Tuesday, July 30, 2013

:: Anak Jatuh - Dahi Benjol Kepala Terhentak? ::


Terpanggil untuk berkongsi entry dan juga beberapa artikel yang pok cik google bagi. Kisahnya dan sebabnya adalah dek akibat kerisauan hati seorang mama. Mana tak nya anak yang mula nak belajar bertatih, panjat meja panjat sofa jatuh gedebum! Tapi bukan jatuh sebab nak memanjat pun...ni jatuh sebab terlentang sambil tengah main ngan sibuk merangkak merentasi mainan sendiri...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa besar kecik besar kecik jantung mak nok!

Dah la mimi menangis meraung-raung to the max! Gila beb...seriauuuuuuuu!
satu malam 2 kali! siapa tak bimbang? yang kali kedua tu menambah bimbang sebab benjol terus kat kepala...ok tempat yang sama macam benjol dia langgar tiang last 2 weeks! Hadoilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Kelam kabut la check balakang telinga..pujuk dia...bergurau ngan dia - test la pandai tak high 5..menyanyi..menari tepuk tangan...bla bla bla...tengok if dia muntak ke tidak...mujur tak de simptom tu semua sebab sebaik je air mata dia kering dia dah mula melasak lagi....kita lak kecut perut tak nak bagi dia bergerak...tapi sampai bila kan? dia dah la baru nak mula belajar melangkah kita pulak sekat-sekat dia..kang lain pulak ... huuuuuuuuuuuuuuuuu serba salah beb!

Definisi Kepala
Kepala adalah dari dahi, merangkumi seluruh atas kepala, ke paras leher di belakang dan tepi telinga.
 
Perkara penting yang harus diberi perhatian:
 
1.IMPAK YG KETARA iaitu cara dan mekanisma kejadian jatuh/terhantuk kepala itu.
Kalau sgt tinggi (suatu kedaan yg lebih tinggi dpd tinggi bayi), tengkok tergeliat, benjol yg besar, mesti bawak berjumpa doktor sekurang2nya ke klinik.
 
2.Jika anak anda dijaga oleh pengasuh sila perhatikan simptoms2 ini pada anak anda. Manalah tau, kot2 anak kita jatuh, tapi pengasuh tak inform kat kita.

Simptom2 blh dibahagikan kepada local atau general.
Local symptoms are:
lebam, benjol atau luka pada bahagian yg terkena kemalangan
General symptoms:Lebih mengantuk daripada biasa, tidak aktif, Muntah2, tidak mahu minum susu, hilang ingatan, lemah tenaga, and worst are sawan dan koma

