Friday, September 30, 2016

:: Review Hipopo Baby Spa - Great Eastern Mall ::


Sebenarnya ini bukan kali pertama ai ke Hipopo Baby Spa. Ai pernah pergi Hipopo Baby Spa masa Mimi kecik2 dulu tapi malangnya masa tu Mimi sangat tak nak bekerjasama sebab dia FOBIA terhadap orang berUNIFORM seperti NURSE/DOKTOR.

Kali ni nak dijadikan cerita rezeki Bidadari bilamana kami menang dalam satu contest anjuran Hipopo Baby Spa.




Alang-alang menang terus buat booking untuk Mimi sekali.

Lepas claim hadiah, ai buat appoiment n booking dengan super freindly and warm therapist kat Hipopo Baby Spa Great Eastern Mall.

Tak masuk lagi Mimi dan super excited sebab nampak kolam! Hahahahahaha. Bidadari pun sama jugak sebab jenis suka air. Memang tak sabar-sabar la nak terjun pool.

Jom kita layan gambar......



Mimi yang tak sabar2 nak terjah Hipopo Baby Spa


Di sebabkan urutan yang best oleh therapist HBS, sampai hari ni kalau sebelum mandi & lepas mandi Mimi mintak mama dia urut cenggini. T_T


Budak buat-buat relax tapi tak de feeling pun bila kena urut



Antara manusia terawal terjun dalam pool



Yang dalamkabinet tu semua korang boleh beli kalau nak


Pool untuk baby under 6 month



Kawasan santai untuk tengok2 tv



Pakej yang ai booked adalah pakej urutan dan mandian. Seronok budak-budak ni kena urut apa taknya Mimi sampai hari ni leh ingat step by step urutan yang dia terima siap buat kat adik dia lagi.

Bila dah masuk kolam kemain lagi la..mula la Mimi "buat macam SPA sendiri" dengan menjerit, gelak kuat-kuat + simbah-simbah air. Adoila anak!!!!







Lepas mandi pun ada massage lagi..untung laaaaaa..lepas ni HBS kena buat pakej untuk mak2 skali ye,


Both therapist are super awesome! Mesra dan sangat ramah! Yang penting sabar n pandai layan budak2 ni










Dan akhirnya.....mereka pun.....................................




















TIDO!






Sekian...Hehehehehe


watermark

Thursday, September 29, 2016

:: Pusat Gelandangan Kuala Lumpur ::


Hari ni ai nak bercerita tentang Pusat Gelandangan KL. Lawatan ai dan kawan-kawan sebenarnya pada bulan Ramadhan lepas. Nak update tapi tetiba ada kekangan. So ini kira cerita throwback la ye.

Pusat Gelandangan KL ni terletak di tepi Bulatan Pahang berdepan dengan HKL sebelah Hotel Grand Season (ni kalau rasa tak lengkap lagi tak tau la)

Pada pengamatan ai PGKL ni sangatlah SELESA dan BERSIH.

(Bahagian Dorm Wanita)




 Menurut Supervisor PGKL ni, katanya tempat ni satu-satu masa boleh menempatkan hampir 100 orang penghuni. Penghuni of course terdiri dari golongan GELANDANGAN.


(Orang yang ajukan soalan belakang camera, tapi suh incik Pinky tolong posingkan)


Tapi......derang tak boleh duduk lama-lama kat dalam PGKL ni. Sampai masa atau dapat pekerjaan derang mesti checkout.

Makanan, tempat tinggal (ala DORM) disediakan. Lengkap siap dengan dewan makan, tempat bersantai (macam aktiviti main karom n tengok2 TV) semua ada dalam PGKL ni.


(Dewan Makan di PGKL n tempat main karom)

(Ruang santai, baca buku, sembang2)

(Tandas ni bersih sangat2)



(Kaunter Utama)


(Laluan untuk naik ke Dorm wanita & lelaki berasingan)




(Kawasan luar PGKL, bersih. Jalan ni bawak ke bilik-bilik khas)


Penghuni pulak seusia 1 bulan ke 70 tahun. Serius rasa nak nangis tengok baby kecik tu. Kata supervisor PGKL baby tu nanti rumah kebajikan akan ambik. T_T aaaaaaaaaa tak sanggup pikir dia berpisah dari mak bapak dia!!!!!!


(Ni la baby yang ai cerita tu....moga menjadi anak yang baik dan soleh bila besar nanti. Yang pastinya kini dia berada dalam jagaan Kebajikan Masyarakat)


Dari segi cara nak menyumbang jugak ada terma dan syarat sebenarnya.
Korang tak boleh datang serbu suka-suka tempat nih. APPOINTMENT adalah WAJIB!


(Brader Ketua Majlis, sambil daftar sambil membebel. Yang berkaca mata tu la SUPERVISOR PGKL)



Kain baju tak berapa nak diperlukan disini yang penting MAKANAN.
Jika anda berminat nak ke sini.
 Boleh email ai di s0undl4cks@gmail.com nanti saya bagitahu caranya ya.

Tu sahaja kot. Kalau ada soalan boleh tanya. :)

Yang lain2 tu sila la jamu mata dengan gambar sampingan...hehehehe











watermark















Tuesday, September 27, 2016

:: Cara bawa masuk kenderaan SENDIRI ke Thailand ::

Ai nak share cara nak bawa kenderaan SENDIRI masuk ke Thailand





Apa yang anda perlu ada?

Ai nak share cara nak bawa kenderaan SENDIRI masuk ke Thailand

Apa yang anda perlu ada?

