Monday, July 2, 2018

:: Pembedahan Gigi Kanak-Kanak (Dental Caries) ::

Assalamualaikum & Hai uolls.
Kali ni ai nak bercerita tentang pengalaman ai melalui anak ai yang baru-baru dijalani pembedahan pembuangan gigi susu akibat "dental caries".

Apa itu dental caries atau karies gigi?

Karies gigi, dikenali juga sebagai kereputan gigi, kaviti atau gigi berlubang. Apa yang menghairankan, ramai orang masih tidak mengetahui bahawa karies gigi merupakan penyakit berjangkit. Ia berpunca daripada bakteria dan menyebabkan penyahmineralan dan kerosakan tisu keras seperti enamel, dentin dan simentum akibat penapaian bakteria ke atas cebisan makanan pada permukaan gigi.

Masalah ini boleh dialami oleh sesiapa sahaja tidak kira usianya daripada budak kecil hingga ke orang dewasa. Ianya boleh berlaku pada gigi susu mahupun gigi kekal. Bakteria sentiasa terbentuk diatas permukaan gigi dalam rongga mulut dalam satu lapisan nipis yang dikenali sebagai plak.Perubahan dalam rongga mulut seperti suhu,pH dan sistem ketahanan badan boleh mengganggu hubungan simbiotik normal dan boleh menambah risiko penyakit pergigian.

TANDA-TANDA PEMBENTUKAN KARIES GIGI


  • Perubahan pada warna gigi dengan pembentukkan bintik hitam atau putih
  • Lubang yang ketara
  • Liang-liang kecil pada permukaan gigi
  • Makanan mudah melekat pada permukaan gigi
  • Rasa sakit dan sensitif serta sengal bila mengambil makanan sejuk/ panas(rasa nyilu)



Kawasan gigi yang mudah terjejas dengan pembentukan karies gigi ialah:


  • Permukaan gigi gerham
  • Celah-celah gigi belakang dan depan
  • Gigi yang ada masalah oklusi seperti gigi yang tersusan rapat antara satu sama lain tanpa sebarang jarak antara dua gigi



JENIS KARIES GIGI:


  • Karies dilapisan enamel
  • Karies dilapisan enamel dan dentin
  • Karies yang merebak ke lapisan pulpa
  • Karies dipermukaan akar


So..jom kita ke cerita sebenar.
Mimi ni doktor dah diagnose ada dental caries di sebabkan kesilapan ai jugak. Ye la, Mimi masa kecik sampai umur 3 tahun jenis nak "tembab" je sebab dia breastfeeding. Makanya dari situlah punca mula caries gigi dia....jangan ingat susu badan tak leh sebabkan caries. Doktor kata bila kita biarkan je dalam mulut baby masa dia tidur, yes....caries boleh berlaku.

Procedure pembedahan gigi Mimi ai buat dekat Klinik Pergigian Kanak-kanak HKL.
Layanan? Superb!
Doktor dan nurse memang pandai layan budak-budak.

Kondisi gigi Mimi tak la kritikal melampau sebab dia tak pernah mengadu sakit dan memang tak pernah bernanah. Tapi..gigi dia kebanyakkan terutama baris depan atas dah tinggal yang dalam gusi je..geraham kebanyakkan berlubang.

Sebelum pembedahan boleh dibuat, anda kena pastikan kondisi anak anak sihat terutama dari BATUK dan SELSEMA.

Anda akan ditemuramah oleh pakar bius untuk memastikan kondisi anak anda baik untuk proses bius nanti. Masa jumpa pakar bius, pakar bius akan terangkan la risiko dan apa yang akan berlaku.
Kalau anda setuju, anda sain surat akuan dan persetujuan.

Doktor akan buat xray ke atas gigi dan tengok kondisi gigi dan dalam gusi. Macam Mimi, dalam gusi dia dah banyak gigi kekal menanti. Infact hari yang last checkup tu 2 gigi bawah dah goyang sebab gigi kekal tunggu nak keluar sikit lagi.

Anak anda biasanya akan di puasakan minimum 6 jam sebelum procedure.
Serius ai nervous sangat bila nak sampai masa nak cabut gigi tu. Bukan sikit gigi yang kena remove. 13 batang uolls!

