Hi semua,
Setelah di fikir-fikir untuk memudahkan carian korang kat
dalam blog ai ni..ai kompilasikan cerita travel ai ke Koh Samui melalui
Suratthani. Cerita dah lama ni (2015) nanti ada kesinambungan cerita ni pulak nanti.
Kira macam cerita re-cap la ni ye…..
So begini cara nak ke Koh Samui melalui Suratthani…..
Assalamualaikum/Hi,
Seperti yang dijanjikan, kali ini ai nak
menulis sedikit tentang trip ai bersama Mimi & Incik Pinky ke Koh Samui dan
kawasan sekitar.
Sebenarnya mood nak menulis tak berapa nak
ada. Tapi ramai pulak yang tanya senang tak bawak anak kecik berbagpack/trip
yang jauh? Untuk Mimi ini bukan kali pertama dia on a trip dengan mama &
papa dia. Ai dah ajar dia since dia 8 bulan tu trip paling jauh dia pernah pegi
la.
Memandangkan Mimi masih BF (breastfeed),
mental dan fizikal kena fully prepared. Sebab? Mimi ni jenis yang sesuka hati
dia dan bila2 masa je dia nak BF dia BF..tak kira la depan orang ramai...tengah
berjalan...bla bla bla. So bawaklah 'gear' BF yang bersesuaian dan tidak
membebankan semasa perjalanan. Kali ni ai bawak my long cardigan.
Haaaaa..memang sangat membantu!
So, let's cerita tentang trip kali ini.
Perancangan nak ke Koh Samui ni di buat agak last minit - hujung Januari. Beli
tiket, tempah hotel and yang mana patut.
1. Pakaian anak yang secukupnya. Bawak
cukup2 hari pun tak je...tapi kena basuh la setiap kali lepas pakai.
2. Lampin pakai buang (yang ni agak2 je
berapa helai ikut purata setiap hari dia pakai..kalau tak cukup nnt leh beli
kemudian)
3. Susu tepung kalau anak minum susu botol
- ini pun sukat siap-siap
4. Breastfeeding gear yg paling senang nak
bawak (kalau anak masih BF)
5. Mainan kegemaran dia untuk mengelakkan
dia boring melampau
6.Baju-mak ayah yang secukupnya
7. Tisu basah - ini teramat penting!!!
Flight kami tengahari Rabu (25/2/2015). My
lil bro tolong hantar sampai KL sentral, lepas tu naik KLIA express ke KLIA2.
Sampai je KLIA2 sekali tak de service buggy...Mimi pulak tak nak jalan. Tak nak
dukung ngan Incik Pinky - dia bukan jenis yang suka naik stroller. Makanya ai
la yang kena dukung dia sepanjang-panjang perjalanan dalam KLIA2 tu....sampai
rasa terkehel la belikat ni.
Lepas check in bag-immegresen semua settle
berjalan lagi ke waiting hall..dah la hujung sekali! Selalu macam tu.... T_T .
Time tunggu Mimi dok main dengan sorang anak mat saleh nih..oklah tu. Part
paling kalut dah nak tiba...ada lagi 5 minit nak board ni sekali Mimi membuang
pulak!!!! Hadoi laaa...kalut la mama dia berlari ke toilet siapkan dia cepat2.
Bila dah board dia mula mintak susu pulak
(macam biasa). Kadang2 rasa rugi beli 3 seat sebab Mimi tak pernah nak duduk
sendiri...dia mesti nak melekat dengan Mama dia (macam biasa). So bagilah jugak
susu...tak sampai 5 minit - padam!
Mujur Mimi tido, kalau tak dalam flight tu
suara dia membebel la paling kuat sekali agaknya.
Perjalanan amik masa 1 jam 30 minit dari
Kuala Lumpur ke Suratthani.
Sampai sahaja di Suratthani. Lepas
melepasi immegresen, terus cari perkhidmatan bas/feri ke koh samui. Untuk
permulaan ni kami pilih Raja Ferry. Jangan risau kalau uolls pergi, keluar je
arrival hall tu...bersepah perkhidmatan bas/ferry ke Koh Samui. Bas pun dah
sedia menunggu nak bawak korang pegi jeti.
