Tuesday, July 30, 2013

:: Anak Jatuh - Dahi Benjol Kepala Terhentak? ::


Terpanggil untuk berkongsi entry dan juga beberapa artikel yang pok cik google bagi. Kisahnya dan sebabnya adalah dek akibat kerisauan hati seorang mama. Mana tak nya anak yang mula nak belajar bertatih, panjat meja panjat sofa jatuh gedebum! Tapi bukan jatuh sebab nak memanjat pun...ni jatuh sebab terlentang sambil tengah main ngan sibuk merangkak merentasi mainan sendiri...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa besar kecik besar kecik jantung mak nok!

Dah la mimi menangis meraung-raung to the max! Gila beb...seriauuuuuuuu!
satu malam 2 kali! siapa tak bimbang? yang kali kedua tu menambah bimbang sebab benjol terus kat kepala...ok tempat yang sama macam benjol dia langgar tiang last 2 weeks! Hadoilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Kelam kabut la check balakang telinga..pujuk dia...bergurau ngan dia - test la pandai tak high 5..menyanyi..menari tepuk tangan...bla bla bla...tengok if dia muntak ke tidak...mujur tak de simptom tu semua sebab sebaik je air mata dia kering dia dah mula melasak lagi....kita lak kecut perut tak nak bagi dia bergerak...tapi sampai bila kan? dia dah la baru nak mula belajar melangkah kita pulak sekat-sekat dia..kang lain pulak ... huuuuuuuuuuuuuuuuu serba salah beb!

Definisi Kepala
Kepala adalah dari dahi, merangkumi seluruh atas kepala, ke paras leher di belakang dan tepi telinga.
 
Perkara penting yang harus diberi perhatian:
 
1.IMPAK YG KETARA iaitu cara dan mekanisma kejadian jatuh/terhantuk kepala itu.
Kalau sgt tinggi (suatu kedaan yg lebih tinggi dpd tinggi bayi), tengkok tergeliat, benjol yg besar, mesti bawak berjumpa doktor sekurang2nya ke klinik.
 
2.Jika anak anda dijaga oleh pengasuh sila perhatikan simptoms2 ini pada anak anda. Manalah tau, kot2 anak kita jatuh, tapi pengasuh tak inform kat kita.

Simptom2 blh dibahagikan kepada local atau general.
Local symptoms are:
lebam, benjol atau luka pada bahagian yg terkena kemalangan
General symptoms:Lebih mengantuk daripada biasa, tidak aktif, Muntah2, tidak mahu minum susu, hilang ingatan, lemah tenaga, and worst are sawan dan koma