p/s: jika anda tahu anak anda jatuh, lakukan pengawasan selama 24 jam utk simptom2 di atas. Atau bawa ke hospital untuk 24 hours hospital admissions (mandataory if significant impact ketinggian lebih 2 kali dpd ketinggian bayi dan ada benjol besar. Terus bawa ke hospital ye, jgn bwk pi klinik pulak)
3. 8% dari kanak-kanak yang mengalami kecederaan kepala yang mempunyai tahap kesedaraan yang penuh menunjukkan Intra cranial injury (ICI) di dalam CT scan. Separuh dari jumlah ini memerlukan pembedahan otak. 8% ini bersamaan dengan lebih 10,000 orang kanak-kanak.
4. 2 kajian menunjukkan kanak-kanak (kurang dari 2 tahun) yang mengalami lebam atau benjol di kepala walaupun pemeriksaan yang lain termasuk tahap kesedaran adalah normal, berisiko untuk mengalami intra cranial injury (kecederaan otak).
5. Bayi juga tidak seperti orang dewasa, otak mereka tersangat sensitif lagi fragile dengan sebarang hentakan.Untuk tidak terlewat mengambil tindakan, adalah disarankan semua kanak-kanak, mestilah dilakukan CT brain apabila pemeriksaan menunjukkan tahap kesedaran yang normal tetapi mempunyai hilang ingatan (loss of consciousness) lebih 30 saat, kelihatan mengantuk atau muntah-muntah. Contoh loss of consciousness: Bayi yang tidak menangis selepas jatuh, dia hanya terdiam seketika. Dlm bahasa perubatan, bayi tersebut telah mengalami hilang kesedaran sementara (loss of consciousness).
6. Ct brain mesti dilakukan kepada semua kanak-kanak kurang dari umur 2 tahun yang mengalami benjol di kepala walaupun pemeriksaan neurologi yang lain normal. (sebagai ibu bapa, anda ada hak untuk meminta Ct brain dilakukan (if Ct Scan facility is available in the hospital) walaupun doktor yang memeriksa tidak mahu melakukannya!
APA ITU CT SCAN?
Tujuan utama CT scan otak dibuat adalah untuk melihat samada anak/bayi itu mengalami kecederaan serius, terutamanya pendarahan dalam otak atau keretakan di tulang kepala.
Kebanyakan kesan daripada jatuh yang menyebabkan kecederaan otak akan berlaku dalam masa terdekat (terutamanya dalam 24jam yang pertama).
Ada juga kecederaan kepala yang hanya menunjukkan simptom setelah beberapa hari, malah boleh setelah minggu2 lamanya, namum amat2 jarang berlaku. Ada sesetengah kes bayi jatuh yang hanya mengalami simptom setelah 5 hari jatuh, (bayi ini kena sawan)
Sekiranya bayi jatuh, salah satu keadaan2 yang tersebut di bawah ini akan menyebabkan bayi itu MESTI ditahan di wad untuk observation atau rawatan selanjutnya:
1. Hilang kesedaran (sekejap atau lama)
2. Menangis ‘irritable’ (berbeza dengan menangis sebab sakit, yang selalunya sekejap2 dan dapat dipujuk)
3. Muntah2
4. Tidak aktif, selalu tidur sahaja atau tidak mahu minum
5. Sawan
6. Benjolan yang besar, pendarahan dari hidung/telinga/mulut, atau lebam di mata, atau lain2 kesan fizikal yang signifikan.
7. High impact fall
8. Bayi yang masih belum boleh berpusing (<3>
9. Apa2 penemuan yang tidak normal semasa pemeriksaan oleh Doktor.

Sekiranya sudah lebih 24 jam dan anak anda terus tiada simptom/benjolan besar, perhatikan saja di rumah. Sekiranya ada simptom baru, terus bawa ke hospital, bahagian kecemasan (bukan ke GP/klinik kesihatan).
CT scan tidak perlu dibuat kepada anak2 yang sudah lama jatuh dan tiada apa2 simptom.
Tidak akan dapat dipastikan secara langsung melalui CT scan kesan jatuh kepada perkembangan kanak2. Kesan perkembangan anak yang tidak normal pada masa sekarang juga tidak dapat dipastikan samada ia secara langsung berkaitan dengan jatuh yang dulu, atau berkaitan dengan faktor2 lain.
Sedikit panduan:
1. Bayi yang belum pandai berdiri/memanjat MESTILAH diletakkan dalam 'cot'. Walaupun yang baru lahir, sebab risiko untuk jatuh masih ada. Sekarang bayi 3 bulan pun sudah pandai berpusing. Sekurang2nya, letakkanlah bantal sebagai penghadang.

2. Bayi yang pandai memanjat, elakkan daripada diletakkan di dalam cot atau di tempat tinggi seperti high chair tanpa pengawasan orang dewasa.
3. Pastikan anak anda yang aktif tidak dibiarkan tanpa pengawasan orang dewasa.
4. Pastikan rumah anda bebas daripada ancaman berbahaya terhadap kanak2.
5. Terangkan kepada 'maid' berkenaan tentang bahayanya kecederaan kepala dan pentingnya untuk diberitahu dengan segera. (kerana banyak kes, maid diamkan saja kerana takut dimarahi)
Rumusan: Jika tiada obvious injury, luka atau lebam atau benjol yg besar, blh monitor kat rumah. Tapi kalau mekanisma siknifikan contohnya tinggi lbh 2 kaki atau lbh 2 kali tinggi bby, maka bawa jumpa doktor. Jika ada benjol dan luka, kena bawak jumpa doktor. Persistent vomiting (muntah berterusan), tidak aktif dan mengantuk ialah tanda2 merbahaya dan perlu di CT scan.

Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Monday, July 29, 2013

:: Siapa Shiela Salim?? ::





Ok....ni kenalan baru dari donia blog ai.