Total hangus adalah THB800 - Mimi percuma!
TBH800 ni adalah termasuk bas dan tiket
feri ke koh samui ye. Agak murah di situ.
Lepas beli tiket kitaorang pun naik la
bas. Tapi bas tu jalan ikut jadual ye. Sementara tunggu bas tu jalan, tetiba
kami dihampiri oleh seorang agent yang memakai baju SEATRAN!
Mula-mula memang nak cari kaunter Seatran
ni...tapi tak larat nak jalan sebabnya tengah dukung Mimi tidur. Belasah je
Raja Ferry tu dulu.
Haaaa..part ni agak seronok. Agent Seatran ni offer kami bundle
pakej.
Pakej island hopping dari Samui-Koh
Tao-Nanyuan + Seatran Ferry balik dari Samui ke Surathhani + hotel transfer
dari jeti ke hotel-hotel yang bakal kami menginap kat Samui nanti + transfer
dari jeti ke hotel kat Suratthani dan hotel transfer dari suratthani ke airport
masa nak balik KL nanti...semuanya?
= THB4000 sahaja (Me+Incik Pinky, Mimi FREE).
Hah! memang tak tunggu sebab malas fikir so amik je untuk kemudahan diri
sendiri.
So kami pun memulakan adventure kami kali
ini....yeah!!!
Total belanja untuk permulaan :
Ticket AirAsia to Surathhani pegi balik = RM880
Ticket KLIA Express =RM70
Ticket Raja Ferry+Bus to
Donsak = RM 88
Pakej Island Hopping & Transfer = RM440
SubTotal = RM1478
********************************
Perjalanan dari Airport Suratthani ke jeti Donsak mengambil masa lebih kurang
1jam-1jam 30 minit.
As for me ai suka tengok keindahan dunia
modifikasi pickup truck derang hahahahhahaha....
Dalam bus Mimi dah start tak nak
duduk diam. Dah boring agaknya sampai ai terpaksa paksa dia menyusu untuk bagi
dia diam sambil dia tengok movie fav dia.
Kalau tak dicontrol....mau dia lari
keliling bas!
Sampai sahaja di jetty terus check in. Dan
masuk ke passenger entrance. Luas ferrynya dan yang best segala kontena lori
besar bas semua boleh masuk tak macam ferry penang.
Perjalanan dari Donsak ke Samui lebih
kurang 1 jam 30 minit.
Cuaca bulan February memang superb. Atas
ferry tu tak de orang Malaysia kecuali kami bertiga. Tandas,cafe, bilik berhawa dingin semua
ada katas ferry ni so tak de masalah kalau lapar, nak buang air atau nak
tempat duduk selesa.
Cuma perlu di ingat time beli makanan,
sila baca label terlebih dahulu. Pepaham la kita bukan di tanah sendiri.
Sampai sahaja di Jetty Samui a.k.a Nanthon,
kami check out dan berjalan kaki ke tempat menunggu hotel transfer.
Mujur dah beli siap-siap tak yah la nak
bertanya sana-sini. Tapi kalau nak ikutkan rate standard satu orang memang akan
dikenakan bayaran THB 200 dari jeti ke hotel sekitar Samui.
Untuk hari pertama kami memilih untuk
menginap di B2@Samui.
Perjalanan dari Nanthon ke Chaweng di mana
terletaknya B2@Samui adalah 20 minit.
Besoknya seawal kul 0645 kami sudah dijemput oleh agent/pemandu mini van pergi
ke jeti untuk aktiviti island hopping. Mujur Mimi dengan sukarela bangun tak
macam selalu jenuh kejut lepas mengamuk baru segar mata. Mungkin dia pun
sama-sama excited kot!
Jeti ke Koh Phangan/Koh Tao tak jauh
dengan Big Buddha. Tetapi perjalanan dari hotel ke jeti dalam 20 minit jugak
la.
