Monday, October 1, 2018

:: Cara Ke Koh Lanta Dengan Kereta ::



Dah berminggu balik dari trip baru ada masa nak menulis. Ni pun baru balik dari Penang trip. Hahahaha. Ok, jom ikut ai.

Koh Lanta bukan satu destinasi popular dikalangan rakyat Malaysia berbanding Krabi. Nyatanya bila kawan-kawan tanya ai ke amna cuti panjang hari tu ai cakap ai ke Lanta.

Lanta ni terletak antara Trang dengan Krabi sendiri tapi dalam daerah Krabi. Nak ke sana tak susah pun dan pulaunya lebih tenang. Jom ai cerita!

Koh Lanta ni terbahagi kepada dua iaitu Lantai Noi dan Lanta Yai.

Selepas di fikir-fikir mana nak pergi akhirnya ai buat keputusan untuk memandu ke Koh Lanta  bersama Incik Pinky dan 2 anak kami.




Kali ini kami masih menggunakan border kegemaran kami iaitu border Dannok.
Dan untuk makluman semua terutama kepada mereka yang belum ada pengalaman masuk ke Thailan menggunakan jalan darat. Korang mestilah buat/beli insurance + white card sebelum masuk border. Macam kami singgah di Changloon. Tempat yang selalu kami buat white card serta insurance adalah di Naluri Aman. Sebab apa kami pilih Naluri Aman?

Sebab parking luas, tandas bersih leh mandi segala lepas tu ada tempat tukar duit dan makan sikit-sikit. Yang penting segalam urusan white card & insurance awek kat kaunter yang akan uruskan from A to Z tak yah korang nak tulis tangan bagai sebab dia yang akan uruskan dan masukkan semua maklumat dalam borang.

Apa yang perlu ada?
1) Passport
2) Geran kenderaan yang original (lebih baik) atau geran photocopy yang SUPER jelas!

Dekat kaunter tu jugak ada jual sim card Thai. Bagi dia duit ngan phone dia setup-kan.

Selesai urusan kat kaunter insurance Thai. Sila lah ke arah Border Dannok. Kami suka pergi pagi subuh sebelum kaunter bukak.

PERINGATAN!!!!
Kalau korang pergi time PUBLIC HOLIDAY MALAYSIA - harap bertabah sebab border confirm sesak!
Masa trip kali ni kami sampai dalam jam 0530 dan disebabkan kereta banyak selesai urusan dalam jam 0720 macam tu.

PERINGATAN 2 :
Masuk negara orang sila bersopan santun beradan dan ikut peraturan.
Sampai dikaunter sila maniskan muka walaupun muka pegawai depa tak manis mana...cakap la Sawadeekap/Sawadeekha.
Bagi yang bawak kereta tak yah susah-susah nak turun dari kereta. Beratur je ikut lorong kenderaan yang disediakan. Sampai turn kereta korang baru turun p serah muka kat kaunter. Serah passport,white card segala. INGAT! kalau anak tidur kejut la sekejap sebab derang nak jugak amik gambar muka orang yang masuk tak kira apa. DUIT? Tak yah nak selit-selit depa skang selamba mintak, kalau mintak bagi kalau tak mintak buat dunno!

PERINGATAN 3 :
Selesai urusan cop passport. Keluar dari kaunter booth sila park kereta kat tepi dalam petak parking.
Owner kereta sila bergegas ke kaunter seterusnya untuk urusan CUSTOM FORM KENDERAAN. Bagi kat pegawai bertugas geran. Derang akan print kan korang form in & out. Simpan.

Selesai perkara-perkara di atas!

WELCOME TO THAILAND!

So korang leh la teruskan perjalanan korang ke mana-mana pelusuk Thai yang korang suka tapi semestinya jangan nak lain sangat dari dalam borang daftar ye.

Berbalik kepada cerita ai.
Macam biasa ai punya peel kalau masuk border mesti singgah 7e, tak cari sim card cari benda hello kitty (HAHAHAHAHAHA).




