Hari ni ai nak bercerita tentang Pusat Gelandangan KL. Lawatan ai dan kawan-kawan sebenarnya pada bulan Ramadhan lepas. Nak update tapi tetiba ada kekangan. So ini kira cerita throwback la ye.
Pusat Gelandangan KL ni terletak di tepi Bulatan Pahang berdepan dengan HKL sebelah Hotel Grand Season (ni kalau rasa tak lengkap lagi tak tau la)
Pada pengamatan ai PGKL ni sangatlah SELESA dan BERSIH.
(Bahagian Dorm Wanita)
Menurut Supervisor PGKL ni, katanya tempat ni satu-satu masa boleh menempatkan hampir 100 orang penghuni. Penghuni of course terdiri dari golongan GELANDANGAN.
(Orang yang ajukan soalan belakang camera, tapi suh incik Pinky tolong posingkan)
Tapi......derang tak boleh duduk lama-lama kat dalam PGKL ni. Sampai masa atau dapat pekerjaan derang mesti checkout.
Makanan, tempat tinggal (ala DORM) disediakan. Lengkap siap dengan dewan makan, tempat bersantai (macam aktiviti main karom n tengok2 TV) semua ada dalam PGKL ni.
(Dewan Makan di PGKL n tempat main karom)
(Kaunter Utama)
(Laluan untuk naik ke Dorm wanita & lelaki berasingan)
(Kawasan luar PGKL, bersih. Jalan ni bawak ke bilik-bilik khas)
Penghuni pulak seusia 1 bulan ke 70 tahun. Serius rasa nak nangis tengok baby kecik tu. Kata supervisor PGKL baby tu nanti rumah kebajikan akan ambik. T_T aaaaaaaaaa tak sanggup pikir dia berpisah dari mak bapak dia!!!!!!
(Ni la baby yang ai cerita tu....moga menjadi anak yang baik dan soleh bila besar nanti. Yang pastinya kini dia berada dalam jagaan Kebajikan Masyarakat)
Dari segi cara nak menyumbang jugak ada terma dan syarat sebenarnya.
Korang tak boleh datang serbu suka-suka tempat nih. APPOINTMENT adalah WAJIB!
(Brader Ketua Majlis, sambil daftar sambil membebel. Yang berkaca mata tu la SUPERVISOR PGKL)
Kain baju tak berapa nak diperlukan disini yang penting MAKANAN.
Jika anda berminat nak ke sini.
Boleh email ai di s0undl4cks@gmail.com nanti saya bagitahu caranya ya.
Tu sahaja kot. Kalau ada soalan boleh tanya. :)
Yang lain2 tu sila la jamu mata dengan gambar sampingan...hehehehe
Alhamdulillah rezeki dikongsi bersama. Tq for sharing info ni.
ReplyDelete