Menggunakan perkhidmatan/pakej yang kami
dah beli awal-awal lagi semuanya melegakan hati, sampai jeti check in...dapat
ribbon khas. Sarapan pagi semua dah disediakan atas ferry. Tapi....perjalanan
dari jeti ke Koh Tao pula lebih kurang 2 jam! Tapi selesa la sebab ada coach
aircond.
Dalam ferry ni jugak ada cafe..so jangan
risau.
Ingat..baca label
sebelum membeli makanan!
Sampai di Koh Tao kena tukar kepada bot
lain pula.
Dari Koh Tao ke Nangyuan pulak amik masa
dalam 30 minit macam tu...penat ke tak penat?? Mimi dari bangun-tidur-bangun
tak sampey-sampey...hehehhehehehe
Sampai pulak di Koh Nangyuan kena naik bot
kecil pula sebab bot besar tak dibenarkan masuk, takut coral rosak!
Tukar je bot amik masa 2-3 minit nak
sampai jeti.......Seronok tak terkata Mimi sebab angin kuat menerpa muka dia.
Dekat sini korang tak dibenarkan pakai
FIN!
Makan minum semua ada atas pulau, tapi
harga agak mahal.
Tempat duduk berpayung juga adalah untuk
sewaan berharga THB150 untuk sepasang tempat duduk.
Di sini kami snorkeling dan jangan risau
makanan tengahari provided tapi bukan di pulau sebaliknya atas bot besar.
Makanan HALAL! Don't worry.
Untuk mereka yang nak amik pakej
berasingan ke Koh Nangyuan, satu kepala biasanya akan dikenakan THB1500.
Lepas dari beraktiviti selama 1 jam 30 minit
di Nangyuan....kami ke area Sairee beach/mae haad bay..
di sana airnya lebih dalam dan coralnya
lebih cantik dan elok. Di sini andai ada yang berhajat nak amik lesen scuba leh
la register dengan diver professional. Sebab dekat sini la newbie berscuba!
Sewa khemah = RM15
Total = RM15
********************************
27/2/2015 - Jumaat (day 3)
Hari terakhir kami di Chaweng, pagi-pagi
lagi kami dah bangun. Amik angin dekat pantai Chaweng.
Sepanjang pengamatan ai...Chaweng
pantainya agak kurang bersih. Penuh dengan sampah sarap tepi pantai bila waktu
pagi. Mungkin sebab pantai Chaweng waktu malamnya adalah tempat “PARTY”
Tapi pemandangan tetap cantik - so jangan
pandang ke pasir pantai tu la. Hehehehehe
Breakfast disediakan jam 0700. B2 @Samui
menyediakan breakfast yang ala kadar sahaja, cukuplah nak alas perut.
Lepas breakfast, mandi kolam dan
berkemas-kemas, kami checkout dalam kul 1130 macam tu.
Selepas ini kami stay di Lamai.
Untuk pengetahuan uolls Lamai terletak
lebih kurang 15 minit dari Chaweng, tempatnya kurang sesak dan lebih tenang.
Kami dihantar sendiri oleh owner B2 ke Lamai Beach tempat kami menginap.
Punyalah baik hati owner B2 tu! Seorang perempuan yang berumur 40an yang tidak
mempunyai anak. Tapi dia suka budak-budak dan HELLO KITTY!
Sesampainya kami di Lamai. Kami check in
di hotel Coconut
Beach Resort (klik untuk review), hotel yang sempoi di luar,
penuh dengan pokok kelapa tetapi dalamanya superb!
Bilik 1903 diberikan kepada kami.
Menghadap kolam dan juga pandai yang indah!
Kami amik masa 30 minit untuk berehat
sebelum keluar mencari tempat sewa motor. Dari hotel ke pusat Lamai hanya 2
minit sahaja. Dekat sangat tapi, kami mencari motor sewa dekat sejam berjalan
kaki ditengah panas akibat banyak motor sewa sudah kehabisan. Akhirnya kami
bertemu dengan seorang wanita 40an yang mempunyai agensi pelancongan yang
menawarkan kami serendah 200THB sehari untuk menyewa motor dengan beliau -
Alhamdulillah.
