Sunday, August 12, 2018

:: Converse x Hello Kitty Collection 2018 ::

Hi uolls!
Are you guys excited for this Hello Kitty Converse collection this time around?

Bukan takat kasut je tau!
Ada beg & baju pun....jom cuci mata.
I dah call Converse katanya hujung bulan.
Tapi bila i walk in katanya dalam seminggu....jom..kita tunggu.......









watermark

Friday, August 10, 2018

:: Converse Hello Kitty 2018 ::


Tiba-tiba dapat newsletter dari Converse cakap derang nak launch Converse Hello Kitty.

Ada several design!
Keluar satu design sudah! Ni kuar banyak-banyak desing!
Masak la lagu ni.............waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak semuaaaaaaaaa.





siap ada hooded tu....


tahun ni dah habis banyak beli kasut Hello Kitty nih...
kuar lak converse ni!

What is this????
Macam terpaksa jual converse pink yg limited tu je untuk ni.........


Chuck Taylor tu....dah la tapak lagi cantik dari PUMA Suede baru nih...demmm u!





p palang s : I called up Converse Mid Valley, katanya mungkin hujung bulan ni masuk store.
So wait & see la.







watermark

Wednesday, August 8, 2018

:: Review Filem : Hantu Kak Limah ::



Assalamualaikum & Hi uolls,
Apa khabar semua? Ada sapa dah p tengok filem terbaru arahan Mamat Khalid?
Haaa..meh ai nak cerita sikit. So...SPOILER ALERT!!




Cerita HKL kali ni tak banyak sangat beza dari yang sebelumnya. Masih boleh buat kita semua ketawa. Cerita yang agak santai. Sound effek yg boleh tahan menggegarkan wayang ( tak sure la pulak kalau TGV je yg bagi sound tu jadi lagi power ).
Cinematography macam biasa abang Mamat Khalid memang tak menghampakan peminatnya. Dari segi CGI tak banyak tapi advance dari yg sebelum ni.





"..enjin tak dak p mati enjin"




Penampilan khas, Zul Ariffin, Ropie, Uqasha, Mus May, Erra, DSV, Sabri Yunus dll.
Permulaan cerita yang baik..tapi...ada twist. Siapa yang tengok betul² dan punya instinct yg kuat tau dah apa akan jadi kat akhir cerita.


Dan seperti sebelumnya jugak watak Husin ni mesti akan terlibat dengan cinta. Asal bercinta je ngan makhluk halus (kalau korang perasan la dari HKL yg first memang bercinta dengan makhluk lain saje deme tu..heeh!) - betul tak? Husin ni memang suka bercinta ngan hantu la bunian la..manjang gitu je ghopenye.



So..kisahnya bermula bila si Khuda nikah dengan Kak Limah. Sila dengar perbualan depa betul² "..ni..Khuda ni masa pindah sini, bukan dia dah menikah ka?" Jeng jeng jeng. Tak lama lepas tu Hantu Kak Limah muncul.
Siapa yg jenih senang terkejut, awok nasehatkan pergi la tengok ade teman ....sebab banyak bunyi yg kuat sangat!





Bila HKL mula kacau satu kampung depa p mintak tolong kat Solihin...zul ariffin la. Bukan setakat leh ngubat orang, guru silat, sapa nak renew roadtax pun leh p jumpa si Solihin ni..katanya Panglima Gunung Semanggoi..uihhh sebut nama Kampung arwah nenek iolls pulak .ni nak bagitau ni cucu bidan Gunung Semanggoi .haaaaa.



Tapi tak sangka boleh jugak la buat lawak, buat memek muka yg not bad kelakar la ZA ni. Tunggu sampai korang tengok dia parody lagu Hatiku Luka Lagi dlm citer ni.

Pertengahan cerita agak hmmmmm..slow dan macam bosan sikit sbb dok berkisar cerita cinta Husin ngan Eton. Bla bla bla..berbalik kita kat Kampung Pisang. Depa semua dok pk macamana nak tewaskan HKL. Bila Solihin nak cari volunteer...dia pilih Husin, Yeh, Nayan & Wani.

Derang pun team up ngan Solihin nak kalahkan HKL. Yg mana Solihin kena Ong Bak teruk dengan HKL!
Lastly, Husin terpaksa mintak tolong ngan ayah Eton untuk kalahkan HKL yang sebenonya.....adalah...sesuatu yang lain!

Siapa?? Apa????
Apa kata nanti korang p la tengok HKL ye.
Ok..done review movie kali ni.
Verdict ai 3.2/4 sebab ai banyak gelak awal cerita je, tengah sampai hujung dah macam suam sebab ada babak yg abang mamat Khalid lakon semula je (i bukan jenis mudah terhibur...hahaha). Tapi aksi lari ngan slepar tu legend habis la.

So...sapa yg minat HKL silakan p tengok!
Mmmmmmmiaw!! ( Nantikan kemunculan DSV .. hahahhahaha)

Tetibe teringat si Nayan terkejut sambil jerit "What is this?!" - WAHAHAHAHA

p palang s : Siapa nak dapat fell sikit citer HKL ni KLIK SINI



watermark

Friday, August 3, 2018

:: Resepi - Kerepek Cekodok ::




Assalamualaikum/Hi.
Hari ni ai nak share satu resepi turun temurun family ai.

