Friday, June 28, 2019

:: Apa yang menarik di Thailand ::


Assalamualaikum & Hi,
Pada sesiapa yang follow ai rapat or memang kenal ai. Pasti tahu ai setiap bulan, paling tidak 2 bulan sekali akan ke Thailand.

Apa yang buat ai suka sangat dengan Thailand ni selian dari 7-11 nya?
Ai suka akan enviromentnya.
Ai suka pulau-pulaunya.
Ai suka makanannya!
Yang best ai suka sebab ai boleh pergi Thailand by land sahaja tanpa ai berbelanja besar on tiket kapal terbang. Dulu masa berdua, bertiga boleh la tahan lagi nak terbang-terbang je ke Thailand nih. Tapi sejak duit Malaysia kita ni jatuh teruk, maafla, agak berkira2 nak beli tiket flight. Harga tiket flight untuk 4 pax termasuk tax segala dengan transport ke airport lagi...mahal dari kalau ai memandu sendiri ke sana!

So far, Alhamdulillah dah banyak tempat ai sampai dengan hanya memandu ke Thailand. Yang penting berhati-hati dan ikutlah undang-undang dalam Thailand sendiri. Jangan parking sesuka hati (ni banyak ai perati sebenarnya orang Malaysia ada yang masuk sana suka bawak peel kat Malaysia masuk Thai...pls DON'T!)

Dari segi bahasa...alhamdulillah dengan pengalaman yang ada ai dah boleh berkomunikasi sikit-sikit dengan bahasa Thai. Ada sesetengah tempat yang ai pernah sampai, penduduk tempatan takboleh berbahasa melayu atau english. Jangan terkejut kalau uolls sampai tempat yang dekat dengan Malaysia misalannya Satun, ramai sebenarnya yang TIDAK boleh berbahasa Melayu/English walaupun kita fikir "mesti ramai MELAYU kat sana." Tapi orang2 depa ni walau kita atau depa tak leh satu bahasa dengan kita, depa akan gigih membantu.

Nak masuk Thai menggunakan jalan darat sangat tak susah.

Dokumen yang diperlukan adalah :
1. Passport/Border pass
2. Insurance Thai (buat masa isi white kad sebelum masuk border)
3. Geran kereta yang original atau yang jelas NYATA
4. Surat Kastam (ni buat kat border)

Kalau nak tanya apa-apa email je ai : s0undl4cks@gmail.com
Hehehehe sekian.


Pemandangan dari Hotel yang ai duduk masa lasti trip ai hari tu.....tu stesen keretapi. Boleh dengar bunyi keretapi & hon keretapi tu..yang best anak-anak suka. Cantik view ni kalau dari mata sebenar.



Oklah...until next time.
Next roadtrip!










watermark

12 comments:

  1. Pulau-pulau kat Thailand memang cantik.. selalu juga kak ipar yang pernah pi tahiland cerita tentang apa yang best kat sana.. terasa nak pi jugak tapi tak tau la bila.. hahaha

    ReplyDelete
  2. Saya suka entri travel! Saya pun suka travel ke Thailand. Pernah ke hatyai, songhkla, koh samui dan Bangkok. Naik tren kelas kedua selama 19 jam dengan family. Anak kecil lagi waktu tu. Pernah drive ke sana waktu pregnant 7 bulan. Masuk la blog saya kalau nak tau cerita lebih lanjut!

    ReplyDelete
  3. Rajinnya pi Thailandddd sebulan atau dua bulan sekali pulak tu by land. Bertenaga~ Tapi betui la sebab RM kita not doing well, kena jimat selagi boleh jimat.

    ReplyDelete
  4. Pernah juga ke Thailand naik kereta. Dari Kedah terus ke Haatyai kemudian ke Krabi. Dari Krabi pula malam tu dinner kat Phuket pastu balik pula ke Krabi. Ye betul even kat Krabi pun bukan semua tahu berbahasa Melayu. Jenuh juga nak cakap. Kalau kat Haatyai tu ada juga yang tahu berbahasa melayu. Makanan kat Thailand memang sedap2.

    ReplyDelete
  5. Lama tak ke Thailand. I suka pegi shopping dried fruit and essential oil kat Sana. Murah giler. Makan pun best kat Sana.

    ReplyDelete
  6. Thailand ni dekat je sebenarnya kan, tapi nad tak sampai lagi ke sana..hahaa..nanti tengah kumpul duit nak pergi travel..best sangat ni kalau dpat pergi

    ReplyDelete
  7. Alaaa bestnya travel, bila nak mula travel balik nih sekarang ni bz kerja dan komitmen lain, tahun lepas dah pergi thailand untuk trip makan-makan ha ha ha, memang betul makanan di thailand sedap-sedap, ni plan nak jalan tengok pemandangan pulak he he he

    ReplyDelete
  8. Seronoknya banyak kali pergi thailand. Airah tak ada rezeki lagi nak pergi thailand. Teringin nak borong skincare and makeup dekat sana hahaha paling teringin bercuti dekat pulau dia la

    ReplyDelete
  9. Banyak tempat menarik yang ada kat Thailand kan. Kadang best tengok temoat orang banyak tempat tempat menarik. Bilalah dapat datang Thailang phn tak tahulah. Rugi rasanya ka. Kalau tak si ggah tempat memarik di Thailand

    ReplyDelete
  10. Dah lama teringin nak ke thailand tp sampai sekarang belum ada rezeki nak ke sana. Nanti nak plan lah utk ke thailand banyak tmpt best2. Makanan halal pon senang dpt

    ReplyDelete
  11. banyak juga tempat menarik di thailand ya..sejujurnya tak pernah lagi sampai ke sana . teringin juga nak pergi. apatah lagi banyak barang murrah. syurga shopping katanya.

    ReplyDelete
  12. Lama tak pergi negara jiran ni last pergi kat sempadan jer hehehe tapi itu pun seronok dan banyak tempat menarik kita nak pergi lagi sapa nak bawa hehehehe tak payah naik flight nak kereta lagi senang hehehee...

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post