Dapat je motor terus pegi cari tempat
makan. Serius dekat Lamai nak cari makanan yang 100% halal memang susah. Kalau
adapun kedai arab or India yang menyediakan makanan halal tapi masih serve
alcohol. Berpusing2 kami cuba cari kedai makanan muslim Pattani tapi tak jumpa.
Tak de rezeki nak makan kat sana agaknya. Kesian dekat Mimi tengahari tu dia
terpaksa makan coklat dengan aiskrim je.
Petang tu pulak kami lepak tepi pantai
sambil menikmati keindahan alam sambil minum air kelapa. Ai pulak amik peluang
pegi urut..urut harga murah dan berpanoramkan pantai yang indah ok...dah la mak
cik tu pandai urut..siap betulkan peranakkan ai....huuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....terasa
berjalan 'benda' di dalam tu. total urut THB300
Sekali lagi lepas Maghrib kami try cari
makanan halal Pattani dekat area Lamai...kitaorang naik motor hampir 3km dari
Lamai. Tapi rupanya Lamai agak mati diwaktu malam. Nak dijadikan
cerita.....tayar motor pulak pancit!!! Aduuuuuuuuuuuuuhai.....Incik Pinky suruh
ai tunggu depan Family Mart (ala-ala 7-E) sebabnya dia nak p cari kedai motor,
motor tak leh naik dah sebab tayar flat terus. Mimi pulak tidur. Ai pun menunggu
la depan family mart tu...dah rasa macam apa dah. Selang 5 minit, Incik Pinky
datang balik. Dia cakap dia tak p kedai pun dia pam je...nampak ok sebab tayar
ok semula. Kitaorang pun nak teruskan perjalanan la, tak sampai 10 cm.. POM!
Hamek....kali ni ai sendiri dengar tayar tu letop.
Huuuu....sekali lagi ai kena turun dan
tunggu tepi jalan sambil dukung Mimi yang lena diulit mimpi. 5 minit lepas tu
Incik Pinky patah balik...katanya ai kena jalan kaki lebih kurang 1 km untuk
sampai ke kedai motor. So berjalan la ai....huuuuuuuuuuuuuuuuuu
Nasib baik kedai motor masih bukak...kos
ganti tiub motor THB150. Disebabkan dah lapar n malas nak pikir kitaorang pun
decide nak makan je kat kedai India kat Pekan Lamai tu. Tak makan banyak pun
asal ada nasi nak suap kat Mimi.
Lepas dinner pegi pasar malam - cari
cenderahati dan tshirt.
Dekat Lamai ni kalau korang nak
tau..sangat2 kurang orang tempatan yang boleh berbahasa Inggeris. So kena
pepandai la nak bercakap or nak nego-nego.
Ok....rasa macam penat pulak cerita
nih...kita sambung ye..cerita esoknya pulak. mmmmmmmmmmmmmuah!
*************************
Coconut beach 1 night via Agoda.com =
RM150
Aiskrim kelapa = RM6
Urut = RM30
Air Kelapa = RM8
Tiub Motor = RM15
Dinner = RM30
Total = RM239
Bangun je pagi, macam selalu yang kami
buat, kami akan amik angin pagi. Pantai Lamai ni lebih bersih dari Chaweng.
Serius, pemandangan juga lebih cantik. Mungkin kerana kawasannya sedikit ke
arah perkampungan dan antara Lamai dan Chaweng terpisah oleh bukit bukau.
Kami breakfast dekat cafe hotel je. Lepas
breakfast, basah2kan diri pool. Kitaorang terus keluar berjalan-jalan sekitar
Lamai. Viewpoint, Hinta & Hinyai (Grandmother's & Grandfather's Rock).
