Friday, January 8, 2010

:: Bujang Bujangan ::

2 jam yang lepas aku menghantar Mr Kitty kat sg besi...hantar pakai kereta dia...hahahahaha. Dia nak balik somban katanya ada urusan ngan pak su dia dan esok pagi pagi nak uruskan miss saiko. aku pesan macam macam ngan dia...sebab kesian pon ade dalam hati nih....tapiiii bio laaaaaaa.
Tak sampai beberapa menet. Mr Kitty anta SMS 'I'm gonna miss u' aku nak gelak pon ade nak senyum pon ada nak nanges pon ada...aku bio je....
Lepas dari tu aku g kedai Bobo..melepak dengan kawan kawan Mr Kitty. Semua dok tanya mana dia...aku ckp la dia balik kampung. hak hak hak solo molo aku seminggu nih!!!!!
Maka esok bermula lah hari bujang saya!!!
woot!! woot!!

ohh lupe nak cakap...abang Rela dah start tepon tepon aku balik....hadehhhhh


Wednesday, January 6, 2010

:: No Cayunk....No... ::

Aku sebenarnya agak TACHING dengan perangai Mr Kitty sejak sejak dia rapat ngan budak B0YA ni!!!
Bukan apa...even muka ada ala ala REEFA+DAMIEN tapi dia adalah seorang umat yang hati aku cakap TAK BOLEH PERCAYA!
Ok..FYI .. Mr B0ya ni dah kawen - BARU DUA (2). Sorang bini kat Penang. Soang bini kat Pandan Indah. Yang merisaukan aku adalah. Dia ni suka hasut
Mr Kitty dengan kerja kerja yang tak berfaedah!!!! Siap jadik supplier CD Blue lagik!!! - HARAM JADAH betul!!!
Yang paling besh...malam kelmarin masa aku lepak dengan derang. Dah la aku kene pow...bukan tu je. B0ya ni leh on FB dia kat E71 dia dan tunjuk kat aku betapa ramai PEREMPUAN dalam FB dia!
Yang lagi besh!!! Dia siap ngayat sorang awek ni depan aku!! SETAN tak?!!!
Aku tak ske Mr Kitty kawan dengan dia! Tapi ... derang berdua dah rapat semacam. Aku tak sure kenapa.
Mungkin B0ya ada janji nak bagi pompuan kat Mr Kitty kot. Yang aku tau dan rasa (hati aku cakap nih) B0ya just nak gunakan Mr Kitty untuk naikkan nama dia dalam dunia otoshow.
Rasanya dia baru nak main kereta. So dah ada orang leh kenekan...silakan je la!
Heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...apa lagi dugaan yang datang nih?!!!

Semalam Mr Kitty tak jadik g Seremban menemankan si Saiko tu. Mr Kitty cakap hari ni baru nak pegi. Aku call tadi tak angkat pulak. Tengah tido lagi gamaknya.
Malam tadi FIRST TIME EVER aku tolak pelawaan Mr Kitty untuk keluar bersama. Entah.....tak tau kenapa aku ada GUTS untuk say NO!!!!
Bukan apa....terdengar nama B0ya terus ilang MOOD!!!!



I'm so sorry,,bukan sengaja..but i have to say NO this time. Not tonite cayunk..not today....so sorry.....

Apa lagi nak jadi nih?!!!!

..dan sebenarnya jauh dalam hati aku ada RALAT dan kesedihan yang tersembunyi....*sigh*

Tuesday, January 5, 2010

:: Aku dak Baik ::

Tadi siang aku kene marah dengan Mr Kitty...habis habisan dia mengamuk dengan aku - tanpa sebab!!!! Padahal aku cakap dah habis lembut. Agaknya dia tingin nak dengar kelangsingan suara aku yang bisa mambuatkan speaker hempm dia pecah gegendang telinga dia berdarah dan terus pekak seumur hidoop agaknya. Tapi macam biasa aku SABAR!
Aku tau dia tengah kusut....
dan disebabkan aku malas nak bertekak...aku hantar SMS cenggini kat dia :

"Saya cuma nak pesan kat awak. Nanti awak jaga dia baik baik. Jangan bagi dia mandi air sejuk. Makan kene jaga...ayam tak buleh. Makanan sejuk tak bolah. Kalau tak tau...nanti apa apa tanya saya ok....jaga diri awak tau. Sayang awak!"

