Sunday, May 28, 2017

:: Race day Thailand 2017 - Hatyai ::


Dah lama sebenarnya impikan nak pegi tengok autoshow dekat Thailand, akhirnya tercapai jugak bila kebetulan masa trip to Hatyai baru-baru ni derang pun tengah ada 'Race day'.

Pada ai memang best derang punya Autoshow, tak sama macam autoshow kat tempat sendiri sebab masih ramai penganjur yang suka style 'SERABUT' sewaktu mempersembahkan kereta.

Ai lebih suka autoshow macam ni..kemas,clean yang ada hanyalah KERETA dan sedikit je bahan tambahan itupun yang mana perlu je tak yah sampai nak bawak periuk belanga bagai buat prop! Hahahahhaa..sorry!

Ada je penganjur dalam Malaysia yang buat style 'Clean' waktu autoshow..dan YES, ai lebih suka begitu. Kita nak tunjuk kereta bukan nak tunjuk barang koleksi periuk belanga segala isi rumah kat autoshow, namapun AUTOshow...so..tunjuk la JENTERA sahaja.

Dan derang punya autoshow punya syok, korang leh tengok betapa kreatifnya derang ni... 4wd tu bukan setakat mod saja-saja cantik-cantik..siap bahagian belakang 4wd derang leh berpusing-pusing menari-nari tau! PERGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!

Tu belum lagi acara 'sexy car wash' bagai. Bila malam audio & light show..dah macam club!

Jom la belanja korang gambar ye.



Hall di belakang University Of Prince Songkhla














Sexy Car Wash katanya la...hehehe





How low can you go?


Lower.....


Low & high


Belum nampak lagi orang Malaysia buat cenggini~





Satu-satunya kereta bertemakan Hello Kitty on that day.
Sepatutnyala aku bawak KureSya next time!



watermark

Thursday, May 25, 2017

:: Motherhood.com.my - Pusat Sehenti Barangan Keperluan Bayi anda! ::





Dunia di hujung jari! Hampir segalanya kini anda boleh dapatkan dengan 1 klik! Bukan setakat pelbagai barang kegemaran anda, malah barangan keperluan anak-anak juga sangat mudah di dapati secara online!



Jom, ai nak ajak korang semua ke Motherhood! Haa.....bunyi macam menarik kan? Motherhood ni menyediakan keperluan seorang  ibu/bapa dan semudah uolls pilih dan beli! Kalau korang nak cari hadiah untuk bakal-bakal baby pun boleh!


Ni sekarang anda current promo yg Motherhood tawarkan


Bermacam promosi serta barangan dengan harga yang berpatutan korang boleh dapatkan di Motherhood ni! Jadi tak payahlah korang susah-susah meredah jem, berjam-jam cari parking dalam mall. Duduk depan PC/handphone sambil baring pun boleh settle okay!

Motherhood ni jugak bukan semata-mata 'tempat shopping', kalau korang perlukan tips parenting, penyusuan secara ekslusif dan macam-macam lagi ada kat sini tau! Klik je "BLOG" di bahagian atas kiri anda.



Dalam column BLOG Motherhood ni korang boleh dapatkan pelbagai tips keibubapaan, review, gambar anak-anak comel..eh..senang kata macam-macam bahan bacaan yang bagus-bagus ada dalam blog ni!


Antara Tips/Kandungan blog yang menarik untuk di baca.





Haa..kan ai dah cakap, menarik tau website Motherhood nih. Tak percaya ce korang pulak singgah. Manalah tahu terbeli 1, 2 barang ke. Hehehehe~




Bermacam diskaun ada...even korang boleh membeli-belah ikut kategori apa korang nak!

Ingat! 

Motherhood adalah pusat sehenti untuk ibu bapa yang merangkumi barangan keperluan bersalin, barangan newborn baby, serta kanak-kanak kecil. Lepas ni kalau korang nak cari diapers, baby wipes, stroller, barangan keperluan menyusu..Motherhood-lah tempatnya.

Eh....
Takkan baca je..apa lagi, jom kita ke Motherhood!

Psstt.... Jualan Murah ulangtahun Pertama masih berlangsung sampai 3/6/2017. Ada "10 super deal" setiap hari!

















watermark

Wednesday, May 24, 2017

:: Lokasi Baru Pasar Malam Brinchang, Cameron Highlands ::


Assalamualaikum & hai korang!

Lama tak menulis akibat kekangan masa.
Ni nak cerita sikit jugak lah sementara ada sedikit masa terluang ni.
Lagipun ai rasa ada keperluan perkongsian kali ni.

ai nak bercerita tentang Cameron highlands kali ni, memandangkan ai Frequent visitor Cameron Highlands, kalau tak sebulan sekali, 2 bulan sekali itu MESTI!

Sekarang ni Cameron dah lain sikit, memandangkan Nova pun dah siap, KEA Farm lepas terbakar pun dah lain sikit, Pasar Malam Brinchang pun bukan lagi ditempat asal, rasanya ada keperluan juga untuk ai bercerita.

Lokasi Pasar Malam Brinchang yang baru. Klik Sini.



Mula-mula, pada mereka yang suka atau hendak ke Cameron Highlands selepas ni anda perlu tahu bahawasanya PASAR MALAM Brinchang TIDAK lagi terletak di tengah-tengah Pekan Brinchang. Tempat ini telah berpindah lokasi ke "Jalan Golden Hill" - kat mana Jalan Golden Hill tu?
Golden Hill ini sebenarnya kawasan yang baru berhampiran dengan Tanah Rata.