//berenti makan sat sebelum non-stop drive to Lanta//



Rasa excited nak sampai Lanta padahal Dannok pun belum lepas lagi. Si Bidadari pulak kali ni mabuk datang mana tak tau asyik la nak muntah. Berenti-berenti banyak kali jugaklah.
Nak pergi Lanta ni tak susah dari Dannok border korang terus je menuju ke arah Trang. Ada waze guna waze tak pun siapa biasa pergi Krabi ikut je jalan menuju ke Krabi terus.
Sila teruskan pemanduan ke arah Trang/Phattalung. Sampai di Phattalung amik simpang Trang.






Kemudian keluar ke arah Krabi, korang akan lalu Andaman Gateway  nanti korang leh nampak ada banyak gajah kat situ (sebelah kiri jalan ye).Terus je lagi. Sampai korang nampak Koh Lanta punya signboard ikut je kiri.










//nak tak nak kena isi minyak jugak sebelum masuk pulau. Harga minya sila refer board tu ye. Sila isi 95//

PERINGATAN 4 :
Sila beli tiket CAR FERRY korang sebelum naik ferry ye.
TIket bot ni korang boleh beli kat satu kaunter yang terletak beberapa ratus meter sebelum sampai jeti. Tak yah turun kereta pun drive thru je. Petandanya korang akan nampak seperti gambar di bawah.



// Jalan kampung sila behave! //


//rupa kaunter nak beli car ferry ticket . Kat sini la korang kena beli tiket car ferry ye..kalau terlepas sila patah balik. Kat sini je yg jual tiket.//


//sila berhati-hati dan bersopan //






// mat saleh ni dari mana tak tau la naik moto sewa //


Harga tiket dalam 240bath (all-in) pergi-balikSatu kereta termasuk orang dalam kereta.  Simpan tiket!

Jangan salah letak or terbuang ye. Sila beratur dengan sopan berada dalam kenderaan ketika menaiki feri. Ikut je arahan.






Zaman dulu sebelum Sri Lanta bridge wujud kena naik feri 2 kali sebelum sampai ke Koh Lanta, sekarang ni korang naik sekali je feri sampai Lanta Noi dari Hua Hin kemudian boleh memandu naik bridge je untuk sampai ke Lanta Yai (Saladan Pier).

Perjalanan atas feri dari Hua Hin nak ke Lanta Noi tak lama mana pun dalam 10 minit macam tu.




Lepas berlabuh korang terus je keluar dan teruskan pemanduan, please be alert dengan signboard sebab jalan nak p Lanta Yai kena masuk lorong kiri. Jangan terlajak nanti kena U-Turn!
Dari jeti Lanta Noi nak ke Sri Lanta bridge dalam 10 minit jugak. Sampai Sri Lanta Bridge korang terus je..so sampailah ke Lanta Yai, inilah tempat yang ramai pelancong luar terutama Germany kalau high season.










    Jalan menuju ke Sri Lanta bridge....jalan laju-laju.






Sampai ke Lanta Yai, bawah jambatan ada light house.





// Amik KIRI ke kawasan pantai peranginan //


Koh Lanta ni terbahagi kepada beberapa kawasan yang boleh korang duduk. Terpulang pada citarasa masing-masing.
Bermula dari Khlongdao, Phra Ae Beach, Khlong Khong,Khlong Nin,Khlong Hin (ni yang recomended).

Makanan HALAL bukan satu masalah sebab penduduk kebanyakkan MUSLIM (termasuk pengusaha hotel dan travel). Mostly datang dari wilayah YALA.

Khlongdao : 

Tempat paling happening dalam Koh Lanta, restoran & 7e bersepah. Memang ramai orang. Pantainya agak berlumpur kalau air surut, sesuai kalau bawak anak kecik dan keluarga. Hotel korang boleh dapat dari harga RM60-400. Kat sini kalau nak shopping memang best la tapi.....kalau korang pergi time low season weekend market pun tak bukak ye.




Masa kitaorang pergi banyak jalan tengah baik pulih. Mungkin masa korang p nanti jalan elok dah.