Kerepek cekodok/ cucur kodok/ coq kodok/cucur udang u named it!

So selalunya apa yang korang akan buat dengan lebihan cekodok yang dan semalaman or dah sepetang (kalau korang goreng waktu pagi).





Macam ai biasanya kalau tak habis ai buat kerepek/keropok.

Caranya?
Hiris halus-halus, lagi halus lagi bagus sebab menjamin kerangupan kerepek tu dan ia akan lebih tahan lama.

So, mula-mula amik je cekodok yang nak dibuat kerepek tu.



Hiris halus.


Goreng dalam minyak masak yang panas. Betul-betul panas.



Bila dah garing dan macam ke coklatan. Angkat.



Biar sejuk. Makan or simpan dalam balang!


Siap!





SEDAP...............................





watermark

Thursday, August 2, 2018

:: Review Makan - Viet Thai Restaurant TTDI ::



Restoran ini diperkenalkan oleh seorang kawan baik setelah kami semua tak tahu sangat dah nak makan kat mana asal masuk waktu LUNCH.




Lastly, kami ke Viet Thai yang terletak di Taman Tun Dr Ismail.
Tak susah nak cari restoran ni sebab dia terletak di belakang KKIA TTDI. Cuma parking je la susah nak cari kalau waktu siang.






Lunch Experience :

Apa yang bagusnya tentang Viet Thai ni, mereka menyediakan SET LUNCH serendah RM15++ sampai la RM21++ (termasuk air minuman)




Disebabkan ai pertama kali makan kat sini, ai rasa ni satu restoran yang sangat COSY. So, kita agak harga makanan dalam ni agak 'keras' la. Tapi ai rasa ai silap.
Bila tengok menu dan harganya - rasanya kena la gaya.









Tengahari tu kami berempat pilih menu lain-lain. Boleh la rasa sorang sikit dan kami order extra PINEAPPLE ChESEW FRIED RICE (recomended by our good friend and memang chef recomendation!)





Menu pilihan kami ialah





Spicy Salted Chicken With Rice





Ayam dia goreng garing dengan tepung sama dengan telur masin...memang kena rasa dia. Menu ai makan ni memang kena tetak ai...sedap!




Curry Chicken Chop Rice



This menu, keistimewaan dia terletak pada kemanisan dan rasa yang tak terlalu kuat gravy chicken chop tu. Rasanya jadi asian dan Thai skit sebab daun limau purut & tomato tu. Sebagai penggemar masakan Thai..i give 3.8/5 for this menu..kalau kena kat ayan grill tu....perghhhhhhhhhhhhhh!





Fresh Water Prawn With Kuey Teow


Portion???? Amatlah besar leh makan 2 orang!
Udang saiz L. Menu ni bukan semata-mata Kuey Teow dan udang ala Kungfu tapi atas Kuey Teow ada yee mee...atas yee mee ada udang!
Tukang makan cakap PUAS HATI!




Garlic Fresh Water Mee Hoon



Mungkin nampak macam tak meyakinkan. Tapi.............siapa suka pedas. Inilah menu yang korang kena cuba termasuklah udangnya jugak BESAR!
Portion : BESAR!
Orang yang makan seorang yang suka makan, dia sendiri tak boleh habiskan menu ni!





Nasi Goreng Nenas dengan Kacang Gajus.
Ohhhh....sedap!
Tak Pedas.
Makan 4 orang! Memang recomended!



 //Honey Lemon drink comes with lunch set //





Untuk orang yang suka tambah pedas, tambah cili dalam makanan, boleh mintak kat waiter or waitress untuk condiments ni. Ai suka yang satu cili tu tak pedas sangat, pedas masam-masam terbaik!!!





Dessert :
Coconut Icecream








Total harga kami makan berempat : Lebih kurang RM95++ macam tu.


DINNER :
Lepas dari peristiwa makan tengahari kat situ, ai cerita kat Incik Pinky ada satu tempat makan yang NOT BAD at all masakannya. Dan akhirnya last weekend kami pun bawak anak-anak untuk dinner kat VIET THAI (yes....sekali lagi!).

For Dinner kita boleh pilih menu ala carte dari dalam list yang ada. Dan harga untuk seekor siakap yang agak besar (portion makan 3-4 pax) memang berbaloi!
























Malam tu kami makan TOM YUM campur


Rasanya tak macam yang selalu kami makan dalam Malaysia, even kat Sri Ayuthaya pun rasanya agak kureng dari yang ni, of course Viet Thai punya harga lebih murah, Me Likey!!!!!





Tofu with mince chicken. Tak pedas sesuai untuk anak-anak makan.





Menu yang paling di nantikan malam tu...........................




Siakap With Lemon Sauce.






Incik Pinky puji melangit, maksudnya dia sangat suka cara masakan ikan ni. Siapa yang suka ikan yang digoreng rangup sampai tulang ikan pun leh gigit-gigit macam tu aje...this is the place!
Siakap ni siap ada dressing mangga - my fav!
Lemon sauce dia just nice.
Bukan siakap stim so jangan expect yang ikan ni jenis basah-basah hancur. I guess you can request it to be steam as tom yum tu pun ai order custom je.




So...overall experience tekak makan siang dan malam kat sini i can say. I really satisfied with the food.

4/5 star!

Layanan..memang ai bagi 5/5 stars sebab memang terbaik!

watermark

Top Post