Apabila demam, kita boleh lihat anak kita pasif dan merengek sahaja tetapi apabila selsema – lebih kasihan lagi! Dia tidak selesa, hidung tersumbat, hingus yang meleleh dari hidung, nafas yang berbunyi dan pendek kata nampak “kesengsaraan” pada dirinya. Si kecil tiada kemahiran untuk hembus dan buang hingusannya.
(Gambar tak de kena mengena ngan topik...dan jangan bagi anak anda lap hingus dengan duit ye...hehehehe)
Jadi...apa nak buat nih?
>> Pastikan anak-anak kita mandi seperti biasa, terutama jika umur di bawah 6 bulan. Tujuannya untuk pastikan suhu badan tidak meningkat.
>> Cara moden biasanya untuk hilangkan selsema dengan makan ubat yang disyorkan oleh doktor. Nanti akan timbul kekangan, apabila anak meragam tidak mahu makan ubat. Justeru, harapannya kesabaran kita tertingkat dalam usaha memberikannya makan ubat.
>> Selain itu, kita boleh gunakan alat penyebut hingus bayi. Banyak dijual dikedai dan farmasi. Mudah guna jika anak masih kecil, tetapi kalau dah besar pastinya dia akan mengelak. Tapi bagi ai...ai tak suka pakai ni sebab kebanyakkan masa memang tak membantu...ai lebih selesa gunakan cara 'manual' untuk sedut hingus mimi...apa itu cara manual? sedut pakai MULUT ya...caranya :
- tutup satu lubang hidung dan sedut perlahan lubang hidung yang sebelah lagi vice versa la ye n mintak la tolong hubby pegangkan kepala or tangan anak anda.
>> Cara tradisionalnya – gunakan kunyit hidup. Langkahnya, bersihkan kunyit hidup dan asahkan kunyit itu untuk ambil hasil asahan kunyit dan disapukan ke hidung bayi kita. Mujarab dengan izin Allah SWT, selsema boleh hilang. InsyaAllah. (tak pernah cuba lagik...tapi ada orang cakap berkesan)
>> Sapu VICKS kat belakang dada, dada depan dan tapak kaki
------------------------------
BATUK
------------------------------
>> Sapu VICKS kat belakang dada, dada depan dan tapak kaki
>> Pegi klinik amik ubat batuk dari doktor
>> sudukan sesudu kecil madu pada baby kita/boleh campur dalam susu or makanan dia (yang ni macam amik masa sikit nak baiknya mungkin ikoot baby jugak kot, dalam kes mimi lambat sangat berkesan. Ayah kata madu ni pun kalau kat baby leh tahan panas jugak so ai pun last-last pegi klinik je)
>> Kalau batuk berkahak n baby kita kan tak reti nak ludah keluar kahak tu ada tips yang ai jumpa. katanya tepuk perlahan belakang baby kira..caranya tangan kita (tapak tangan tu rapatkan jemari kita n bengkokkan skit ala-ala nak hampir jadi bentuk C tapi jgn C sangat la..so nanti tertiarapkan dia..alas la ngan bantal..tepuk manja belakang dia bila dia batuk tuh...nanti akan keluarla kahak dia dalam bentuk muntah..yang ni wan alang ai ajar)
~~ Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali Nasa ada selsema, alhamdulillah maksimum pun 3 hari.
~~~ Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytym die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)
~~ Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
~~ Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
Lebih kurang gitu la tips dari saya kali ini....Assalamualaikum...!
makasey makasey sharing2 ..haaa kalo sakit, memang vicks laa peneman setia, kesian sangat tengok baby ni sakit kan??
ReplyDeletekalau selesema, selalunye mama nye laaa yg selalu sedut, tak pernah lagi bagi anak lap sendiri gune duit hehehehehe ..
@shazrina - memang pun yang tak cukup tido yang buat semua mak la..time ni la pun anak nak jadik terlebeh manja kan?
ReplyDeletetip yg menarik.......
ReplyDelete