Senang je nak pergi. Dari Pekan Brinchang jalan terus sahaja dalam lebih kurang 3km nanti korang akan nampak sign board "Smurf Inn" sebelah kanan jalan terus je lagi nanti korang nampak Padang Golf sebelah kiri, nanti korang nampak sign board GOLDEN HILL di kanan jalan, masuk situ. Pasar malamnya terletak beberapa ratus meter ke dalam.



Untuk korang yang suka nak duduk dekat dengan Pasar Malam,ai cadangkan korang menginap dekat Golden Hill resort atau mana-mana homestay/apartment dalam kawasan Golden Hill ni, memanglah banyak!

Kalau nak lari keluar sikit menginaplah di Smurf Inn atau Casa De La Rosa sebab ke dua tempat ni memang kat luar jalan besar masuk Golden Hill.
Kalau nak dok homestay kat Golden Hill pun okay tapi harga mahal sikit la.

Brinchang sekarang bila malam dah tak serancak dulu, yang rancak sekarang ni bila malam adalah Tanah Rata. Sunyi je Brinchang waktu malam. Kalau korang nak travel ke Cameron bawak anak kecil, dekat sebelah Nova (tempat ni terletak di hadapan jalan masuk Ladang Boh Sungei Palas) ada mini fun fair. Boleh bawak anak-anak enjoy their time kat sana.



Selain tu kalau korang suka duduk dalam kawasan kebun berhampiran KEA Farm, duduklah dekat KEA Farm Guest House. Dalam kawasan KEA Farm sendiri, keluar bilik pun dah ada kebun starwberi depan mata, dengan landskap bunga yang cantik lagi. Kawasan tepi gunung. Bangun pagi terus je leh jalan kaki masuk KEA Farm.





Kalau korang suka tempat ala-ala inggeris ala windmill segala dengan tempat menarik untuk anak-anak. Smurf Inn memang best!



Dan korang harus ingat Ladang Teh Boh Sungai Palas TUTUP pada hari Isnin. Dan sekarang dah ada shuttle bas naik sampai atas Ladang Boh sungei palas tapi yang tu korang kena arrange dengan pihak hotel (biasanya) kalau tak korang bawak kereta parking kat bawah dan sila menapak sampai atas ye.

Cuaca sekarang ni tengah agak musim sejuk-sejuk hujan berangin. Kalau tak tahan sejuk dalam 20 degree or lesser bawak la pakaian yg sepatutnya.





Eh...! dari nak cerita pendek jadi panjang pulak. Tu je la kali ni lain kali cerita lagi. Gambar kurang sebab tiap kali pegi sama je gambarnya!

 Hahahaha...sekian!

watermark

Wednesday, May 3, 2017

:: Golden Rose - HALAL Makeup ::


Cerita pasal make-up dah agak suam-suam kuku sekarang ai bermake-up. Bila ada event besar-besar je ai akan make-up beriya-iya.

Uolls yang kaki make-up terutama yang muslim dah semestinya concern pasal status HALAL barangan make-up korang kan?

 Meh ai nak cerita pasal Golden Rose. Make-up HALAL dari tanah TURKI!
Dan sesungguhnya tak menghampakan dari segi QUALITY & HARGA!



Baru-baru ni Golden Rose membuka cawangan baru di Alamanda Putrajaya. Terima kasih kepada Joanne yang menyambut kedatangan kami (Me & Bella Natasya).




Perkara pertama yang ai try masa ai sampai kat Golden Rose adalah lipstick matte diaorang yang SUPERB! Macamana nak cakap ek, lipstick ni dia matte tapi tak mengeringkan bibir dan tahan lama.




Lepas tu ai try loose powder derang yang mana bila korang mula-mula pakai nampak macam..ERMMMMMMMMMMMM..tapi effect loose powder ni datang kemudian sebenarnya.



Bila lama kelamaan makin jadi blend & nampak flawless serta berkilauan. Kenapa ai cakap macam ni? Sebab bila ai balik dari event, Incik Pinky amik dia tegur "Eh.....apasal macam nampak lain je nih. Pakai bedak apa?" - haaaaa.. barulah ku sedar bahawasanya bedak ni kalau pakai "lama-lama naik seri".






Next, ai try eye liner & mascara dia yang senang nak cuci dan bila pakai tak messy.
Overall, ai dah mula suka akan Golden Rose makeup ni.











MUA Golden Rose, menunjukkan cara pemakaian "kajal" pada Bella. 




Perfect Finish Liquid foundation.
Bila apply korang dab dab dab..nanti effect dia matte dan macam pakai bedakyang halus. Ai suka foundation type yang macam ni.




Beauty balm tu tak sempat nak cuba. Tapi namanya sangat meyakinkan!



Nak tahu ni apa?




Kalau korang ada masalah UBAN, GR pun ada alatan khas untuk tu tau!


So kalau korang mencari make up halal dan murah..boleh la pergi Golden Rose.
 Harga serendah RM16-RM100 aje!


Kalau korang nak visit outlet boleh la pegi ke :



Golden Rose Alamanda Putrajaya Lot G-61(Opposite Uniqlo)
Lot G-61, Alamanda Shopping Centre,
Jalan Alamanda, Presint 1,
62000 Putrajaya.
Phone: +603-8328 0818
Hours: Open 10AM–10PM

atau

Golden Rose Sunway Putra Mall Lot 4-8 (Asian Avenue)

atau

Golden Rose Sunway Carnival Mall UG-38 (Mall Entrance)

Beli online pun boleh! CLICK SINI


watermark

Top Post