Phra Ae Beach atau Long beach : 

Pantai yang bersih. Ramai jugak mat saleh suka duduk sini biasala asal long beach je macam WOW! Pada pengamatan ai pantai dia ok la leh lepak santai baring-baring. Tapi, kalau nampak bendera merah terpacak awas ye! Pantainya jugak agak berbatu kalau nak berenang-renang sila ke arah utara sikit dekat pantai ni. Makanan HALAL jugak senang dapat tapi terhad. Harga hotel kawasan ni agak mahal.



Khlong Khong :
Pantai kebanyakkan memang berbatu tak berapa sesuai untuk aktiviti berenang-renang. Tapi tempat agak tenang sebab dia dah jauh dari pekan utama.SIni  banyak hotel or rumah yang boleh korang sewa dengan harga yang murah.Restoran halal ada, tapi terhad jugak lah.




Khlong Nin :
Terletak ditengah-tengah Koh Lanta. Pantai yang cantik memang sesuai untuk bersantai-santai dekat pantai. Sebab jauh dari orang tapi kena pandai pilih hotel or resort bukan sebab mahal tapi sebab ada pantai yang berbatu.Harga hotel kat sini dalam RM80 ke atas tapi semua oklah! Makan? Haaa..makan korang memang kena sewa motor dan keluar dari kawasan ni sebab kedai makan sangat-sangat terhad. The best beach for SUNSET viewing!







Khlong Hin :
Kawasan ni kena naik bukit sikit tapi pantai memang cantik tapi kebanyakkan agak tersorok so korang kena explore lah. Hotel tak banyak langsung sebab kawasan bukit.Makan...korang kena keluar jugak dari kawasan, alah motor sewa senang sangat dapat.



Peringatan 5 :
Kalau nak datang Koh Lanta ni better datang time HIGH SEASON sebab time ni depa anggap musim tak de hujan walaupun LOW SEASON kadang-kadang berminggu jugak tak hujan.
Kenapa? Sebab time LOW SEASON ada tempat/hotel tak beroperasi. SO, korang kena call hotel yang korang nak stay tu dulu.

Kitaorang check in lewat jugak hari tu. Ai pilih nak duduk Khlong Nin sebab ai jenis tak suka sangat hectic place kalau p pulau nih. Dan tempat ni kat tengah-tengah so senang nak p utara & selatan. Owner hotel yang kitaorang duduk adalah pasangan askar pencen, pasangan muslim dan sangat lembah lembut. Siap iring p bilik tanya okay ke tidak segala. Lepas check in rehat dan buat apa yang patut kitaorang jalan kaki seberang jalan je sewa moto. Dapatlah RM20 sehari. Lepas tu terus p cari makan! Lapar weeeyyy!




Bilik kitaorang yg no 3 tu





Habis makan dah Maghrib. So masa nak balik hotel tu singgah Masjid lepas tu siap beli pancake dari akak manis kat bawah nih. Tak sangka lepas siap je order hujan turun punya lebat! Udahnya lepak bawah payung akak ni sampai hujan berenti. Amik gambir pancake pun tak sempat so amik gambo akak nih je la.






Tempat yang menarik nak pergi kat dalam Koh Lanta ni tak de la banyak sangat tapi...kalau korang jenis suka explore pantai-pantai kat sini memang best untuk bergambar dan melepak.

Lagi satu tempat wajib korang pergi adalah Mu Koh Lanta National Park. Pantai kat sini superb! Serious rasa macam nak melepak sampai sunset! Ai stay kat Khlong Nin perjalanan naik motor dari hotel ke sini dalam 20 minit. Tapi tak berasa pun sebab dok asyik tengok view yang cantik.
Nak masuk National Park ni ada tiket ye. Sila bayar sebelum masuk. Korang yang sukakan ketenangan dan suka hiking pasti suka tempat nih!













PERINGATAN 6 :
DON'T FEED THE MONKEYS!

