Last week adalah kali pertama Cik Mimi demam. Agak kalut sekejap disitu, ye la 7 bulan baru nak demam sekali. Dah la demam ngan selsema elok hilang demam batuk pulak menjelma.
Dari situ la ai belajar lagi satu level menjadi 'mama' - macam tu la agaknya mak ai susah payah masa ai demam kecik-kecik dulu....FUh FUh FUH!!!!
Dari situ la ai belajar lagi satu level menjadi 'mama' - macam tu la agaknya mak ai susah payah masa ai demam kecik-kecik dulu....FUh FUh FUH!!!!
So kat sini ai sharing is sexy ngan uolls sedikit tips/petua yang ai ada dan jugak beberapa kompilasi yang ai dapat dari kawan-kawan, internet from mak n wan alang ai ok....
Tips ringkas Untuk Hadapi Anak Demam:-
>> Sediakan “first aid kit” di rumah dengan keperluan2 seperti termometer, basic H (atau asam jawa, atau apa yang boleh digunakan untuk jerlum kepala & badan anak)
>> Jeramkan kepala anak dengan air batu (jangan la ice tu letak sampai air beku..dalam 4-5 ketul pun dah ok). Cepat turun suhu panas badan baby tau kalau buat nih...selain jeramkan kepala..lap2kan badan dia...celah ketiak, peha ngan air batu jugak sambil selawat..InsyaAllah cepat hilang panas badannya nanti
>> Sukat suhu badannya bila dia mula menunjukkan ciri demam.
>> Mak ai dulu bagi mandi dengan air daun bunga raya putih. Yang ni pun bagus jugak untuk turunkan panas badan.
>> Rutinkan anak dengan supplement untuk kuatkan imuniti tubuhnya (anak yang dah besar, baby yang menyusu cukup dengan susu ibunya, insya-Allah).
>> Pastikan anak minum air masak. Kalau dia tak boleh minum (pahit mulut) berikan dia jus yang tidak mengandungi kafein. Cuba elakkan beri minuman isotonik berkarbonat kepada anak.
>> JANGAN BERI ANAK UBAT ORANG DEWASA ATAU UBAT TERKAWAL SEPERTI ANTIBIOTIK. Antibiotik hanya boleh dipreskripsi oleh doktor sahaja.
>> Doakan yang baik2… Hati2 bila berdoa pindahkan sakit anak kepada ibu.. Doa ibu mustajab.. Bila anak sembuh, ibu pula yang demam, mungkin lagi teruk sebab ibu tak larat nak jaga anak, nak uruskan rumah. Bila anak demam, ibu boleh jaga anak elok2, bila ibu demam, ibu masih kena jaga semua benda… Tapi siapa nak jaga ibu…
>> Sebagai ibu bapa, tenangkan hati. Banyakan istighfar. Ingatlah bahawa, musibah yang terkena pada anak bukannya untuk menguji si anak itu, tetapi ia adalah ujian dan dugaan untuk ibu bapa.
>> Tenangkan hati, rileks dan jangan dikuasai emosi. Suami isteri perlu saling bantu-membantu dan bahu-membahu. Bukakan pakaian anak kita dan gunakan kain yang direndam dalam air untuk dilapkan ke bahagian muka, tangan, leher, badan, ketiak dan kaki. Selimutkan badannya. Pastikan suhu bilik berada dalam keadaan sederhana, jangan terlalu panas dan usah terlalu sejuk. Elakkan kipas yang kelajuannya 130 kilometer sejam dan aircond dibawah paras beku!
>> Sambil-sambil itu berikan anak kita minuman air masak sekerap yang boleh, tujuaannya untuk mengelakan dehidrasi. Masa ini, kita akan lihat anak kita yang sebelum ini aktif, akan pasif. .
>> Berikan ubat yang disarankan dan dibenarkan oleh doktor. Dapatkan rawatan sesegera mungkin jika anda dapati : - bintik-bintik dalam mulut, muntah-muntah yang kerap, cirit-birit, ruam pada badan dan anak alami kekejangan otot.
>> Pantau keadaan anak secara berkala, pastikan ubat dan air masak diulang beri agar usaha untuk merawat itu ada. Ikhtiar itu penting dan dalam masa yang sama jadikan ia stesen muhasabah buat diri.
>> Oh ya, satu lagi boleh berikan alat menyejuk suhu badan bayi kita. Koolfever khusus untuk bayi, boleh dibeli di mana-mana kedai runcit, farmasi dan supermarket
>> elakkan memakai pakaian yg berlapis-lapis pd bayi. ini akan membuatnye tidak selesa.
>> senitasa susukan bayi untuk membantu tubuhnya daripada dehidrasi atau kekurangan air...(ni kalau baby still bf ye)
[[ni ada tips dari PA&MA]]
~~ Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
OMG!akak la yang kelua safffiya tu?nina lompat2 tngok barang akakkk..arghh,cant believe!!!!ape akak jual?nk tngok?
ReplyDeletesalam ukhwah..tq for this info...tambahan lagi me baru jd mama anak pun baru 3 bulan bnyak kena blaja..tq..jemput dtg blog me juga...
ReplyDelete@amalina - jemput dtg blogshoppe akak kat fb
ReplyDelete@fatahiyya - welcome to mommies club
ReplyDeleteanak saye baru lepas baik demam ..mmg tak tau nak buat ape mase haritu ..thnk for the info .. :)
ReplyDelete@shazrina - sharing is sexy... =)
ReplyDeletemohon share info ya sis :)
ReplyDeletemohon share info ya sis :)
ReplyDeletesakinah - silakan~
ReplyDeletenice info...boleh buat panduan nanti.....
ReplyDelete