Baik tak aku?? Baikkan?? Mana nak carik awek macam aku nih?? Bf nak g jaga exGF pon leh rilex lagik.....Hmm....

Ape yg bakal jadik lepas ni....aku berserah je lah........





:: Setiaku Di Sini ::






Ku terasa kesyahduan
menyelimut malam ku sepi
kumenanti kepulangan mu
kau janji-janjikan suatu masa dulu

Hanya kau kasih kau ku kasihi
kata-kata yang dilafazkan
mengikat jiwa dan cinta
hingga tak termimpi pengganti yang lain

Biar ku dicengkam gelisah
dibuai rindu yang mendalam
resah mendamba belaian mu
yang teramat ku dahaga

Kumasih lagi setia
biar pun takdir mencabar kita terpisah
ku masih lagi di sini
berpegang teguh kalimah cinta

Kubisikkan dalam tangisan
yang gugur berderai ke bumi
menjadi bingkisanku yang akhir
untuk bekalan jalanmu
mencari mahkota menghiasi pelamin kita

Monday, January 4, 2010

:: Babai 2009 ::

sedutan b'day Mr Kitty :






Ini adalah catatan pertama untuk tahun 2010. Selalunya aku wat jendela 2009. Tapi belom tulis lagi. Nantilah ek...
So...meh kita bercerita tentang apa yang berlaku baru baru ini.
31 December 2009 :
Siangnya la..Mr Kitty datang rumah. Sambut b'day kat rumah aku lak..ekekekek Mak masak spesel3 dalam 7 jenis lauk. Semua untuk bakal anak menantu (konon konon la).
Malamnya aku ngan Mr Kitty keluar. Celebrate bday dia kat Banting. Dah la dia buat peel pelik dia..ade ke keluar ngan aku pakai jubah ngan serban. Nasib baik aku tak berapa nak seksi malam tu.




Selepas di tahan polis dan JPJ beberapa kali
sewaktu balik ke Cheras...dengan perut aku yang lapar...Mr Kitty ajak lak aku melepak dengan kawan kawan dia
yang berpangkat 'unce uncle' kat kedai mamak!!! Terus tak berselera aku nak makan. Tapi aku simpan dalam hati je. Banyak kali uncle uncle tu tanya Mr Kitty "tak ajak honey makan ke?"
dia jawap "dia ni mana makan nasik!!!" - rasa nak nanges...tapi ku tahan Jebat!!!!


1 Jan 2010 :
Mr Kitty melepak kat rumah lagi kali ni sebab nak siapkan projek L5 kancil lagi satu. So seharian la kami berdua kat rumah tu.













2 Jan 2010 :
Cakap nak pegi autoshow kat Batu Pahat. Tapi tak jadi sebab last last rakan muda panggey dia buat show off kat Dataran Merdeka pulak. So dia pun kelam kabut siapkan L5 yang satu tu..ngan keta dia skalik.
Tapi dia tak bawak aku pegi Dataran pon. Sebab dia cakap nak loneranger. Aku kasik je. Malas nak bertekak lelebeh. Lagipon aku dah cakap dalam hati.
If ade jodoh aku ngan mamat ni...adalah. Tak de...redha je la!
3 Jan 2010 :
Melepak kat rumah lagi. Akhirnya interior L5 siap juga!



Dengan bangganya Mr Kitty masuk bakul angkat sendiri. Dia pon dengan selamba bercerita..secretary club kawan dia nak ngorat dia.
Bukan main lagi. Dalam hati aku cakap la..."BERANI LA....ko tengok apa jadik nanti!". Tapi yang beshnya dia selamba je citer benda benda ni kat aku.
tah ape motif tah...hmmmmm...



4 Jan 2010 :
Aku mula bekerja. Mr Kitty pon dengan kerja kerja dia yang tak berfaedah tu. Apa ek nak cakap. Senang citer la.
Aku memang sayang Mr Kitty. Sayang sangat sangat. Tapi dia tu?? Entah la....

so slamat tinggal 2009...selamat datang 2010....aku tak tau la apa nak jadik ngan aku tahun nih!!!

Mak aku telah membuka tirai 2010 dengan kata kata ini "Ape ape majlis pon kita ON masa 10.10.10 nanti" - dalam maknanya tu Mak oiiiiii

Top Post