1.Passport
2.Salinan geran kenderaan atau geran ORIGINAL (pastikan CLEAR kalau tak clear nanti depa bising dan ada baiknya bawa yang ori sekali bersama)
3. Kastam form (yg ni buat masa dah cop passport)


Jangan lupa BELI/BUAT :
1.Insurans kenderaan mengikut tempoh yg diperlukan (insurans ini anda boleh beli dekat kedai insurans berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thai)
Kalau amik voluntary insurance ni kena bayar xtra
2.White card (kertas putih kecil dikepilkan bersama pasport)
3. Insurance diri (ni beli sebelum masuk border)
4. Maklumat kenderaan & penumpang (buat sebelum masuk border)


Sampai aje dekat imigresen Malaysia serahkan pasport untuk semakan/cop.
Dah settle sila ke Imigresen Thailand pulak. Serahkan pasport bersama white card pd pegawai imigresen..maka, setelah selesai urusan pasport serahkan geran , borang Maklumat kenderaan & penumpang kepada pegawai kastam Thailand.

INGAT!!!!!!
borang ni ada INBOUND/OUTBOUND (simpan elok2 borang ni jangan hilang! Nanti masa nak keluar Thai borang yg bertanda OUTBOUND tu kena return ya. Kalau hilang....kena denda nanti....haaaaaaaaaaaaaa.
Anda akan diberikan borang, sila tandatangan.
Settle je...sabai sabaiiiiiiiii welcome to Thailand!! Sawadikappppp!

Kalau  nak cerita panduan jalan/trip budget/memandu kereta sendiri ke Krabi leh usha kisah yang ai tulis bermula di SINI



Settle je...sabai sabaiiiiiiiii welcome to Thailand!! Sawadikappppp!

Kalau  nak cerita panduan jalan/trip budget/memandu kereta sendiri ke Krabi leh usha kisah yang ai tulis bermula di SINI






watermark

Wednesday, September 21, 2016

Monday, September 19, 2016

:: Part-time Voice Over Artiste ::






Haaa..gitu. Ini memang kerjaya part-time ai.
Ni la antara punca blog tak berupdate bersawang lebat!
Maaflah ye....skrip berlambat belum settle. Harap maklum.


Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~
watermark

Friday, September 16, 2016

:: Uztaz Haron Din meninggal dunia ::

Allahummafirlahuwarhamhu wa'afihi wa'fuanhu...
Kita telah kehilangan seorang Ulama tersohor iai tu Uztaz Haron Din.

Buat kawanku Hana, sapam takziah dari kami semua. Semoga tabah ya.

:: Review - Train To Busan ::

Hai semua,
Kali ni ai nak review sikit tentang cerita/movie Train To Busan yang tengah top pop meletop2 macam pop corn ni. Jujur, ai BUKAN peminat cerita Korea/lelaki korea/negara Korea.

Memula masa orang (even BFF) ai sendiri suh tengok i was like.............. KRIK KRIK KRIK. Best ke?
Last sekali ai mengalah tengok je la demi memenuhi kehendak semasa/sekeliling yang rata-rata kata best (tanpa melihat ulasan secara online).

Starting cerita nih...? Agak slow pada ai. Sebabnya kata cerita ZOMBIE..i budget cerita ZOMBIE wajiblah menakutkan ai (kecuali zombie kampung pisang), sebabnya ai jenis tengok Movie seram tak seram-seram pun (payah nak takutkan ai dengan Movie seram)

Bila dah start scene naik train ai tengok ada awek berlari masuk tren dok ikat kaki sambil berdoa semoga tak ada apa buruk yang akan berlaku terus ai agak, dia ni mesti dah kena KOKAK dek zombie nih...habis la satu tren nanti... HAIH~

Kemudian, cerita jadi agak laju sikit bila isu mula timbul dalam tren (masa derang tengok berita kat TV konon ada rusuhan). Ok, now my eyes are glued to the screen. Lama-lama cerita ni jadi terus BEST!






Overall cerita ni TAK MENAKUTKAN LANGSUNG!
Tapi................................banyak MORAL value yang kita boleh pelajari dari Train To Busan nih.

1) Kasih sayang, ikatan kekeluargaan tu AMAT penting walaupun ko kije CEO negara sekalipun.
2) Jangan sangka orang yang garang, muka gangster tu JAHAT!
3) Jangan pentingkan diri sendiri
4) Kau tetap akan mati tak kira kau siapa
5) Wabak/Penyakit tak kenal usia dan jawatan kau
6) Tak kira kita kenal atau tak seseorang itu bila tiba masa orang dalam kesusahan sekiranya kita boleh bantu, bantulah orang tu.

Banyak lagi kalau nak senarai. Dan padan ai..HERO sebenar dalam cerita ni adalah Abang Sado Garang-garang Manja tu. Dia sanggup korbankan diri untuk semua orang dalam tren tu. Walaupun dia marah kat bapak budak kecik tu pada mulanya tapi dia tak kisah sebab dia tak pentingkan diri dia. Disebabkan dia jugaklah bapak budak tu jadi SEDAR diri betapa EGO & sikap pentingkan diri sendiri tu takkan ke mana kalau kita dalam situasi genting macam tu.



 Jangan di lupa nenek yang bukak pintu bagi access masuk kepada semuaaaaaaaaaaaaaaaaa zombie dalam tren tu. YES, biar sama rata terbalas atas tindakan PENTINGKAN diri derang semua tu.



Budak2 ni pulak mangsa keadaan atas sebab orang lain terpengaruh..kesian depa.

Yang pasti semua orang MARAHKAN orang tua yang so called CEO syarikat tren amenda tah tu kan? Sebab dialah ending semua orang mati kecuali pregnant lady & dak kecik tu (mujur tak kena tembak je).



So itulah ulasan ai buat kali nih..siapa nak tengok leh p tengok sebab kawan ai tengok sampai nanges2 eventho dia LELAKI. Cerita ni tak menakutkan tapi TANGKAP HATI.

Sekian.





watermark

Top Post