p/s: jika anda tahu anak anda jatuh, lakukan pengawasan selama 24 jam utk simptom2 di atas. Atau bawa ke hospital untuk 24 hours hospital admissions (mandataory if significant impact ketinggian lebih 2 kali dpd ketinggian bayi dan ada benjol besar. Terus bawa ke hospital ye, jgn bwk pi klinik pulak)
3. 8% dari kanak-kanak yang mengalami kecederaan kepala yang mempunyai tahap kesedaraan yang penuh menunjukkan Intra cranial injury (ICI) di dalam CT scan. Separuh dari jumlah ini memerlukan pembedahan otak. 8% ini bersamaan dengan lebih 10,000 orang kanak-kanak.
4. 2 kajian menunjukkan kanak-kanak (kurang dari 2 tahun) yang mengalami lebam atau benjol di kepala walaupun pemeriksaan yang lain termasuk tahap kesedaran adalah normal, berisiko untuk mengalami intra cranial injury (kecederaan otak).
5. Bayi juga tidak seperti orang dewasa, otak mereka tersangat sensitif lagi fragile dengan sebarang hentakan.Untuk tidak terlewat mengambil tindakan, adalah disarankan semua kanak-kanak, mestilah dilakukan CT brain apabila pemeriksaan menunjukkan tahap kesedaran yang normal tetapi mempunyai hilang ingatan (loss of consciousness) lebih 30 saat, kelihatan mengantuk atau muntah-muntah. Contoh loss of consciousness: Bayi yang tidak menangis selepas jatuh, dia hanya terdiam seketika. Dlm bahasa perubatan, bayi tersebut telah mengalami hilang kesedaran sementara (loss of consciousness).
6. Ct brain mesti dilakukan kepada semua kanak-kanak kurang dari umur 2 tahun yang mengalami benjol di kepala walaupun pemeriksaan neurologi yang lain normal. (sebagai ibu bapa, anda ada hak untuk meminta Ct brain dilakukan (if Ct Scan facility is available in the hospital) walaupun doktor yang memeriksa tidak mahu melakukannya!
APA ITU CT SCAN?
Tujuan utama CT scan otak dibuat adalah untuk melihat samada anak/bayi itu mengalami kecederaan serius, terutamanya pendarahan dalam otak atau keretakan di tulang kepala.
Kebanyakan kesan daripada jatuh yang menyebabkan kecederaan otak akan berlaku dalam masa terdekat (terutamanya dalam 24jam yang pertama).
Ada juga kecederaan kepala yang hanya menunjukkan simptom setelah beberapa hari, malah boleh setelah minggu2 lamanya, namum amat2 jarang berlaku. Ada sesetengah kes bayi jatuh yang hanya mengalami simptom setelah 5 hari jatuh, (bayi ini kena sawan)
Sekiranya bayi jatuh, salah satu keadaan2 yang tersebut di bawah ini akan menyebabkan bayi itu MESTI ditahan di wad untuk observation atau rawatan selanjutnya:
1. Hilang kesedaran (sekejap atau lama)
2. Menangis ‘irritable’ (berbeza dengan menangis sebab sakit, yang selalunya sekejap2 dan dapat dipujuk)
3. Muntah2
4. Tidak aktif, selalu tidur sahaja atau tidak mahu minum
5. Sawan
6. Benjolan yang besar, pendarahan dari hidung/telinga/mulut, atau lebam di mata, atau lain2 kesan fizikal yang signifikan.
7. High impact fall
8. Bayi yang masih belum boleh berpusing (<3>
9. Apa2 penemuan yang tidak normal semasa pemeriksaan oleh Doktor.

Sekiranya sudah lebih 24 jam dan anak anda terus tiada simptom/benjolan besar, perhatikan saja di rumah. Sekiranya ada simptom baru, terus bawa ke hospital, bahagian kecemasan (bukan ke GP/klinik kesihatan).
CT scan tidak perlu dibuat kepada anak2 yang sudah lama jatuh dan tiada apa2 simptom.
Tidak akan dapat dipastikan secara langsung melalui CT scan kesan jatuh kepada perkembangan kanak2. Kesan perkembangan anak yang tidak normal pada masa sekarang juga tidak dapat dipastikan samada ia secara langsung berkaitan dengan jatuh yang dulu, atau berkaitan dengan faktor2 lain.
Sedikit panduan:
1. Bayi yang belum pandai berdiri/memanjat MESTILAH diletakkan dalam 'cot'. Walaupun yang baru lahir, sebab risiko untuk jatuh masih ada. Sekarang bayi 3 bulan pun sudah pandai berpusing. Sekurang2nya, letakkanlah bantal sebagai penghadang.

2. Bayi yang pandai memanjat, elakkan daripada diletakkan di dalam cot atau di tempat tinggi seperti high chair tanpa pengawasan orang dewasa.
3. Pastikan anak anda yang aktif tidak dibiarkan tanpa pengawasan orang dewasa.
4. Pastikan rumah anda bebas daripada ancaman berbahaya terhadap kanak2.
5. Terangkan kepada 'maid' berkenaan tentang bahayanya kecederaan kepala dan pentingnya untuk diberitahu dengan segera. (kerana banyak kes, maid diamkan saja kerana takut dimarahi)
Rumusan: Jika tiada obvious injury, luka atau lebam atau benjol yg besar, blh monitor kat rumah. Tapi kalau mekanisma siknifikan contohnya tinggi lbh 2 kaki atau lbh 2 kali tinggi bby, maka bawa jumpa doktor. Jika ada benjol dan luka, kena bawak jumpa doktor. Persistent vomiting (muntah berterusan), tidak aktif dan mengantuk ialah tanda2 merbahaya dan perlu di CT scan.

Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Monday, July 29, 2013

:: Siapa Shiela Salim?? ::





Ok....ni kenalan baru dari donia blog ai.

Siapa dia? Memula tu ai blogwalking je kat blog beliau ni sesaja la nak habiskan masa yang boring tak de nak buat apa sambil baca entry org.....

sekali beliau pun buat kunjungan balas...PERGHHHHHHHHHHHHHHHHHHH hamek kaw! rumah kena BOM! Hahahahhha....

Bom dengan komen beliau.....walaweiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
tak marah pun...suke je...hehhehehe





sekali terasa nak berkunjung balas balik ke rumah beliau ni haaaaaaaaaaaaaa......
Haaaaaaaaaaaaaaaa...agak terkujat bila ku lihat ada gambo Moderno bersama InnoRack....eh eh eh dalam hati....dak keto jugak keh????


maap ye puan shiela ai capture blog u kejap

KLIK SINI untuk menziarahi beliau.

Haaaaa nak kena sembang2 ni ngan beliau nih.....apa lagik shiela marilah masuk gang L5JBJL
KAAAAAAAAAAAAAchinnggggg brrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.......pish pish pish


Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Thursday, July 25, 2013

:: Journey - Collecting Hello Kitty Charm Part 2 ::

So far? I got 3 charms eh 4 but satu tak nak count sebab tersama lak...so ada sesapa nak trade in with me this 'computer kitty 2001 number 18' please contact me!




i have extra of this computer charm..anybody interested to trade in with me?


and oh ya! I got another 'bottle' charm....arghhhhhhhh tarak ong la tangan itu budak kasik kat gua! so..anyone up for charm exchage..please contact me








Actually ada bagusnya 7-11 buat this hello kitty charms 'hunt'. Selain dari kita dapat tau kat mana ada 7-11 yang kita tak prenah pegi. Selain menaikkan sales 7-11. Kita juga dapat tengok lain 7-11 lain enviroment dan jugak lain service yang kita dapat. Kalau nak kata banyak betul nak buat review/complaint/compliment kat semua 7-11 yang ai dah run so far!



The worst enviroment so far? Tu haaaaaaaaaaa 7-11 kat jalan sentul yang berdekatan dengan sekolah kebangsaan sentul tu..mak aiiiiiiiiii dah la busuk..lantai kotor..rak/barang berhabuk, peti ais tak de 'power'/tak sejuk and terus la jadik busuk sokmo! Customer service? boleh la nak tak nak je nak serve customer.

7-11 Sentul berhampiran temple Cina? Yang tu customer service superb, kedai cantik dan bersih.

7-11 Dato Senu? Hurmmm..moderate je la..kedai suram. Macam tak de lampu!

7-11 Bangsar? Haaaaaaaaaaaaaaaa yang ni..apsal la p letak bukan orang malaysia kat kaunter. Dah la bukan orang malaysia, tak faham sangat bahasa melayu..cakap omputih pun dia kurang faham. Hadeyh....ok i tak suke!

7-11 Pantai Bharu? Haaaaaaaaa..ni best, budak kat kaunter bagus dan sangat membantu tapi lot kedai kecik sangat.

7-11 Sentul Raya? Okla not bad tapi barang macam tak berapa nak ada padahal kedai besar.

7-11 Ong Tai Kim Gombak - Kedai cantik menarik bersih dan kemas tapi customer service macam robot.

7-11 Jalan Idris, Taiping - Customer service macam blur2 ayam. Macam tak tau hal promosi hello kitty charm. ERK! Kedai? Ok bersih

7-11 Taiping Sentral - bersih kemas wangi...tapi...customer service pun blur jugak. Apsal tah!