Mama atau Papa boleh temankan anak dalam bilik bedah tapi sampai dia tertidur SAHAJA. Waktu procedure tak boleh tengok. Macam Mimi, pembedahan termasuk recovery time makan masa dalam 2 jam. Sebaik je dia sedar papa dia masuk dulu tengok dia. Kemudian ai pulak mintak masuk. Tak leh masuk ramai-ramai dekat recovery area.


(masa ni nervous sangat)


Sebaik je Mimi nampak muka ai dia tetiba menangis. Padahal masa Papa dia masuk dia tak nangis pun. Hai la anak. Darah dari gusi biasanya akan berhenti 30 minit lepas cabutan gigi berlaku. So jangan risau, kalau pendarahan banyak berlaku bagitahu dengan doctor or nurse.

Dalam pukul 1 Mimi di tolak balik masuk wad. Sampai wad belum boleh makan. Doktor kata hanya boleh minum air kosong untuk 30 minit pertama, kalau tak muntah lepas 30 minit tu bagi air manis. lepas 30 minit dari bagi air manis leh makan.


(masa balik wad dia nak  nangis-nangis tapi bila offer handphone terus ok)


Makanan pertama Mimi adalah jangung rebus dalam cup. Lepas makan terus ajak jalan-jalan pergi playground la play room la. Sampai doktor 2 kali cari tak jumpa. sudahnya nurse jumpa kitaorang dalam playroom mintak p klinik gigi.




Sampai klinik, doktor check jahitan dan luka. Doktor sapu sejenis gel yg akan buat gusi mengecut macam tu tapi JANGAN KUMUR! Dan sudahnya boleh balik petang tu jugak.

So, mak ayah mama papa ibu bapa semua-semua la...jagalah gigi anak sebaik boleh even gigi susu. Kalau dah start berlubang bawaklah jumpa dotor gigi kanak-kanak, gigi susu pun boleh tampal ye. Dan ingat...zaman kita dulu-dulu memang kita akan dengar "ala...gigi tu nanti gugur/luruh la..buat apa nak cabut-cabut!"

TAPI............


  • kalau gigi susu tu tak tertanggal sendiri tapi gigi kekal dah keluar tak ke kena cabut jugak gigi susu tu?
  • kalau gigi susu tu tinggal tunggul je lepas tu gusi jadi bernanah teruk anak menanggung sakit yang hebat dah gigi kekal ada masalah nak keluar? bukan ke kena cabut jugak gigi susu tu?
  • kalau disebabkan gigi susu yang rosak dan infection tu sampai ke gigi kekal? rugi kan?


PILIHAN di tangan korang.
Semoga gigi kita dan anak-anak kita kekal sihat dan kuat!

kalau ada apa-apa nak tanya leh email saya s0undl4cks@gmail.com



watermark

8 comments:

  1. semoga mimi cepat sembuh..

    jemput join segmen ejulz jika sudi k :)

    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  2. Salam sis...sy aien, ank sy umur 6tahun pn samagigi tinggal tunggul. Sy bawa buat pemeriksaan kt klinik gigi kk tapi doc cakap tunggul tu akan luruh sendiri. Sis pergi hospital besar ke bahagian pergigian ye.

    ReplyDelete
  3. Hi nk tnya,apa procedur petama yg kena buat yer.....xkan trs pg ke HKL,coz ank sy byk jugak gigi yg kena cabut n dh ada sebatang gigu yg dh nk tumbuh belah ats,n kalo xkeberatan blh sy th cos skali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. procedure pertama adalah doktor akan check dulu keadaan gigi dan keadaan anak...nanti doktor akan nasihat apa yang boleh dibuat atau tak boleh di buat. Kos dalam 200++ macam tu je

      Delete
  4. Anak sis umur bpe masa operation tu? Ank sy pu. Prblm yg sama..ade 7btg gigi nak kne cabut tp dia bru 4tahun stgah..risau dia takuy..sbb da penah bwh jmpe dentis byk kali..smpi nagis patut nk cabut gigi..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian Pn. Anak saya juga doktor suggest utk buat dental surgery,umur 6 tahun. Hanya Allah ja tahu perasaan ni bila mmbayangkan anak akan masuk dlm OT.. Semoga urusan anak saya dipermudahkan jugak seperti adik Mimi..😊

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post