Selain National Park, Koh Lanta ada air terjun tapi jauh dalam hutan jalan tanah merah. Dan jugak korang boleh p OLD TOWN Koh Lanta (tapi tempat ni sunyi sikit dan sesuai untuk kaki pancing).


Balik dari hampir setengah hari kat Mu Koh Lanta, memang dah dahaga & lapar sangat-sangat sebab cuaca Ya Rabbi panas menyengat kitaorang singgah kat kedai makan kat tepi lereng bukit menuju jalan balik area NUI Beach tak silap. Kat situ memang banyak kedai suka hati korang nak makan kat kedai mana pemandangan sama je. Harga agak pricey tapi disebabkan pemandangan awesome makan je la.









Korang jugak kalau nak pergi tengok sunset boleh p Diamond Cliff (sini kira view point derang la)







Menghabiskan masa kat pantai adalah my fav selain island hopping dan kejar sunset.


ai suka pantai...biarpun rentung




sambut birthday kecil-kecilan. Trimas jiran bilik sebelah si Wendy yang rajin masak!

Macam ai kata tadi, kitaorang duduk kat Khlong Nin, kat sini ada satu tempat yg dipanggil Mr Love Bar, bila malam ada pertunjukan orang main api...bau gasoline sampai masuk dalam bilik nak tunjuk punya close la bar tu dengan bilik. Merasa jugak la tengok.




Kalau air surut pasti nampak batu...




Sorry bilik bersepah dah nak balik baru teringat. Hahahaha


pantai sekitar hotel


 Sunset ohhh sunset




Budak paling setia dalam mana-mana roadtrip mama & papa dia..next? 
Lopburi ye Mimi...are you ready? Mimi jawap : YES! YES!




Island Hopping adalah antara aktiviti tak wajib tapi takkan korang tak nak p tengok pulau yang cantik kat sini? Antara yang ai recommend adalah Koh Rok & Koh Kradan! Kat sini banyak pulau-pulau lain jugak tapi yang ai sebut tapi antara yang MUST VISIT!




Balik dari Lanta kitaorang singgah Hat Yai. Ya rabbi tak pernah kitaorang tengok Hat Yai seHECTIC tu. Rasa macam HAIH!

Dan kat sini ai nak cerita kat korang kalau lepas ni korang nak rasa keluar dari Thai tak berapa nak jem ke sesak ke, ikutlah Ban Prakob/Durian Burung menerusi Nathawi. SELESA!







Jalan belum siap sepenuhnya, tapi tak de orang sangat pun yang buat korang rasa selesa.








Sampai immegresen.
Turun dari kereta untuk cop passport.



Lepas tu serahkan balik borang kastam kenderaan. Dan sila la menuju ke arah sempadan Malaysia!
Alhamdulillah masuk dah tanah air tercinta walaupun ai cinta Thailand juga. Hehehehe


p palang s : banyak lagi gambar sebenarnya tapi tak leh nak upload semua. Nanti kot kemudian nak share ai share okay!

Summary :


Jarak Perjalanan KL-Koh Lanta : 1600km (lebih kurang)
Minyak : RM300 (pergi balik) enjin L5 (kalau korang naik kcar lebih kurang ni jugak la harganya.
TOL : RM120 (tak salah la) - malaysia sahaja
Tiket Feri : RM25 (cincai kira)
Hotel : RM220 (AGODA) untuk 3 hari 2 malam. Bilik 2 katil queen. bilik style rumah sebuah depan pantai.
Makan :
Pancake : RM5 (untuk 2 pancake)
Makan hari 1 : RM27
Makan hari 2 : RM15 (breakfast pulut ayam+ big cup), RM50 (lunch mahal sikit sebab tempat cantik sangat!) + RM30 (makan kat area BanKhan Tiang sila cari kedai  makan depan 7e sedap!)
Makan hari 3 : RM20 (Incik Pinky bantai makan pulut ayam sebanyak mungkin)
Belanja lain-lain : RM100 (lebih kurang jugak). Ni sebab ai dan anak-anak tak boleh nampak 7e.






watermark

21 comments:

  1. Wah.. rajinnya drive sendiri je pi lanta tu.. huhu.. lanta.. hemm TB baru first time dengar ni.. tapo lawa pemandangan kat sana kan.. bagus entri sha ni...lepas ni leh buat rujukan kat sini if berpeluang pi lanta

    ReplyDelete
  2. good sharing here because I never drive there before. Glad you sharing detail of it, not sure if my dear willing to drive long distance lol. Love the pics you sharing too!