7-11 TTDI (dekat ngan Mohsin) - Kedai agak suram, berbau tak berapa nak enak. Customer service? OK la...

7-11 Greenwood dari dulu pai skang memang suram lantai tak berapa nak cantik barang pun nak tak nak tapi kedai besar customer service macam MALAS. Mesin slurpee asyik rosak.

7-11 Wangsa Maju (shell) - besar, tapi rak macam berabuk sangat. Customer service so-so ai dah lama jadik customer kat situ tapi cashier dia terlampau pendiam. Overall - ok!

7-11 KL sentral - ada kejadian vandalisme ke apa kat dalam 7-11 ni? semua holder peti ais tak de/patah! gile ke apa? customer service tak mesra alam...macam tak ikhlas buat kije!

tu je kot buat sementara waktu nih..sekian. Trimas


 masih gigih mengumpul...teruskan perjuangan! 

Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Tuesday, July 23, 2013

Wednesday, July 17, 2013

:: Pulau Mamutik ::


How to get to Mamutik Island from Kota Kinabalu City?

1st Go to Jesselton Point


Choose any of the counter to buy ticket (boat and entry plus snorkeling gear) or just ask your tour guide (hehehehehe)

prepare your own sun block.




look at that gemok gedempol sea urchin!





the team who make it happen here in Mamutik!
u guys rock!


Most of 'em didn't notice behind the signboard is actually a graveyard!
But i notice them..hehheheh i have that 'sense'



open shower


Please pretty please read those signs








i just love mamutik more  than few other islands around it.



Untuk pengetahuan uolls, boat-boat transfer can be board from Jesselton Point. It offers island transfer service to the neighboring island such as Manukan,Mamutik,Sapi, Sulug and Gaya.

Jadualnya seperti berikut : 0830-1700 (ini untuk jadual operasi bot)
Jadual Kaunter : 0800-1800

Bot-bot ini akan memulakan operasi dari jam 0830 dan waktu terakhir mereka akan jemput penumpang dari pulau adalah 1615. Perjalanan dari jeti ke pulau pulak ikut destinasi. Tapi takkan makan masa lebih dari 30 minit. Tetibe teringat AL cakap next time kami datang dia nak bawak kami ke Mantanani Island if ada ruang waktu yang cukup.

Ok untuk boat fare (return), please read below :

Boat Fare Return:
: RM23 (Adult)
: RM18 (Children below 11 years old)
Terminal Fee (Return):
: RM7.20 (Adult)
: RM3.60 (Children below 11 years old)

Sementara untuk conservation fee ataupun senang cerita bayaran tiket masuk ke Taman Tuanku Abdul Rahman adalah RM3 untuk Malaysian dan RM10 untuk non-Malaysian.


Monday, July 15, 2013

:: Kenali Masalah Kulit Bayi ::


1. Ruam panas
Dalam cuaca panas, pori-pori kulit bayi boleh tertutup. Jika kulit bayi dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya ia menimbulkan bintik merah seakan-akan jerawat. Kepanasan yang terlampau akan membuatkan bayi rimas dan kulit mereka mulai terjejas.

Rawatan : Elakkan memakaikan bayi anda dengan baju yang tebal dan selalulah memastikan keadaan bilik berada pada suhu yang sederhana. Kain kapas merupakan alternatif terbaik untuk dipakaikan kepada bayi anda berbanding nilon dan poliester.

2. Ruam Lampin
Ruam lampin pula merupakan radang yang sering berlaku pada kawasan sekitar punggung bayi. Ruam lampin boleh berlaku jika bayi anda dibiarkan terlalu lama memakai lampinnya yang kotor kerana air kencing mahupun najis.

Rawatan : Segera ganti lampin setiap kali bayi buang air besar atau kecil. Bersihkan dengan air suam, bila perlu dengan sabun halus dan bilas sampai bersih dan keringkan. Hati-hati pada keadaan bayi yang alah pada penggunaan sabun. Sapukan krim atau losen khusus yang melindungi kulit yang sedang radang terhadap hubungan dengan iritasi.

