Thursday, July 28, 2016

:: Work,Life and No Balance ::

Busy betul...selagi tak habis ongoing project ni..dah la punya banyak berhutang entry.....hadoila.

Doakan cepat la settle projek ni. Baru la senang hati nak menulis. Ni tgh tak de jiwa ni. Stress ya amat!

Tuesday, July 19, 2016

:: Blog sunyi...krik krik krik.. ::

Haih...rasa macam lama sangat tak update blog.
Bukan tak nak update. Banyak sangat benda yg pending...hadoila.

Tapi serius tak ada masa nak jenguk sangat blog. Selagi tak habis projek "mega" kat opis ni. Selagi tu la blog krik krik krik. 

Ok...silence on the floor ya. Iolls ngah recording. Trimas....

Friday, July 15, 2016

:: Bila awek-awek beraya ::



Incik Pinky tak nak join selfie sebab dia cakap semua ahli keluarga dia PEREMPUAN! 
Hahahahhahaa #padanmuka :P





watermark

Monday, July 11, 2016

:: Salam Aidilfitri 2016 - Eid 6 ::


Selesai kes supermassive gastrik+food poisoning, raya ke 4 kami bergerak balik ke Taiping.
Seronok jalan tak ramai orang..... #teamrayaperak #teamrayapenang

Sabtu petang beraya rumah mak mertua di Taiping selepas tu singgah kampung mak kat Semanggol.



Sebelum ni masa datang Mimi kecik lagi tak faham erti tali air, bendang, anak padi segala. This time dia dah pandai siap duduk melepak depan rumah dok main campak-campak batu dalam air sebab nampak ada anak ikan dok berenang bawah daun teratai... #budakbandar betul la sorang tu!




Malamnya kami bergerak ke Bertam, selesai beraya kat Bertam. Singgah tidur semalam kat rumah Mak Cik Incik Pinky kat Tikam Batu.

Serius raya kali ni adalah raya paling HANGAT pernah ai alami. Hangat sungguh baq ang!!!

Esok paginya kami bergerak dari Tikam Batu ke Sungai Bakap ikut jalan lama sebab highway teramatlah jem!!!

Dapatla beraya dengan tok Incik Pinky n the rest of the family. Tak tidur pun, balik hari je.




Akhirnya sampai kat Taiping dekat Maghrib n malam tu kami berBBQ.
Selesai sudah kisah raya kali ni..masih ada lagi akan di update kemudian.

Yang ai kisah adalah kenapa ai balik KL hari isnin jalan tetap jem?! PFTTTTTTTTTTTTTTT!





watermark


Thursday, July 7, 2016

:: Salam Aidilfitri 2016 - Eid 2 ::


Plam raya last minute tetiba ayah ajak balik kampung dia pulak maka #teamrayaKL jadi #teamrayaMelaka pulak....




Tapi sayangnya ada kat Melaka setengah hari je sebab hubby kena rush balik KL, on call kekdahnya.
Tapi budak Mimi tu terus ikut atok dia p Tangkak pulak.....seronokla dapat main dengan angsa quek quek quek katanya.






watermark

Wednesday, July 6, 2016

Top Post