Monday, July 11, 2016

:: Salam Aidilfitri 2016 - Eid 6 ::


Selesai kes supermassive gastrik+food poisoning, raya ke 4 kami bergerak balik ke Taiping.
Seronok jalan tak ramai orang..... #teamrayaperak #teamrayapenang

Sabtu petang beraya rumah mak mertua di Taiping selepas tu singgah kampung mak kat Semanggol.



Sebelum ni masa datang Mimi kecik lagi tak faham erti tali air, bendang, anak padi segala. This time dia dah pandai siap duduk melepak depan rumah dok main campak-campak batu dalam air sebab nampak ada anak ikan dok berenang bawah daun teratai... #budakbandar betul la sorang tu!




Malamnya kami bergerak ke Bertam, selesai beraya kat Bertam. Singgah tidur semalam kat rumah Mak Cik Incik Pinky kat Tikam Batu.

Serius raya kali ni adalah raya paling HANGAT pernah ai alami. Hangat sungguh baq ang!!!

Esok paginya kami bergerak dari Tikam Batu ke Sungai Bakap ikut jalan lama sebab highway teramatlah jem!!!

Dapatla beraya dengan tok Incik Pinky n the rest of the family. Tak tidur pun, balik hari je.




Akhirnya sampai kat Taiping dekat Maghrib n malam tu kami berBBQ.
Selesai sudah kisah raya kali ni..masih ada lagi akan di update kemudian.

Yang ai kisah adalah kenapa ai balik KL hari isnin jalan tetap jem?! PFTTTTTTTTTTTTTTT!





watermark


3 comments:

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post