3. Ruam Susu
Ruam susu ialah bintik-bintik putih yang sering muncul di muka, leher dan atas dada bayi.

Rawatan : Jika anda terlihat bintik-bintik seperti ini, tidak perlu risau kerana ia akan hilang begitu sahaja. Tapi ai ada petua sendiri untuk ruam susu nih..kita petua keturunan la hehehehe ai akan layangkan skit lipstick kat kulit yang terjejas & ratakan..so far? Alhamdulillah berkesan…

Ekzema
Biasanya bayi yang ekzema, mempunyai dermatitis (kemerahan, kupingan dan bengkak) pada muka, tangan dan kaki dan badan. Pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut atau pergelangan kaki mungkin terjejas dengan lebih teruk. Keadaan ini menyebabkan rasa sangat gatal.

Rawatan : Tiada ubat yang boleh mengubati ekzema sehingga pulih. Mengawal ekzema secara berkesan boleh dibuat dengan mengamalkan sistem rawatan asas yang mudah.

Alergi
Kulit terdapat kemerahan disertai rasa gatal yang timbul secara tiba-tiba. Biasanya ia berpunca daripada makanan, perubahan cuaca,ubat, binatang peliharaan, serangga dan sebagainya. Reaksi alergi pada kulit terjadi setelah tubuh berhubungan dengan suatu alergen, sama ada yang dihirup (misalnya debu), dimakan (misalnya makanan dan ubat), yang menempel di kulit (alergi kontak), disuntikkan (alergi ubat), atau gigitan (alergi gigitan serangga).

Rawatan : Untuk mengelakkan bekas, jangan digaru (memang susah untuk menahan apatah lagi bayi). Sapukan krim anti gatal seperti phenergan cream atau berikan salap yang mengandung kortikosteroid untuk mencegah hiperpigmentasi (bintik hitam). Tetapi ubat-ubat tersebut apabila digunakan tanpa panduan doktor boleh menipiskan kulit anda.



p palang s : trimas pa & ma

Thursday, July 11, 2013

:: Resepi - Sotong Sumbat ::

Nak resepi  berbuka puasa yang simple yang patut uolls cuba ialah Sotong sumbat goreng.



Bahan :-

1. Sotong

2. Garam

3. kacang panjang (optional)

4. tauhu (optional)

5. Lobak Merah (optional)

6. Hirisan Cili (optional)

apsal semua banyak bahan yg optional? ikoot suka korang nak sumbat apa dalam sotong korang...bayam pun sedap jugak tau..isi ikan pun ok. Lupa lak nak cakap...bahan-bahan inti nih kalau nak rebus or goreng pon boleh lepas tu lenyek la..pastu baru sumbat dalam sotong terbabit.... :)

Caranya?

Sumbat segala inti kedalam sotong dan sotong diikat dengan lidi/benang supaya intinya tak terkeluar.
Gorengkan selama 5-10 minit sehingga sotong bertukar ke warna kekuningan.
Untuk lebih sedap anda perlulah goreng sedikit garing.Selain tu boleh gak lumur ngan skit madu or kicap pekat manis or bread crumbs untuk menambahkan seri menggoreng.

Ok siap!



Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Wednesday, July 10, 2013

:: Journey - Collecting Hello Kitty Charms by 7-Eleven ::






1st day of my sticker day




manage to get this at one of the selected 7-11 aiming for more..akan ku runner sebanyak 7e yg boleh!
 7-11 Bandar Baru Sentul - No More
7-11 Greenwood - No More
7-11 Bangsar - No More
Weekend tu hari nak p 7-11 kat taiping but my hubby sengaja tak nak berenti...waaaaaaaaaaaaaaaaaa~




fuh!! fuh!!



my 1st charm..the rest? wait for meeeeee~
nak collect banyak lagi if dapat yg sama i akan open for trade in suka sama suka...


hehehehehe....nak buat request gatai leh tak?

Dear Mashi,
If u reading this...tak leh ke i beli terus semua macam gambar di atas tu?
Lalalalalala



Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Top Post