    ReplyDelete
  3. Harga makan dekat sana nampak macam tak mahal je. Seronok betul tu. Teringin jugak one day nak buat trip macam ni anak beranak

    ReplyDelete
  4. Seronoknya jalan2..cantik sungguh pemandanga pantai..rasa aman damai dan permai jerr

    ReplyDelete
  5. Cantiknya pemandangan..kalau bawak kereta sendiri banyak tempat boleh pergi kan..kalau naik kenderaan awam payah la..lagi banyak belanja ye tak..tp macam SA kena la naik dari dari utara..kalau dari KL x tau nak cakap la berapa banyak belanja kan..

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi ke sini. Hope one day dapatlah ke sini. Nnti boleh rujuk article ni je senang.

    ReplyDelete
  7. Duk pikir nak konvoi naik kete gi Krabi dulu tp sbb ada anak kecik, takut susah plak. Kalau lalu mcm highway PLUS byk R&R takpe gak kan.

    ReplyDelete
  8. Wahh bestnya dapat jenjalan, teringin gak nak jenjalan jauh bawak kereta, mesti seronok. Sis dah pernah ke Krabi tapi tak pernah lagi ke Lanta ni. Kalau ada rezeki ke sana bolehlah sis ikut cara kat sini..:D

    ReplyDelete
  9. Seronoknya tengok dia jaln-jalan. Bawak kereta sendiri senang nnak ke sana sini kan. Tempat awak pergi pun semua menarik..

    ReplyDelete
  10. Cantiknya tmpt ni. Belum pernah lg ke Thailand. Teringin nk kesana and saya nk guna itenirary akak lah nnti. Thanks share

    ReplyDelete
  11. Erm best jugak kalau datang Koh Lanta ni kan .Naik kereta sendiri lagi senang dan selesa .Nak masuk tempat orang memang kena pastikan dokumen lengkap dan helas kan takut nanti timbul masalah kemudian hari .eh nampak makanan di koh lanta pun sedap belaka ya

    ReplyDelete
  12. Gambar semua cantek2 suka tengok. Tak pernah lagi sampai kat thailand dengan kenderaan sendiri. Boleh jadi rujukan nanti bila masuk negara thai.. nampak lebih fun dan jimat

    ReplyDelete
  13. Cantiknya permandangan disana..
    Nampak tenang je bila tengok laut.
    Tapi nak sampai ke sana penuh kesabaran kan.
    Banyak juga prosesnya.
    Bukan mudah nak ke sana..

    ReplyDelete
  14. Terbaik post ini. Seriously I have not drive to Thailand before and this road trip looks fun to me too.

    ReplyDelete
  15. Wah. Nie dah lengkap dah sharing nie. Rawlins macam nak try gak road trip dengan rerakan - macam best plak kan. TQ sharing pasal Ko Lanta

    ReplyDelete
  16. wahhh kena plan dengan bff nih , tahun lepas kitorang ke Hatyai...mungkin tahun ni boleh ke sini , Koh Lanta ni memang nama dia agak pemes kan...sukalah pemandangan dia ...

    ReplyDelete
  17. This place looks so serene and calm.. Guess there is a good side for not many to know this place's existence..you get to enjoy the peace and quiet.

    ReplyDelete
  18. Masa kami pi last year jalan yg tak bertar tu baru buat. .memang berhabuk betul. Best jugak. Koh lanta ni.. Kami pi time low season.. Harga hotel pun murah

    ReplyDelete
  19. nama hotel di khlong nin yg pn menginap pls

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post