Siapa dia? Memula tu ai blogwalking je kat blog beliau ni sesaja la nak habiskan masa yang boring tak de nak buat apa sambil baca entry org.....

sekali beliau pun buat kunjungan balas...PERGHHHHHHHHHHHHHHHHHHH hamek kaw! rumah kena BOM! Hahahahhha....

Bom dengan komen beliau.....walaweiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
tak marah pun...suke je...hehhehehe





sekali terasa nak berkunjung balas balik ke rumah beliau ni haaaaaaaaaaaaaa......
Haaaaaaaaaaaaaaaa...agak terkujat bila ku lihat ada gambo Moderno bersama InnoRack....eh eh eh dalam hati....dak keto jugak keh????


maap ye puan shiela ai capture blog u kejap

KLIK SINI untuk menziarahi beliau.

Haaaaa nak kena sembang2 ni ngan beliau nih.....apa lagik shiela marilah masuk gang L5JBJL
KAAAAAAAAAAAAAchinnggggg brrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.......pish pish pish


Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Thursday, July 25, 2013

:: Journey - Collecting Hello Kitty Charm Part 2 ::

So far? I got 3 charms eh 4 but satu tak nak count sebab tersama lak...so ada sesapa nak trade in with me this 'computer kitty 2001 number 18' please contact me!




i have extra of this computer charm..anybody interested to trade in with me?


and oh ya! I got another 'bottle' charm....arghhhhhhhh tarak ong la tangan itu budak kasik kat gua! so..anyone up for charm exchage..please contact me








Actually ada bagusnya 7-11 buat this hello kitty charms 'hunt'. Selain dari kita dapat tau kat mana ada 7-11 yang kita tak prenah pegi. Selain menaikkan sales 7-11. Kita juga dapat tengok lain 7-11 lain enviroment dan jugak lain service yang kita dapat. Kalau nak kata banyak betul nak buat review/complaint/compliment kat semua 7-11 yang ai dah run so far!



The worst enviroment so far? Tu haaaaaaaaaaa 7-11 kat jalan sentul yang berdekatan dengan sekolah kebangsaan sentul tu..mak aiiiiiiiiii dah la busuk..lantai kotor..rak/barang berhabuk, peti ais tak de 'power'/tak sejuk and terus la jadik busuk sokmo! Customer service? boleh la nak tak nak je nak serve customer.

7-11 Sentul berhampiran temple Cina? Yang tu customer service superb, kedai cantik dan bersih.

7-11 Dato Senu? Hurmmm..moderate je la..kedai suram. Macam tak de lampu!

7-11 Bangsar? Haaaaaaaaaaaaaaaa yang ni..apsal la p letak bukan orang malaysia kat kaunter. Dah la bukan orang malaysia, tak faham sangat bahasa melayu..cakap omputih pun dia kurang faham. Hadeyh....ok i tak suke!

7-11 Pantai Bharu? Haaaaaaaaa..ni best, budak kat kaunter bagus dan sangat membantu tapi lot kedai kecik sangat.

7-11 Sentul Raya? Okla not bad tapi barang macam tak berapa nak ada padahal kedai besar.

7-11 Ong Tai Kim Gombak - Kedai cantik menarik bersih dan kemas tapi customer service macam robot.

7-11 Jalan Idris, Taiping - Customer service macam blur2 ayam. Macam tak tau hal promosi hello kitty charm. ERK! Kedai? Ok bersih

7-11 Taiping Sentral - bersih kemas wangi...tapi...customer service pun blur jugak. Apsal tah!

7-11 TTDI (dekat ngan Mohsin) - Kedai agak suram, berbau tak berapa nak enak. Customer service? OK la...

7-11 Greenwood dari dulu pai skang memang suram lantai tak berapa nak cantik barang pun nak tak nak tapi kedai besar customer service macam MALAS. Mesin slurpee asyik rosak.

7-11 Wangsa Maju (shell) - besar, tapi rak macam berabuk sangat. Customer service so-so ai dah lama jadik customer kat situ tapi cashier dia terlampau pendiam. Overall - ok!

7-11 KL sentral - ada kejadian vandalisme ke apa kat dalam 7-11 ni? semua holder peti ais tak de/patah! gile ke apa? customer service tak mesra alam...macam tak ikhlas buat kije!

tu je kot buat sementara waktu nih..sekian. Trimas


 masih gigih mengumpul...teruskan perjuangan! 

Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Tuesday, July 23, 2013

Top Post