Monday, November 7, 2016

:: Bayi Pramatang : Travelling With Premature Baby ::



Ramai juga yang bertanya dan tetntulah tertanya apakah sesuai untuk kita membawa mereka melancong/travel bersama?
Nasihat ai adalah : Lebih baik kiranya korang mendapatkan nasihat dari Doktor Pakar.
Seperti kisah ai, ai terpaksa bawak balik Bidadari dari Penang ke KL sesegera yang mungkin kerana hampir TIADA tempat yang sesuai untuk kami menginap menurut kata Doktor.
Sebelum discharge pun macam-macam tips dan nasihat doktor bagitahu termasuklah cara-cara CPR untuk baby.

Seperti biasa bayi pramatang adalah sangat sensitif pada keadaan sekeliling terutama terhadap udara. Kita orang tua ni leh la antibodi kira kuat...baby? tambah lagi yang pramatang....semuanya masih NEW dan still devoloping.
Son kena jaga!

Malam yang Bidadari boleh discharge tu lebih kurang kul 11 malam. Segera Incik Pinky sampai dari KL. Pikir dan berbincang akhirnya amik keputusan untuk berhenti rehat di Taiping sahaja. Takut Bidadari 'letih' sebab perjalanan jauh.
Segala macam "bekal" ai bawak, tisu basah antiseptic, dettol, hand sanitizer, antiseptic spary...semua..semua..sebab ada perasaan 'cuak' disitu.
Lemaklum la 1st time nih!
Bila keluar dari hospital rasa dunia luar ni 'kotor' pulak. T_T

Kesokkan harinya pagi lagi kami dah keluar dari Taiping dengan janji takkan berhenti di mana-mana sebab kita tak tau apa kuman yang akan hinggap dekat kita.
To cut story short.....1st travel bagi Bidadari adalah pada umur Bidadari lebih kurang 3 bulan.




Memang ai amik risiko sebab terpaksa sebenarnya. Tapi seperti biasa semua kelangkapan 'perang' ai bawak - in case of anything.
Alhamdulillah....Bidadari boleh adapt dengan suasana travelling tu sendiri cuma ai elak masuk ke kawasan yang terlampau ramai manusia!

Dan selepas itu ai terus berani bawak Bidadari keluar jumpa dunia luar cuma doktor tak bagi ai bawak Bidadari naik speedboat dengan flight sehingga umur dia SETAHUN!
Dan sehingga kini Bidadari dah ikut ai pergi merata dah dan syukur, semuanua ok.

Jadi pada parents yang nak bawak anak preemie mereka travel, memula apa uolls kena buat adalah :

1. siapkan alatan 'berperang' seperti hand sanitizer, anseptic wash/wipes, ubatan, thermometer dsb.
2. Study tentang tempat yang korang nak pergi tu. Crowd manusianya macamana.
3. Decide pengangkutan apa yang korang nak guna untuk travel. If pengangkutan awan, sila bersedia dengan semua kemungkinan dan kelengkapan.
4. Pengunaan tandas/bilik persalinan bayi awam....yang ni ai sangat2 strict. Ai masuk je bilik ai akan sembur dengan semburan antiseptic, then i lap tempat letak baby dengan wet wipes, lepas tu ai akan bentang matress ai sendiri baru la letak Bidadari.
   Yes, it's complicated yet ianya PERLU!
5. Kalau makan di kedai awam pilihlah kedai yang NON-SMOKING. Kalau ada smoking/open space ai takkan pergi. If terpaksa sebab tak de pilihan ai akan tegur je org yang smoking tu
6. Tempat tinggal a.k.a hotel : yang ni pun sebaiknya sila study terlebih dahulu. Dan seperti biasa ai akan amik langkah-langkah yang sepatutnya seperti menggunakan bilik persalinan bayi.
7. Sentiasa bawak buku kesihatan baby uolls, sekiranya ada kecemasan....buku tu amat membantu.

Rasanya so far itu je tips yang ai teringat nak tulis. Kalau ada apa-apa nak tambah, ai akan tambah kemudian ye.
xoxo
watermark

2 comments:

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post