Terasa tak puas sebenarnya duduk di Lamai,
kami dah kena ke Suratthani. Lamai sangat cantik dan damai bagi ai...terasa
rugi tak bermalam 3 hari! Hahhahahahhaa~
Dari Coconut Beach kami di jemput oleh
agent ke jeti untuk ke Suratthani. Memandangkan tiket semua dah beli so tak de
problem la.
Sampai di Suratthani, agent untuk hantar
kami ke Hotel MyPlace dan pun menunggu. Tapi rupanya dia tak hantar sampai
hotel pun. Dia hantar sampai opis dia je..lepas tu dari opis agent kami naik
tuk-tuk ke hotel. Kami sampai jam lebih kurang 1730. Tapi kami tengok Bandar Suratthani
macam dah nak CLOSE! Sunyi.......
Sampai di hotel kami di welcome dengan
sangat 'warm' siap bagi peta bandar dan tunjuk mana tempat menarik yang kami
boleh pegi.
Mujur hotel yang ai book ni dekat dengan
semua tempat..walking distance semuanya. Tapi pepaham la walaupun walking
distance tapi agak penat sebab kena berganti2 dukung Mimi.Ni lagi saru nak
cerita. Bandar Suratthani bukan tempat Halal friendly food! Kami terpaksa
mengekori student2 yang muslim di pasar malam. Kat mana derang berhenti beli
makan kat situ la kami makan. Dan akhirnya malam tu kami cuma jamah meehoon
goreng dan cocok-cocok. Oklah dari tak de.
Kepada peminat Hello Kitty, kat Suratthani
ada banyak kedai Hello Kitty ye...leh la datang tengok2...hehehhehehe..tapi
maaflah owner kedai agak sombong orangnya.
Suratthani lepas kul 2200..dah tak de apa
yang korang boleh tengok...hiburan pun kurang ada...so TIDO je la... :P
***********************************************
Cenderahati = RM10
Minyak Motor = RM 8
Tuk-Tuk = RM2
Hotel MyPlace via AirAsiaGo = RM60
Dinner = RM15
Total = RM95
Semalam kata orang dekat opis Phatip tour tu derang akan jemput kami kul 0900 dekat depan hotel.
So..pagi2 lagi dah kemas. Lepas kemas
bersarapan dulu. Punyalah bagus layanan hotel MyPlace ni...siap time checkout
bagi gift lagi hehehehehe...
Alamak!!!!! dah la flight kul 1220. Ni
kalau lambat lagi matilah!!!
Last2 kami di hantar ke opis Phantip tak
jauh dari MyPlace hotel. Dan kami terpaksa menunggu 1 jam 30 minit untuk bas
yang seterusnya. Dalam hati berdoa agar flight delay. Dah la tukang bawak bas
pun bawak bas punyalah slow.
Syukur sangat bila doa dimakbulkan...flight
delay 2 jam! Hamekkkkk nak sangat delay kan? bagi delay sunguh-sungguh. Jenuh
menunggu! Hehehehehehehe
Jam lebih kurang kul 4 kami sampai di
KLIA2 ...tetiba menggagau cari duit Malaysia pulak..hahahahahaha~
Mujur bawak ATM kad.
Letih jugak tapi seronok. Sampai rumah
dekat kul 6.
So...perjalanan kali ni mengajar kami
lebih erti susah sikit dari trip2 yang sebelumnya. Namun berbaloi....ada rezeki
nak repeat lagi.
So itu aje!
***********************************************
KLIA Express = RM70
Total hangus KL-Suratthani-Koh Samui-Koh
Tao-Koh Samui-Suratthani-KL
RM2122 untuk kami anak beranak 5 hari 4
malam
P palang S : kalau korang ada persoalan nak tanya..boleh tinggalkan soalan dan email kat komen box...nnt i jawap ye. Trimas
Wahhh..menarik walaupun agak kepenatan...baca pun dah penat berdebor pun yer..especially bab tayar moto pancit tu..huaaa ngeri juga kalau terkena kat tempat org gitu..huhu
ReplyDelete