Thursday, July 27, 2017

:: Cara Cairkan Sabun Buku ::



Idea nak cairkan sabun ni datang bila terasa macam susah nak pakai sabun buku dan dok terfikir "kuman-kuman" yang melekat kat sabun tu bila nak guna semula. Jadinya......cari alternatif untuk cairkan sabun buku yang ada.

Meh ai share cara-cara nak cairkan sabun buku yang korang ada. Dalam entry kali ni ai nak transfrorm sabun Nadine Beauty Rose Bar kepada cecair. Alasan ai adalah ai jenis susah nak jaga sabun buku.





1. Sabun buku yang korang ada tu hendaklah di parut/racik halus/potong-potong halus. Kalau tak leh nak sagat halus, potong-potong kecik-kecik pun tak pe.





2. Campurkan sabun yang dah diparut tadi dengan air menidih. Kacau. Kalau suka masukkan sikit assential oil/vco atau apa-apa minyak yang berfaedah dan baik untuk kulit. Kacau kena selalu dan jumlah air kena banyak kalau tak sabun cecair korang akan jadi sangat pekat dan kemungkinan untuk keras balik ada.

3. Siap. Tunggu sedikit sejuk dan masukkan ke dalam botol kegemaran korang.

 

4. Sekarang siaplah cecair sabun kesukaan korang..yey!


















watermark

Wednesday, July 26, 2017

:: Saya Suka Hello Kitty ::




Memang suka....sangat suka.
Boleh la follow Instagram/Facebook saya : Syahoney Kitty Shoppe







watermark

Friday, July 21, 2017

:: Photobook Malaysia - Mega Sale! ::



Siapa yang tak suka simpan memori?
Korang percaya tak kalau ai bagitahu sekarang ni Photobook Malaysia tengah ada MEGA SALE!!!



Jangan lepaskan peluang nak grab promosi yang ada, terutama buat mereka yang telah atau bakal mendirikan rumah tangga.



Gila-gila diskaun tau harga photobook kat Photobook Malaysia ni. Ai berani cakap sebab ai sendiri pun dah beli dan tempah sebenarnya..hehehehe ai siap buat bisnes kad lagi tau!



Photobook Malaysia ni jugak adalah satu platform yang sangat user friendly. Korang tak de skill designing pun boleh buat photobook sendiri.



Meh ai nak bagitahu, Photobook Malaysia ni bukan takat provide service buat photobook tau. Korang boleh print gambar biasa 4r pun, korang leh print gambar atas mug, atas sarung bantal jugak. Takkan tak nak sebab semua tu sekarang ni ada diskaun tau! Sekali lagi PHOTOBOOK MALAYSIA bagi DISKAUN...DISKAUN..DISKAUN...hehehehehe



Jom kita tengok antara OFFER yang menarik by Photobook Malaysia.






Tak nak bebel panjang sebab tengah ecxited pilih gambar nak masukkan dalam photobook ai nanti nih.

So apa lagi jom ber photobook di Photobook Malaysia!












watermark

Thursday, July 20, 2017

:: WEBE - Murah & Berbaloi ::




WEBE is the trend for your internet-on-the-go life!
It is super BERBALOI!

Webe digital is one of Malaysia's first ‘unlimited’ mobile Internet and voice plans available featuring unlimited data, SMS and calls for a conditional price of just RM79! You can convert your OLD number to WEBE number = hassle FREE!

Not just that the price will go even LOWER if you register your family together with you...haaaaaa BERBALOI kan? Only WEBE have such offer tau.






With it's unlimited access to internet, you can use WEBE anywhere you go!




If you want WEBE just go to : WEBE website

and register now!! You may have a new phone too!!!!




So..what are you waiting for?
CLICK HERE to register.


watermark

Monday, July 17, 2017

:: Senarai Makanan yang Boleh Di Makan & Tidak Boleh Di Makan Semasa Berpantang ::


Jenis makanan yang TIDAK BOLEH dimakan oleh ibu berpantang :
  • Ikan kembung - gatal
  • Ikan cencaru - tajam
  • Ikan siakap - boleh menyebabkan bentan 
  • Ikan sardin - gatal
  • Semua makanan dalam tin - tinggi garam, angin dan bisa
  • Sayur kangkung - sejuk dan angin
  • Timun - sejuk
  • Terung - sejuk dan boleh menyebabkan bentan
  • Nenas - tajam dan boleh menyebabkan bentan
  • Kacang tanah - angin
  • Telur - gatal. Paling dielakkan oleh ibu bersalin czer kerana boleh menyebabkan luka czer menjadi gatal dan bernanah
  • Santan - sejuk dan angin
** pengalaman ai, ai tak boleh makan lobak putih - terus demam menggigil

Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang.

  • Ikan haruan 
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan merah
  • Daging
  • Sayur sawi
  • Sayur carrot
  • Sayur brokoli
  • Buah oren manis
  • Kismis
  • Kurma
  • Madu
  • Habbatussauda'
  • Susu kambing
  • Halia
  • Bawang putih
  • Lada hitam
  • Ulam pegaga
  • Makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng, contoh ayam goreng, ikan goreng.
** pengalaman ai, ikan tenggiri sangat bagus untuk di makan dalam pantang


Jenis masakan paling disyorkan
  • Sup
  • Bakar
  • Rebus
Jenis minuman disyorkan

  • Jus oren 
  • Air milo panas
  • Teh dan kopi panas - boleh mula pada minggu kedua berpantang sebab angin
  • Air rebusan daun sireh dan manjakani dan campur gula batu
  • Air rebusan kunyit
** pengalaman ai, horlicks panas & hot choco sangat bagus untuk banyakkan susu badan
.

Top Post