ai naik CW2 so nanti naiklah bas CW jugak untuk ke JB Sentral or Larkin. Ai turun JB Sentral sebab dok hotel area tu. Sampai check point JB sentral carilah kaunter Malaysian Passport (untuk yang nak self scan). Kalau bawak anak-anak sila ke kaunter biasa yang tulis "All Passport". Siap kat situ maka berakhirlah journey korang.....
Jom kita kira berapa ai habis untuk beberapa jam trip a.k.a sepatutnya DAY trip nih.
Bas to Singapore = RM2.5x2 = RM 5.00
Makan kat restoran zam-zam = SGD22.00 (rate masa pergi RM3.13/SGD) = RM 68.86
Bas ke Merlion = SGD1.40x2 = SGD2.8 = RM 8.76
Bas Merlion-Bugis = SGD1.40x2 = SGD2.8 = R M8.76
Bas ke JB Sentral = SGD3.3x2 = SGD6.6 =RM 20.65
TOTAL = RM 112.03
Hotel pulak kitaorang duduk hotel yang dekat je ngan CIQ/KIK JB sentral tu tak sampai RM100 pun hotel tu. RM98 je bawah ada mamak depan balai polis. Memang selamat! Nanti ai cerita pasal hotel ni pulak dan cerita sekembalinya ai dimuka bumi JB lepas beberapa tahun ai tinggalkan JB.
So, lepas ni kalau korang nak merasa masuk Singapore naik Bas, dipersilakan mempersiapkan diri. Penat tapi oklah!
p palang s : Kalau korang pergi secara bujang lagi jimat weyyyhhh!!!