Wednesday, August 8, 2018

:: Review Filem : Hantu Kak Limah ::



Assalamualaikum & Hi uolls,
Apa khabar semua? Ada sapa dah p tengok filem terbaru arahan Mamat Khalid?
Haaa..meh ai nak cerita sikit. So...SPOILER ALERT!!




Cerita HKL kali ni tak banyak sangat beza dari yang sebelumnya. Masih boleh buat kita semua ketawa. Cerita yang agak santai. Sound effek yg boleh tahan menggegarkan wayang ( tak sure la pulak kalau TGV je yg bagi sound tu jadi lagi power ).
Cinematography macam biasa abang Mamat Khalid memang tak menghampakan peminatnya. Dari segi CGI tak banyak tapi advance dari yg sebelum ni.





"..enjin tak dak p mati enjin"




Penampilan khas, Zul Ariffin, Ropie, Uqasha, Mus May, Erra, DSV, Sabri Yunus dll.
Permulaan cerita yang baik..tapi...ada twist. Siapa yang tengok betul² dan punya instinct yg kuat tau dah apa akan jadi kat akhir cerita.


Dan seperti sebelumnya jugak watak Husin ni mesti akan terlibat dengan cinta. Asal bercinta je ngan makhluk halus (kalau korang perasan la dari HKL yg first memang bercinta dengan makhluk lain saje deme tu..heeh!) - betul tak? Husin ni memang suka bercinta ngan hantu la bunian la..manjang gitu je ghopenye.



So..kisahnya bermula bila si Khuda nikah dengan Kak Limah. Sila dengar perbualan depa betul² "..ni..Khuda ni masa pindah sini, bukan dia dah menikah ka?" Jeng jeng jeng. Tak lama lepas tu Hantu Kak Limah muncul.
Siapa yg jenih senang terkejut, awok nasehatkan pergi la tengok ade teman ....sebab banyak bunyi yg kuat sangat!





Bila HKL mula kacau satu kampung depa p mintak tolong kat Solihin...zul ariffin la. Bukan setakat leh ngubat orang, guru silat, sapa nak renew roadtax pun leh p jumpa si Solihin ni..katanya Panglima Gunung Semanggoi..uihhh sebut nama Kampung arwah nenek iolls pulak .ni nak bagitau ni cucu bidan Gunung Semanggoi .haaaaa.



Tapi tak sangka boleh jugak la buat lawak, buat memek muka yg not bad kelakar la ZA ni. Tunggu sampai korang tengok dia parody lagu Hatiku Luka Lagi dlm citer ni.

Pertengahan cerita agak hmmmmm..slow dan macam bosan sikit sbb dok berkisar cerita cinta Husin ngan Eton. Bla bla bla..berbalik kita kat Kampung Pisang. Depa semua dok pk macamana nak tewaskan HKL. Bila Solihin nak cari volunteer...dia pilih Husin, Yeh, Nayan & Wani.

Derang pun team up ngan Solihin nak kalahkan HKL. Yg mana Solihin kena Ong Bak teruk dengan HKL!
Lastly, Husin terpaksa mintak tolong ngan ayah Eton untuk kalahkan HKL yang sebenonya.....adalah...sesuatu yang lain!

Siapa?? Apa????
Apa kata nanti korang p la tengok HKL ye.
Ok..done review movie kali ni.
Verdict ai 3.2/4 sebab ai banyak gelak awal cerita je, tengah sampai hujung dah macam suam sebab ada babak yg abang mamat Khalid lakon semula je (i bukan jenis mudah terhibur...hahaha). Tapi aksi lari ngan slepar tu legend habis la.

So...sapa yg minat HKL silakan p tengok!
Mmmmmmmiaw!! ( Nantikan kemunculan DSV .. hahahhahaha)

Tetibe teringat si Nayan terkejut sambil jerit "What is this?!" - WAHAHAHAHA

p palang s : Siapa nak dapat fell sikit citer HKL ni KLIK SINI



watermark

4 comments:

  1. ramai jugak yang cakap best, adoiii ni yang teringin nak tengok ni!

    ReplyDelete
  2. saya dah tengok semalam, memang best. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sebab nak tunggu entri seterusnya. saya suka cara awak menulis, senang faham. kalau sudi meh lah ke blog saya, saya followers ke

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post