Friday, August 4, 2017

:: Review Makan - KFC Zinger Double Down ::



Hai korang!
Dah makan 2 minggu baru hari ni nak menulis.
Jom ai share pengalaman makan KFC Zinger Double Down nih.
Masa mula-mula tengok iklan rasa macam....sedap ni sedap ni. Makanya pergilah ke KFC dengan tujuan yang satu ni makan Zinger Double Down.

Seperti biasa in terms of presentation memang tak sama langsung la dengan dalam gambar - HAHAHAHAA




Set ini didatangkan dengan kentang goreng (medium) dan air Mountain Dew (medium). Satu set harganya dalam RM14 tak silap hari tu.







Rasanya...not bad! Sedap pada tekak ai sebab ai suka kombinasi cheese,mayo dengan chicken slice tu. Daging tak de la nipis mana pun cuma kalau dia tak kedekut mayo cheese tu bagi leleh lagi best kot.






Tapi ai makan tak boleh habis sebab pada ai sekeping pun dah banyak inikan pulak double.

Overall rating : 4/5 star!


watermark

Thursday, August 3, 2017

:: Cara beli/bida barang di Chilindo ::





Sebenarnya dah berbulan register Chilindo ni tapi barang yang berkenan di hati bila bid tak pernah dapat harga yang nak atau memang tak berkenan barang yang ditengok/dicari. Ada je orang tanya dah macamana nak beli/bid harga barang kat Chilindo nih?

Meh sini ai cerita, kebetulan pulak ada barang yang berkenan di hati tiba-tiba.

Caranya ialah :

1. Log masuk ke Chilindo.com (sila pilih negara anda)
   Pastikan anda berdaftar samada dari email atau login facebook pun sudah memadai.












2. Tengok paparan barang yang bidaan sedang berlangsung
3. Klik pada gambar barang yang anda berkenan.
4. Tekan bida.

Masa tekan bida ni memang tricky sikit kalau kalau tekan awal-awal, laju-laju sebab konon korang akan dapat barang tu..memang HARAPAN la. Sebab ada aje pembida lain yang serius atau tak serius yang tekan button bida tu jugak!



So, tips nya adalah tekan bida bilamana counting time tu sampai 0:02 saat! kadang2 kena kadang2 tak kena..ikutlah server/data siapa lagi laju.

5. Andai kiranya nasib tidak menyebelahi..sila tunggu lagi countdown time.



TIPS : kalau harga barang lebih RM15 sebaiknya tinggalkan lah....belilah dengan bijak. Tapi kalau anda rasa harga tu berbaloi atau lebih murah dari pasaran dan kena dengan budget anda..teruskan membida




6. Sekiranya anda dapat barang bidaan anda. Ia akan disenarai di dalam "TROLI" anda. Ikutlah anda nak terus bayar atau kumpul sampai certain amount sebab harga penghantaran sama je (melainkan COD)



7. Bayaran : Bayaran boleh di buat melalui, kredit/debit atau cash on delivery

8. Sekiranya anda sengaja-ngaja je bid barang, barang anda dah menang tapi anda TAK NAK barang tu.....nak buat macamana? Sila hubungi admin Chilindo melalui email/facebook.

9. Sekiranya brang telah sampai kepada anda TETAPI barang yang salah dihantar atau anda TAK SUKA barang yang anda terima. Anda boleh RETURN barang tersebut dan semestinya anda kena hubungi admin CHILINDO.


Itu sahaja...selamat bershopping ala-ala memBIDA!

watermark

Tuesday, August 1, 2017

:: Ujian Saringan Kesihatan Mental ::











Anda ingin tahu adakah anda stress? Depressi? Anzieti? Jom buat saringan ini.

p palang s :  Google hanya membenarkan 10000 saringan setiap hari. Saringan akan dibuka pada hari esok apabila quota telah habis untuk hari ini. Sebagai alternatif, anda juga boleh menyaring kesihatan mental anda secara manual di laman web http://tinyurl.com/je8b3nd

Harap maklum.



watermark

Top Post