Friday, April 5, 2013

:: Tips - Petua Banyakkan Susu Badan ::

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ib...u merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Petua masyarakat kita:

* Cekur Manis 

Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com

* Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

* Air Longan

Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

* Halba dan Jintan Hitam

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba

* Bunga Melur

Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com

* Lobak Putih

Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.

* Pucuk Betik
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

* Tuaman Daun Sirih 

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak

* Jantung Pisang

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

* Makanan Tinggi CLA

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

* Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu


* Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu

1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan 
sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
19. Ubat homeopati.


Makanan
- Lobak putih; boleh dimasak buat sup atau jus
- Bayam 
- Broccoli; sumber kalsium yang baik.
- Sawi 
- Cekur Manis - dimasak rebus/lemak manis. Atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
- Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang; dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.
- Kacang Hijau; bubur kacang hijau
- Kacang Tanah; kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
- Daun Kucai; daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus, makanlah bersama-sama nasi.
- Petola, daun turi; masak lemak manis
- Kacang Buncis
- Kacang Dal; makan dengan roti canai
- Pucuk betik
- Roti; segala jenis roti especially roti planta
- Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
- Madu; sebagai pemanis dalam minuman 
- Kismis; 7 biji setiap pagi, tengahari dan malam
- Ikan Tenggiri
- Sengkuang Cina
- Biskut bijirin -
- Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin / di proses
- Halba - masak dengan nasi (nasi dagang)

Minuman
- Air masak; minum lebih 3 liter sehari
- Susu; Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
- Longan Kering; Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja / direbus
- Halba; rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil dengan air suam 
- Oat; boleh ditambah dalam minuman/makanan
- Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
- Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
- Soya 
- Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
- Air Kelapa
- Air Sengkuang Cina; boleh beli yangg dalm tin jenama season F&N atau buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus dengan sedikit gula
- Daun betik;rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
- Lobak putih;parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih dan lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
- Milkmaid tea
- Melilea Organic Soya Drink
- Autumnz Organic Nursing Tea 
- Joy Angel Nursing Tea 

Makanan Tambahan
- Pil Kalsium
- Obimim
- Omega 3
- Vitamin C
- Jamu yang membanyakkan air susu contoh PIL ASI, jamu nona roguy (phytonatal)
- Alfalfa (Shaklee)
- Bidadari (DCL)
- GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC
- Habatussauda 
- Organic Spirulina
- Melilea Greenfield Organic 
- ML; Goat's Rue Vegetarian Capsules 
- ML; More Milk Plus Vegetarian Capsules 
- ML; More Milk Special Blend Alcohol-free tincture (2oz) 

Zikir dan Doa
- Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. 
- Baca doa untuk ibu-ibu- "Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..." 
- Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam. 
- Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun...InsyaAllah

Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi". 

Lain-lain Amalan
- Selalu bersihkan puting untuk memudahkan liang-liang susu keluar dgn laju
- Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan berlebihan nanti. 
- Kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon payudara untuk membanyakkan air susu.
- Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkan perjalanan urat-urat payudara.
- Pam susu sambil lihat muka anak atau gambar anak di telifon bimbit atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dalam hidup.
- Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan dan dibanyakkan air susu. Usaha dan tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkan selepas solat, sebelum mulakan sesi mengepam, semasa mengepam dan selepas pam.
- Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti).
- Susuilah bayi dengan kedua-dua belah payudara sehingga bayi sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu. 
- Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Wajib ditinggalkan
- Minuman Ais
- Minuman bergas

Bertenang sama ada semasa menyusu bayi atau sesi mengepam. Sedikit tekanan pun boleh kurangkan pengeluaran susu. 

"REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT" 


No comments:

Post a Comment

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post